Anda di halaman 1dari 1

Rusa yang Bongkak

POSTED BY PHAULINE PHILIP AT 19:27 CATEGORIES RUSA 2 COMMENTS

REACTIONS:

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak. Rusa itu selalu pergi ke tepi
kolam untuk melihat bayangnya. Rusa itu berasa bangga melihat tanduknya yang
cantik.
”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya. Namun demikian, rusa itu
tidak suka pada kakinya yang kurus. “Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku. Aku mahu
kakiku cantik juga. Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki,” rungutnya.
Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar
seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu.
Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati.
Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-
dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya
daripada dahan-dahan itu. Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing
semakin dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya melepaskan
diri. Namun, tanduknya patahnya sedikit.
Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia boleh
berlari laju. Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu
menyelamatkan dirinya daripada bahaya.
Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk
atau tidak berguna. Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi
kelihatan begitu cantik. Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak semestinya membawa
kebaikan

Anda mungkin juga menyukai