Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pendahuluan

Institusi keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi


seseorang individu terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja. Masalah sosial yang
berleluasa di kalangan remaja pada hari ini adalah berpunca dari kegagalan ibu bapa
dalam memberikan perhatian dan pendidikan yang sewajarnya kepada anak-anak. Bahkan
faktor keluarga adalah lebih memberi kesan dan menjadi punca utama remaja masa kini
terlibat dalam jenayah juvana.

Melalui perbincangan, pandangan serta kajian yang telah dilakukan oleh ahli
psikologi Barat dan Islam berkenaan tingkah laku manusia, masalah dan kesulitan-
kesulitan yang dialami golongan remaja adalah salah satunya berpunca daripada keluarga
mereka sendiri. Hal ini kerana, keluarga adalah institusi di mana seseorang individu itu
mendapat pendidikan terawal.

Dorothy Law Nolter pernah membicarakan tentang psikologi kanak-kanak di


dalam satu ucapannya yang mana beliau berkata: “Guru-guru seharusnya tahu, apabila
seseorang kanak-kanak itu sentiasa dikecam, ia menjadikannya seorang yang suka
mengacau, apabila dia diseterui dia menjadi seorang yang suka berkelahi, apabila dia
dihina dia menjadi seorang yang pemalu dan jika dia sentiasa diberi malu dia menjadi
seorang yang sentiasa rasa bersalah. Kanak-kanak perlu ditabahi supaya dia menjadi
seorang yang penyabar, perlu diberi galakan supaya dia mempunyai keyakinan diri, perlu
dipuji untuk menjadikan dia seorang yang tahu menghargai, perlu dilayan dengan
saksama supaya dia akan membesar dan bersikap adil. Begitulah juga, sekiranya seorang
kanak-kanak itu diberi perlindungan dia membesar dengan penuh kepercayaan kepada
diri sendiri dan jika kerjanya diberi pengiktirafan, dia menyukai dirinya dan diri orang
lain. Apabila kanak-kanak sering didampingi dan diterima, dia merasa dunia ini tempat
yang paling selesa, tenang dan bahagia.1

2.0 Pembentukan Keluarga Muslim


1
Hairunnaja Najmuddin, Memahami dan Membimbing Remaja Nakal, 2004 Malindo Printers Sdn. Bhd.
Hlm. 33

1
Firman Allah s.w.t:

‫ث ِم ْن ُه َما ِر َج اال َكثِ ًيرا‬


َّ َ‫اح َد ٍة َو َخلَ َق ِم ْن َها َز ْو َج َها َوب‬
ِ ‫سو‬ ِ ِ َّ
َ ٍ ‫َّاس َّات ُقوا َربَّ ُك ُم الذي َخلَ َق ُك ْم م ْن َن ْف‬
ُ ‫يَا أ َُّي َها الن‬
)١( ‫ام إِ َّن اللَّهَ َكا َن َعلَْي ُك ْم َرقِيبًا‬ ِ
ْ ‫اءلُو َن بِه َو‬
َ ‫األر َح‬
ِ َّ
َ ‫اء َو َّات ُقوا اللَّهَ الذي تَ َس‬
ِ
ً ‫َون َس‬

Maksudnya:
Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu
(bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu
pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat
keturunan - lelaki dan perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang
kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati
(mengawas) kamu.
(Surah An-Nisa’: 1)

Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjadikan agama Islam itu sebagai satu panduan
dan petunjuk kehidupan di dunia untuk menuju ke akhirat yang kekal abadi. Keindahan
Islam itu dapat dilihat dari aspek kesyumulannya, iaitu lengkap meliputi segenap sudut
kehidupan. Tidak ada sesuatu pun di dunia ini yang terlepas dari peraturan yang telah
digariskan oleh Allah s.w.t.

