Anda di halaman 1dari 43

10

BAB DUA

Sejarah dan Isu-Isu Palestin

2.1 Pendahuluan

Isu Palestin dan gerakan Zionisme adalah isu yang sangat penting untuk dikaji dan

difahami oleh semua individu Muslim kerana ia melibatkan masa depan Islam itu

sendiri. Keunikan nilai sejarah yang terdapat di bumi Palestin sangat beerti bagi kaum

Muslimin di dunia.

Justeru, sudah tentulah menjadi satu kewajipan kepada umat Islam agar kesucian dan

kehormatan bumi tersebut sentiasa terpelihara daripada tangan-tangan musuh yang cuba

untuk merosakkannya. Zionisme telah mengancam ketuanan Islam terhadap

Baitulmaqdis apabila ia telah merampas hak milik mutlak Islam iaitu tanah Palestin

secara zalim dan kejam. Di samping itu, Zionisme juga menindas anak watan

Baitulmaqdis yang terdiri daripada umat Islam dan Kristian.

Keganasan yang dilakukan oleh Zionis dikira sebagai mencabuli hak asasi manusia

tambahan pula tanah tersebut bukan hak milik Zionis. Rakyat Palestin terpaksa hidup

dalam kegelapan dan kesengsaraan. Tapi bagi mereka untuk apa terus bersedih dan
11

tunduk di bawah rejim laknatullah ini tanpa melakukan apa-apa sahaja. Oleh itu, rakyat

Palestin wajib bangun menentang kezaliman ini walaupun hanya dengan menggunakan

batu kecil demi mempertahankan tanah suci yang diberkati Allah.

2.2 Sejarah Palestin dan Baitulmaqdis

Semenjak zaman silam lagi wujudnya manusia yang mendiami di tanah Palestin ini

apabila adanya bukti-bukti yang didapati hasil dari aktiviti penggalian mereka. Bumi ini

juga telah menyaksikan zaman perkembangan manusia pertama yang bermula dengan

sistem penternakan binatang kepada pertanian. Wujudnya satu kota pertama yang dibina

di sebelah timur laut Palestin iaitu lebih kurang 8000 tahun S.M sebagaimana mengikut

kajian pakar arkeologi.1

2.2.1 Kedudukan Geografi

Negara Palestin terletak di bahagian barat daya Syam iaitu di sebelah barat Asia yang

memanjang ke persisiran pantai di sebelah timur Laut Mediterranean. Kedudukannya

yang strategik dianggap sebagai tempat yang menghubungkan benua Asia dengan

Afrika dan juga sebagai titik pertemuan di antara dunia-dunia Islam.

1
Mohsen M. Saleh & Ahmad Kamal Bin Mohamed. 2001. Isu Palestin. Kuala Lumpur:
Fajar Ulung. Hlmn. 10.
12

Sempadan Palestin bermula dari Lebanon di Ras El-Nakoura di wilayah Laut

Mediteranian ( Laut Tengah ) dan dengan garis lurus mengarah ke timur sampai ke

daerah di sebelah kota kecil Lebanon iaitu kota Bent Jubayel, garis pemisah antara

kedua negara ini condong ke utara dengan sudut yang hampir lurus. Pada titik ini,

sempadannya melalui air Sungai Jordan yang menjadi sebahagian Palestin yang

membatasinya dari wilayah timur dengan wilayah Syria dan danau Al-Hola, Lout dan

Tabariyya.

Sempadan wilayah Jordan dimulai di wilayah selatan danau Tabariyya pada laluan

Sungai Al-Yarmouk terus sepanjang Sungai Jordan. Dari mata air Sungai Jordan,

sempadan ini ke arah selatan membelah pertengahan Laut Mati secara geometrical dan

lembah Arab hingga sampai di daerah Aqaba.

Sempadan dengan Mesir dapat digambarkan dengan garis hampir membentuk garis

lurus yang membelah antara daerah semipulau Sinai dan padang pasir Al-Naqab.

Sempadan ini dimulai di Rafah di Laut Tengah hingga sampai ke daerah Taba di Teluk

Aqaba.

Di bahagian barat, Palestin terletak di sebelah perairan lepas antarabangsa dari Laut

Tengah dengan jarak sekitar 250 kilometer dari Ras El-Nakoura di sebelah selatan

sehingga di bahagian selatan Rafah. Di sebabkan lokasinya terletak di pertengahan


13

negara-negara Arab, Palestin membentuk kombinasi geografi yang semula jadi bagi

medan daratan yang luas bagi kehidupan orang asli Badwi di wilayah selatan.

Tanah Palestin mempunyai keistimewaan berbanding dengan daerah lain kerana ia

merupakan sebahagian tempat tinggalnya manusia pertama, tempat diturunkannya

agama samawi, tempat di mana munculnya peradaban kuno, menjadi jambatan aktiviti

komersial dan tempat penyusupan ekspedisi ketenteraan di sepanjang era bersejarah

yang berbeza. Lokasi strategik yang dinikmati Palestin memungkinkannya untuk faktor

penghubung antara perbagai benua bagi dunia kuno Asia, Afrika dan Eropah.2

Palestin juga merupakan tempat yang dijadikan pintu masuk bagi perjalanan ke tempat-

tempat jiran. Ia menjadi jambatan penghubung bagi manusia sejak dahulu, sebagaimana

ia juga mempunyai lokasi yang strategik. Maka daripada itu sangat munasabahlah jika

Palestin menjadi tumpuan bagi kerakusan orang ramai yang ingin berkuasa dan

memonopoli keistimewaannya.

Dalam keadaan sama ada aman mahupun perang, lokasi Palestin sangatlah penting. Pada

zaman kuno dahulu, Palestin merupakan salah satu laluan perdagangan antarabangsa

yang terpenting. Ia menghubungkan tempat peradaban Lembah Nil dan wilayah selatan

negeri Syria dan Iraq pada bahagian lainnya. Palestin selalu sahaja menjadi tempat

2
Mohd Hanif Bin Ismail. 2004. Gerakan Zionisme Mengancam Umat Islam. Kuala
Lumpur: Pustaka Shuhada. Hlmn. 13
14

laluan pedagang baik dahulu kala mahupun pada zaman setelah kedatangan Islam.

rombongan Arab pada musim panas zaman dahulu selalu berjalan dari Semenanjung

Arab menuju ke arah Palestin iaitu perjalanan di waktu musim panas dan dingin.

Ia juga merupakan laluan bagi kabilah-kabilah Arab yang berekspedisi ke negeri Syria

atau Afrika utara yang datang dari semenanjung Arab. Sebahagian daripada kabilah ini

tetap bermukim di Palestin sementara yang lain tinggal di wilayah-wilayah berhampiran.

Kepentingan kedudukan Palestin yang sangat strategik bagi komersial terus bertambah

di saat wilayah tersebut menjadi laluan bagi kafilah-kafilah komersial yang

menjalankan urusan perniagaan dari timur ke Eropah dan sebaliknya.3

Kapal-kapal dagang biasanya akan berlabuh di Aden dan menurunkan barang-barang

kargo yang akan dipindahkan menerusi daerah Yaman dan Hijaz, kemudian terus ke

pelabuhan Palestin di Laut Tengah. Kapal-kapal yang berada di pelabuhan menunggu

untuk diisi dengan berbagai jenis barang seperti sutera, minyak wangi, permata dan lain-

lain barang berharga yang akan di hantar ke pelabuhan Eropah.

Pada sudut yang lain, pelabuhan Palestin menyediakan negeri-negeri jirannya di wilayah

timur Syria dan Jordan dengan pelbagai kemudahan hingga tahun 1948. Perdagangan

antarabangsa Jordan sangat bergantung pada pelabuhan-pelabuhan ini, tetapi hal tersebut

3
Ibid. Hlmn. 14.
15

telah berubah arah geografinya setelah berlakunya pendudukan Zionis di bumi Palestin.

Setelah itu, para pedangang Jordan menuju ke arah pelabuhan Lebanon dan Syria di

samping pelabuhan yang ada di Teluk Aqaba. Minyak Iraq yang mengalir dari telaganya

di daerah Kirkuk ke wilayah utara Iraq ke loji penyulingan di daerah Haifa juga

dihentikan pada tahun 1948.

