Anda di halaman 1dari 2

1.

1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran

Setelah menjalankan ujian diagnostik bahasa Malaysia di sebuah sekolah


kebangsaan di negeri Perlis, saya mendapati beberapa orang murid pendidikan
khas mengalami masalah dalam menulis perkataan KVKVK. Oleh itu, kemahiran
yang diajar kepada murid-murid ini bermula daripada kemahiran membaca dan
menulis Perkataan KVKVK.

Namun begitu, selepas sebulan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu,


saya mendapati murid-murid masalah pembelajaran sering kali melakukan
kesalahan semasa menulis seperti penambahan huruf, pengguguran huruf dan
menulis perkataan dengan susunan yang terbalik. Masalah ini dapat dikenal pasti
selepas beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan murid-murid
pendidikan khas sekolah rendah tersebut. Saya juga mendapati bahawa murid
kerap melakukan kesalahan semasa menulis terutama dalam menulis perkataan
KVKVK. Masalah ini mendorong saya untuk melakukan kajian yang lebih
mendalam untuk membantu murid menulis perkataan dengan betul. Saya telah
mempraktikkan dua kaedah untuk menyelesaikan masalah menulis perkataan
KVKVK murid.

Kaedah pertama yang digunakan ialah kaedah eja, batang dan tulis
perkataan. Kaedah ini dilaksanakan pada hari rabu minggu kelima praktikum.
Dengan menggunakan kaedah ini murid dikehendaki mengeja huruf pada
perkataan KVKVK kemudiannya membatang perkataan tersebut dan akhir sekali,
murid menulis perkataan tersebut pada papan tulis dan pada papan serba guna.
Kaedah ini hanya dapat membantu empat orang murid dari enam orang murid
yang diajar. Kaedah ini telah dipraktikkan selama dua minggu dan dua orang
murid masih lagi melakukan kesalahan yang sama. Hal ini kerana, memori murid
mengenai perkataan KVKVK yang dipelajari tidak kukuh.

Pada minggu seterusnya pula, saya telah melaksanakan kaedah menyalin


semula perkataan yang dipelajari di papan serba guna. Kaedah ini mengkehendaki
murid untuk menyalin semula perkataan yang ditunjukkan. Kaedah ini
menggunakan kad perkataan, pen marker dan papan serba guna. Dengan
menggunakan kaedah ini murid dapat mengetahui susunan huruf yang membentuk
perkataan KVKVK yang betul. Namun kaedah ini hanya berkesan ketika proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, apabila murid mengaplikasikan
kaedah yang diajar dalam lembaran kerja, murid masih melakukan kesalahan yang
sama. Kaedah ini tidak berkesan kerana murid masih keliru dengan susunan
perkataan KVKVK yang dipelajari dan informasi mengenai susunan perkataan
KVKVK yang dipelajari belum kukuh.

Oleh itu, saya rasa terpanggil untuk membuat kajian lebih lanjut untuk
meningkatkan penguasaan kemahiran menulis perkataan KVKVK murid-murid
ini.

Anda mungkin juga menyukai