Begitu juga dengan pengertian ayat di atas, Allah telah menjelaskan berkenaan
penciptaan makhluk yang begitu sempurna sehingga dapat mengekalkan zuriat keturunan
dengan perbezaan jantina dan pasangan yang telah ditetapkan. Namun begitu,
tanggungjawab untuk mencari pasangan yang beriman turut dititikberatkan oleh Islam
sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadis:2

2
Fathi Yakan, Apa Ertinya Saya Menganut Islam, 2006, Pustaka Fajar, hlm. 68

2
‫ِّساَء لِ ُح ْس نِ ِه َّن َف َع َس ى ُح ْس ُن ُه َّن أَ ْن ُي ْر ِديْ ِه َّن َوالَ َت َز َّو ُج ْو ُه َّن أل َْم َوالِ ِه َّن َف َع َس ى أ َْم َوال ُُه َّن أَ ْن‬
َ ‫الَ َت َز َّو ُج ْوا الن‬

َ ْ‫ات ِديْ ٍن أَف‬


.‫ض ُل‬ ِ ِ
ّ ‫ َو‬.‫ َولَك ْن َت َز َّو ُج ْو ُه َّن َعلَى الدِّيْ ِن‬،‫تُطْغ ْي ِه َّن‬
َ َ‫ألمةُ َخ ْر َماء َخ ْرقَاء ذ‬

Maksudnya:
Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana boleh jadi kecantikan
itu akan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya
kerana mungkin kekayaan itu merosakkannya, tetapi kahwinilah mereka atas dasar
pegangan agamanya. Hamba perempuan yang rabik dan bodoh tetapi baik agamanya
adalah lebih utama.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Saranan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam hadis ini bukanlah satu
saranan yang biasa dan tidak bernilai. Akan tetapi ia menjadi pengajaran dan
pengiktibaran kepada orang yang celik mata hatinya. Pemilihan pasangan yang beragama
merupakan aspek terawal di dalam pembentukan individu muslim, seterusnya keluarga
muslim dan disusuli dengan masyarakat muslim. Kemudian dari masyarakat muslim
inilah terbinanya Daulah Islamiah.

Realiti masyarakat pada hari ini, apabila kedua ibu bapa tidak memiliki asas
agama yang sahih dan kukuh secara automatiknya pendidikan agama Islam kepada anak-
anak sewaktu di rumah itu tiada. Kebergantungan kepada pengajaran guru-guru di
sekolah untuk menerapkan nilai-nilai agama di dalam jiwa kanak-kanak adalah tidak
mencukupi. Ini kerana semenjak kecil seorang anak lazimnya akan menghabiskan
sebahagian besar masanya bersama keluarga dan ibu bapa.

Kejayaan dalam perkahwinan dengan memilih pasangan yang beriman merupakan


saham yang paling besar dalam membantu melaksanakan pendidikan Islam kepada anak-
anak. Sebaliknya kegagalan perkahwinan dan pemilihan pasangan yang salah adalah
punca kepada permasalahan dan keruntuhan institusi keluarga seluruhnya.

3
3.0 Keluarga Pembentuk Peribadi

Keluarga adalah institusi di mana seorang individu itu mendapat pendidikan


terawal. Individu yang mempunyai keluarga menerima pendidikan awal daripada ibu
bapanya. Oleh yang demikian, akhlak seorang anak itu sebenarnya bermula dari
rumahnya sendiri. Mereka mengalami perkembangan mental, fizikal dan sosial di bawah
asuhan ibu bapa berdasarkan skrip hidup yang menjadi landasan perjalanan keluarga
tersebut.

Sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam sebuah hadis yang
telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:3

َّ َ‫ُي ْولَ ُد ال َْولَ ُد َعلَى ال ِْفط َْر ِة فَأ ََب َواهُ ُي َه َّو َدانِِه أ َْو ُين‬
‫ص َرانِِه أ َْو يُ َم َّج َسانِِه‬
Maksudnya:
Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya) maka kedua ibu bapanyalah
yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Demikianlah maksud hadis yang menjelaskan peranan kedua ibu bapa dalam
mendidik zuriat keturunan yang mereka miliki. Umat Islam tidak hanya diperintah untuk
memiliki keturunan yang ramai, bahkan mereka bertanggungjawab untuk mendidik
generasi muslim agar menjadi sebaik-baik umat di muka bumi ini.