Dari aspek ketenteraan, lokasi Palestin juga penting kerana secara faktanya wilayah ini

adalah pusat berbagai ekspedisi ketenteraan. Ini dianggap penting kerana negara-negara

asing telah menjadikannya sebagai laluan dalam penaklukan-penaklukan ketenteraan

yang mereka lakukan. Banyak bangsa-bangsa dan kuasa-kuasa asing telah menduduki

Palestin seperti Babylon, Ashouria, Al-Hethyeen, Parsi, Yunani dan Rom yang pada

akhirnya menyatu dalam wadah negara Islam dan menjadi bahagian yang tidak terpisah

darinya.4

2.2.2 Penduduk Asal Bumi Palestin

Sejarah telah menyaksikan bahawa bangsa berketurunan Kan‟an merupakan

bangsa terawal yang pernah menduduki bumi Palestin. Mereka berasal dari

Semenanjung Tanah Arab dan berhijrah ke Palestin sejak 4500 tahun dahulu.

Sejak itu, bumi Palestin dikenali sebagai Bumi Kan‟an kerana ia telah

didominasikan oleh bangsa itu.

4
Ibid. Hlmn. 15
16

Bangsa dari masyarakat Timur Laut Mediteranian dikenali sebagai Filistin dan

bangsa Arab yang berkahwin campur dengan Filistin. Walaupun Palestin

sentiasa diperintah oleh pelbagai bangsa dan kumpulan dalam beberapa tempoh,

namun rakyatnya terus tinggal di sana dengan aman. Apabila muncul majoriti

penduduk Palestin memeluk Islam, mereka mengadaptasi bahasa Arab sebagai

bahasa utama selaras dengan perkembangan agama Islam di sana. Bahkan,

identiti Islam di bumi Palestin tetap berdiri kukuh dan berpanjangan dalam

sejarah Islam. bermula dengan penaklukan kuasa Islam pada tahun 15 hijrah (

636 M ) sehingga sekarang.

Kebenaran fakta ini tetap tidak boleh dinafikan walaupun sebahagian besar

penduduk Muslim Palestin yang dianggarkan seramai 6 juta telah dihalau oleh

pihak Zionis semenjak 1948 dan menjadi pelarian di dalam dan di luar negara.

2.2.3 Dakwaan Kaum Yahudi Sebagai Penduduk Asal

Bangsa Yahudi merupakan satu-satunya bangsa di dunia ini yang sombong,

fanatik dengan kebangsaan, budaya, cita-citanya mahupun mitos-mitos yang

dipercayainya. Bangsa Yahudi adalah bangsa yang tidak pernah mahu bergabung

dengan bangsa lain. Keangkuhan yang dimiliki oleh bangsa Yahudi


17

menyebabkan wujudnya kebencian daripada bangsa lain. Bagi Yahudi mereka

boleh bangun sendiri tanpa meminta bantuan orang lain.5

Dakwaan Yahudi bahawa Palestin adalah milik mereka berdasarkan fakta sejarah

adalah palsu dengan hak-hak Muslim Palestin. Ini berdasarkan beberapa hujah,

antaranya adalah seperti berikut6 :

1. Bangsa Palestin yang dikenali sebagai bangsa Kan‟an dan keturunannya

telah mendiami dan memakmurkan bumi ini sejak 1500 tahun dahulu

sebelum Bani Israel menetap di sana. Mereka terus menetap sehingga kini

walaupun selepas hubungan Yahudi dengan Palestin terputus kerana

diserang oleh Empayar Babylon pada 365 S.M dan Empayar Rom 70 M.

2. Bangsa Yahudi hanya memerintah beberapa bahagian daripada bumi

Palestin dari tahun 1000 hingga 586 S.M selama 4 tahun. Pemerintahan

mereka telah hancur sebagaimana yang telah berlaku kepada kerajaan

Assyiria, Fir‟aun, Greek dan Roman. Sedangkan penduduk asal Palestin

terus kekal di situ. Kerajaan Islam pula memerintah selama 1200 tahun (

636-1917 M ) secara terus menerus. Cuma, terdapat gangguan dari

pemerintahan Salib dalam tempoh masa yang singkat selama 90 tahun.

5
H.Toto Tasmara. 2012. Mengapa Yahudi Berprestasi. Kuala Lumpur: Inteam
Publishing Sdn. Bhd. Hlmn. 134.
6
Mazlee Malik. 2007. Konflik Palestin dan Israel Peluru vs Batu. Kuala Lumpur: Karya
Bestari Sdn.Bhd. Hlmn. 11.
18

3. Hakikatnya, hubungan antarabangsa Yahudi dengan Palestin telah terputus

sejak 1800 tahun dahulu dari 135 M hingga kurun ke-20. Ketika itu, mereka

tidak mempunyai apa-apa kekuatan dari segi kepimpinan, politik mahupun

tamadun.

4. Kitab mereka telah mengharamkan kepulangan mereka ke Palestin. Oleh

itu, gerakan Zionis dianggap sebagai gerakan murtad dan begitu juga

dengan pengasasnya iaitu Theodore Herzl yang dianggap kafir.

5. Berdasarkan fakta penyelidikan dari ahli akademik Yahudi, seperti Athur

Koestler, lebih daripada 80% orang Yahudi hari ini tidak mempunyai kaitan

sejarah dengan Palestin. Majoriti orang-orang Yahudi sekarang sebenarnya

berasal dari keturunan al-Khazar iaitu puak Tatar-Turki kuno. Mereka

mendiami bahagian utara Kaukaz yang telah memeluk agama Yahudi pada

kurun ke-8 M. Oleh itu, mereka sepatutnya pulang ke Selatan Rusia dan

bukan Palestin.

6. Dakwaan mereka bahawa mempunyai hubungan khas dengan Palestin

adalah tidak benar. Berdasarkan fakta sejarah, kebanyakan Bani Israel

enggan menyertai kumpulan Nabi Musa A.S untuk berhijrah ke tanah suci

Baitulmaqdis.
19

7. Mereka pernah menolak tawaran raja Parsi yang bernama Cyrus untuk

kembali ke bumi Palestin dari Babylon sewaktu mereka ditawan menjadi

hamba di sana.

8. Bilangan Yahudi di Palestin tidak pernah mencapai 40% daripada bilangan

penduduk Yahudi di dunia.

9. Penubuhan negara Israel di Palestin tidak ada kaitan dengan Palestin.

Buktinya apabila Theodore Herzl ada mencadangkan negara lain seperti

Uganda, Cyprus dan Argentina untuk dijadikan negara Israel.

10. Peristiwa Israk Mikraj bukti utama bahawa Palestin milik orang Islam.

Bumi ini adalah warisan para nabi yang diamanahkan kepada Rasulullah

S.A.W dan juga kaum Muslimin.

11. Perjanjian Umar dikenali sebagai “al-„Ahd al-Umari” atau “the covenant of

Umar” telah menyatakan pengikhtirafan Kristian terhadap umat Islam dan

mereka meminta Umar supaya tidak mengizinkan Yahudi untuk menetap di

Baitulmaqdis.
20

2.3 Palestin Di Bawah Pemerintahan Islam

Kerajaan Byzantine (Rom) memerintah Kerajaan Rom Timur semenjak 394 M. Mereka

kekal memerintah Palestin kecuali beberapa waktu singkat di mana Palestin berada di

bawah pengaruh Parsi hingga berlakunya pembukaan Islam ke atas Palestin pada tahun

636 M di zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab R.A. Semenjak itu Palestin

mula bertukar corak hidup Islam dan penduduknya berama-ramai memeluk agama

Islam. Mereka menjadi orang Arab dan bahasa pertuturan bertukar menjadi bahasa Arab

melalui percampuran mereka dengan kabilah-kabilah Arab yang datang dari

Semenanjung Arab dengan membawa imej tamadun Islam.

Pada zaman peperangan salib, mereka tidak berjaya menguasai tanah dan identiti

penduduknya. Kerajaan Kristian hanya memerintah Baitulmaqdis selama 88 tahun

walaupun menerima serangan secara berterusan daripada pejuang-pejuang Islam.

Kerajaan ini akhirnya jatuh ke tangan pahlawan Islam yang terulung iaitu Salahuddin al-

Ayubi.

