Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pengenalan

Menurut Gardner (2000), teori kecerdasan pelbagai mendasari dua prinsip asas iaitu manusia
mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua
kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Setiap individu mempunyai tahap kecerdasan
yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan
melalui aktiviti yang bersesuian. Oleh hal yang demikian, guru perlulah berusaha untuk
mencari dan meneroka cara pengajaran yang berbeza-beza untuk setiap pelajar mereka
yang berlainan kecerdasan. Sama juga dalam Pendidikan Muzik pula, dengan menggunakan
cara pengajaran yang betul atau yang diminati oleh pelajar, akan dapat memupuk keminatan
mereka terhadap muzik.

2.0 Langakah kreatif pengajaran nyanyian

Aktiviti nyanyian dilihat sebagai suatu yang sangat penting dan boleh digunakan dalam mana-
mana subjek di sekolah. Hal ini kerana nyanyian atau lagu merupakan kemahiran yang paling
biasa dilakukan oleh seseorang manusia ketika gembira atau sedih yang boleh juga
diterapkan dalam proses pengajaran bilik darjah. Mok dan Lee (1989) mengulas bahawa
aktiviti nyanyian merupakan aktiviti yang sering berlaku dalam kehidupan kita seharian, maka
ia sangat sesuai dilakukan dalam bilik darjah sebagai satu medium yang berkesan untuk
mengukuhkan ingatan murid-murid. Selain itu, penggunaan irama dan rentak sebagai iringan
juga dikatakan sebagai kaedah yang berkesan untuk menguatkan ingatan peajar dan
meningkatkan minat pelajar untuk belajar (Rosli dan Omar, 2013). Dalam pengajaran
nyanyian, guru boleh membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan setiap
kumpulan menyediakan lagu yang berbeza untuk dipersembahkan. Persembahan akan
mendorong dan menarik minat pelajar. Persembahan mereka boleh dirakamkan dan
seterusnya muat naik ke “Youtube”. Dengan ini, pelajar akan mempunyai rasa pencapaian
dan mendorong mereka suka akan menyanyi.
3.0 Langkah kreatif pengajaran gerakan

Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara “ melakukan” (learning by doing:
Dalcroze 1950) kerana tubuh adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan
pergerakan muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang
mengintegrasikan telinga (pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal
secara improvisasi kepada muzik. Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti
kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan
mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang
bersifat ‘non verbal’ .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai
aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan
gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.
Dalam pengajaran gerakan, guru perlu menghormati setiap pelajar kerana mereka
mempunyai personaliti yang berbeza. Guru boleh mengajar gerakan dengan memilih lagu
iringan yang pelajar suka dan mengalakkan mereka berfikir dan bergerak mengikut
personaliti sendiri dan bergerak sesuka hati sahaja. Guru juga boleh mengalakkan pelajar
bergerak dengan menggunakan permainan “ABC stop” dalam pengajaran gerakan. Setelah
guru mengatakan “ABC stop” sekali, pelajar perlulah membuat gerakan yang tertentu dan
pelajar akan “ditangkap” jika tidak membuat gerakan yang betul, dan seterusnya akan
didenda. Tetapi dendaannya akan berkaitan dengan gerakan juga.

4.0 Langkah kreatif pengajaran rekorder

Menurut Hj Abu Hassan Haji Ali (2000), penggunaan rekoder dalam aktiviti pembelajaran
muzik di bilik darjah adalah bertujuan memberikan pengalaman muzikal secara hands-on.
Pada masa yang sama pelajar mengukuhkan kefahaman bahasa muzik melalui pengalaman
mereka. Cara yang sesuai dalam pengajaran rekorder adalah dengan ensembel rekorder.
Pemilihan rekoder sebagai alat muzik utama dalam pengajaran ensembel muzik di sekolah
ialah kerana ianya sesuai serta mudah didapati. Menurut Roger Kamien (1992), rekoder ialah
sejenis alat tiupan yang diperbuat daripada kayu atau plastik. la juga seperti flut, yang sudah
lama digunakan di sekolah rendah kerana harganya yang murah dan agak mudah dipelajari.
Keluarga rekoder terdiri daripada lima instrumen iaitu sopranino, soprano, alto, tenor dan bes.
Pelbagai saiz ini mempunyai peranan yang berlainan. Di sekolah, penggunaan rekoder
soprano dan alto lebih diutamakan. Dalam ensemble rekorder, membenarkan pelajar memilih
lagu-lagu kegemaran mereka supaya mereka berminat untuk belajar cara memainkan
rekorder. Dalam pengajaran, guru perlulah menekankan postur pelajar dan cara pemegang
rekorder pelajar. Dengan mempunyai minat untuk belajar sesuatu, pelajar akan lebih sudi
untuk melibatkan diri dalam pengajaran guru.

5.0 Langkah kreatif pengajaran alat perkuisi.

Permainan alat perkusi adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai untuk murid sekolah
rendah. Kanak-kanak pada usia ini dapat merasa konsep muzik melalui pengalaman bermain
muzik. Permainan alat perkusi adalah mudah dan praktikal untuk mengiringi nyanyian hanya
dengan memainkan corak irama yang dipelajari. Di samping itu, permainan alat perkusi juga
membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi
murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara
ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jaw ab.
Oleh yangdemikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat
perkusi. Dalam pengajaran alat perkuisi, selain daripada mengajar cara yang betul untuk
memegang dan memainkan perkuisi mengikut teknik yang standard, guru juga boleh
menggunakan cara yang lebih kreatif dengan meminta pelajar membuat alat perkuisi sendiri
dengan menggunakan bahan kitar semula. Dengan ini, akan membantu mereka mengenali
alat-alat perkuisi dengan lebih mendalam. Guru juga perlu menekankan cara penyeggaraan
alat perkuisi dalam pengajaran supaya pelajar bukan sahaja mengetahui cara permainannya
tetapi juga cara memelihara alat perkuisi.
6.0 Rujukan

Md Jais Bin Ismail, Rorlinda Binti Yusuf, Loo Fung Chiat. (2018). Aktiviti Muzikal Yang Sesuai

Dijalankan Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran Muzik Murid-Murid Pintar


dan Berbakat di Malaysia. Retrieved from file:///C:/Users/user/Downloads/145-
Article%20Text-406-1-10-20181122%20(1).pdf

Toh Lai Chee. (2011). STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN

MUZIK DALAM KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (TINGKATAN


DUA). Retrieved from http://eprints.usm.my/42811/1/TOH_LAI_CHEE.pdf

Kamariah Bt Abu Mansur. (2015). Meningkatkan Kemahiran Permainan Rekorder

Soprano Pelajar Melalui Kaedah Pembelajaran Masteri. Retrieved from


http://ir.upsi.edu.my/1418/1/MENINGKATKAN%20KEMAHIRAN%20PERMAINAN%2
0REKODER%20SOPRANO%20PELAJAR%20TAHUN

Anda mungkin juga menyukai