Peranan dan pengaruh keluarga terutamanya kedua ibu bapa dalam membentuk
peribadi anak-anak adalah sangat besar berbanding kesan yang mereka perolehi dari
faktor-faktor lain seperti rakan sebaya dan suasana sekitar. Ini kerana pendidikan anak-
anak itu tertumpu di rumah bahkan semenjak mereka masih di dalam kandungan lagi
proses pendidikan itu telah bermula.

3
Ibid. hlm. 72

4
Kanak-kanak mempelajari apa yang dilihatnya di rumah khususnya tingkah laku
individu-individu dewasa dari kalangan ahli keluarganya. Oleh yang demikian, jika anak
remaja menjadi nakal atau liar, maka kemungkinan besar puncanya adalah disebabkan
pembawaan keluarganya sendiri. Secara ringkasnya isu pembawaan keluarga yang
menjadi punca kepada kenakalan remaja adalah:4

a. Status ekonomi keluarga yang rendah dan dhaif di mana anak membesar dalam
keadaan terbiar dan serba kekurangan.
b. Kehidupan ibu bapa yang bergelumang dengan dosa dan maksiat.
c. Ibu bapa lebih mementingkan kerjaya atau pekerjaan daripada menjaga kebajikan
keluarga dan anak-anak.
d. Rumah tangga yang bermasalah, tidak kukuh atau bercerai berai.
e. Syiar Islam tidak kukuh dalam keluarga atau rumah tangga.
f. Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak ataupun terlalu mengongkong mereka.
g. Ibu bapa bersikap pilih kasih terhadap anak-anak.

Kekurangan perhatian dan bimbingan ibu bapa dikatakan menjadi punca utama
kenakalan seseorang remaja. Anak-anak yang merasa tidak diberi perhatian lebih gemar
meminggirkan diri mencari jalan lain bagi meluahkan perasaan dan mendapatkan lebih
perhatian.

Kajian bertajuk ‘Perkaitan Pemantauan dan Perhubungan Ibu Bapa – Anak


dengan Tahap Tingkah Laku Devian Remaja di Johor Bahru’ oleh Hanina
Halimatussaadiah Hamsan dan Rozumah Baharudin yang dimuatkan dalam Jurnal
Kebajikan Masyarakat keluaran Januari 2001 mendapati bahawa pembabibatan ibu bapa
dalam mensosialkan anak pada peringkat remaja adalah sesuatu yang sangat penting.

Oleh sebab itu Islam memandang berat dalam urusan mendidik anak-anak serta
menggesa supaya mencari sebab-sebab, norma-norma serta udara yang baik untuk
menjamin terlaksana tarbiyah yang baik.5
4
Op Cit. hlm. 34-35
5
Opcit. Hlm.72

5
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
ِ
‫اع‬
ٍ ‫ص‬َ ِ‫ص َّد َق ب‬
َ َ‫الر ُج ُل َولَ َدهُ َخ ْي ُر لَهُ م ْن أَ ْن َيت‬
َ ‫ب‬ َ ِّ‫ألَ ْن ُي َؤذ‬
Maksudnya:
Seseorang yang mendidik anaknya dengan baik adalah lebih baik dari bersedekah
dengan secupak.
(Diriwayatkan oleh al-Tarmizi)

4.0 Metodologi Pendidikan Yang Berkesan Terhadap Kanak-Kanak

Pendidikan kanak-kanak amat penting dan merupakan tanggungjawab kepada ibu


bapa untuk mendidik sama ada yang berhubung dengan iman atau akhlak, akal atau
jasmani, individu atau masyarakat. Tidak dapat tidak tanggungjawab ini merupakan
sebesar-besar tanggungjawab dalam bidang pendidikan dan penyediaan kanak-kanak.
Betapa gembiranya apabila di suatu hari nanti ibu bapa dan para pendidik dapat memetik
hasil-hasil usaha mereka dan dapat pula bernaung di bawah naungan tanaman mereka.

Kaedah-kaedah yang berkesan dalam konteks penyediaan kanak-kanak sama ada


dalam soal-soal yang berhubung dengan aqidah dan akhlak, dan juga membentuk mereka
dalam soal keilmuan, kejiwaan dan kemasyarakatan sehinggalah induvidu itu berjaya
berada di puncak kesempurnaan, kematangan fizikal dan mental. Metodologi-metodologi
yang sesuai dan kaedah-kaedah pendidikan yang berkesan dalam pembentukan dan
penyediaan kanak-kanak.