Secara ringkasnya, pemerintahan Islam di bumi Palestin berkekalan selama 12 kurun

iaitu daripada 636 M hingga 1917 dan ia merupakan satu masa yang panjang dalam

sejarah jika dibandingkan dengan mana-mana pemerintahan yang lain. Islam sebagai

agama jelas membuktikan ianya bersesuaian dengan kehendak atau citarasa pelbagai

bangsa dan keturunan. Penduduk bumi suci ini juga dikatakan masyarakat yang banyak
21

menyumbang khidmat terutamanya dalam memelihara kemuliaan dan kehormatan bumi

tersebut.

Sejarah telah membuktikan bahawa bumi Palestin telah melahirkan tokoh-tokoh dan

pejuang-pejuang agama Islam yang terkemuka. Islam bertambah kukuh apabila

berlakunya penyebaran agama Islam daripada sebilangan besar para sahabat Nabi

Muhammad S.A.W seperti Ubadah Bin al-Samit, Syaddad Bin Aus, Fairuz al-Dailami,

Abu Ruwaihah al-Fazaei, Unaif Bin Millah- al-Juzami, Alqamah Bin Mijzar al-Kinani

dan ramai lagi yang telah menetap di Palestin serta disemadikan di sana.

Dalam kalangan ulama‟ besar dan fuqaha‟ yang lahir di tanah Palestin ialah Imam

Syafie yang dilahirkan di Gaza. Selain beliau, ada dalam kalangan mereka yang tinggal

dan menziarahi tanah ini termasuklah Ibrahim Bin Adham, Al-Laith Bin Saad, Abu

Bakar Muhamad al-Turtusyi, Abu Bakar al-Jurjani dan Ibnu Qudamah al-Maqdisi.

Selain daripada itu, terdapat tokoh-tokoh terkemuka yang lain seperti Musa Bin Nusair

yang membuka kota Andalus, Abdul Hamid Bin Yahya yang menguasai seni penulisan,

karangan dan urusan pejabat di zamannya serta Khalid Bin Yazid al-Umawi yang

dianggap tokoh kimia pertama di dalam sejarah Islam.


22

Oleh itu, bumi Palestin telah menjadi pusat tamadun Islam dan tempat tumpuan hati

orang-orang Islam. Penduduknya juga turut aktif dalam membina tamadun umat Islam

yang lengkap dan berusaha mempertingkatkan kemajuan pembangunannya.7

2.4 Gerakan Zionisme

Seperti yang diketahui oleh masyarakat sedunia bahawa penentangan dan kezaliman

yang berlaku di bumi Palestin adalah merupakan agenda Yahudi melalui gerakan

mereka iaitu Zionisme. Kezaliman yang dilakukan oleh gerakan Zionisme ini mendapat

tentangan yang hebat dari serata dunia kerana ianya telah mencabuli hak asasi manusia.

2.4.1 Pengertian Zionisme

Dari segi bahasa perkataan Zionisme diambil daripada perkataan Zion, nama

sebuah bukit di Baitulmaqdis. Ia juga merujuk kepada bangsa Yahudi itu sendiri.

Selepas mereka diusir dari Baitulmaqdis, istilah Zion pada pentafsiran mereka

adalah tanah air mereka yang merangkumi Haikal Sulaiman, Jerusalem dan lain-

lain warisan kebanggaan mereka. Dalam kalangan penganut Kristian, Zion

merujuk kepada gereja yang diperintah oleh Tuhan ataupun bandar syurga atau

kediaman syurga.

7
Mohsen M. Sales & Ahmad Kamal Bin Mohamed. Op. Cit. Hlmn. 18.
23

Dari segi istilah pula ia membawa maksud satu pergerakan kebangsaan yang

ditubuhkan oleh bangsa Yahudi. Bangsa Yahudi daripada semua aliran, kanan,

kiri, agama dan sekular menyertai gerakan Zion dan bekerjasama untuk

mencapai impian mereka. 8

2.4.2 Sejarah Kemunculan Zionisme

Sebelum 15 Mei 1948, sebuah negara yang bernama Israel tidak pernah wujud.

Malah sebuah entiti yang tertegak di atas dasar perkauman juga tidak pernah

dikenali di kawasan Timur Tengah tersebut. Ianya bermula semenjak tahun 1987

lagi, apabila seorang nasionalis ekstrimis Yahudi yang bernama Theodore Herzl

dari Austria telah melihat bahawa penyelesaian terhadap masalah Diaspora

bangsa Yahudi dan juga sentimen anti-Yahudi yang semakin rancak di Eropah

adalah hanya dengan tertubuhnya sebuah negara "Negara Bangsa" bagi bangsa

Yahudi.

8
Mohd Hanif Bin Ismail. Op. Cit. Hlmn. 147.
24

Tidak dinafikan gelombang kemunculan negara bangsa yang melanda Eropah

memberikan kesan yang mendalam pada pemikiran Theodore Herzl dalam

merangkakan sebuah kawasan yang selamat dan ekslusif bagi bangsa Yahudi.

Untuk menjayakan ideanya itu, beliau memerlukan kepada tiga elemen utama

iaitu kuasa, rakyat dan tanah. Tanpa tiga elemen ini, mustahil bagi beliau untuk

menjayakan cita-citanya tersebut.

Demi mendapatkan rakyat dan kekuasaan, beliau telah berjaya mengumpulkan

lebih daripada 30 pertubuhan Yahudi sekular dari seluruh Eropah untuk bersama

dengannya menubuhkan sebuah gerakan yang akan menjayakan cita-citanya itu.

Maka pada 29-30 Ogos 1897 di Basel, Switzerland, kongres pertama gabungan

lebih 30 buah pertubuhan-pertubuhan Yahudi sekular di Eropah telah berhasil

membentuk "World Zionis Organization" yang bermaksud Pertubuhan Zionis

Sedunia.

Objektif utama gerakan ini ialah untuk menubuhkan sebuah negara yang selamat

dan ekslusif bagi bangsa Yahudi yang mereka namakan sebagai "Erez Yizrael"

(bumi Israel). Di sana juga pelan tindakan bersepadu dilakarkan untuk mencapai

cita-cita mereka dalam tempoh 50 tahun. Pelbagai strategi dan pendekatan telah

digunakan oleh Theodore Herzl untuk menjayakan rencananya ini. Maka hanya

tinggal unsur ketiga, sahaja yang belum dicapainya iaitu tanah supaya impiannya

itu dijelmakan di alam fizikal. Tidak ada bumi lain yang lebih bermakna bagi
25

kaum Yahudi kecuali bumi Palestin yang mana ianya menurut dakwaan mereka

mempunyai nilai sejarah turun temurun bagi kaum Yahudi. Masalah utamanya,

bumi Palestin pada waktu itu berada di bawah kekuasaan umat Islam yang

dinaungi oleh kekuasaan Empayar Uthmaniyyah. Tetapi, kerajaan Uthmaniyyah

pada ketika itu sedang dalam keadaan yang lemah dari sudut pentadbiran,

ekonomi, politik dan pentadbiran.

Walaupun tidak didorong dengan motivasi "aqidah", namun sebagai pencetus

ideologi Zionisme, Theodore Herzl begitu komited dengan usaha-usaha

menjadikan bumi Israel di Palestin sebagai realiti dan bukan hanya impian yang

terkubur di dalam karyanya. Setelah gagal memujuk Sultan Abdul Hamid II

untuk menjualkan bumi Palestin kepada gerakan Zionisme sebagai langkah

pertama, Theodore Herzl dan rakan-rakan Zionisnya mengorak langkah ke

rancangan kedua mereka. Melalui segala jentera Zionis di peringkat

antarabangsa, gerakan tersebut telah berjaya memberikan segala bentuk bantuan

kepada kuasa nombor satu dunia pada waktu itu, iaitu Great Britain untuk

membantu mereka. Kematian Theodore Herzl dan juga kekecewaannya untuk

mendapatkan bumi Palestin serta ideanya untuk mengubah kedudukan bumi

Israel ke bumi Uganda hampir-hampir menjejaskan perjuangan gerakan

Zionisme.
26

Jika tidak kerana usaha-usaha Prof. Chaim Weizmann, maka gerakan tersebut

telah menjadi sejarah yang berakhir dengan anti klimaks. Beliau yang

merupakan bapa gerakan Zionisme kedua dan telah berjuang sehingga

tertegaknya sebuah bumi Israel di bumi yang sentiasa menjadi sebutan bagi

setiap orang Yahudi di dalam doa-doa harian mereka setiap hari.9

Penubuhan negara Israel tersebut mendapat sokongan penuh dari Amerika di

mana Yahudi Amerika telah memainkan peranan penting dalam melobi kerajaan

Amerika pada waktu tersebut.10

2.5 Sejarah Kejatuhan Palestin

Pihak Zionis telah membekalkan Great Britain serta sekutu-sekutunya di dalam

Peperangan Dunia Pertama melalui bantuan kewangan, ketenteraan dan juga perisikan.

Bumi Palestin merupakan sebahagian tanah besar Arab di wilayah Syam yang telah

dirobek-robekkan oleh Great Britain, Rusia dan Perancis telah diletakkan di bawah

Mandat British melalui perjanjian Sykes-Picott 1916. Seterusnya, pada tahun 1917,

Queen Victoria yang merupakan salah seorang daripada penganut fahaman Zionisme

9
Mazlee Malik. 2005. http://palestinkini.info/?p=503. 18 Mei.
10
Mohd Roslan Mohd Nor. 2010. Baitul Maqdis Sejarah Kejatuhan Palestin dan
kewujudan Israel. Selangor: Persatuan Ulama‟ Malaysia. Hlmn. 41.
27

Kristian melalui Menteri Luarnya, Sir Athur Belfour telah memberikan hak kepada

orang-orang Yahudi pro-Zionis dari Eropah untuk berhijrah ke bumi Palestin. Walaupun

penghijrahan pertama yang dianggotai oleh 50,000 orang Yahudi Zionis gagal untuk

menjejakkan kaki langsung ke bumi Palestin, namun hasil dari keizinan yang

kemudiannya dikenali sebagai “Deklarasi Belfour” itu akhirnya telah menyaksikan siri-

siri penghijrahan yang lain.

Pendudukan orang-orang Yahudi Zionis ke atas bumi Palestin berlaku dengan tiga cara.

Pertamanya, mereka menduduki tanah-tanah yang terbiar kosong ataupun kawasan-

kawasan yang tidak didiami oleh penduduk asal bumi Palestin iaitu orang Arab Palestin

samada Islam ataupun Kristian. Cara yang kedua ialah dengan membeli tanah-tanah di

bumi Palestin daripada penduduk asalnya. Walaupun segelintir mereka menawarkan

jumlah wang yang lumayan untuk tanah-tanah yang ingin dibeli, hanya segelintir sahaja

rakyat Palestin yang menjualkannya. Malah tindakan menjualkan tanah di bumi Palestin

kepada pendatang-pendatang Zionis telah difatwakan haram oleh mufti Palestin Haji

Amin al-Huseini pada waktu itu. Cara ketiga pula merupakan cara yang telah digunakan

secara meluas iaitu dengan metod keganasan. Pengganas-pengganas Yahudi dari

kumpulan pengganas Irgun, Styer dan lain-lain lagi telah membunuh, membakar rumah-

rumah dan mengusir penduduk Arab keluar dari kampung halaman mereka untuk

dijadikan penempatan baru bagi kaum Yahudi. Hasilnya, penambahan demografi

penduduk Yahudi di bumi Palestin meningkat secara drastik sehingga tahun 1947.
28

Kaum Yahudi yang pada asalnya hanya merupakan kaum minoriti di bumi Palestin

pada tahun 1917, telah hampir menyamai bilangan penduduk Arab pada tahun 29

November 1947 yang telah memaksa kuasa-kuasa besar melalui League Of Nations

menghadiahkan hadiah kedua terbesar selepas “Deklarasi Belfour” iaitu pelan

pembahagian bumi Palestin melalui resolusi PBB 181 yang telah menyaksikan

bagaimana negara-negara Arab yang membantah resolusi tersebut menjadi golongan

yang lemah dan tidak berupaya mempertahankan tanah suci milik mereka. Para

penganalisis sejarah dan politik mengatakan bahawa sokongan terhadap pembahagian

bumi Palestin kepada tanah Arab dan tanah bagi bangsa Yahudi oleh masyarakat dunia

dan juga kuasa-kuasa besar amat berkait rapat dengan simpati dunia terhadap nasib

kaum Yahudi Eropah.

Selepas mendapat habuan yang sangat istimewa, pihak rejim Zionis semakin

memperkemaskan kedudukan mereka. Penghijrahan Yahudi Eropah yang semakin

mengiktiraf keunggulan usaha perjuangan gerakan Zionisme bertambah dari hari ke

hari. Walaupun 1001 tentangan yang mereka terima hasil perjuangan rakyat Palestin dan

juga bangsa Arab muslim dari negara-negara yang berjiran, mereka tetap komited

dengan matlamat mereka untuk merealisasikan penubuhan sebuah Erez Yizrael yang

berdaulat. Hasilnya, pada petang 14 Mei 1948, penubuhan negara Israel telah

diumumkan oleh Perdana Menteri rejim Zionis yang pertama, David Ben Gurion di

dewan muzium Tel Aviv. Beliau telah mengumumkan bahawa tarikh 14 Mei 1948

bersamaan dengan 5 Aayyar 5708 mengikut tahun Yahudi merupakan pengisytiharan

penubuhan “Negara Israel” yang merangkumi 78% daripada bumi Palestin yang asal.
29

Oleh kerana hari tersebut hari Sabtu yang merupakan hari becuti bagi agama Yahudi,

maka 15 Mei 1948 telah dipilih untuk dijadikan hari sambutan penubuhan negara Israel

secara rasmi. Ben Gurion telah dipilih untuk menjadikan Perdana Menteri pertama

negara tersebut dan Prof. Chaim Weizmann telah dipilih menjadi presiden pertama

negara yang ditegakkan secara haram dan bertentangan dengan segala deklarasi

kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa. Atas dasar inilah kebanyakan pihak

yang tidak mengiktiraf negara Israel sehingga kini menyebutnya sebagai “Rejim Zionis”

kerana kewujudan mereka di bumi Palestin adalah tidak sah, malah merupakan satu

jenayah yang paling besar pernah dilakukan oleh manusia di abad ke-20 selepas jenayah

yang dilakukan oleh Hilter di Eropah.11

2.6 Perjanjian Balfour

Perjanjian Balfour yang dianggap satu perjanjian yang zalim telah ditemeterai pada 2

November 1917 apabila pihak Britain memihak kepada gerakan Zionis dalam

penubuhan Negara bangsa Yahudi di bumi Palestin. Perjanjian tersebut telah sempurna

perlaksanaannya dengan kerjasama antara Negara-negara kuasa besar Tentera Salib dan

Zionis Antarabangsa untuk menghapuskan Negara Islam yang menjadi halangan kepada

cita-cita mereka.

11
Mazlee Malik. Op. Cit. 18 Mei.
30

Sebagai langkah pertama, Perjanjian Balfour dikeluarkan berdasarkan kepada perjanjian

tersebut, Britain dan Perancis mengeluarkan arahan kepada Jeneral Linbi selaku ketua

Tentera Inggeris di Timur Tengah supaya menghalau orang-orang Turki dari Timur

Bawah serta menjajah bumi Palestin. Pihak berkuasa Britai telah melakukan kerja-kerja

khianat dengan mengelakkan dari terdedahnya kenyataan tentang Perjanjian Balfour

sehingga selesai semua kerja dengan bantuan Arab.

Setelah Britain dijajah, golongan kapitalis antarabangsa telah memohon kepada kerajaan

Britain untuk melantik satu biro Zionis Antarabangsa di Palestin, dan mereka telah

meletakkan pegawai-pegawai politik mereka sebagai anggota biro tersebut. Mereka

yang dilantik ialah:

1. Kolonel Urumsbi : Kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Bank Standard di

Amerika Selatan

2. Kolonel James De Rochild : anak kepada Edmund De Rochild, ketua cawangan

keluarga Rochild di Perancis dan Pengasas Bandar Tel Aviv serta banyak lagi

penempatan-penempatan yang lain.

3. Leftenan Edwin Samuel : Dilantik menjadi ketua Perisikan Britain dalam

kerajaan Winston Curchild ketika Perang Dunia Kedua. Ketika penubuhan Israel

pada tahun 1948, dia dilantik menjadi Pengerusi Siaran Radio Israel.
31

4. Mr. Israel Sif : Memainkan peranan tersembunyi di peringkat paling bahaya

dalam kehidupan politik Britain. Dia kemudiannya menjadi Ketua Biro

Perancang Ekonomi dan Politik.

5. Hayim Waizman : seorang yang masyhur.

Kesemua mereka ini merupakan tokoh-tokoh Zionis Antarabangsa terkemuka yang

memainkan peranan besar dalam memudahkan kewujudan rejim Zionis pada masa

penjajahan Britain di sebalik tabir kerajaan Britain.

Kemudian dilakukan rundingan-rundingan di atas nama persidangan keamanan.

Winston Curchild telah menziarahi Palestin pada tahun 1961. Pihak Biro dan Arab telah

mengemukakannya kepada kezaliman-kezaliman yang menimpa orang Arab serta

menyatakan kebimbangan mereka mengenai matlamat yang ingin dicapai oleh Zionis

iaitu menjajah Palestin, serta menjelaskan kepadanya bahawa bangsa Arab telah tinggal

di situ semenjak ribuan tahun dan meminta beliau menggunakan pengaruhnya untuk

menghapuskan kezaliman ke atas orang Arab. Lalu beliau menjawab “ Kamu meminta

dari aku supaya meninggalkan Perjanjian Balfour dan menghentikan penghijrahan

orang-orang Yahudi. Perkara ini di luar kemampuan aku dan aku tidak bersetuju

dengannya. Bahkan kami menganggap perkara ini adalah baik untuk dunia, kaum

Yahudi, Kerajaan Britain dan orang Arab sendiri.”


32

Selepas itu, satu rahsia telah terdedah ketika dia menjadi Perdana Menteri Britain

bahawa dia merupakan seorang Zionis yang membuka jalan dan memudahkan

kewujudan rejim Zionis. Kemudian dikeluarkan keterangan khusus dari Kerajaan Britain

kepada Yahudi di Amerika :

1. Mengiktiraf Palestin sebagai tanah air kaum Yahudi.

2. Kaum Yahudi yang berada di Palestin atau yang bakal berhijrah ke sana boleh

menetap mana-mana kawasan di Palestin mengikut kemahuan mereka, serta

mereka akan mendapat hak perkauman dan politik sepenuhnya.

3. Kerajaan yang berkuasa di Palestin memberikan hak berpindah ke Palestin

kepada semua Yahudi di seluruh dunia tanpa syarat.

4. Kerajaan berkuasa di Palestin akan memberikan lesen kepada syarikat Yahudi

untuk membuat penempatan dan pembangunan di Palestin. Syarikat tersebut juga

berhak mendapat kebenaran untuk melakukan sebarang kerja umum dan

mendapat hak perkongsian di tanah-tanah berpotensi tinggi ataupun tanah-tanah

lain yang tidak dimiliki individu tertentu atau pemilikan yang bersifat agama.

5. Kesemua puak Yahudi di seluruh Palestin akan mendapat kebebasan penuh

dalam semua perkara yang memberi kesan terhadap keselesaan mereka daripada

sudut agama, penganutnya dan mengajarkan agama tersebut.


33

Dengan yang demikian itu, sempurnalah kerjasama antara Britain, Perancis dan Amerika

dalam melaksanakan janji laknat ini. Pada tahun 1922, Liga Antarabangsa telah

mengeluarkan keterangannya bahawa Britain tidak bertanggungjawab dalam

melaksanakan penubuhan Negara kaum Yahudi di Palestin, yang mana ianya telah

dilaksanakan secara berperingkat melalui politik, ekonomi dan ketenteraan sehingga

sempurnalah barah yang merbahaya ini pada tahun 1948.12

2.7 Kezaliman Israel Terhadap Palestin

Kekejaman yang berlaku terhadap rakyat Palestin telah membuka mata dunia. Hari-hari

yang dilalui rakyat Palestin penuh dengan kegelapan. Mereka ditindas, dizalimi dan

diugut dengan teruk sekali. Sehingga dari tahun 1948 dan kini, isu ini tidak pernah

pudar. Namun, pejuangan ini tidak boleh berhenti sampai di sini sahaja dan terus

mengaku kalah. Bagi rakyat Palestin mereka harus bangkit menentang kekejaman Israel

untuk memperjuangkan tanah yang sememangnnya hak milik mereka.

Sejarah menyaksikan pada mula serangan yang dilancarkan oleh Israel dan gerila-gerila

Yahudi di perkampungan Abu Kabir, Dir Yasin, Abu Syasyah, al-lad, Albiyyun dan al-

Syeikh, di mana 31 Mac 1948 kumpulan militan dan pengganas Yahudi yang dikenali

12
Syeikh Abdul Hadi Awang. 2011. Perjanjian Khianat: Cinta Luka Palestin.
Memperingati Asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin, April.
34

sebagai Hajnah membunuh semua penduduk perkampungan Abu Kabir yang cuba

melarikan diri.

Pada tarikh 14 Mei 1948, hari di mana pihak British mengakhiri penjajahannya ke atas

bumi Palestin, meyaksikan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh pengganas Israel ke

atas 50 orang umat Islam di perkampungan Abu Syasyah. Sebahagian mereka ditembak

dengan senjata api manakala sebahagian yang lain pula dipecahkan kepala mereka

dengan kapak. Selain daripada itu, Israel juga turut menyerang bumi Palestin pada tarikh

atau peristiwa Islam yang tertentu seperti pada tahun Baru hijrah pada 1 Muharam 1430

H yang telah membedil sekolah-sekolah, penempatan awam, pusat perlindungan,

masjid-masjid dan hal ini berlaku pada masa yang sama iaitu 14 disember 2012 yang

merupakan serangan terkini Zionis.13

Rejim Zionis lebih menampakkan kezaliman yang melampaui batas apabila sasaran

serangan mereka adalah kanak-kanak, wanita dan ibu mengandung. Ini kerana tentera

Israel khuatir bahawa para ibu di bumi Palestin akan melahirkan para pejuang untuk

menentang kezaliman Israel. Di sini jelas dan nyata bahawa Israel sebenarnya

merupakan manusia yang pengecut.

13
Zulkifli Mohamad Al-Bakri & Fatimah Syarha Mohd.Noordin. 2009. Palestin Tak
Pernah Gentar. Kuala Lumpur : Telaga Biru. Hlmn. 63.
35

Pihak Zionis juga beberapa kali mencuba untuk meletupkan kawasan al-haram al-sharif.

Jika tidak kerana kaum muslimin serta Syeikh Raed Solah yang menyedari apa yang

berlaku dan membongkarkan usaha-usaha jahat golongan tersebut pasti Majis al-Aqsa

kini hanya tinggal sejarah sahaja. Syeikh Raed Solah merupakan pemimpin gerakan

Islam di Palestin tetapi beliau telah ditawan semenjak tahun 1948 oleh rejim Israel.

Rajah A : Menunjukkan percubaan-percubaan rejim Zionis dan pelampau Yahudi untuk

mencemarkan Masjid al-Aqsa.14

Tarikh Peristiwa

20 Ogos 1929 Kumpulan pengganas Yahudi Kach telah menyerbu Masjid al-Aqsa

untuk menawan tembok sebelah baratnya.

7 Jun 1967 Jeneral Mordechai memasuki kawasan al-Haram al-Sharif dengan

kereta perisainya dan menawan bahagian timur al-Quds serta

mengambil kunci pintu masuk “al-Maghribah”.

15 Jun 1967 Hakham tertinggi bagi tentera rejim, Shlomo Ghoron dan 50

pengikutnya menunaikan sembahyang mereka di dalam kawasan al-

Haram al-Sharif.

16 Jun 1969 Rejim Zionis menawan bahagian Barat daya Masjid al-aqsa dan

menukarkan tembok al-Buraq menjadi tembok meratap mereka.

21 Ogos 1969 Dennis Rohan, pengganas Yahudi berasal dari Switzerland telah

membakar Masjid al-Aqsa.

