Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN

Bahagian ini menghuraikan latar belakang dan definisi konsep kajian.

1.1 Latar Belakang

Penggunaan laras resepi telah wujud sejak berkurun-kurun lagi bermula

dengan lisan dan kemudiannya digunakan dalam bidang penulisan. Laras resepi

adalah salah satu cabang yang terdapat dalam bidang ilmu laras bahasa. Secara

teorinya, laras resepi ini dapat dikenal pasti melalui ciri-ciri tertentu yang terdapat

dalam binaan suatu ayat. Laras resepi lebih memberi perhatian terhadap hal-hal yang

berkaitan dengan masakan dan pemakanan. Tujuan laras resepi diperkenalkan adalah

bertujuan untuk menjalankan perniagaan atau perkongsian ilmu masakan dengan

orang lain.

Laras resepi dapat dilihat akan penggunaannya secara lisan melalui rancangan-

rancangan masakan, kursus masakan, pendidikan kulinari dan banyak lagi. Tambahan

pula laras resepi dalam bidang penulisan dapat dilihat melalui buku-buku masakan,

majalah resepi dan ruangan masakan dalam akhbar. Laras resepi yang wujud dalam

sebuah penulisan dapat dinilai dari segi kosa kata yang digunakan, gaya bahasa dan

jenis ayat yang digunakan.

Pada era yang kian moden ini, terdapat pelbagai laras yang semakin meluas

penggunaannya seperti laras ekonomi, laras sains, laras iklan dan laras undang-

undang. Namun begitu, pengkaji lebih berminat untuk mengkaji penggunaan laras

resepi dalam buku 350 Resepi. Hal ini kerana pengkaji ingin mengetahui akan

keunkan penggunaan laras resepi dalam sesebuah karya penulisan. Apabila

penguasaan terhadap laras resepi bertambah baik, mesej yang ingin disampaikan oleh

pengarang dalam penulisannya atau penutur melalui lisannya lebih mudah difahami.

1
Keseluruhannya, pengkaji berminat untuk mengkaji laras resepi dengan lebih

mendalam kerana pemahaman laras resepi yang baik dapat membantu suatu-suatu

mesej mengenai masakan dan pemakanan jelas untuk difahami.

1.2 Definisi Konsep

1.2.1 Laras Bahasa

Menurut Asmah Haji Omar (1987), laras bahasa merupakan ciri khusus

dalam penggunaan bahasa berdasarkan bidang penggunaannya. Selain itu,

Halliday (1978) pula berpendapat bahawa laras bahasa merupakan variasi

bahasa yang berbeza mengikut fungsi. Oleh itu, perkara ini menunjukkan laras

bahasa sering berubah-ubah secara kontigensi ataupun mengikut keadaan.

1.2.2 Laras Resepi

Menurut Nawi Ismail, laras resepi merupakan laras bahasa yang

memperlihatkan ciri yang khusus yang digunakan untuk menyatakan hal-hal

yang berkaitan dengan masakan. Laras ini bertujuan untuk memberikan

maklumat dan tunjuk cara tentang sesuatu masakan kepada khalayak.Laras

resepi diperluas untuk tujuan perniagaan. Di samping itu, laras resepi juga

digunakan oleh semua orang dalam perkongsian ilmu masakan dengan orang

lain.

Ringkasnya, laras bahasa resepi merupakan laras yang digunakan untuk menunjukkan

perbuatan atau perkara-perkara yang berkaitan dengan makanan dan pemasakan. Selain itu,

laras resepi juga mengemukakan beberapa cirinya yang tersendiri untuk menyampaikan

maklumat mengenai pemasakan dan makanan. Laras resepi yang dikaji mempunyai beberapa

ciri-ciri yang istimewa dan khusus yang tidak terdapat pada laras bahasa yang lain.