4.1 Pendidikan Melalui Tauladan

Pendidikan melalui tauladan merupakan salah satu metod yang paling berkesan
dalam penyediaan akhlak kanak-kanak, dan juga dalam pembentukan mereka dari segi

6
keperibadian dan kemasyarakatan. Ini kerana pendidik merupakan contoh tauladan yang
terbaik pada pandangan kanak-kanak. Ini kerana tingkah laku dan akhlak pendidik akan
dicontohi dan diikuti oleh mereka sama ada secara sedar atau tidak. Malah lebih dari itu,
sama ada mereka sedar atau tidak gambaran pendidik dari segi tuturkata mahupun
perbuatan, luaran mahupun dalaman akan bersebati dalam jiwa dan perasaan mereka.

Maka, jelas bahawa tauladan merupakan satu faktor yang amat penting dalam
menentukan baik atau buruknya peribadi seseorang anak. Kerana inilah Allah telah
mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w supaya baginda menjadi contoh yang terbaik untuk
semua umat Islam di sepanjang zaman.

Firman Allah:
ِ ‫ول اللَّ ِه أُسوةٌ حسنةٌ لِمن َكا َن يرجو اللَّه والْيوم‬
)٢١( ‫اآلخ َر َوذَ َك َر اللَّهَ َكثِ ًيرا‬ ِ ‫لََق ْد َكا َن لَ ُكم فِي ر ُس‬
َ ْ َ َ َ ُ َْ ْ َ ََ َ َ ْ َ ْ
Bermaksud :
sesungguhnya bagi kamu semua pada diri Rasulullah itu satu contoh yang mulia

( Surah al-Ahzab: 21)

Allah s.wt telah meletakkan pada peribadi Nabi Muhammad s.a.w satu gambaran
yang lengkap bagi neraca hidup islam, dalam kesempurnaan akhlaknya dan dalam
keagongannya yang menyeluruh, bagi generasi yang dating silih berganti.6

4.2 Pendidikan Melalui Kebiasaan

Berhubung dengan pendekatan Islam dalam usaha mendidik kanak-kanak maka ia


bergantung kepada dua asas yang amat penting iaitu memberi pengajaran dan pembiasaan
6
Abdullah Nasih ‘Ulwan, Pendidikan Anak-anak Menurut Pandangan Islam, Jil.2, hlm. 382-385.

7
kanak-kanak. Maksud pengajaran ialah sudut teori dalam pendidikan kanak-kanak.
Sementara pembiasaan adalah sudut praktikal dalam pembentukan dan penyediaannya.

Keupayaan seseorang kanak-kanak dan fitrahnya untuk menerima pengajaran dan


pembiasaan di peringkat ini. Maka pendidik-pendidik yang terdiri daripada ibu bapa dan
juga guru, haruslah menumpukan usaha ke arah mengajar anak-anak tentang kebaikan
dan membiasakan mereka dengan kebaikan semenjak mereka mula mengerti dan
memahami tentang kenyataan hidup.

Imam al-ghazali telah berkata “ seorang anak adalah satu amanah kepada kedua-
dua ibu bapanya. Hatinya yang luhur itu bagai batu permata yang amat berharga.
Sekiranya ia dibiasakan dengan kebiakan dan diajarkan dengannya nescaya ia akan
membesar di dalamnya dan ia akan berbahagia di dunia dan di akhirat”.

Antara contoh untuk mendidik atau memberi pengajaran kepada anak-anak serta
membiasakan mereka dengan asas-asas kebaikan. Di mana Rasulullah s.a.w telah
memerintahkan kepada pendidik supaya mengajar anak-anak mereka dengan kalimah (La
Ilaha Illallah). Bagi pengajaran ini dapat mendorong anak serta membiasakannya supaya
beriman dengan sepenuh hati dan menjiwai bahawa tiada pencipta dan tiada tuhan yang
lain yang harus diperhambakan diri melainkan Allah s.w.t.

