Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN AL-QURAN

Al-quran merupakan kitab Allah yang suci dan mengandungi banyak hikmah yang
tersurat mahupun yang tersirat.Al Quran merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah
swt secara mutawattir dalam bahasa Arab melalui malaikat Jibril a.s kepada Nabi
Muhammad S.A.Wdan membacanya merupakan suatu ibadah serta memperoleh pahala
dan ianya bersifat menyeluruh dan menjadi pelengkap kepada kehidupan manusia.Al
Quran ini dimulai dengan Al Fatihah dan diakhiri dengan surah Al Nas. Ia juga
merupakan kitab suci yang tidak mungkin akan dapat digubal walau satu ayat sekalipun
kerana sejak azali lagi ia telah dijaga rapi oleh para sahabat dan rasul dari segala
pertambahan, penyelewengan dan pengurangan ayat.Ini bertetapan dengan firman
Allah S.W.T :

‫لَ َحافِظونَُ لَهُ َوإِنَّا ال ِذِّ ْك َُر ن ََّز ْلنَا ن َْحنُ ِإنَّا‬

MAKSUDNYA: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-zikr(Al-quran),dan


Kamilah yang memelihara dan menjaganya”.
Surah al Hijr:9
Dalam ayat ini,Allah telah menerangkan bahawa Al-quran tidak akan dapat diubah dan
disalah tafsir ayatnya oleh mana-mana pihak sekalipun.Ini terbukti sejak dahulu lagi
dimana para sahabat berusaha sedaya upaya untuk menghafal demi menjaga kesahihan
dan kesucian Al-quran.Mereka melakukan pelbagai cara dan kaedah untuk
mengekalkan Al-quran sebagai kitab suci yang terpelihara sehingga kini seperti menulis
ayat-ayat Al-quran diatas pelepah tamar,batu dan tulang unta.Antara para sahabat yang
ditugaskan untuk mengumpul dan menyalin Al-quran ialah Ali bin Abi Thalib,Zaid bin
Tsabit,Abu Bakar Ash-Siddiq,Utsman bin Affan,Abdullah bin Abu Bakar dan ramai
lagi.Proses penyalinan ayat-ayat Al-quran bukanlah mudah untuk dilakukan kerana
ramainya para huffaz yang syahid ketika menyertai peperangan yamamah.Para sahabat
perlu mencari semula ayat Al-quran yang disalin,menyusun susunan ayat Al-quran dan
banyak lagi.Hal ini kerana,terdapat beberapa faktor yang telah mendorong supaya Al-
Quran dikumpulkan dan disusun adalah kerana munculnya ancaman nabi
palsu,golongan yang enggan memberi zakat dan ancaman golongan murtad.Pada
awalnya,Al-Quran dikumpulkan dan ditulis tanpa ada baris ,malah terdapat
pembaharuan yang telah dilakukan dalam penulisan Al-Quran pada zaman ummaiyyah
iaitu meletakkan tanda baris seperti sukun,sabdu,mad dan lain-lain.Selain itu,diletakkan
titik untuk membezakan antara huruf seperti titik pada huruf hijjayi’yyah.Antara para
sahabat pada zaman dahulu yang ditugaskan mentafsir Al-Quran adalah Abdullah Bin
Abbas,Jabar Bin Abdullah,Aishah Binti Abu Bakar dan Abu Bakar As-Siddiq.Terdapat
beberapa syarat yang membolehkan para sahabat mentafsir Al-Quran iaitu mereka
hendaklah mahir dalam ilmu usul fikh,mahir dalam ilmu balaghoh,mahir dalam ilmu
qiraat serta mahir dalam ilmu bahasa arab.Seterusnya,pendekatan yang digunakan oleh
para sahabat dalam mentafsir Al-Quran adalah mentafsir Al-Quran dengan ayat Al-
Quran yang lain,mentafsir Al-Quran yang berdasarkan tafsiran hadis Rasulullah dan
mentafsir Al-Quran dengan ijtihad mereka tersendiri. Tambahan pula,wahyu adalah
kalam Allah yang diturunkan kepada seseorang nabi atau rasul sebagai ajaran agama
mengikut cara yang khusus.Wahyu Al-Quran diturunkan melalui malaikat Jibril dengan
kedua-dua lafaz dan maknanya daripada Allah dan sampai kepada manusia secara
muttawatir serta membacanya adalah ibadah.Pada masa yang sama,Nabi Muhammad
S.A.W melantik beberapa orang sahabat sebagai penulis wahyu.Mereka menulisnya
sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan setiap kali wahyu diturunkan tambahan
supaya hafalan tidak hilang begitu sahaja.Di antara penulis yang menulis wahyu ialah
Khulafa’ Ar-Rasyidin,Muawiyah Bin Abu Sufian,Khalid Bin Al-Walid,Ubai Bin Kaab
dan Zaid Bin Thabit.Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas kulit haiwan,batu-
batuan dan kayu-kayuan.Terdapat tiga peringkat penurunan Al-Quran iaitu Al-Quran
diturunkan ke Luh Mahfuz,cara penurunnya dan wujudnya Al-Quran di Luh Mahfuz
pada waktu yang tidak diketahui kecuali Allah sahaja.Sebagaimana firman Allah dalam
surah Al-Buruj yang berbunyi:

MAKSUDNYA:Bahkan yang didustakan itu ialah Al-Quran yang mulia (21) yang tersimpan
dalam tempat yang terjaga Lauh Mahfuz (22)
Surah Al-Buruj 85:21,22

Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia pada malam
Lailatul Qadar dalam satu jumlah (sekaligus) .Seterusnya,Al-Quran diturunkan dengan
perantaraan Jibril a.s. kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur.Pada masa
hayat Nabi Muhammad, ayat Al-Quran tidak dihimpunkan dalam satu mashaf. Hal ini
kerana ayat Al-Quran tidak diturunkan sekaligus malah secara beransur-ansur dan
setiap ayat yang turun berlaku atas satu-satu faktor,sebab dan peristiwa.Tujuan Al-
Quran diturunkan berperingkat adalah agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan
serta untuk memudahkan penghafalan.Seterusnya,pada zaman khalifah Abu Bakar As-
Siddiq,ramai para huffaz syahid dalam peperangan Yamamah iaitu melibatkan hampir
70 orang.Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar supaya
menghimpunkan helaian ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan itu.Peristiwa
agung dan istimewa dalam sejarah umat ialah malam diturunkan Al-Quran yakni Nuzul
Al-Quran yang berlaku pada 24 Ramadhan.Ia juga disebut Allah sebagai malam yang
diberkati.Sebagaiman firnan Allah S.W.T:
MAKSUDNYA: Sesungguhnya Kami menurunkannya pada malam yang
diberkahi.Sungguh,Kamilah yang memberi peringatan.
Surah Ad-Dukhan 44:3

MAKSUDNYA:Sesungguhnya Kami telah menurunkannya yakni Al-Quran pada


malam Qadar
Surah Al-Qadr 97:1

MAKSUDNYA:Bulan ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-


Quran,sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu
dan pembeza(antara yang benar dan yang batil).Kerana itu,barang siapa diantara kamu
ada dibulan itu,maka berpuasalah.Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan(dia
tidak berpuasa)maka(wajib menggantinya),sebanyak hari yang ditinggalkannya itu,pada
hari-hari yang lain.Allah menghendaki kemudahan bagimu,dan tidak menghendaki
kesukaran bagimu.Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan
Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu,agar kamu bersyukur.

Surah Al-Baqarah 2:185

Malam yang berkat yang dinyatakan oleh Allah di dalam surah Ad-Dukhan itu ialah
malam yang penuh dengan keberkatan dan kebaikan serta rahmat.Kemudiannya, dalam
surah Al-Baqarah iaitu pada bulan ramadhan dinyatakan bahawa Al-Quran diturunkan
dan menjadi sebagai petunjuk bagi umat-umatnya.Oleh itu, Allah SWT telah memilih
malam itu dan tarikh tersebut untuk menurunkan kalamnya buat pemimpin umat
sejagat.Ketiga-tiga ayat ini menunjukkan penurunan berlaku pada bulan ramadhan dan
secara khususnya ia diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah
bagi sesiapa yang menghidupkan malam tersebut.
TAFSIRAN AYAT DAN ANALISA AYAT AL-QURAN

1.Berkaitan Pegangan Umat Islam

Akidah dari segi bahasa bermaksud pegangan. Dalam Islam akidah ialah keyakinan
atau kepercayaan yang tidak berbelah bagi terhadap Allah sebagai Rab.Sebagai
hambanya kita wajib beriman kepada Rukun Islam dan Rukun Iman . Kita juga
haruslah patuh segala arahanNya dan tinggalkan segala laranganNya.Kita juga wajib
beriman kepada Allah kerana Allah adalah pencipta kita .Seperti dalam ayat Al-Hasyr
22-24 yang berbunyi :

Maksud Ayat 22 : Dialah Allah yang yang tidak ada Tuhan melainkan Dia,Yang
Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata,Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani.
Maksud Ayat 23 : Dialah Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia,Yang Maha
Menguasai (sekalian alam) ,Yang Maha Suci,Yang Maha Selamat (dari segala
kekurangan)Yang Maha Melimpahkan Keamanan Yang Maha Pengawal serta
Pengawas,Yang Maha Kuasa,Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya),Yang
Melengkapi segala kebesaranNya.Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan
denganNya.
Maksud Ayat 24 : Dialah Allah Yang Menciptakan sekalian makhluk Yang
Mengadakan(dari tiada kepada ada)Yang Membentuk rupa(makhluk-makhlukNya
menurut yang dikehendakiNya) , bagiNya nama-nama sebaik-baiknya dan semulia-
mulianya , bertasbih keapadaNya segala yang ada dilangit dan dibumi dan Dialah
Yang Tiada bandingNya lagi Maha Bijaksana.
Huraian Ayat :
Sebagai hambanya kita wajib menyembahnya dan tidak boleh menyekutukanNya
kerana Allah adalah adalah Pencipta kita .Pegangan kita sebagai umat islam haruslah
sentiasa berlandaskan Rukun Islam dan Rukun Iman serta Al-Quran dan Al-Sunnah.
Jika akidah terpesong maka kita akan menjadi murtad serta pegangan kita terhadap
Allah tidak utuh dan menjadikan kita sebagai umatnya yang menyekutukanNya.

Kesimpulan :
Nahtijahnya , tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah kerana Allah Maha
Esa. Sebagai hambanya , kita haruslah patuh segala tuntutanNya dan meninggalkan
segala yang dimurkaiNya. Ini dapat dibuktikan dengan dua kalimah syahadah yang
menjadi pegangan umat Islam dan sekiranya kita sebagai hamba tidak mempercayai
kewujudanNya maka keluarlah mereka dari agamanya.

Rujukan : Buku ( pengenalan Fundamental Islam , zulkarnenjuli blogspot.com )

Anda mungkin juga menyukai