Anda di halaman 1dari 6

2019

KERTAS KERJA

KEM BESTARI
SOLAT
2019

1.0 PENDAHULUAN

1
2019

Solat merupakan satu tuntutan wajib yang penting bagi setiap individu yang bergelar Muslim.
Pelaksanaan solat yang baik dan tepat membolehkan pengamalnya menerima impak yang hebat di dalam
kehidupan seharian. Sehubungan itu, Model Bestari Solat dilaksanakan bagi menguji sejauhmana
kelemahan dan kekuatannya. Program Kem Bestari Solat perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi
memastikan menghayati pengertian ibadat solat yang sempurna.

2.0 NAMA PROJEK

KEM BESTARI SOLAT.

Kem Bestari Solat ialah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid boleh
menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.

3.0 TARIKH/MASA

Cadangan : 20-22 Julai 2019

4.0 TEMPAT

Maahad Dini Sultan Abdul Halim Sik

5.0 OBJEKTIF

Kem Bestari Solat ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat

1. Mengetahui kepentingan solat


2. Mengetahui cara berwudhuk dengan sempurna
3. Melaksanakan semua perbuatan di dalam solat dengan betul
4. Menguasai bacaan dan perbuatan dan mengaplikasikannya dengan baik dan lancar

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua 43 orang murid tingkatan 1 Maahad Dini Sultan Abdul Halim Sik

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk Lampiran 1

6.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

1. Pengerusi:
 Membentuk jawatankuasa pelaksana
 Mempengerusikan dan mengendali mesyuarat pelaksanaan

2
2019

2. Setiausaha:
 Menguruskan surat-menyurat
 Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
 Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyedia minit/keputusan mesyuarat
 Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program

3. Bendahari:
 Menyedia anggaran perbelanjaan
 Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa
 Mengurus/menyelia perolehan dan perbelanjaan
 Menyedia laporan kewangan

4. Pendaftaran/buku program:
 Menyediakan keperluan pendaftaran seperti meja, tempat, senarai nama peserta dan
fail
 Menyediakan buku program

5. Urusetia/Protokol/Persiapan tempat:
 Menentukan perkataan untuk ‘backdrop’
 Menentukan pengerusi majlis
 Menentukan fasilitator bertugas pada setiap aktiviti
 Mengagihkan kumpulan peserta
 Menyediakan borang-borang

6. Makanan minuman:
 Membentuk jawatankuasa kecil
 Menyediakan menu kepada peserta, fasilitator dan tetamu
 Menyediakan anggaran perbelanjaan makan dan minum
 Menentukan tempat, masa dan bentuk jamuan
 Memastikan bekalan makanan dan minuman mencukupi sepanjang program
 Mengurus bil pembayaran tempahan makan dan minum melalui bendahari.

7. Fasilitator/Pengisian:
 Menyediakan bahan dan tajuk ceramah yang sesuai
 Membimbing dan memudah cara peserta melaksana aktiviti dan LDK

8. Keselamatan/Kebajikan/Disiplin:
 Memberi taklimat kepada peserta sebelum program bermula
 Menyediakan peralatan dan bantuan kecemasan
 Menyedia senarai barangan keperluan peserta

3
2019

9. Dokumentasi/Penilaian:
 Mengurus fotografi dan rakaman audio-video
 Menyelia dan menerbitkan laporan penuh aktiviti
 Menyelaras agenda post-mortem program

10. Multimedia/Publisiti:
 Menyediakan keperluan dan alatan siaraya untuk semua slot
 Menyediakan banner dan sepanduk publisiti

11. Teknikal dan peralatan


 Menguruskan hal berkaitan system PA seperti plag penyambung, mikrofon,
pembesar suara dan lain-lain.

8.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 2

9.0 KEWANGAN

Rujuk Lampiran 3

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat: (Guru Besar)

Pengerusi: (GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi: 1. En ( GPK Pentadbiran )


2. Pn ( GPK Hem )

Penyelaras : Cik (Guru j-QAF)


Pn (Guru j-QAF)

Ahli Jawatankuasa:
1. (GPI)

4
2019

LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi - Sesi pendaftaran dan Taklimat Kem Bestari Solat

8.30 pagi - Latihan Dalam Kumpulan 1


(Pengenalan anggota wudhuk dan amali wuduk)

9.30 pagi – Rehat dan kudapan

10.00 pagi - Latihan Dalam Kumpulan 2


(Bacaan pendek dalam solat)

10.30 pagi – Rehat dan kudapan

11.00 pagi - Latihan Dalam Kumpulan 3


(Perlakuan dalam solat dan amali solat)

11.30 pagi – Kuiz Smart Solat


- Ulasan guru pembimbing

12.00 tengahari- Persiapan pulang dan Bersurai

LAMPIRAN 3

KEWANGAN

5
2019

10.0 PENUTUP

Model Bestari Solat merupakan sebahagian daripada pengajaran j-QAF yang wajib dilaksanakan
kepada semua murid tahun 1 hingga 6 yang beragama Islam. Pihak pentadbiran sekolah
bertanggungjawab dalam menggerakkan kem ini supaya impak akhirnya dapat dicapai bersama.
Sesungguhnya solat merupakan antara aspek terpenting di dalam pelaksanaan Fardhu Ain supaya murid-
murid dapat menerapkan amalan solat dengan berkesan dan berterusa, seteruusnya mendidik diri menjadi
insan berdisiplin dan taat kepada Tuhan.

Diharap pelaksanaan kem ini akan memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan
kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan aspek Fardhu Ain yang
diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………… ………………………………

Guru j-QAF Guru Besar

Disemak oleh:

………………………………….

Anda mungkin juga menyukai