2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

a) Mengenal pasti ciri laras resepi yang terdapat dalam buku 350 Resepi.

b) Menghuraikan ciri-ciri laras resepi yang terdapat dalam binaan ayat yang terkandung

dalam buku 350 Resepi.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian yang dijalankan ini adalah penting untuk :

a) Memperlihatkan kelebihan penggunaan laras resepi berbanding laras bahasa yang lain

dalam Bahasa Melayu.

b) Menambah pengetahuan tentang penggunaan laras resepi dalam pembinaan ayat yang

terdapat dalam buku 350 Resepi.

c) Mengenal pasti keunikan yang terdapat dalam laras resepi dalam pembinaan ayat

dalam Bahasa Melayu.

4.0 SKOP KAJIAN

Fokus kajian ini adalah kepada penggunaan laras resepi dalam buku 350 Resepi. Aspek yang

akan diberi tumpuan oleh pengkaji mengenai ciri-ciri laras resepi yang terkandung dalam

buku ini. Ciri-ciri yang akan dikaji oleh pengkaji ialah :

i. Banyak menggunakan ayat perintah

ii. Banyak menggunakan kata kerja bentuk tunggal

iii. Kosa kata berkaitan dengan pemakanan dan masakan

iv. Bahasanya ringkas, tepat, dan jelas

v. Kurang menitikberatkan aspek ketepatan tatabahasa

vi. Penjelasan mengikut turutan dan berkesinambungan

3
Berdasarkan ciri-ciri laras resepi tersebut, pengkaji hanya mengambil ciri (i) hingga (iv)

untuk menyempurnakan kajian.

5.0 BATASAN KAJIAN

Oleh sebab kekangan masa, pengkaji tidak berkemampuan untuk mengkaji secara lebih

mendalam. Oleh itu, pengkaji akan membataskan kajian berdasarkan rujukan yang telah

ditetapkan iaitu buku 350 Resepi yang diterbitkan oleh Grup Buk Karangkraf. Buku ini

terdapat tujuh bahagian resepi yang berbeza iaitu Minuman, Pencuci Mulut dan Kuih-muih,

Lauk-pauk dan Sayuran, Biskut, Kek, Makanan Tradisional, Hidangan Nasi, Mi, dan Pasta.

Namun, pengkaji hanya mengambil satu bahagian sahaja untuk menjalankan kajian ini iaitu

bahagian Pencuci Mulut dan Kuih-muih sahaja.

6.0 KAEDAH KAJIAN

6.1 Mendapatkan data

Maklumat dalam kajian ini diperoleh dengan cara yang berikut:

6.1.1 Kajian Kepustakaan

Kajian kepustakaan dijalankan untuk mendapatkan bahan-bahan

rujukan dan buku yang berkaitan dengan laras bahasa. Malumat yang

diperoleh daripada hasil bacaan, pihak yang tertentu, dan orang

perseorangan dikumpul dan diteliti sebelum proses menulis

dilaksanakan. Selain itu, kajia kepustakaan dijalankan untuk

mendapatkan sumber tambahan bagi melengkapkan kajian ini. Kajian

kepustakaan ini juga melibatkan pencarian maklumat di laman

sesawang yang berkaitan untuk mempercepat proses mendapatkan

maklumat yang berkaitan dengan bahan bacaan ini.

4
6.1.2 Kajian Teks

Kajian ini ialah kajian teks yang menggunakan laras bahasa resepi

dalam sebuah buku resepi, iaitu 350 resepi sebagai sumber rujukan.

6.2 Mengumpulkan Data

Sumber data kajian ini ialah 350 resepi. Laras bahasa resepi yang dijadikan asas

kajian ini, dikenal pasti dan dikaji penggunaanya oleh pengkaji.

6.3 Menganalisis dan Mempersembahkan Data

Analisis data dilakukan dengan menganalisis contoh dan penggunaan laras bahasa

dalam bahasa Melayu.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan menjelaskan dan memperincikan segala dapatan kajian. Bahagian

ini dihurai lebih mendalam bersesuaian dengan ketepatan objektif yang telah ditetapkan.

Dapatan kajian telah disusun mengikut turutan berdasarkan ciri-ciri yang terkandung dalam

laras resepi.

