Anda di halaman 1dari 4

PERNYATAAN PROFESIONAL SEMASA PRAKTIKUM

Praktikum merupakan salah satu cara bagi seorang guru pelatih melatih diri untuk
mengajar dan membiasakan diri dengan suasana pembelajaran sekolah sebelum ke
situasi yang sebenar di sekolah. Ini juga memberi peluang kepada guru pelatih untuk
mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut
Pendidikan Guru (IPG) serta mendapat bimbingan daripada pensyarah dan guru
pembimbing.

Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan semasa praktikum di


sekolah. Selain daripada mengajar, saya juga perlu membuat perancangan yang
tersusun dan sistematik iaitu dengan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH). Rancangan tersebut perlulah disediakan dengan lebih awal serta bahan bantu
belajar yang digunakan juga perlu saya sediakan sebelum mengajar.

Selain daripada itu, saya perlu melengkapkan portfolio praktikum dengan


melengkapkan jurnal dan laporan kokurikulum sekiranya saya ada melibatkan diri
dengan aktiviti yang dijalankan di sekolah. Tidak lupa juga dengan persiapan dari segi
mental fizikal dimana saya harus menghadapi pelbagai karenah murid-murid sekolah.
Hal ini penting sebelum saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Dalam fasa pelaksanaan, saya perlu bersedia untuk dipantau dan dibimbing
oleh pensyarah yang akan datang ke sekolah untuk melihat bagaimana saya
mengajar dan mengawal kelas. RPH perlu sentiasa lengkap serta set induksi yang
mantap perlu saya sediakan agar proses pengajaran dan pembelajaran yang saya
kendalikan berjalan dengan baik dan lancar.

Saya perlu sentiasa bersedia menghadapi pelbagai kerenah kanak-kanak yang


sememangnya sangat suka bermain daripada belajar. Oleh itu, saya perlu sentiasa
menggunakan pelbagai strategi, kaedah, dan teknik pengajaran yang telah dipelajari
sepanjang menuntut di IPG agar murid-murid tidak bosan semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran berlaku. Aktiviti yang dijalankan juga hendaklah bersesuaian
dengan perkembangan murid-murid.

Bukan itu sahaja, saya perlu melibatkan diri dengan bidang kokurikulum seperti
Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan yang terdapat di sekolah.
Saya akan berkongsi ilmu dan pengalaman saya semasa di IPG dengan murid-murid
di sekolah tersebut dan mengaplikasikannya. Latihan kokurikulum yang terdapat di
IPG banyak membantu saya apabila ketika menjalani praktikum.

Hubungan yang mesra dan baik dengan semua kakitangan sekolah saya
amalkan agar tidak wujud jurang antara guru pelatih praktikum dengan guru di sekolah
tersebut. Hal ini akan memudahkan saya untuk berinteraksi dan mendapatkan
maklumat mengenai apa sahaja yang diperlukan. Harapan saya juga agar semua
warga sekolah dapat memberikan kerjasama dan dapat mewujudkan hubungan baik.
Saya akan cuba menjalankan tanggungjawab dengan baik dan mewujudkan
persekitaran yang selesa dengan semua pihak.

Sepanjang berada di sekolah, kami selaku guru praktikum fasa 1 telah


diberikan tugasan untuk menghias papan maklumat bahasa Melayu. Papan maklumat
tersebut telah diberi sentuhan warna dan maklumat baharu bagi menceriakan
suasana. Seterusnya, kami telah menjalankan Projek Jalur Gemilang. Projek ini telah
dilancarkan pada Sambutan Ambang Kemerdekaan di sekolah.

Saya bersama rakan yang lain juga telah menjadi ketua instruktor aerobik pada
setiap hari Selasa. Program sebegini berjaya melatih saya menjadi ketua dan
membentuk pemimpin yang berwibawa. Selain daripada itu, pada hari khamis minggu
pertama dan ketiga setiap bulan, kami secara bergilir-gilir telah menjalankan Program
Simfoni Bahasa pada setiap pagi. Program ini memperkenalkan murid dengan
perkataan baharu dalam bahasa Melayu.
PERNYATAAN PROFESIONAL SELEPAS PRAKTIKUM

Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk
membina jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperolehi
pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan dan pendidikan
Bahasa Melayu dan Pendidikan Kesihatan di sekolah khususnya. Selain itu, semasa
praktikum ini juga, saya dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai
budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan
pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru suatu masa nanti.
Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat
dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Semoga saya akan dapat mengambil dan menimba ilmu
sebanyak mungkin dan pengalaman supaya dapat digunakan dan diaplikasikan
semasa mengajar kelak.

Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan
diri dengan persekitaran sekolah. Selain itu, kehadiran saya ke sekolah diterima oleh
guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu menunjukkan
sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik antara saya dan
warga sekolah. Di samping itu, saya dapat menjalinkan hubungan profesional dengan
guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 1. Hubungan
professional ini dapat dijalin melalui kerjasama dengan pihak sekolah dalam
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Saya juga dapat dapat membantu
meningkatkan prestasi murid-murid. dan sekolah. Akhir sekali, saya dapat
meningkatkan prestasi dan kemahiran saya dalam bidang pendidikan.

Ilmu yang dipelajari sepanjang 4 semester sebelum akan saya cuba praktikkan
bagi membantu murid-murid di sekolah. Dalam masa yang sama, saya boleh merasai
sendiri pengalaman melaksanakan sesi pengajaran bersama murid-murid. Di samping
itu, saya boleh mengaplikasikan teori-teori pengajaran yang telah saya pelajari
sebelum ini.
Sebagai penutup, saya merasakan bahawa praktikum yang telah saya
jalani ini adalah amat bermakna dan cukup membantu saya dalam menyediakan diri
saya untuk menjadi bakal guru yang cemerlang. Ia juga dapat menyediakan saya
dalam semua aspek yang dperlukan untuk menjadi seorang guru. Saya berpendapat
bahawa program praktikum ini adalah amat releven untuk diteruskan untuk melahirkan
bakal guru yang berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai