Anda di halaman 1dari 8

ABD0106

KERTAS KERJA

MENAIKTARAF PUSAT SUMBER SEKOLAH KE ALAF


21
2019

“PUSAT SUMBER SEKOLAH KE ARAH PEMBELAJARAN SEPANJANG


HAYAT
1.0 PENDAHULUAN
Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta
koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.
Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi
memperkukuhkan pengajaran-pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta
kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,
gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat

Pusat Sumber Sekolah juga merupakan gedung ilmu bagi melahirkan masyarakat
Malaysia yang berilmu, beretika, , membuat keputusan berasaskan ilmu pengetahuan
serta menyumbang kearah pembangunan Negara. Selain itu, Pusat Sumber Sekolah juga
turut menyediakan maklumat bagi membolehkan warga sekolah berfungsi secara
berkesan dalam kalangan masyarakat maju yang berasaskan maklumat dan
berpengetahuan. Pusat Sumber Sekolah juga berfungsi untuk melengkapkan murid
dengan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat untuk menjadikan seorang warganegara
yang bertanggungjawab. Keadaan fizikal bilik pusat sumber menuntut suasana yang
kondusif dan selesa bagi menggalakkan proses pembelajaran yang lebih berkesan. Justeru
itu, program menaiktaraf pusat sumber sekolah perlu dipertingkatkan selaras dalam
menjayakan visi dan misi sekolah.

2.0 MATLAMAT

2.1 Menggalakkan murid dan guru menjadi pengguna Pusat Sumber Sekolah yang
efektif dan kreatif dalam mendapatkan maklumat.
2.2 Menggalakkan sekolah meningkatkan proses pengajaran dan permudahcara yang
berasaskan PSS / sumber pendidikan
2.3 Menggalakkan warga sekolah mengamalkan budaya ilmu yang berkualiti dan
berfungsi selaras dengan konsep pendidikan bestari serta pebudayaan media dan
teknologi pendidikan masa kini.
2.4 Memberi keselesaan kepada guru-guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
2.5 Aktivti-aktivti perpustakaan dapata di jalankan dengan lebih baik.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membeli rak buku ( 2)


3.2 Menyediakan kemudahan carpet
3.3 Menyediakan kemudahan sofa
3.4 Membeli kaunter meminjam buku
3.5 Memasang penghawa dingin
3.6 Memasang tingkap cermin menggantikan dawai
3.7 Menyediakan kemudahan ruang santai untuk murid
4.0 NAMA PROGRAM

“ Progran Menaiktaraf Pusat Sumber Sekolah Alaf 21”

5.0 VISI
Membudayakan tradisi membaca dan mengembangkan teknologi pendidikan
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
.

6.0 MISI
Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai pusat penyebaran, rujukan ilmu dan
maklumat

7.0 JAWATANKUASA INDUK PSS

Pengerusi : En.R.Saravanan (Guru Besar)


Timb. Pengerusi : Pn.M.Makeswari. ( GK Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Pn.P.Depashiny (GK HEM)
Naib Pengerusi II : Pn.G.Premah (GK Kokurikulum)
Penyelaras : R.Pakewathi (Guru Perpustakaan dan Media)
AJK : 1. Pn.G.Mariammah
2. Cik.R.Indrani
: 3. Cik.P.Premlatah
4. Cik.S.Komala
5. Pn.C.Kanagambal

8.0HURAIAN PROJEK (rujuk Lampiran)

BIL PERKARA ANGGARANKOS


(RM)
1. Membeli rak buku (2) 600.00

2. Menyediakan kemudahan carpet 600.00


3. Menyediakan kemudahan sofa 2000.00

4. Membeli meja kaunter meminjam buku 1000.00

5 Memasang penghawa dingin 1500.00

6. Memasang cermin menggantikan dawai 2500.00

7 Menyediakan kemudahan pondok bacaan 1500.00

8 Menyediakan kemudahan ruang santai 800.00

JUMLAH RM
10500.00

8.0 SUMBER PENDAPATAN

8.1 Memohon sumbangan derma daripada PERTUBUHAN PERPADUAN DAN


KEBAJIKAN MASYARAKAT

9.0 PENUTUP

Akhir kata, dengan sumbangan yang telah diberikan akan dapat menyediakan
suasana yang kondusif dan memberangsangkan serta meningkatkan penggunaan Pusat
Sumber Sekolah di samping menyemai cinta akan pelajaran serta mewujudkan
pembelajaran sepanjang hayat di kalangan warga sekolah selaras dengan hasrat
Kementerian bagi mewujudkan modal insan yang berdaya saing dan berilmu pengetahuan
tinggi.

Disediakan oleh, Disemak & Disokong oleh,

……………………….. ………………………………
(PAKEAWATHI RAMASUNDRAM) (EN.SARAVANAN A/L RAJAN NAIDU)
Guru Perpustakaan dan Media Guru Besar,
SJK(T) Ladang Banopdane, Bidor SJK(T) Ladang Banopdane, Bidor
1.Membeli rak buku

Objektif
1) Rak buku yang ada sekarang tidak mencukupi .
2) Pelajar akan berasa lebih selesa semasa memilih buku untuk dibaca atau dipinjam
3) Memudahkan GPM menyemak stok buku dari masa ke semasa.

2.menyediakan kemudahan carpet

Objektif
1) Carpet digunakan harus sesuai untuk murid – murid supaya mereka dapat membaca
dalam keadaan yang selesa.
2) Mewujudkan minat membaca di kalangan murid - murid
3) Murid-murid nerasa seronok dan lebih berkeyakinan semasa menggunakan pusat sumber

3. menyediakan kemudahan sofa


Objektif
1. Murid-murid akan berasa lebih selesa semasa membaca di pusat sumber
2. Kemudahan sofa juga digunakan semasa berurusan dengan pegawai datang
2. Menarik perhatian murid menggunakan pusat sumber secara berkala

4. kaunter meminjam buku

Objektif
1. Membantu para pengawas pusat sumber menjalankan tugasan mereka dengan lebih
bersistematik.
2. Membantu GPM menguruskan pusat sumber dengan lebih sistematik.

5. Memasang penyaman udara & cermin bertingkap

Objektif
1. Membantu murid menggunakan pusat sumber dengan lebih selesa.

6. Pondok bacaan

Objektif
1. Menarik minat murid untuk membaca
2. digunakan semasa waktu rehat dan semasa waktu balik
3. Tempat santai murid

7. Ruang Santai

Objektif
1. Menarik minat murid untuk membaca
2. Murid bersantai sambil menimba ilmu
3. Menyeronokkan murid dan murid berasa berkeyakinan untuk membaca
4. Untuk kegunaan jangka masa panjang

Anda mungkin juga menyukai