7. 1 Banyak Menggunakan Kata Kerja Bentuk Tunggal

Menurut Tatabahasa Asas (2015:108), kata kerja tunggal ialah kata kerja yang tidak
mengandungi imbuhan. Kata kerja tunggal dapat berdiri sendiri sebagai predikat dalam ayat.
Secara perbandingan, laras resepi kurang menitikberatkan aspek ketepatan tatabahasa.

Data Ayat Muka Surat

1. Simpan di dalam peti sejuk dan biarkan sehingga agar-agar 32

mengeras.

2. Akhir sekali, potong agar-agar mengikut kesesuaian dan hidangkan. 33

3. Masak agar-agar bersama air, gula pasir dan gula batu sehingga 34

5
larut.

4. Letak sedikit pewarna merah. 34

5. Setelah masak, ambil sesenduk adunan dan tuang nipis ke atas 34

tudung perluk atau pinggan nasi.

6. Masak separuh serbuk agar-agar bersama 500ml air, 60 gram gula 34

dan nangka sehingga gula larut dan sebati.

7. Kemudian bubuh koktel buah-buahan dan biar ia keras di dalam 35

peti sejuk.

8. Setelah itu, tapis bancuhan ini ke dalam bekas lain dan sejukkan 36

seketika.

9. Tepung: Jerang atas api perlahan semua bahan ini. 36

10. Kacau tanpa henti dan jangan biarkan bancuhan bergental ataupun 36

berbiji-biji.

11. Kemudian tuang susu sejat, air dan sedikit esen vanila. Kacau 37

sehingga sebati.

12. Akhir sekali, letakkan sedikit mentega di atasnya. Kukus selama 15 37

minit.

13. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan. 37

14. Akhir sekali masukkan gelatin dan gaul sebati. 40

15. Puding santan: Masak air bersam agar-agar dan gula sehingga larut 44

dan sebati. Tutup api.

Jadual 1

Berdasarkan Jadual 1, perkataan yang telah ditulis serong ialah kata kerja dalam
bentuk tunggal. Data 1 sepatutnya memerlukan satu kata kerja aktif transitif, iaitu
menyimpankan sesuatu di dalam peti sejuk dan biarkan sehingga agar-agar mengeras.
Namun demikian, kata kerja bentuk tunggal lazimnya digunakan. Data 8 sepatutnya

6
memerlukan satu kata kerja aktif transitif, iaitu menapiskan bancuhan ini ke dalam bekas
lain dan sejukkan seketika. Selain itu, Data 10 sepatutnya memerlukan satu kata kerja aktif
transitif, iaitu mengacaukan sesuatu tanpa henti. Di samping itu, data 14 sepatutnya
memerlukan satu kata kerja aktif tak transitif, iaitu bergaul sebati.

Tuntasnya, laras resepi banyak menggunakan kata kerja bentuk tunggal kerana mesej
lebih mudah disampaikan kepada pembaca dan mudah difahami. Hal ini dikatakan demikian
kerana bukan semua lapisan masyarakat berpendidikan tinggi. Tambahan pula, kos untuk
pentafsiran bagi penggunaan kata kerja bentuk tunggal adalah lebih rendah berbanding
dengan kata kerja terbitan.

7.2 Banyak Menggunakan Ayat Perintah Suruhan

Salah satu ciri laras resepi ialah banyak menggunakan ayat perintah berbentuk

suruhan. Menurut Ahmad Khair Mohamad Nor (2018), ayat perintah digunakan untuk

menimbulkan sesuatu tindakan. Menurutnya lagi, ayat suruhan ini digunakan untuk

memberikan suruhan atau arahan dan suruhan itu terkandung pada kata kerja.

Data Banyak Menggunakan Ayat Perintah Muka Surat

16. Didihkan agar-agar bersama air. 32

17. Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian. 32

18. Seterusnya masukkan hirisan buah oren. 33

19. Bekukan di dalam peti sejuk sehingga agar-agar mengeras. 33

20. Sejukkan agar-agar dan gulung. 34

21. Tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil dan biarkan seketika. 35

22. Letakkan sedikit mentega di atasnya. 37

23. Panaskan loyang yang telah dilenser dengan sedikit minyak 56

dalam periuk kukus dengan air mendidih secukupunya.