Di samping itu juga Rasulullah s.a.w memerintahkan para pendidik supaya


mengajar anak-anak mereka tentang rukun-rukun sembahyang sejak mereka berumur
tujuh tahun lagi. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Hakim dan Abu Daud dari Ibn
Amru Ibn al-Aas r.a, dari Rasulullah s.a.w di mana baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

“Perintahkanlah anak-anak kamu menunaikan sembahyang ketika mereka berumur


tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya ketika mereka berumur
sepuluh tahun dan asingkanlah mereka di tempat-tempat tidur”.

8
Mengajar anak-anak dengan hukum sembahyang, bilangan rakaatnya, cara
menunaikannya dan kemudian membiasakannya sembahyang dengan menyuruhnya
mengikut secara berterusan serta menunaikannya. Dengan cara ini akan menjadi
sebahagian daripada akhlak dan kebiasaannya.7

4.3 Pendidikan Melalui Nasihat

Antara pendekatan yang terpenting dan berkesan dalam pembentukkan kanak-


kanak dari segi keimanan, akhlak, kejiwaan dan kemasyarakatan, ialah dengan
menggunakan cara mendidik mereka melalui pengajaran dan mengingatkan mereka
dengan nasihat. Ini kerana pengajaran dan nasihat mempunyai kesan yang besar dalam
membuka minda atau pandangan anak-anak kepada hakikat-hakikat sesuatu benda.

Metodologi al-Quran dalam memberi nasihat dan ingatan. Sebahagian daripada


contoh tentang pengulangan al-Quran al-Karim bagi perkataan yang berkaitan dengan
pengajaran dan nasihat serta suruhan supaya mengambil faedah daripada peringatan itu.

Firman Allah :
ِ ‫الشر َك لَظُل‬ ِ ِ ِِ
)١٣( ‫يم‬
ٌ ‫ْم َعظ‬
ٌ ْ ِّ ‫ال لُْق َما ُن البْنه َو ُه َو يَعظُهُ يَا ُبنَ َّي ال تُ ْش ِر ْك بِاللَّه إِ َّن‬
َ َ‫َوإِ ْذ ق‬
Bermaksud:
Dan apabila Luqman berkata kepada anaknya, sewaktu ia mengajarnya, wahai
anakku janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya memperssekutukan
(Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.
(Surah Luqman:13)

Rasulullah s.a.w mengambil berat terhadap pemberian nasihat-nasihat, Baginda


menggesa para pendidik, para da’i supaya menyampai dan memberikan nasihat dan
pengajaran. Pendekatan yang diguna oleh Rasulullah s.a.w dalam memberi nasihat dan
7
Ibid. hlm. 461-463

9
pengajaran di mana pendekatan ini terkandung dalam manhaj Baginda seperti pendekatan
melalui penceritaan, melalui perbualan dialog dan seumpamanya. 8

4.4 Pendidikan Melalui Pemerhatian

Pendidikan melalui pemerhatian ialah mengikuti anak-anak dan mendampingi


mereka dalam proses pembentukan akidah dan akhlak, mengawasi dan memerhati
mereka secara berterusan dalam proses penyediaan keperibadian dan kemasyarakatan.

Tidak syak lagi pendidikan dalam bentuk ini adalah antara teras yang utuh dalam
usaha mewujudkan seseorang insan yang seimbang yang dapat menyempurnakan segala
tanggungjawabnya terhadap yang lain dalam hidup, yang mendorongnya agar bangkit
melaksanakan segala beban seterusnya menunaikan segala kewajipannya dengan penuh
kesempurnaan dan penuh erti.

