Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2019

PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA NAMA PELAJAR:


PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KOD : PAKK3233 SEMESTER/TAHUN: S1 T2


AMBILAN: JUN 2018
NAMA KURSUS : PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM PAKK KUMPULAN : PISMP PAKK

TUGASAN TARIKH MULA TARIKH HANTAR

1.Penulisan Rancangan Pengajaran Slot


22 Julai 2019 01 Ogos 2019
(20%)

2. Simulasi Pengajaran dan Pembelajaran 02 Ogos 2019


14 Ogos 2019
(20%)

3. Penulisan laporan pemerhatian (30%)


(1000 patah perkataan) 02 Ogos 2019 20 Ogos 2019

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS:

1. Menerangkan pendekatan-pendekatan yang sesuai dilaksanakan di dalam


pengajaran dan pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak.(C2, A2, PLO1 )

2. Menilai strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal
kanak-kanak.( C5, A3, P5, PLO3, CTPS2).

3. Menghasilkan rancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kurikulum


pendidikan awal kanak-kanak (C6, P7,A4,PLO3,CTPS3)

4. Mengendalikan simulasi pengajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak


secara berkumpulan (C6, PLO4, PLO5, CS1,TS2)

5. Menilai dapatan daripada pengalaman berasaskan sekolah/kerja lapangan


dalam pendidikan awal kanak-kanak secara beretika melalui pemerhatian.
(C5, A3, PLO3, PLO8,CTPS3, EM3)

Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 3, 4 dan 5.

1
Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Menghasilkan satu rancangan pengajaran dan pengajaran slot (RPS) yang


mengandungi kaedah dan teknik pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad
ke-21 dalam salah satu kurikulum pendidikan awal kanak-kanak.

2. Melaksana satu simulasi pdpc merangkumi, kaedah serta teknik pengajaran


dan pembelajaran yang dirancang secara berkumpulan.

3. Menulis laporan secara kritis berdasarkan dapatan Pengalaman Berasas


Sekolah (PBS) terhadap pemerhatian pengajaran guru dalam aspek strategi,
kaedah dan teknik pengajaran dalam kelas prasekolah.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN SLOT (20%)

Rancangan pengajaran berpandukan Model Reka Bentuk Pengajaran ASSURE,


(Heinich, 1982) membantu guru mereka bentuk pengajaran secara instruksional
supaya guru dapat merancang pembinaan dan penggunaan media dan kaedah yang
sesuai. Kemahiran dalam reka bentuk instruksional dapat membantu guru merancang
dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media bagi
menangani kepelbagaian keperluan pelajar. – NPDL EDUP3053

Berdasarkan kenyataan di atas, secara individu anda dikehendaki menghasilkan satu


rancangan pengajaran slot (RPS) berdasarkan Model ASSURE berdurasi 30-40 minit
dengan merujuk mana-mana tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) atau mana-mana domain dalam Kurikulum PERMATA Negara.
Perancangan anda perlulah mengambil kira kaedah dan teknik pengajaran serta
sumber yang bersesuaian dengan amalan pembelajaran Abad ke-21.

Penulisan RPS hendaklah lengkap dan meliputi


1. Perkara-perkara yang berkaitan dengan:
1.1 Tunjang Pembelajaran/ Bidang Pembelajaran
1.2 Tarikh/Masa/Kelas/Bilangan murid
1.3 Tema/Tajuk
1.4 Standard Kandungan/Standard Pembelajaran
1.5 Objektif pembelajaran
1.6 Pengetahuan sedia ada
1.7 Penggabungjalinan
1.8 Elemen Merentas Kurikulum
1.9 Bahan bantu Belajar
1.10 Masa/langkah/Isi Kandungan
1.11 Aktiviti PdPc dan pentaksiran
1.12 Catatan
1.13 Impak
1.14 Refleksi PdP
2. Persediaan mengikut tahap dan perkembangan murid
3. Ketepatan memilih pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pdp.
2
4. Penyediaan bahan bantu belajar yang bersesuaian dengan pengajaran dan
pembelajaran dengan mengambil kira TMK dalam pdpc.

TUGASAN 2: SIMULASI PERANCANGAN DAN PENGAJARAN SLOT (20%)

Pemanfaatan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajran akan meningkatkan


keberkesanan dan kecekapan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPC).
Sehubungan dengan itu, guru perlu mempunyai kemahiran memaksimumkan
penggunaan teknologi digital dalam pengajaran dengan mengupayakan kemahiran
membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran digital berpandukan kepada
reka betuk instruksi bagi memenuhi keperluan dan gaya pembelajaran pelajar yang
berbeza. Hal ini bagi meraikan kepelbagain pelajar yang pelbagai keperluan supaya
teknologi ini dapat membantu pelajar terlibat aktif, kreatif, berpengetahuan dan
beretika dalam masyarakat global. – NPDL EDUP3053

Dalam kumpulan bertiga, laksanakan simulasi PdPC bagi satu slot perancangan
pengajaran yang dipilih daripada mana-mana perancangan slot salah seorang
daripada ahli kumpulan. Persembahan hendaklah dilaksanakan dalam masa 30 minit
dengan mengambilkira penggunaan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
yang dibina.

.
TUGASAN 3: LAPORAN PEMERHATIAN (30%)

Pembudayaan pembelajaran yang kondusif menghasilkan suasana yang harmonis,


ceria dan semangat kepada murid dan guru supaya lebih focus kepada pengajaran
dan pembelajaran. Pembelajaran persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk
menambah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam meraikan
kepelbagaian murid. – NPDL EDUP3043

Berdasarkan kenyataan di atas, hasilkan satu laporan PBS yang menilai dapatan
pemerhatian pengalaman berasaskan sekolah berkaitan strategi, kaedah dan teknik
pengajaran guru dalam kelas prasekolah sebagai usaha membudayakan
pembelajaran kondusif.

ARAHAN PELAKSANAAN TUGASAN

1. Tugasan ini adalah tugasan secara individu bagi tugasan 1 dan 3 sementara
Tugasan 2 dilaksanakan secara berkumpulan.
2. Penulisan harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.
3. Penulisan perlu bertaip dengan fon Arial 11, dan langkau 1.5.
4. Jumlah perkataan bagi tugasan 3, perlu mencapai sekurang-kurangnya 1000
patah perkataan.
5. Rujukan hendaklah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak
tugasan (sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 jurnal, 3 internet
dan dua bahan bercetak yang lain).
6. Penulisan rujukan mengikut prosedur format dan gaya APA (American
Psychological Association).
7. Tugasan anda haruslah mengikut tarikh pelaksanaan dan penghantaran kerja
kursus yang telah ditetapkan.
8. Sertakan BORANG MAKLUM BALAS TUGASAN dan kepilkan pada muka
surat pertama tugasan.
3
9. Pemarkahan tugasan ini adalah merujuk kepada rubrik yang ditetapkan
10. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
11. Muka hadapan tugasan adalah merangkumi:
Nama Pelajar
Angka Giliran dan No. Kad Pengenalan
Kod dan Nama Kursus
Nama Unit/Opsyen
Tajuk Tugasan
Nama Pensyarah Akademik
Tarikh hantar

Tugasan disediakan oleh : Disemak oleh :

(NORASMAH MOHD NOOR) (NORMASURA HJ JANI)


Pensyarah Kursus PAKK3233 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Prasekolah Jabatan Prasekolah
IPGKPM, Melaka IPGKPM, Melaka

Disahkan oleh :

(DR. HAFSAH BINTI JANTAN)


Ketua Jabatan
Jabatan Prasekolah
IPGKPM, Melaka.