24. Kepal-kepalkan inti sebesar bola ping-pong kemudian leperkan. 57

25. Sudukan adunan sagu tadi ke dalam kelonsong daun pisang. 60

7
26. Dalam mangkuk lain, satukan tepung gandum, gula pasir, 62

garam halus, susu tepung, marjerin, telur, serbuk penaik dan

adunan ibu roti tadi.

27. Hidangkan kuih bersama gula. 63

28. Campurkan tepung beras dengan tiga cawan air dan tepung 64

sagu.

29. Satukan santan dan garam pada bahagian 1/3. 65

30 Aturkan dalam pinggan dan jika suka tambah sos cili dan 66

taburkan bawang goreng di atasnya.

Jadual 2

Berdasarkan jadual 2, pengkaji telah mengenal pasti sebanyak 15 contoh ayat yang

menepati ciri-ciri laras resepi seperti yang telah dinyatakan, iaitu banyak menggunakan ayat

perintah suruhan. Pengkaji mendapati ayat-ayat tersebut dimulakan dengan kata kerja

berbentuk suruhan. Setiap kata kerja yang terdapat pada permulaan ayat kesemuanya

menggunakan imbuhan -kan untuk sebagai perintah yang menunjukkan suruhan. Pengkaji

mendapati bahawa penulis buku 350 Resepi menggunakan ciri-ciri ini agar penyampaian

sesuatu perintah yang berbentuk suruhan dalam penggunaan ayatnya dapat mudah difahami

dengan jelas oleh pembaca.

Selain itu, jika diperhatikan semula data yang terdapat dalam jadual 2, setiap kata

kerja yang digunakan berbeza sama sekali namun konsepnya menepati ciri laras resepi

berkenaan, iaitu perkataannya menunjukkan suruhan kepada pembaca. Sebagai contoh,

perkataan didihkan daripada data 16 dalam jadual 2, penulis memberikan gambaran kepada

pengkaji bahawa penulis memberi perintah dengan menyuruh pembaca untuk mendidih agar-

agar bersama air. Oleh itu, pembaca akan mengetahui bahawa mereka perlu bertindak untuk

8
mendidih agar-agar berkenaan bersama air pada masa yang sama. Penerangan yang hampir

sama akan disampaikan oleh pengkaji bagi menghuraikan contoh-contoh yang seterusnya.

7.3 Kosa Kata Berkaitan Dengan Pemakanan Dan Masakan

Kosa kata merupakan keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa.Setiap laras mempunyai

kosa kata yang akan mengaitkannya denga pengunaan laras tesebut.Untuk laras resepi,

sesetengah perkataan boleh membawa maksud khusus ataupun maksud umum.Maksud

khusus di sini bermaksud, sesebuah perkataan tersebut mempunyai makna yang terbatas

untuk sesuatu bidang sahaja manakala maksud umum bermakna penggunaan sesuatu

perkataan digunakan secara meluas.Terdapat beberapa kata khusus yang digunakan dalam

laras ini dan antaranya ialah:

Data Kosa kata berkaitan dengan Maksud Kosa Kata Muka

pemakanan dan masakan. surat

31. Bancuh ¾ gelas air suam dengan 1 Mencampur serta mengaduk 62

sudu kecil susu tepung penuh krim benda-benda yang berlainan jenis

dan ibu roti. dalam satu bekas supaya menjadi

satu.

32. Gaul adunan ini sambil dituangkan Tepung dan sebagainya yang 62

air sedikit demi sedikit. telah diadun.

33. Setelah kembang 2 kali ganda dari Meramas atau menggaul tepung 62

saiz asal, uli lagi sehingga lembut. dengan air dan lain-lain sehingga

lembut.

34. Sambil itu, panaskan kukusan dan Bekas atau alat untuk mengukus. 64

acuan.