Pendidikan melalui pemerhatian antaranya dari sudut akhlak dan pekerti pada
seseorang anak di mana pendidik hendaklah mengawasi sifat benar pada seseorang anak.
Pendidik juga hendaklah mengawasi anak itu sejak mula lagi. Antara contoh pemerhatian
baginda s.a.w berhubung teguran baginda terhadap anak-anak. Al-Bukhari dan Muslim
telah meriwayatkan dari Umar Ibn Abu Salamah r.a katanya: Aku dulunya seorang anak
kecil yang berada di bawah jagaan Rasulullah s.a.w dan tangan ku di dulang makanan.
Maka sabda Rasulullah s.a.w kepadaku: wahai anak: bacalah Bismillah, makanlah
dengan tangan kananmu, dan makanlah bermula dengan apa yang hampir denganmu! 9

4.5 Pendidikan Dengan Cara Balasan Dan Denda.

8
Ibid. hlm. 469-479
9
Ibid. hlm. 559-567.

10
Anak-anak adalah golongan yang paling utama yang termasuk dalam saranan
Nabi s.a.w tersebut kerana mereka merupakan fokus bagi pendidikan dan tempat untuk
dicurahkan kasih sayang.

Kaedah Islam tentang hukuman dan denda terhadap anak-anak ialah dengan
pergaulan yang lembut dan kasih sayang. Dimana Muslim telah meriwayatkan dari Abu
Musa al-Ash’ari bahawa Nabi s.a.w telah mengutuskannya mu’az ke Yaman dan telah
bersabda kepada mereka berdua:

‫يسرا وال تعسرا وعلما وال تنفرا‬

Bererti:
“Permudahkanlah dan janganlah kamu persulitkan dan ajarkanlah dan
janganlah kamu menakutkan.”

Di samping itu juga, mengenakan denda yang bersesuaian dengan tabiat semula
jadi seseorang anak. Sesungguhnya sifat seorang kanak-kanak ternyata amat berbeza
dengan yang lain.

Mengikut pendapat kebanyakan ulama pendidikan Islam termasuklah Ibn sina, al-
Abdari dan Ibn Khaldun, seseorang pendidik tidak harus menggunakan denda yang
berbentuk siksaan kecuali dalam keadaan-keadaan yang terlalu mendesak, ia tidak boleh
memukul kecuali setelah mengugut beberapa kali dan telah memaafkannya beberapa kali.
Ini adalah untuk memastikan supaya kesan yang diharapkan dalam memperbaiki perangai
anak-anak dan juga dalam pembentukan akhlak dan peribadi mereka itu dapat dicapai.

Kesimpulannya, tugas seseorang pendidik supaya bijaksana dalam mengenakan


hukuman-hukuman dan denda-denda yang bersesuaian dengan kecerdikan seseorang
anak dan bersesuaian pula dengan pengetahuan dan perangainya. Begitu juga seseorang

11
pendidik janganlah menggunakan siksaan ataupun denda melainkan sebagai cara atau
10
jalan yang terakhir sekali.

5.0 Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa akhlak seseorang individu itu terbentuk
bermula dari rumah. Hal ini kerana peribadi ahli keluarga terutama kedua ibu bapa
memberi kesan yang amat besar kepada pembentukan peribadi kanak-kanak. Kanak-
kanak mudah mencontohi perilaku individu lain terutama ahli keluarganya. Sekalipun ibu
bapa telah memberikan pendidikan yang sewajarnya akan tetapi sekiranya ibu bapa tidak
menjadi contoh utama kepada mereka, maka hasilnya adalah tidak seperti yang
diharapkan. Ia boleh diumpakan seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul.

Oleh yang demikian, Islam telah memberikan satu cara yang terbaik untuk
membentuk akhlak dan peribadi seseorang. Melalui dalil al-Quran dan Hadis yang telah
disampaikan, dapat difahami bahawa pengaruh keluarga dan peranan mereka amat
penting dalam membentuk seseorang yang mempunyai akhlak mulia dan terpuji. Hasil
dari itu akan terbentuklah sebuah masyarakat Islam seterusnya ia menjadi momentum
kepada tertegaknya Daulah Islamiah di muka bumi.

BIBLIOGRAFI

1. Tafsir Al-Quran Al-Karim

10
Ibid. hlm. 614—617.

12
2. Memahami dan Membimbing Remaja Nakal, Hairunnaja Najmuddin, 2004, Malindo

Printers Sdn. Bhd.

3. Apa Ertinya Saya Menganut Islam, Fathi Yakan, 2006, Dewan Pustaka Fajar.

4. Pendidikan Anak-anak Menurut Pandangan Islam, Abdullah Nasih Ulwan. 2000,

Jil.2.

13

Anda mungkin juga menyukai