Anda di halaman 1dari 3

PENGURUSAN KERJA LEBIH MASA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

1.0 PENDAHULUAN

Kerja lebih masa adalah kerja yang dilakukan selepas tamat masa kerja biasa tetapi tidak
termasuk kerja-kerja yang dilakukan pada masa hari cuti dan cuti umum. (work done in excess of
the “normal hours of work”, However it does not include work done on Rest Days and Public
Holidays) – M.N D’Cruz – A Handbook On Malaysian Labour Laws.

Waktu kerja normal bagi penjawat awam yang bertugas di waktu pejabat adalah dari jam
0800 pagi sehingga jam 1700 petang. Bagi penjawat awam yang bekerja syif, kerja lebih masa
adalah di luar waktu kerja hakiki yang ditetapkan oleh jabatan. Contohnya, di dalam Jabatan
Imigresen Malaysia, kerja syif yang ditetapkan adalah jam 1500 petang hingga jam 2300 malam,
bagi hari pertama permulaan syif, diikuti keesokkan harinya jam 0700 pagi sehingga jam 1500
petang dan diakhiri syif kerja malam pada hari yang sama, jam 2300 malam sehingga jam 0700
pagi.

Kerja lebih masa dibuat oleh seorang penjawat awam dalam tiga keadaan iaitu, (1) atas
arahan Ketua Jabatan bagi menyelesaikan sesuatu tugas, (2) atas kerelaan hati kerana
memerlukan pendapatan sampingan, dan (3) kerana tuntutan kerja yang sememangnya
dimaklumi oleh Ketua Jabatan.

Kerajaan Malaysia telah menetapkan Peraturan-peraturan Kerja (Had Kerja Lebih Masa)
1980 di bawah Akta Kerja 1955, dengan menaikkan kerja lebih masa maksimum yang
dibenarkan dari 32 jam sebulan kepada 64 jam sebulan. Kemudiannya Kerajaan di bawah
pimpinan Mahathir Mohamad meminda peraturan tersebut pada tahun 1991 dengan menaikkan
had kerja lebih masa sebulan kepada 104 jam. Ini bermakna majikan boleh menyuruh pekerjanya
untuk bekerja lebih masa sebanyak 4 jam sehari.
2.0 ISU KERJA LEBIH MASA

Pengurusan kerja lebih masa dalam perkhidmatan awam wajib diurus dengan efisien oleh
Ketua Jabatan dan memastikan pekerja dapat meyelesaikan kerja pada waktu yang ditetapkan
tanpa perlu melakukan tugasan kerja hakiki di luar waktu kerja. Pekerja pejabat yang kerap
melakukan kerja lebih masa iaitu pada jam 1700 petang ke atas wajar dipantau bagi memastikan
pekerja tidak mencuri tulang dalam masa waktu pejabat dan tidak sengaja membuat tugas lebih
masa semata-mata untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Ramai pekerja melakukan kerja lebih masa, bukannya kerana mereka suka sangat kerja
lebih masa, tetapi sebenarnya oleh sebab gaji asas yang diterima daripada kerja dalam
lingkungan 9 jam sehari itu tidak mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan harian.
Pekerja-pekerja terpaksa melakukan kerja lebih masa kerana gaji mereka rendah.

Walaupun negara kita sudah wujudkan peraturan gaji minimum, tetapi kadar gaji
minimum yang ditetapkan oleh kerajaan adalah begitu rendah. Tambahan pula dengan lambakan
pekerja migran yang tidak mendapat perlindungan hak yang sewajar, menjadikan kerja semakin
tidak terjamin untuk pekerja dan gaji terus ditekan pada paras yang rendah.

Dalam memenuhi cabaran hidup seperti kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi,
rakyat seperti dituntut untuk melakukan lebih dari satu kerja ataupun membuat kerja lebih masa
untuk dijadikan pendapatan sampingan.

Menurut Profesor Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Rahmah Ismail, kehidupan warga kota pada hari ini semakin
mencabar, kesan daripada pelbagai peristiwa yang berlaku sama ada dalam negara mahupun luar
negara.
Walau bagaimanapun, sebagai Ketua Jabatan seharusnya memantau keperluan pekerjanya
untuk membuat kerja lebih masa. Hal ini adalah kerana jabatan perlu membayar sejumlah
bayaran yang dituntut oleh pekerja kerana membuat kerja lebih masa. Sebaiknya, Ketua Jabatan
boleh meminta penyelia di bawah penyeliaannya memantau kerja pekerja dan cuba sebaiknya
menggunakan sepenuh masa di dalam waktu pejabat untuk menyelesaikan kerja hakiki tanpa
bertangguh.

Dalam bidang kerja kawalan yang beroperasi 24 jam tanpa henti, seperti dalam Jabatan
Imigresen Malaysia yang menuntut keberadaan pegawai kaunter siap siaga memberikan servis di
kawalan pintu masuk dan keluar Malaysia, Ketua Jabatan perlu menurunkan kuasa kepada

Anda mungkin juga menyukai