35. Tuskan pulut dan tanak dengan air Memasak sesuatu dengan hanya 63

9
secukupnya dan sedikit garam. merebus sahaja.

36. Kacang hijau direbus sehingga Memasak sesuatu dalam air yang 72

kembang di dalam periuk. mendidih.

37. Jerang gula melaka dan air Meletakkan periuk dan lain-lain 73

sehingga mendidih. di atas api.

38. Panaskan minyak untuk menumis Memasak dengan menggunakan 66

bahan tumbuk sehingga naik bau. minyak atau lemak.

39. Atur kulit popia dan letak inti di Isi yang terdapat dalam kuih. 66

tengahnya.

40. Kacau bancuhan ini sehingga Benda-benda yang telah 68

menjadi kental dan tidak begitu dibancuh.

lembik.

41. Isi durian disiat-siat menjadi kecil Membuat sesuatu supaya menjadi 71

mengikut kesukaan anda. carik.

42. Setelah cukup panas, tuang adunan Memasak atau memanaskan 64

tadi dan kukuslah hingga kuih sesuatu dengan menggunakan

masak. wap air mendidih.

43. Kacau dan isikan sedikit adunan ke Menyelerakkan sesuatu yang 70

dalam acuan roti jala dan terus tersusun.

kiraikan roti ke atas kuali. Biarkan

roti masak.

44. Aturkan dalam pinggan dan jika Membuang ke serata tempat 66

suka tambah sos cili dan taburkan supaya berterabur.

bawang goreng di atasnya.

45. Kemudian tapis adunan ini dengan Membersihkan benda-benda cair 70

10
penapis halus ke dalam bekas lain. dengan melakukannya pada alat

yang berlubang kecil-kecil.

Jadual 3

Berdasarkan jadual 3, kosa kata diserong merupakan kata yang digunakan yang hanya

digunakan dalam laras resepi. Perkataan bancuh dalam data 31 menunjukkan perbuatan

mencampur serta mengaduk benda-benda yang berlainan jenis dalam satu bekas supaya

menjadi satu. Kebiasaannya, perkataan bancuh digunakan dengan perkara yang berkaitan

dengan air dan dalam laras resepi perkataan bancuh boleh merangkumi perkara selain air.

Selain itu, data 33 iaitu perkataan uli yang membawa maksud meramas atau menggaul tepung

dengan air dan lain-lain sehingga lembut. Perkara ini merujuk kepada doh yang diuli

menggunakan tangan dan dibiarkan rehat sebentar supaya mengembang dua kali ganda dari

saiz asal. Hal ini dikatakan demikian kerana doh yang mengembang dengan baik akan

menghasilkan donut yang elok ketika dimasak nanti. Di samping itu, dalam data 45 pula,

perkataan tapis telah digunakan untuk menerangkan perbuatan membersihkan benda-benda

cair dengan melakukannya pada alat yang berlubang kecil-kecil. Berdasarkan konteks kajian

ini, perbuatan tapis merujuk kepada si pelaku yang menapis bahan ketika proses

menghasilkan roti jala. Dengan ini, jelaslah bahawa kosa kata yang digunakan dalam dlaras

resepi adalah berkaitan dengan pemakanan dan masakan.

7.4 Bahasanya ringkas, tepat dan jelas

Ciri laras resepi yang seterusnya adalah dengan menggunakan bahasa yang ringkas, tepat dan

jelas. Menurut Nawi Ismail, bahasanya ringkas, tepat dan jelas terus kepada maklumat yang

ingin disampaikan. Bahasa ditulis dalam bentuk ayat yang ringkas, iaitu tidak terdapatnya

subjek ayat.

11
Data Ayat Muka Surat

46. 20gm agar-agar 81

47. 875gm air 81

48. 2 sudu teh serbuk santan 81

49. 125ml susu cair 81

50. Tuangkan susu cair dan kacau rata. 81

51. Masukkan pula serbuk santan. 81

52. 6 keping roti – dicarik-carik 83

53. Sedikit pewarna hijau 83

54. Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Kisar lagi. 83

55. Garam secukup rasa. 89

56. Masak sagu bersama air atas api sederhana sehingga sagu 91

nampak jernih.