14
Maszlee Malik. 2007. Al-Aqsa Dalam Bahaya. Kuala Lumpur : JIM International &
JIMedia. Hlmn. 26.
36

11 November Sekumpulan polis Israel telah melepaskan tembakan ke arah jemaah

1979 yang sedang bersolat di Masjid al-Aqsa. Tindakan ini telah

menyebabkan ramai yang terkorban dan ramai yang tercedera.

19 April 1980 Para hakham Yahudi bermesyuarat di Bandar Baitulmaqdis dan

berpakat merancang untuk menawan Masjid al-Aqsa.

28 Ogos 1981 Penemuan terowong yang digali oleh anasir Yahudi di bawah

Masjid al-Aqsa bermula dari tembok Buraq.

31 Ogos 1981 Kemusnahan bahan-bahan artifak bercirikan Islam peninggalan

pemerintah-pemerintah Islam yang terdahulu di tembok sebelah

barat al-Haram al-Sharif akibat penggalian terowong sepanjang

bahagian tersebut.

11 April 1982 Seorang tentera rejim, Harry Goldman telah melepaskan tembakan

secara membuta-tuli ke arah para jemaah yang berada di Masjid al-

Aqsa. Tindakan ini telah menyebabkan ramai yang terkorban dan

lebih 60 orang telah mengalami cedera parah.

2 Julai 1988 Menteri Keagamaan rejim Zionis telah meluluskan usaha penggalian

di bahagian pintu “al-Ghawanmah” yang menyebabkan terowong

yang telah digali menjadi semakin panjang di kawasan bawah

sepanjang tembok al-Haram al-Sharif.

8 Oktober 1990 22 orang telah gugur syahd, manakala 200 yang lain telah cedera

parah akibat keganasan tentera-tentera rejim Zionis yang telah

melepaskan tembakan di dalam kawasan Masjid al-Aqsa.

7 Julai 1996 Kawasan barat daya Masjid al-Aqsa telah mengalami keretakan
37

yang teruk akibat penggalian intensif yang dilakukan di bawahnya.

24 September Terowong di bahagian barat Masjid al-Aqsa telah dibuka untuk

1996 orang ramai dan dijadikan sebahagian daripada kawasan

pelancongan untuk orang-orang Yahudi.

28 Januari 1997 Terowong di bahagian barat daya Masjid al-Aqsa diperbesarkan lagi

sehingga ketinggiannya mencapai sembilan meter. Ini telah

menyebabkan dasar bangunan tersebut semakin tidak kuat dan

meretak.

3 Oktober 1999 Perdana Menteri rejim Zionis pada waktu itu, Ehud Barak telah

merasmikan terowong sebelah selatan Masjid al-Aqsa dan

menjadikannya sebagai tempat sembahyang kaum Yahudi ekstrimis.

25 Januari 2000 Rejim Zionis melarang lori-lori yang membawa simen dan pasir

daripada memasuki kawasan Baitulmaqdis yang bertujuan untuk

membaiki keretakan yang terdapat di Masjid al-Aqsa.

28 September Ariel Sharon, Perdana Menteri Zionis yang baru dilantik telah

2000 memasuki Masjid al-Aqsa dengan 200 tenteranya yang lengkap

bersenjata.

Mac 2001 30 buah pertubuhan ekstrimis Yahudi telah bersepakat meletakkan

batu asas untuk penubuhan Haikal di kawasan Kubah “al-Sakhra”

Sepanjang 2001 Mereka yang berumur 45 tahun tidak dibenarkan memasuki Masjid

sehingga 2003 al-Aqsa untuk menunaikan solat.

16 Oktober 2004 Mereka yang berumur di bawah 60 tahun tidak dibenarkan

memasuki Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat di bukan


38

Ramadhan.

Januari 2005- Enam ancaman untuk menyerbu dan merobohkan Masjid al-aqsa

September 2005 telah diberikan oleh petubuhan-pertubuhan ekstrimis Yahudi yang

ingin membina Haikal.

2.7.1 Isu Pelarian

Isu pelarian yang di alami oleh rakyat Palestin bukanlah isu baru, ianya seiring

berlaku sejak Palestin diceroboh oleh Israel. Mencerobohi tanah Palestin

merupakan satu perkara yang sangat zalim apatah lagi mengusir rakyatnya dan

menjadikan mereka sebagai pelarian ke tempat yang lain. Sebagai pelarian,

rakyat Palestin hanya berlindung di dalam khemah yang disediakan dan

peralatan-peralatan keperluan harian perlu dikongsi secara beramai-ramai

disebabkan kekurangan bekalan tersebut.

Mengikut bancian 2000, bilangan pelarian Palestin yang dihalau pada 1948 dan

generasi mereka seterusnya telah meningkat kepada lebih enam juta orang.

Terdapat satu juta lagi rakyat Palestin yang berasal dari Tebing Barat dan

Wilayah Gaza ( yang diduduki pada 1967 ) yang dihalang kembali daripada

kembali ke tanah air. Ini bermakna, jumlah keseluruhan pelarian Palestin ialah
39

tujuh juta orang. Kini, isu pelarian Palestin merupakan tragedi kemanusiaan

kurun ke-20 yang paling lama dan tragis.

Sejak tahun 1949 sehingga awal 79-an, pihak PBB melihat masalah Palestin

sebgai isu pelarian. Namun, selepas tahun 1974, PBB mula mengeluarkan

banyak ketetapan yang disokong majoriti perwakilan 'Perhimpunan Umum' PBB,

iaitu memberi hak kepada rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka

sendiri, mengiktiraf perjuangan rakyat Palestin ( termasuk perjuangan bersenjata

) unuk mengembalikan hak-hak mereka yang dirampas, dan hak-hak pelarian

untuk kembali ke tanahair mereka. Namun, Amerika Syarikat dan sekutu-

kutunya sentiasa bersedia membela tindakan pihak Yahudi yang enggan

menerima dan bersikap tidak peduli dengn ketetapan-ketetapan ini. Malah,

mereka menggunakan kuasa veto mereka di Majlis Keselamatan PBB untuk

menghalang apa jua perlaksanaan ketetapan yang telah dipersetujui.15

2.7.2 Isu Kemiskinan

Satu kajian terbaru mengesahkan bahawa penderitaan yang dialami oleh 1.5 juta

penduduk Palestin yang hidup di bawah sekatan dan embargo rejim Zionis

adalah lebih teruk daripada apa yang berlaku di Rwanda.

15
Mazlee Malik. 2006. 20 Persoalan Asas Palestin. Kuala Lumpur: JIM International &
JIMedia.Hlmn. 25.
40

Kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan New Family itu menunjukkan 63.1%

penduduk Gaza hidup di bawah paras kemiskinan yang ditetapkan oleh

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB.) Sedangkan negara Rwanda di timur

tengah Afrika itu mempunyai 60% penduduk hidup di bawah paras kemiskinan,

dengan pendapatan kasar sebanyak USD0.43 sehari.

New Family merupakan sebuah pertubuhan di Israel dipimpin oleh peguam Irit

Rosenblum. Kajian mereka juga mendedahkan bahawa sebanyak 45% penduduk

di Tebing Barat hidup di bawah paras kemiskinan. Sejak tahun 2007, penduduk

Gaza disekat daripada mendapatkan makanan, bahan bakar dan juga keperluan-

keperluan asas yang lain.

Rejim Zionis mengenakan sekatan ke atas Gaza setelah Gerakan Perlawanan

Hamas memenangi pilihanraya demokrasi pada tahun 2006. Dengan

mengenakan sekatan itu, Israel berharap kerajaan Gaza akan runtuh melalui

penentangan oleh rakyat yang disekat daripada mendapatkan hak asasi mereka

dan terus hidup dalam penuh penderitaan. Sejak sekatan itu, harga barangan di

Gaza meningkat sehingga 24.7%.


41

“Kita melihat suatu keadaan ekonomi yang dahsyat dialami oleh seluruh rakyat

kerana di situ tidak ada zon industri, tidak ada sebarang peluang pekerjaan,” kata

seorang penganalisis ekonomi, Mohsin Abu Ramadan.

