Assure
Assure
1.Pengenalan
Bidang teknologi berkait rapat dengan bidang pendidikan. Perkaitan ini telah menimbulkan
model-model yang boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Justeru itu, adalah mustahak
bagi guru untuk mendalami pengetahuan mengenai teknologi pendidikan dan
pengajaran.Teknologi pendidikan adalah kaedah sistematik dengan menggabungkan
pelbagai media komunikasi yang inovatif. Tujuan utama teknologi pengajaran digunakan
adalah untuk mempengaruhi pembelajaran supaya pembelajaran tidak lagi
tertumpu kepada pengajaran guru tetapi kepada media dan bahan. Antara elemen-
elemen rasional kepentingan teknologi dalam pendidikan seperti berikut:
1. Motivasi
Dengan menggunakan teknologi dapat memotivasikan pelajar untuk belajar.Menurut Kozma
dan Croginger (1992), menerangkan beberapa cara teknologi dapat membantu dalam proses
kognitif, motivasi dan membantu keperluan sosial pelajar.
2. Keunikan pengajaran
Selain itu, keunuikan pengajaran boleh memudahkan suasana pembelajaran menjadi lebih
hebat dan berkesan. Ia juga dapat menghubungkan pelajar dengan sumber maklumat dan alat
pembelajaran.
3. Sokongan kepada pendekatan baru pengajaran
Dewasa ini masyarakat mula sedar kepentingan teknologi dalam pelbagai bidang. Pelbagai
pendekatan baru yang digunakan bagi memotivasikan pelajar dalam bidang pendidikan.
Antaranya pembelajaran koperatif , berkongsi kecerdikan dan mempunyai kemahiran yang
tinggi.
4. Meningkatkan produktiviti guru
Tidak dinafikan dengan penggunaan teknologi dapat mengurangkan kerja guru dan mejimatkan
masa dalam penyimpanan rekod dan data. Sudah semestinya guru akan lebih produktif
sekiranya mereka dilatih dan didedahkan dalam kaedah berasaskan teknologi dan mampu
mengakses dengan pantas maklumat bagi keperluan mereka.
5. Sebagai keperluan kemahiran ICT
Seperti yang telah diketahui keperluan ict pada zaman globalisasi ini amatlah penting dan ia
perlu dikuasai oleh pelajar bagi menyediakan mereka untuk menjadi pelajar bermaklumat.
Menurut Moursund (1995), tiga jenis laluan yang dikenali sebagai kemahiran asas untuk semua
rakyat dalam Teknologi Maklumat (IT) ialah Literasi maklumat, literasi teknologi dan literasi
Visual.
2. Definisi Teknologi Pengajaran
Menurut Silber (1970) teknologi pengajaran ialah pembangunan (penyelidikan, reka bentuk,
penerbitan, penilaian, penggunaan) komponen sistem pengajaran ( mesej, manusia, bahan,
alatan, teknik , keadan) dan pengurusan pembangunan ( organisasi, personel) yang sistematik
bagi menyelesaikan masalah pendidikan.
” Teknologi pengajaran ; ialah satu cara sistematik untuk mereka bentuk, menjalankan, dan
menilai proses keseluruhan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif khusus,
penyelidikan yang berdasarkan kepada pembelajaran manusia dan komunikasi. ia juga
melibatkan kombinasi sumber manusia dan sumber bukan manusia. Tujuannya ialah untuk
membolehkan pengajaran menjadi efektif” ( Suruhanjaya Teknologi Pengajaran 1970)
Menurut Seels dan Richey (1994), teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk,
pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber pembelajaran.
3. Model ASSURE
Model assure ini menggunakan akronim dengan menggabungkan pengajaran seperti yang
diterangkan oleh Gagne.Maksud akronim ASSURE ini seperti berikut:
A : Analyze Learners ( menganalisis pelajar)
S : State Objective ( Menyatakan objektif)
S : Select Methods, Media and Materials ( memilih kaedah, media dan
bahan )
U : Ultilize media and materials ( menggunakan bahan dan media)
R : Require Learner Participation ( memerlukan penglibatan pelajar)
E : Evaluate and revise ( menilai dan menyemak semula bahan)
Menurut Smaldino, Russell, Heinch dan Molenda (2005), model ini merupakan prosuder atau
panduan untuk merancang dan menguruskan sesuatu bahan atau media dengan mengambil
kira teknologi. Menurut Rozinah Jamaluddin ( 2003), model ASSURE adalah panduan
prosuderal untuk perancangan dan pengendalian pengajaran dengan integrasi media. Proses
pembagunan pengajaran yang lengkap bermula dengan keperluan bagi menentukan sama ada
pengajaran itu sesuai atau tidak dengan apa yang ingin dicapai. Model ASSURE digunakan
kepada perancangan media di bilik darjah
Berdasarkan penulisan objektif tadi, sebelum memulakan sesuatu pengajaran guru perlu
menyatakan objektif pengajaran pembelajaran bagi menetapkan apa yang perlu dicapai oleh
pelajar dalam bahan media yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran. Menurut
Nicholson (1996) menyatakan bahawa objektif bagi sesuatu bahan media amat perlu bagi
memastikan keberkesanan bahan media yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran.