57. Satukan tepung gandum, santan, telur, air dan sedikit garam. 93

58. Lenyek atau kisar semua pisang. 95

59. Satukan tepung gandum bersama air daun pandan sedikit demi 99

sedikit.

60. Letak gula melaka ke dalamnya sebagai inti. 101

Jadual 4

Berdasarkan jadual 4, pengkaji telah mengenal pasti sebanyak 15 ayat yang mempunyai ciri

laras resepi dengan penggunaan bahasa yang ringkas, tepat dan jelas daripada resepi yang

dikaji. Ciri bahasa ini terus kepada maklumat yang ingin disampaikan dan ditulis dalam

bentuk ayat yang ringkas, iaitu tidak terdapatnya subjek ayat. Buktinya, data 56 “Masak sagu

bersama air atas api sederhana sehingga sagu nampak jernih.” Ayat ini tidak mempunyai

subjek dan mula dengan predikat. Sepatutnya, subjek, iaitu pelaku perlu dimasukkan untuk

12
membentuk ayat yang gramatik. Misalnya, kamu masak sagu bersama air atas api sederhana

sehingga sagu nampak jernih. Seterusnya, bahasa yang tepat juga digunakan. Buktinya, data

46 “20gm agar-agar” yang disenaraikan dalam bahan-bahan. Bahan ini disebut dengan tepat

tentang bilangan, iaitu 20gm yang ditetapkan. Selain itu, data 52 “6 keping roti – dicarik-

carik” menunjukkan pengangguran bahasa yang jelas kerana penghasil wacana menyatakan

bilangan roti yang dikehendaki, iaitu 6 keping dengan jelasnya.

8.0 RUMUSAN

Sebagai rumusan, dapat dibuktikan bahawa terdapat penggunaan laras bahasa resepi

dalam buku yang dikaji, iaitu Buku 350 Resepi. Pengkaji telah membuktikan terdapat

pengunaan laras resepi melalui data yang didapati daripada buku tersebut. Selain itu, pengkaji

juga mengetahui tentang ciri-ciri laras resepi melalui data yang didapati. Kajian mendapati

bahawa laras resepi terdiri daripada beberapa ciri yang tersendiri. Penggunaan ayat perintah

suruhan adalah ciri yang paling ketara kerana penulis ingin menunjukkan cara atau langkah

untuk menghasilkan sesuatu hidangan. Selain itu, menerusi kajian ini, para pengkaji

mendapati bahawa ciri-ciri khusus laras resepi inilah yang membuatkan laras resepi berbeza

dan unik daripada laras bahasa yang lain. Walaupun laras resepi menggunakan bahasa yang

mudah untuk difahami tetapi kadangkala laras ini juga mampu mengelirukan pembaca dari

segi singkatan perkataan yang digunakan. Namun begitu, secara keseluruhannya, kajian ini

berjaya mencapai objektif yang dikehendaki.

9.0 PENUTUP

Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa laras resepi adalah bukan laras ilmiah. Hal

ini dikatakan demikian kerana laras ini lebih banyak mengemukakan istilah umum jika

dibandingkan dengan laras bahasa yang lain seperti laras sains dan laras ekonomi. Selain itu,

laras resepi juga tidak memerlukan pembaca yang berpendidikan tinggi kerana laras ini

13
adalah mudah difahami oleh semua orang tanpa mengira umur, taraf pendidikan, agama dan

sebagainya. Di samping itu, menerusi kajian ini juga para pengkaji dapat menyimpulkan

bahawa laras resepi merupakan laras yang moden. Hal ini dikatakan demikian kerana laras ini

telah lama diamalkan dalam kalangan masyarakat tanpa disedari tetapi dalam bentuk lisan.

Menerusi buku-buku resepi, penggunaan laras resepi banyak digunakan dalam buku-buku

tersebut dan membuatkan laras ini mula menonjol di mata masyarakat kerana dalam bentuk

tulisan.

14

Anda mungkin juga menyukai