Anda di halaman 1dari 4

Soalan : Setiap tahun sekolah anda menganjurkan pelbagai program motivasi

dan anda sering terlibat dalam program-program tersebut. Berikan pendapat


anda tentang faedah-faedah menyertai program motivasi.

Program motivasi sudah tidak asing lagi didengari oleh masyarakat


terutamanya pelajar-pelajar sekolah. Program motivasi biasanya diadakan
di sekolah dan penyertaanya difokuskan kepada para pelajar yang akan
menduduki peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Selain itu, program motivasi juga diadakan di universiti, kolej ataupun
maktab. Penceramah bertauliah ataupun pakar motivasi biasanya diundang
untuk program motivasi. Di negara kita, terdapat ramai penceramah bertauliah
atau pakar motivasi yang terkenal contohnya Profesor Izzudin Haji Ali
ataupun lebih dikenali sebagai Profesor Izzi Ali. Namun begitu, masih ramai
yang menggangap bahawa menghadiri program motivasi amat membosankan.
Persoalannya, apakah faedah-faedah menyertai program motivasi?
Seperti yang kita sedia maklum, program motivasi diadakan untuk
memastikan para pelajar bersedia untuk menduduki peperiksaan. Persediaan
diri pelajar dari segi fizikal dan mental amatpenting sebelum menduduki
peperiksaan. Hal ini kerana, sekiranya seseorang pelajar itu tidakbersedia,
fokus mereka terhadap kertas soalan sudah tentu hilang. Mereka menjadi
gementar seterusnya menyebabkan sistem fikiran mereka terganggu. Oleh itu,
kehadiran pakar motivasi ialahuntuk membantu pelajar agar menjadi lebih
bersedia dengan berkongsi tips serta maklumat bergunakepada pelajar.
Pengaplikasian tips tersebut sedikit sebanyak membantu mereka. Pendek kata,
program motivasi dapat memastikan para pelajar bersedia untuk menduduki
peperiksaan
Selain itu, pelajar mendapat kesedaran dan pengajaran melalui program
motivasi. Pakar motivasi di negara kita iaitu Profesor Izzi Ali terkenal dengan
keupayaan beliau memberi ceramah serta motivasi berdasarkan kisah hidup
dan pengajaran setelah melakukan sesuatu perbuatan. Program motivasi
tidaklah hanya berkisarkan pendidikan malah cara hidup seseorang juga
diterapkan. Melalui program motivasi, para pelajar lebih terbuka minda, akal,
serta hati melalui motivasi yang berunsurkan pengajaran oleh penceramah.
Para pelajar terutamanya lebih terdorong untuk menuju ke arah kebaikan dan
keinsafan diri. Hal ini kerana, para pelajar lebih tertarik dan lembut hati
menerima teguran dan mencuba sedaya upaya untuk berubah. Ringkasnya,
program motivasi dapat memberi kesedaran dan pengajaran kepada pelajar.
Di samping itu, melalui program motivasi jugalah pelajar memperoleh
keyakinan diri dalam mengejar kejayaan dalam hidup. Dalam mengejar
kejayaan, sudah tentu banyak halangan dan dugaan yang perlu ditempuhi
sebagai seorang pelajar. Semasa program motivasilah pelajar dapat menimba
ilmu daripada penceramah. Suntikan semangat baru serta tips-tips daripada
penceramah hendak dimanfaatkan oleh pelajar dalam misi mengejar
kejayaan. Tahap keyakinan diri yang tinggi dapat menjamin kejayaan pelajar.
Pendek kata, pelajar memperoleh keyakinan diri melalui programmotivasi.
Seterusnya kebaikan mengikuti kem motivasi ialah pelajar akan
mendapat semangat baru untuk belajar. Dalam setiap kem motivasi, pelajar
akan dirangsang supaya mencapai kecemeriangan dalam pelajaran. Pelajar
akan diberi kata-kata motivasi seperti 'Saya boleh!' dan 'Saya yang
menentukan kejayaan saya!'. Pelajar juga akan diberikan kesedaran tentang
kebaikan menjadi pelajar yang cemerlang dan tingginya harapan ibu bapa
terhadap mereka.
Seperkara lagi, pelajar yang menyertai kem motivasi juga akan
mengetahui teknik belajar yang betul. Teknik belajar yang betul penting supaya
pelajar dapat cepat mengingati kandungan pelajaran yang dibaca dalam
jangka masa yang panjang. Pelajar juga akan diberi kesedaran tentang
penggunaan dan pengurusan masa yang betul. Oleh itu, pelajar digalakkan
membuat jadual belajar dan mematuhi jadual tersebut.
Kebaikan seterusnya mengikuti kem motivasi ialah pelajar dapat
memupuk nilai-nilai murni dalam diri mereka. Nilai-nilai murni ini dapat dipupuk
secara langsung atau tidak secara langsung. Antara nilai-nilai murni tersebut
ialah nilai hormat-menghormati dan nilai kerajinan. Sesungguhnya dengan
mengamalkan nilai kerajinan, pelajar boleh berjaya dengan cemerlang dalam
pelajaran dan juga kehidupan.
Seterusnya, pelajar juga akan mendapat kenalan baru apabila menyertai
kem motivasi. Terdapat kem motivasi yang menggabungkan beberapa buah
sekolah. Apabila mendapat kawan baru, mereka dapat bertukar-tukar
pendapat dan pandangan tentang sesuatu perkara. Pelajar juga dapat
bertukar-tukar soalan peperiksaan yang mereka miliki.
Kebaikan lain menyertai kem motivasi ialah pelajar akan dapat
menggunakan masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Ramai
pelajar cenderung menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti kurang
berfaedah. Antara aktiviti yang kurang berfaedah bagi pelajar ialah melepak
dan menonton banyak rancangan hiburan di televisyen. Oleh itu, pelajar
disarankan mengikuti kem motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah agar
