Anda di halaman 1dari 2

Salam sejahtera.

Saya berasa amat bersyukur kerana diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata

dalam majalah sekolah edisi ke- 47 SMK La Salle, Petaling Jaya.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang redaksi kerana berupaya menyempurnakan penerbitan

majalah ini dengan jayanya. Tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi khasnya daripada barisan

guru dan pelajar sudah pasti majalah sekolah ini tidak dapat disiapkan seperti yang dirancangkan.

Oleh itu, saya selaku pengetua SMK La Salle, Petaling Jaya ingin memanjatkan setinggi - tinggi

kesyukuran kepada Yang Maha Esa dan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli yang terlibat kerana

telah mempamerkan kesungguhan dalam merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Visi dan Misi

sekolah

Sebagai sebuah sekolah yang sudah berusia 60 tahun dan mempunyai cita-cita besar untuk menempa

nama di persada negara dalam dunia pendidikan, penggemblengan tenaga dan usaha daripada warga

sekolah amat diharapkan supaya dapat menguasai ilmu untuk menghasilkan pendidikan berkualiti

demi meningkatkan kecemerlangan akademik dan pembentukan sahsiah murni pelajar melalui

pengurusan sekolah yang efisien. Mutakhir ini, sistem pendidikan negara berkembang dengan

pelbagai dasar baharu. Sesungguhnya, sebagai warga sekolah sama ada pentadbir, guru , murid dan

ibu bapa perlu cakna dengan perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan agar kelangsungan

pendidikan anak-anak akan terus dimantapkan. Tiga hala tuju dasar pendidikan yang baru

diperkenalkan, iaitu pendidikan yang berteraskan nilai, peningkatan kualiti seluruh sistem serta

autonomi dan akauntabiliti di sekolah perlu diberi perhatian yang sepenuhnya. Oleh itu, sekolah perlu

menjadi tempat untuk memanusiakan manusia, mengajarkan perkara yang benar dan salah serta

mengetengahkan konsep pembelajaran melalui sifat ingin tahu.

Bagi mencapai matlamat ini maka usaha gigih dan pengorbanan tinggi yang berpandukan Tonggak

La Sallian merupakan faktor utama penentu kejayaan yang perlu dimiliki oleh setiap warga sekolah.

Sudah pasti, perkara ini menuntut iltizam yang tinggi bagi membentuk budaya kerja yang mantap dan
cemerlang . Saya amat berharap agar majalah sekolah ini tidak tersasar daripada landasannya untuk

menncungkil bakat para pelajar di samping melahirkan para pelajar yang berwibawa.

Akhirul kalam, saya dengan rasa rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sidang

redaksi dan semua warga sekolah yang telah berusaha gigih sehingga berjaya menyempurnakan

penerbitan majalah ini.

Sama-samalah kita melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh

keikhlasan dan mudah-mudahan usaha ini diberkati tuhan dan diberi ganjaran yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai