Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS PERPISAHAN & HARI JADI

Sempena majlis perpisahan sahabat yang diraikan, pada saat ini kami menadah tangan
memohon kehadrat-Mu ya Allah agar mereka diberkati, dikurniakan rahmat dan nikmat
yang berpanjangan, sihat walafiat yang berkekalan. Ya Allah sesungguhnya kami ini
juga memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah, sempena ulangtahun
kelahiran sahabat kami ini juga. Kau panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya
kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun sebelumnya. Kurniakanlah
kepadanya rezeki yang melimpah berkat dan direstuiMu Ya Allah. Jauhkanlah sahabat
kami ini dari belenggu kesusahan, kemiskinan dan kebuluran darinya dan keluarganya.

Kami berdoa ke hadrat-Mu ya Allah agar sahabat kami ini dikurniakan kekuatan fizikal
dan mental untuk meneruskan kerja mereka dalam suasana berbeza serta dapat
menjalankan tugas-tugas mereka dengan jayanya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, bukakanlah kepada kami pintu kebajikan, pintu keberberkat,
pintu kenikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan dan segala pintu
kebaikan di dunia dan akhirat yang menjurus ke SyurgaMu Ya Allah. Dan kami jua
memohon kepadaMu Ya Allah, jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan
daripada kami dan keluarga kami.
Serta jadikanlah kami yang masih menjalankan tugas di sini agar dapat meneruskan
tugas-tugas dengan cemerlang dan berkualiti demi memajukan masyarakat dan negara
serta dipelihara dalam pemuliharaan dan keredhaan-Mu.

Anda mungkin juga menyukai