Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN AKHIR AKTIVITI

HHHC9301
KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PERTANDINGAN MULTIMEDIA KREATIF 2015


(PMK ’15)

Nama : Syuhada Amirah Binti Rozman


No Matrik : A146257
Pensyarah : Dr. Noorazean Binti Mohd Ali
NAMA KELAB Kelab IMec Fakulti Teknologi dan Sains
Maklumat

PROGRAM Pertandingan Multimedia Kreatif 2015


(PMK ’15)

AKTIVITI Pertandingan yang melibatkan pelajar


dari IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pertandingan yang dipertandingkan :
1. Pertandingan Animasi
2. Pertandingan Poster

JAWATAN Ketua Exco Pemasaran dan Penajaan


Pengerusi Majlis Perasmian dan
Penutupan PMK ‘15
BILANGAN JAM :

1. TEMPOH BERTUGAS : 2 BULAN SEBELUM PROGRAM


2. BILANGAN JAM : 720 JAM KERJA

TUGAS :

Ketua Exco Pemasaran dan Penajaan

1. Bertanggungjawab dalam bahagian pemasaran dan penajaan


2. Memastikan dana bagi program mencukupi dan mengikut bajet yang
ditetapkan
3. Mencari organisasi/individu yang berpotensi menjadi penaja bagi program
4. Memastikan dana yang diterima dapat diproses mengikut masa dan tempoh
yang ditetapkan

Pengerusi Majlis Perasmian dan Penutupan PMK ‘15


1. Bertanggungjawab dalam menyampaikan isi majlis mengikut protokol
2. Memastikan majlis disampaikan mengikut urutan
3. Menyampaikan maklumat kepada penonton dengan berkesan dan tepat
STRATEGI PENYELESAIAN TUGAS

1. Sentiasa bersiap sedia


 Dalam proses pencarian penaja bagi program. Saya perlu
sentiasa bersedia dengan dokumen yang diperlukan bagi
penajaan sebagai contoh kertas kerja bagi penajaan
 Perlu sentiasa mempunyai rancangan sandaran (backup plan)
sekiranya penaja menarik diri

2. Penyusunan organisasi penajaan mengikut potensi


 Organisasi yang berpotensi menjadi penaja perlu disusun
mengikut keutamaan kemungkinan menjadi penaja supaya
proses follow-up bagi dana dapat dijalankan secara tersusun dan
berkesan.

3. Melakukan proses follow-up secara berterusan


 Proses follow-up haruslah dilakukan secara berterusan dan
berkala bagi memastikan pengesahan samada dana diluluskan
atau tidak oleh organisasi yang terbabit.

4. Melakukan sedikit kajian secara atas talian mengenai organisasi


yang terbabit
 Organisasi yang berpotensi sebagai penaja mungkin dapat
menaja bukan sahaja dari segi kewangan tetapi dari segi
cenderamata seperti goodies bag, pendrive dan sebagainya. Jadi
kajian secara online mengenai barangan tajaan yang boleh
diberikan oleh organisasi terbabit amat diperlukan dari segi
potensi kelulusan barangan penajaan.
KEMAHIRAN YANG DIPELAJARI DALAM MENYELESAIKAN
TUGASAN

1. Mampu berkomunikasi dengan orang luar secara professional.


 Melalui street marketing dan juga perjumpaan dengan ahli-ahli
korporat dari organisasi yang terlibat dalam penajaan. Saya
belajar untuk berkomunikasi secara professional.
 Belajar mengendalikan penaja secara professional

2. Menjalankan kerja secara berdisiplin, tersusun dan berkesan.


 Penaja perlu dikelaskan dan disusun mengikut keutamaan
agar lebih tersusun dan mudah untuk melakukan proses
follow-up

3. Belajar mengatasi masalah secara terancang dan tenang.


 Apabila masalah mengenai penaja timbul, saya belajar untuk
menyelesaikan masalah secara tenang dan terancang.
Memikirkan kaedah penajaan lain yang lebih cepat dan
berkesan
POST-MORTEM / REFLEKSI
1. Kerjasama dalam menyelesaikan tugas amat penting
 Di dalam program ini, semua ahli jawatankuasa
bertanggungjawab dalam membantu melaksanakan program ini
secara langsung dan tidak langsung. Tugasan masing masing
bukan sahaja terhad mengikut peranan tetapi menyeluruh iaitu
membantu melaksanakan program ini

2. Bersedia dengan semua kemungkinan dalam program


 Dalam semua program, tidak semua berjalan mengikut
rancangan, jadi persediaan bagi semua kemungkinan yang
mungkin berlaku dalam program perlu dilakukan. Sebagai
contoh, semasa menjadi pengerusi majlis VIP tidak datang
mengikut masa oleh itu saya perlu memaklumkan kepada
penonton mengenai kelewatan ketibaan VIP dan menyusun
semula masa bagi aturcara majlis bagi menepati masa penutupan
majlis.
 Dalam program ini, saya selaku ketua exco pemasaran
berhadapan dengan masalah wang penajaan yang mengambil
masa sebelum dapat diterima. Jadi, saya menggunakan
pendekatan street marketing bagi mendapatkan wang penajaan
yang lebih cepat dan berkesan.

3. Setiap kerja perlu dilakukan secara tersusun dan sistematik


 Semasa proses pencarian penaja, terdapat beberapa kekeliruan
mengenai barangan penajaan oleh beberapa organisasi. Oleh itu,
setiap penaja perlu dikelaskan mengikut kepentingan dan juga
barangan tajaan bagi memastikan semua penaja dan barangan
penajaan dapat diterima dengan tersusun dan mengikut masa.

4. Bijak mengatasi masalah


 Sewaktu program ini, penaja utama menarik diri pada saat-saat
akhir. Hal ini telah menjadi satu masalah besar kepada perlaksanaan
program. Jadi, melalui pendekatan terakhir saya menggunakan
kaedah street marketing bagi mengatasi masalah kekurangan penaja.
LAMPIRAN