Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

NAMA SEKOLAH : SJKT LADANG CHEMOR, CHEMOR


NAMA GURU BESAR : PN. KARPAGAVALLI

1.0 PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman”,
maka SJK(T) Ladang Chemor telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil
belajar ke Kuala Lumpur. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan
satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan
pengalaman secara langsung kepada murid-murid sekolah. Melalui program ini juga,
diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan
pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih
memberangsangkan minat murid.

2.0 RASIONAL
Selaras dengan hasrat Negara, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan
secara langsung kepada murid-murid sekolah rendah. Melalui aktiviti seperti ini,
keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan.
Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha
membuka minda dan memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan
yang lebih baik.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada murid-murid
untuk membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian.
3.2 Dapat membuka minda dengan suasana dan pengalaman yang baru.
3.3 Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan
dunia luar dan masyarakat.
3.4 Memberikan inspirasi kepada murid dan guru dalam merancang pengajaran
dan pembelajaran yang lebih kondusif.

4.0 DESTINASI
Kuala Lumpur

5.0 PERLAKSANAAN LAWATAN


Tarikh : 06 November 2019
Hari : Rabu
Masa : 7.00 pagi – 7.30 malam

6.0 KUMPULAN SASARAN


Program ini disasarkan kepada murid-murid SJKT Ladang Chemor dan guru-guru.
Senarai nama seperti di LAMPIRAN

7.0 SUMBER KEWANGAN

Kutipan Murid 30 x RM 50.00 = RM1500.00


Kutipan Guru/kakitangan 10 x RM 50.00 = RM 500.00
Sumbangan LPS RM 1500.00
JUMLAH RM 3500.00

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


PERKARA KUANTITI JUMLAH
Bas 1 x RM 1500.00 RM 1500.00
Sarapan Pagi 40 x RM3.00 RM 120.00
Makan Pagi 40 x RM3.00 RM 120.00
Makan Tengahari 40 x RM7.00 RM 280.00
Minum Petang 40 x RM3.00 RM 120.00
Makan Malam 40 x RM7.00 RM 280.00
JUMLAH RM 2420.00

9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi
Pn Karpagavalli
Guru Besar SJKT Ladang Chemor

Naib Pengerusi
En. Uthayachandran
Guru Kanan Hal Ehwal Murid

Setiausaha
En. Sashi Kumar

Bendahari
Pn Viknasri

AJK Dokumentasi

AJK Pengangkutan

AJK Makanan dan Minuman

AJK Kawalan Murid/Kecemasan

10.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA


SETIAUSAHA
Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat dengan
program lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib Pengerusi tentang
perkembangan terkini urusan program. Membuat follow up pada setiap AJK.
Menyediakan semua tindakan AJK.

BENDAHARI
Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi perbelanjaan dan
menyelaraskan wang keluar masuk.

JK PENGANGKUTAN
Menghubungi pihak bas, bayaran, memastikan mempunyai permit dan insurans serta
memastikan kedudukan murid semasa di dalam bas.

JK MAKANAN
Menguruskan makan dan minum murid sepanjang lawatan.

JK DOKUMENTASI
Membuat laporan tentang lawatan

11.0 TENTATIF LAWATAN


6.45 pagi - Berkumpul di Dataran Sekolah
6.50 pagi - Sarapan Pagi
7.00 pagi - Bertolak ke Kuala Lumpur
10.00 pagi - Minum Pagi
10.30 pagi - Lawatan ke 1
11.30 pagi - Lawatan ke 2
1.00 petang - Makan tengah hari
2.30 petang - Lawatan ke 3
3.30 petang - Lawatan ke 4
4.30 petang - Lawatan ke 5
5.30 petang - Minum Petang
6.00 petang - Lawatan ke 6 (Batu Caves)
7.00 petang - Makan Malam
7.30 malam - Bertolak pulang

12.0 PENGANGKUTAN
Jenis Kenderaan : Bas Persiaran
No Pendaftaran : AFX 8928

BUTIRAN PEMANDU
NAMA UMUR NO K/P ALAMAT NO TEL
Muhammad syafiq 26 921108085007 No57 Kampung 016-4895658
bin Rusli Enggor,33600
Enggor ,Perak

13.0 PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada
murid-murid Sekolah Kebangsaan Kuala Kenas. Melalui program ini juga murid diberi
pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan.
Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa
hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti
lawatan ini.
Disediakan oleh :

…………………………………….
(SASHI KUMAR A/L DHANYAN)
Setiausaha
SJKT Ladang Chemor

Disahkan oleh:

…………………………….…..
(PN KARPAGAVALLI)
Guru Besar
SJKT Ladang Chemor

Anda mungkin juga menyukai