PressTv melaporkan bahawa lebih 10% penduduk Gaza, kebanyakannya kanak-

kanak, mengalami kecacatan fizikal akibat kekurangan zat makanan. Kerosakan

yang berlaku di Gaza akibat serangan Israel pada akhir tahun 2008 masih tidak

dapat dipulihkan. Dianggarkan serangan tersebut telah memusnahkan USD1.6

bilion ekonomi Gaza.16

2.7.3 Sekatan Bekalan Perubatan, Makanan dan Bahan Binaan.

Israel telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Palestin sejak tahun 2006

apabila Israel mengundurkan semua penempatan haramnya di semenanjung

Gaza. Sejak itu, Israel telah menetapkan sekatan ke atas bahan binaan, bekalan

makanan dan perubatan sehingga menjadikan Palestin seperti sebuah “penjara

terbuka”. Semenjak “Operation Cast Lead” pada tahun 2008 yang menyaksikan

lebih 700 kaum muslimin terkorban, Israel tidak pernah menghentikan sekatan

ekonomi sehinggalah ke hari ini. Serangan-serangan ini sebenarnya

16
Kadar kemiskinan Gaza lebih tinggi daripada Rwanda. http://www.aqsasyarif.org.
42

menunjukkan bahawa Israel takut dengan bayang-bayang mereka sendiri kerana

khuatir tidak selamat untuk merampas Palestin.17

Sebagai contoh, kisah serangan yang terkini seperti yang digambarkan oleh

media-media sejurus serangan yang hampir seminggu pada 14 November 2012

oleh rejim Zionis terhadap Palestin, ternyata bahawa kematian yang meningkat

juga berpunca akibat kekurangan bekalan perubatan di hospital-hospital.

Berdasarkan Biro Pusat Statistik Palestin, terdapat 1.7 juta, manakala di Israel,

terdapat 377 buat pusat perubatan bagi populasi kira-kira 7.93 juta. Terdapat

juga 21 pusat kesihatan yang dikelolakan UNRWA di Gaza. Pusat ini turut

beroperasi pada hari Sabtu walaupun kekurangan tenaga kerja.

Menurut Abbas, Ketua Pengarah Hospital al-Shifa di Semenanjung Gaza

memberitahu agensi berita al-Jazeerah bekalan yang sepatutnya cukup untuk

seminggu telah habis digunakan dalam masa beberapa jam. Dengan itu, mereka

berharap agar pintu Rafah dibuka supaya pesakit-pesakit dapat dihantar ke Mesir

bagi menjalani rawatan. Kisah tragis ini, jelas menunjukkan kepada dunia hari

17
Israel Resah di Sebalik Konflik. 2012. http://www.mykhilafah.com/analisis/3766-
israel-resah-di-sebalik-konflik. 26 November.
43

ini bahawa Palestin sedang mengalami krisis bekalan perubatan yang sangat

teruk.18

Begitu juga dengan sekatan bekalan makanan yang dihadapi oleh rakyat

Palestin.mereka terpaksa hidup dalam keluburan. Lebih malangnya, kanak-kanak

yang masih kecil terpaksa menghadapi semua ini. Walaupun bantuan bekalan

makanan telah dilakukan dari pelbagai negara untuk rakyat Palestin, namun

kekejaman Israel telah menghalang daripada bekalan-bekalan tersebut terus

masuk ke susur Gaza. Ada ketika rakyat Palestin ini, terpaksa berkongsi

makanan walupun hanya sekeping roti. Sedangkan masyarakat luar mengetahui

bahawa bumi Palestin adalah tanah yang diberkati Allah dan disebabkan itu

tanaman-tanaman di buminya hidup dengan subur dan mereka kaya dengan

pertanian dan hasil lautan. Namun, disebabkan penindasan Isarel ini, rakyat

Palestin terhalang untuk mendapatkan hasil-hasil tersebut.

Palestin juga kekurangan dari sudut bahan binaan untuk membina semula

bangunan-bangunan yang telah dimusnahkan oleh rejim Israel dengan

pengeboman yang dilakukan. Melalui sumber beberapa orang rakyat Palestin,

mereka meluahkan bahawa tidak sempat bangunan hendak dibina semula, rejim

Israel telah memusnahkannya. Oleh sebab inilah, kos peruntukan yang

18
Hospital Gaza Hadapi Ancaman Kekurangan Bekalan Perubatan. 2012.
http://map2street.blogspot.com/2012/11/hospital-gaza- hadapi-ancaman.html. 18
November.
44

diperlukan sangat tinggi. Namun, semangat yang wujud dalam diri mereka, tidak

pernah berputus-asa untuk menghentikan kegiatan pembinaan-pembinaan

tersebut walaupun sekatan bahan binaan dilakukan.

2.8 Tindakan Memboikot Produk Israel

Persoalan ini sering bermain di fikiran orang-orang Islam kemana sahaja kita pergi.

Biasanya ada tiga bentuk jawapan yang kita perolehi. Ya boikot!. Jawapan ini diperolehi

oleh mereka yang faham asal usulkonflik yang berlaku di antara Palestin.Tidak, jawapan

ini diberi oleh orang yang tidak pernah ambil kisah tentang isu Palestin ataupun yang

mempunyai kepentingan tertentu. Tak pasti, jawapan orang yang suka berdalih ataupun

dari orang yang samar-samar kefahamannya tentang isu Palestin. Dalam surah al-hasyr

ayat 5, Allah S.W.T berfirman:

   

 

 

 

 

 
45

“Apa saja yang kamu tebang dari pohon kurma (milik orang-orang kafir) atau

yang kamu biarkan (tumbuh) berdiri di atas pokoknyaMaka (semua itu) adalah

dengan izin Allah; dan Karena dia hendak memberikan kehinaan kepada orang-

orang fasik.”

Mengambil iktibar dari surah ini yang menceritakan tentang peristiwa pengusiran kaum

Yahudi bani Nadir dari Madinah oleh Baginda Rasulullah S.A.W dalam peristiwa ini

kaum Yahudi telah membelot kepada kaum muslimin di mana sebelum berlaku

peperangan antara kaum kafir musyrikin dengan muslimin mereka telah berjanji tidak

akan berpihak kepada mana-mana kumpulan. Tetapi ternyata bila perang meletus kaum

Yahudi telah membantu kaum musyrikin dalam peperangan dengan kaum muslimin.

Tetapi dengan pertolongan Allah S.W.T akhirnya kaum muslimin menang, dan

akhirnya kaum Yahudi yang belot telah menerima hukuman dari kaum muslimin,

antaranya dibunuh, diusir keluar madinah dan sebahagian harta benda dan tanaman

mereka dimusnahkan. Ayat ini menjawab tohmahan orang-orang kafir bahawa Nabi

tidak menepati etika peperangan. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama orang Yahudi

cuba membelot terhadap kaum muslimin malahan sikap permusuhan mereka terhadap

kaum muslimin sebelum itu sudah diketahui umum ketika itu. Cuma yang menarik dari

ayat 5 surah al-Hasr tersebut ialah tentang keizinan Allah S.W.T membenarkan Nabi

memusnhkan rumah serta pokok-pokok tanaman kurma milik orang Yahudi, sedangkan

etika peperangan yang telah dikeluarkan oleh baginda dalam peperangan kepada para

sahabat ialah mereka tidak boleh membunuh kanak-kanak, orang tua hatta

memusnahkan rumah dan tanaman serta binatang ternakan.