Contohnya dalam tajuk perkara –perkara yang membatalkan solat guru menetapkan murid
dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 6 perkara yang membatalkan solat. Guru boleh
menggunakan bahan media seperti power point atau cdri berkaitan perkara-perkara yang
membatalkan solat menerusi tayangan tersebut. Ini secara tidak langsung dapat mengukur
kebolehan murid dan objektif tercapai.
Klasifikasi objektif
Objektif diklasifikasikan mengikut jenis pembelajaran asas yang dikehendaki. terdapat 3
kategori bagi menerangkan dan menyusun jenis pembelajaran iaitu kemahiran kognitif,
kemahiran afektif dan kemahiran psikomotor.
Memilih kaedah dan media yang sesuai juga adalah berdasarkan kebolehan pelajar dan
objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Sebagai contoh guru ingin menyampaikan isi
pelajaran berkaitan Beriman pada Hari Akhirat kepada murid tahun 3. Sebelum tajuk ini di ajar,
guru haruslah memilih terlebih dahulu kaedah dan media yang sesuai untuk memastikan
objektif pembelajaran tajuk ini tercapai. Guru boleh menayangkan tanda-tanda hari kiamat
seperti bencana alam, tsunami, gempa bumi, peperangan di Palestin dan seaginya melalui
tayangan video atau YOU TUBE. Melalui tayangan tersebut pelajar akan mendapat gambaran
yang lebih jelas mengenai tajuk pengajaran dan dapat menjalankan aktiviti pembelajaran
dengan baik dan berkesan serta kondusif. bahan ini sangat releven kerana ia akan dapat
memberi pengalaman baru terhadap pelajar. Selain itu guru juga boleh meminta pelajar
menjalankan aktiviti atau latihan di papan interaktif dengan menggunakan power point atau
cdri mata pelajaran Pendidikan Islam .
Manakala penilaian terhadap pencapaian pelajar adalah perlu bagi mengetahui keupayaan
pelajar dalam memenuhi objektif tercapai. Selain itu, penilaian terhadap media dan bahan juga
perlu dilaksanakansebagai mengetahui pengajaran itu berkesan dan dapat difahami oleh pelajar
dengan jelas serta mencapai tahap sasaran guru dalam tajuk yang di ajar. Sekiranya terdapat
kelemahan dalam penggunaan bahan dan media guru hendaklah memperbaiki kelemahan
media sehingga ia sesuai digunakan dalam pengajaran pembelajaran.
4. Kesimpulan
Jelaslah model ASSURE mempunyai peranan penting dalam membangunkan
pengajaran pembelajaran yang berkualiti. Dengan menggunakan model ASSURE sebagai
panduan reka bentuk pengajaran guru, ia akan dapat membantu guru merancang rancangan
pengajaran yang rapi dan sistematik. Dalam masa yang sama juga penggunaan model ASSURE
ini akan menimbulkan minat pelajar untuk beralih kepada bahan lain, dan memberi kefahaman
kepada pelajar dan mengubah persepsi pelajar bahawa pengajaran pembelajaran yang selalu
dianggap sebagai membosankan.
REFLEKSI
Daripada tugasan ilmiah bagi kerja kursus portfolio KPD 3016 yang telah diterima dan
diselesaikan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah memperolehi pelabagai
pengetahuan mengenai kebaikan Model ASSURE ini bagi diaplikasikan dalam pengajaran
pembelajaran. Antaranya sebelum memulakan pengajaran pembelajaran saya perlu
menganalisis murid terlebih dahulu. Pendekatan ini amat penting kerana untuk mengetahui
keupayaan murid dan ciri-ciri yang ada pada mereka. Selain itu juga guru dapat merancang
strategi pengajaran yang lebih berkesan agar tiada murid akan tercicir daripada menerima ilmu
yang disampaikan oleh guru.
Di samping itu, saya juga telah mengetahui kepentingan menggunakan bahan sumber
dalam pengajaran pembelajaran.Dalam Model ASSURE ia amat menekankan penggunaan
bahan sumber dalam pengajaran pembelajaran. Dengan kata lain, bahan sumber akan dapat
membantu guru untuk menjadikan pengajaran pembelajaran lebih menarik, berkesan, dan
penuh keseronokkan serta memberi kelainan agar murid tidak berasa bosan.
Namun begitu, untuk mewujudkan pengajaran pembelajaran yang meyeronokkan, saya perlu
memilih kaedah dan strategi pengajaran yang sesuai begitu juga dengan bahan atau media yang
sesuai. Kedua-dua elemen ini mestilah selaras dengan objektif pengajaran pembelajaran agar
sasaran guru tercapai. Oleh yang demikian keenam-enam elemen dalam model ASSURE ini
sangat penting bagi guru dalam pengajaran hariannya di dalam kelas. Sebagai kesimpulan,
setiap guru perlulah mengguna, mempelajari dan mengaplikasikan model ASSURE ini apabila
mengajar di kelas.
Bibliografi
Noriati Abdul Rashid dan Boon Pong Ying. (2009). Teknologi dalam pengjaran
dan pembelajaran. KL : Oxford Sdn. Bhd.
http://pdfscout.org/pdf/penggunaan-assure-dalam-pendidikan.html
http://pgsrpsv.webs.com/panduan_edu3105.pdf