masa lapang tidak terbuang begitu sahaja.
Tuntasnya, para pelajar hendaklah memanfaatkan peluang yang diberika
n oleh pihak sekolah untuk menyertai program motivasi. Hal ini kerana, banyak
faedah serta kebaikan yang diperoleh menerusi program motivasi tersebut.
Tips serta petua yang dikongsikan merupakan bonus bagi pelajar serta
mempraktikkannya demi kehidupan mereka yang terjamin di masa hadapan.
Program motivasi yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak adalah untuk
manfaat pelajar. Perkara ini turut diuar-uarkan menerusi media massa untuk
kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan awam. Program motivasi seperti
Kem Bina Minda Cemerlang, Kem Motivasi Cuti Sekolah, Summer Camp Anak
Soleh dan sebagainya menjadi mangkin kecemerlangan pelajar. Dengan
menyertai program motivasi itu, pelajar bukan sahaja dapat mencapai
kecemerlangan dalam akademik tetapi juga kecemerlangan dalam sahsiah.
Oleh sebab itu, terdapat pelbagai perkara yang menyebabkan program
motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan swasta itu dapat membantu
kecemerlangan pelajar.
Program motivasi itu melatih pelajar dari aspek ketahanan dan sikap
yakin diri. Hal ini dikatakan demikian kerana selepas mengikuti program itu,
para pelajar mampu menghadapi cabaran dalam pelajaran dan dalam
kehidupan. Sebagai contohnya, dalam program motivasi itu para pelajar
didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menguji ketahan fizikal dan
keyakinan diri para pelajar. Pengalaman dan pendedahan itu membolehkan
para pelajar bersiap sedia untuk menghadapi sebarang cabaran yang pastinya
akan dihadapi oleh setiap orang. Jadi, perkara ini membuktikan bahawa
program motivasi berupaya untuk meningkatkan daya tahan pelajar untuk
menempuh kehidupan yang penuh dengan cabaran.
Selain itu, dalam program motivasi itu juga, para pelajar didedahkan
tentang teknik belajar dan teknik menjawab soalan yang betul. Penganjur
program kebiasaannya akan menyediakan pakar-pakar yang mahir dalam
kemahiran belajar, ibarat jauhari yang mengenal manikam. Melalui cara itu,
para pelajar akan menggunakan pengetahuan mereka untuk belajar secara
berkesan selepas menamatkan program tersebut. Di samping itu, para pelajar
dapat mengetahui teknik untuk menjawab soalan seperti yang dikehendaki
oleh pemeriksa dalam peperiksaan. Jelaslah bahawa program ini memberikan
kebaikan yang banyak kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan.
Melalui program motivasi ini, para pelajar diperkenalkan tentang teknik
mengurus masa yang berkesan. Perkara itu dapat membantu pelajar
mengurus masa dengan bijaksana dan berkesan. Jadi, aktiviti seharian pelajar
dapat dijalankan secara teratur kerana masa mereka terisi dengan perkara
yang sesuai dan berfaedah. Sebagai contohnya, program seperti itu membantu
pelajar membuat perancangan aktiviti harian, mingguan dan bulanan yang
berkesan untuk manfaat pelajar. Hal ini memang membuktikan bahawa
program tersebut berupaya untuk menjadikan pelajar itu bijak mengurus masa
kerana masa itu emas.
Program motivasi yang dijalankan itu turut mencungkil potensi pelajar
dalam pelbagai bidang. Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti berkumpulan yang
dimasukkan sebagai pengisian program yang penting. Melalui aktiviti tersebut,
pelajar akan sedar akan potensi diri sendiri yang selama ini terpendam kerana
tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada yang tahu. Di samping itu,
program seperti itu dapat membantu murid agar sentiasa bersikap dan
berfikiran positif dalam apa-apa aktiviti yang dilakukan. Potensi diri yang
terpendam itu pula dapat digilap dan dibimbing ke arah yang lebih baik demi
kemajuan diri pelajar dalam segenap bidang.
Tidak ketinggalan juga, program motivasi turut menekankan nilai
keagamaan dalam diri pelajar. Para pelajar akan sedar akan tanggungjawab
mereka terhadap diri, keluarga, masyarakat, negara, dan agama. Pihak
penganjur program biasanya akan menyediakan pakar motivasi dalam bidang
agama untuk membimbing pelajar ke arah penghayatan terhadap agama yang
sebenar. Pakar-pakar itu akan menekankan aspek pengetahuan, kefahaman
dan penghayatan terhadap tanggungjawab setiap insan terhadap pencipta-Nya.
Secara tidak langsung, perkara ini akan membentuk sahsiah dan
memantapkan aspek kerohanian yang cemerlang dalam kalangan pelajar yang
menyertai program itu.
Sebagai kesimpulannya, program motivasi merupakan medan yang
terbaik untuk setiap pelajar mendisiplinkan diri dan menjadi insan yang
cemerlang. Oleh sebab itu, ibu bapa perlulah menghantar anak mereka untuk
menyertai program motivasi yang sesuai untuk anak-anak mereka. Jangan
biarkan masa anak-anak terbiar dan tidak diisi dengan aktiviti yang tidak
berfaedah semasa cuti sekolah yang panjang. Jadi, ibu bapa harus
memberikan galakan dan menyokong usaha pelbagai pihak yang
menganjurkan program itu untuk kebaikan anak-anak mereka. Dengan cara itu,
kita berharap agar para pelajar ini akan menjadi orang yang cemerlang dalam
pelajaran dan berjaya dalam kehidupan mereka.

Anda mungkin juga menyukai