Anda di halaman 1dari 6

Sistem Peredaran Darah Manusia

Sistem peredaran darah manusia dikenali sebagai sistem peredaran


tertutup dan ganda dua (double closed and complete circulatory
system).
Ini kerana darah mengalir dalam salur darah berterusan melalui
jantung (heart) sebanyak dua kali dalam satu peredaran lengkap
(complete circulatory).
Oleh itu, sistem peredaran ganda dua (double circulatory system)
pada manusia terdiri daripada dua sistem peredaran yang utama:

1. Sistem peredaran pulmonari (pulmonary circulation).

(jantung → peparu → jantung)

2. Sistem peredaran sistemik (systemic circulation).

(jantung → semua tisu badan → jantung)

System peredaran darah manusia

Sistem peredaran pulmonari.


 Darah terdeoksigen (deoxygenated blood) dipam keluar dari
ventrikel kanan (right ventricle) ke dalam arteri pulmonari
dan seterusnya ke peparu kiri dan kanan.

 Di peparu (lungs), pertukaran gas berlaku. Darah terdeoksigen


dalam arteri pulmonari menerima oksigen lalu menjadi darah
beroksigen (oxygenated blood) yang kemudian diangkut dari
peparu ke atrium kiri jantung melalui vena pulmonari
(pulmonary vein).

Ventrikel kanan → Arteri pulmonari → Peparu → Vena


pulmonari → Atrium kiri

 Fungsi utama sistem peredaran pulmonari adalah untuk


membolehkan darah terdeoksigen menjadi darah beroksigen.

Sistem peredaran sistemik.

 Darah beroksigen dari peparu, yang memasuki atrium kiri


jantung, dipam ke dalam ventrikel kiri dan seterusnya dipam
keluar dari jantung melalui aorta.

 Darah yang dipam keluar dari jantung berada dalam tekanan


tinggi.

 Aorta bercabang untuk membentuk arteri, yang membawa


darah beroksigen ke semua tisu badan.

 Pertukaran gas dan nutrien (nutrient) berlaku di sel badan


sesuatu organ.

 Darah yang diangkut keluar dari organ melalui vena adalah


darah terdeoksigen.
 Darah dari vena di semua tisu badan akan disalurkan ke dalam
vena kava (vena cava) dan dialirkan ke dalam atrium kanan
jantung.

Atrium kiri → Ventrikel kiri → Aorta → Tisu badan


→ Vena kava → Atrium kanan

 Fungsi utama sistem peredaran sistemik adalah untuk


membolehkan darah beroksigen dibawa dari jantung ke semua
tisu badan

Sistem Peredaran Darah

Sistem peredaran darah (circulatory system) dalam manusia dan


haiwan terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1. Sistem peredaran darah tertutup (closed circulatory system).

2. Sistem peredaran darah terbuka (open circulatory system).

Sistem peredaran darah tertutup.

 Dalam sistem peredaran darah tertutup, darah mengalir


berterusan (flow continuously) dalam salur darah. Terdapat
injap (valve) didalam salur darah bagi memastikan yang
pengaliran darah adalah sehala (one direction only).

 Pertukaran bahan seperti gas, nutrient dan bahan kumuh


(waste product) berlaku antara darah dalam kapilari dengan
sel badan.
 Sistem peredaran darah tertutup terdapat pada haiwan yang
besar seperti vertebrat (vertebrates).

Sistem peredaran darah terbuka.

 Dalam sistem peredaran darah terbuka, darah tidak mengalir


dalam salur darah. Darah dipam dari jantung (heart) dan
mengalir ke dalam ruang antara sel.

 Pertukaran nutrien berlaku secara langsung antara sel badan


dengan darah disekelilingnya melalui resapan (diffusion).

 Darah kemudiannya dikembalikan semula ke jantung.

 Sistem peredaran darah terbuka ini terhad kepada haiwan


bersaiz kecil seperti serangga (insect) dan kerang-kerangan
(shellfish) sahaja

Anda mungkin juga menyukai