46

Tetapi pengajaran dari ayat 5 surah al-Hasr ini nampaknya ada pengecualian. Ayat ini

seolah-olah memberi suatu prosedur khusus kepada Nabi dan umat Islam bahawa kalau

kamu nak menewaskan musuh Yahudi yang jahat, antara perkara pokok yang harus

diperhatikan ialah melumpuhkan kekuatan ekonomi mereka. Malah pengajaran ayat ini

bertambah relevan sekarang dimana rejim Zionis yang mewarisi kejahatan kaum Yahudi

dizaman Madinah yang cuba membunuh Nabi, telah menggunakan kekuatan ekonomi

mereka untuk mencapai cita-cita jahat iaitu membunuh rakyat Palestin dan menghalau

mereka keluar dari tanah air mereka untuk mendirikan negara haram Israel. Yahudi yang

mendokong fikrah Zionis terang-terangan menyalurkan keuntungan syarikat multi

nasional mereka yang bernilai ratusan juta kepada penegakan rejim Zionis Israel di

Palestin. Syarikat-syarikat multinasional itu pula malangnya bertebaran diseluruh

pelusuk dunia termasuk negara umat Islam. Walau atas nama sumbangan yang berbagai,

tetapi umum mengetahui bahawa sebarang bantuan kewangan kepada rejim Zionis

hanya akan digunakan untuk dua perkara terbesar, iaitu membeli senjata dan

kelengkapan tentera bagi membunuh dan memusnahkan rumah rakyat Palestin dan

kedua ialah untuk pembangunan, iaitu mendirikan penempatan-penempatan haram

Yahudi di atas tapak rumah orang Palestin yang dirobohkan. Lantas mengambil iktibar

ayat 5 surah al-Hasr, wajarlah kita memboikot barangan buatan Israel, Amerika dan

sekutunya Britain. Walaupun demikian memandangkan realiti umat Islam yang serba

lemah, pemboikotan kita haruslah terpilih terutamanya produk-produk yang bersifat

memusnahkan akal dan kesihatan termasuk yang bersifat bukan keperluan asas.
47

Adapun produk-produk lain yang bersifat keperluan asas bergantung kepada

kemampuan umat Islam menyediakan barangan alternatif ataupun paling tidak buatan

rakyat Malaysia. Apapun usaha pemboikotan ini perlulah berlaku secara kolektif iaitu

secara beramai-ramai dan berterusan supaya kesannya akan terasa kepada syarikat-

syarikat tersebut. Produk yang paling utama yang harus diboikot tanpa dolak dalih ialah

rokok. Syarikat rokok terbesar dunia dimiliki oleh Philip Morris sebuah syarikat Yahudi.

Mengikut kajian, umat Islam seluruh dunia yang merokok telah menyumbang sebanyak

USD8.9 juta sehari kepada Israel sahaja.

Professor Dr Yusuf al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa pada tahun 2002 yang

mengatakan bahawa setiap wang yang dibelanjakan untuk membeli produk-produk

Israel dan Amerika seolah-olah kamu telah membeli sebutir peluru yang akan menusuk

tubuh saudaramu di Palestin. Kesan boikot cukup mendalam seperti mana yang telah

berlaku pasca intifadah ke-2 pada tahun 2000 di mana umat Islam Mesir memboikot

makanan McDonald, dan ini menyebabkan jualan syarikat itu di seluruh negara Mesir

jatuh merundum sehinggakan syarikat itu bertindak melakukan promosi dimana setiap

sen wan yang dibelanjakan itu, sebahagian kecil akan disumbangkan kepada Palestin.

Kita mungkin tidak mampu untuk mengangkat senjata membantu rakyat Palestin yang

dizalimi, tetapi jika usaha sekecil dan semudah boikot ini tak mampu untuk
48

dilaksanakan, maka perlu untuk kita mempersoalkan dalam diri di tahap mana keimanan

dan keprihatinan terhadap umat yang seakidah dengan kita.19

2.9 Perjuangan HAMAS untuk Palestin

Hamas tidak muncul secara tiba-tiba. Kemunculannya juga bukan kerana kekecewaan

sesetengah golongan Fatah seperti yang pernah didakwa. HAMAS juga bukan gerakan

yang dicipta untuk memporak-perandakan rakyat Palestin sepertimana yang difitnah

oleh sesetengah orang.

Gerakan HAMAS merujuk kepada perjuangan yang panjang. HAMAS menjelaskan

bahawa sesungguhnya perjuangan mereka kembali kepada perjuangan Syeikh Izzuddin

al-Qassam semasa Revolusi Palestin 1936. Secara pastinya, perjuangan HAMAS seperti

yang diterangkan dalam perlembagaan mereka adalah berasal daripada gerakan Ikhwan

Muslimin (IM). Gerakan IM ditubuhkan di Mesir seawal tahun 1928 oleh Imam Hassan

al-Banna.20

19
Md Roslan Hashim. 2010. Membongkar Kejahatan Israel. Kuala Lumpur : JIMedia &
Pace. Hlmn. 157.
20
Maszlee Malik. 2006. Hamas Daripada Underground Kepada Parti Pemerintah.
Kuala Lumpur ; PTS Millenia Sdn.Bhd. Hlmn. 1.
49

2.9.1 Matlamat Perjuangan HAMAS21

Matlamat perjuangan HAMAS dapat dibahagikan kepada dua matlamat utama

iaitu matlamat strategikdan juga matlamat jangka pendek. Pembahagian

matlamat kepada dia fasa ini adalah berdasarkan idealism perjuangan

bertunjangkan reality yang wujud.

Matlamat strategik HAMAS dapat disimpulkan kepada dua perkara asasi iaitu:

1. Memerdekakan seluruh bumi Palestin dari sungai Jordan sehingga ke Laut

Mediteranean.

2. Mendirikan Negara Palestin berdasarkan prinsip-prinsip Islam.

Bagi HAMAS, matlamat strategik ini adalah bagi jangka masa panjang dan

tidak akan mereka gadaikan.ia adalah idealism perjuangan HMAS yang

berpaksikan akidah Islam dan juga dasar Islam sendiri. Walau bagaimanapun,

bagi menyingkap realiti yang wujud dan juga berjuang atas konsep bertahap,

HAMAS meletakkan matlamat jangka pendek mereka.

Matlamat jangka pendek HAMAS bagi mencapai matlamat strategik pula dapat

diringkaskan kepada lapan perkara utama:

21
Ibid. Hlmn. 23.
50

1. Memerdekakan Tebng Barat, Gaza serta Baitulmaqdis yang dijajah pada

tahun 1967 bagi diperintah secara mutlak oleh rakyat Palestin.

2. Menerapkan nilai-nilai Islam dalam masyarakat Palestin supaya mereka

mengamalkan akhlak dan budaya yang berlandaskan Islam dalam

kehidupan. Ini penting kerana Islam adalah nadi perjuangan untuk menuntut

kemerdekaan bumi Palestin.

3. Menjaga dan meneruskan jihad danpenentangan bersenjata bagi

memerdekakan bumi Palestin dan

4. Mengerahkan bangsa Arab dan juga umat Islam sedunia bagi membantu

rakyat Palestin memerdekakan Palestin.

5. Menentang segala usaha mengiktiraf legitimasi Negara Israel di atas bumi

Palestin. HAMAS juga akan sentiasa menggagalkan sebarang usaha

perluasan kuasa Zionis di bumi kaum Muslimin.

6. Memastikan pembebasan dan mempertahankan orang awam Palestin supaya

tidak dizalimi sesuka hati oleh rejim Zionis yang terkenal dengan

keganasan.
51

7. Memastikan perjuangan rakyat Palestin membawa keruntuhan rejim Zionis

yang zalim, sama ada daripada sudut keamanandan juga ekonomi mereka.

HAMAS juga akan terus menunjukkan kepada dunia berkenaan kezaliman

dan keganasan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin.

8. HAMAS juga akan sentiasa berusaha memastikan kesatua rakyat Palestin di

bawah naungan usaha pembebasan dan kemerdekaan bumi mereka.


52

2.10 Penutup

Palestin bukan soal derma dan sedekah. Palestin adalah jihad dan kewajiban. Palestin

adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat Nabi Muhammad S.A.W. dari tiga bumi

suci-Nya itu (tanah haram), Allah memberi keamanan untuk Mekah dan Madinah, tetapi

tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama

daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan konspirasi musuh untuk merampas

dan menghancurkannya kembali.

Mencintai Palestin adalah tanda iman dan takwa. Kita mesti mencintainya melebihi

kecintaan kita kepada tanah air sendiri. Roda zaman bahawa bangsa Yahudi telah

berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk

menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu. Selepas mereka menguasainya, impian

mereka bertambah tinggi dan yakin bahawa tindakan mereka itu diberkati oleh Tuhan

mereka.

Seperti yang dikatakan oleh Ustaz Nik Mohamad Abdun Nik Abdul Aziz dalam majalah

Memperingati as-syahid Syeikh Ahmad Yassin bahawa bermulanya keamanan dunia

adalah dengan amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan

celakanya keadaan di bumi Palestin. Justeru, wajib ke atas semua umat Islam bersatu

untuk bersama memperjuangkan kebebasan bumi Palestin.

Anda mungkin juga menyukai