Anda di halaman 1dari 3

Teks ucapan Majlis Penutupan Bulan Patriotisme Peringkat Sekolah

Sambut merdeka sekali setahun


Keringat tercurah pejuang berjasa
Malaysiaku merdeka 62 tahun
Itulah sejarah perjuangan bangsa

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Bismilllah........................

Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam sehati sejiwa

Yg Berusaha Tn Hj Murtaza Bin Hj Abu Bakar, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha,

Yang Dihormati Tn Hj Mohd Isa B. Abd Wahab, Guru Penolong Kanan Akademik

Yg Dihormati En Muzafar Noor B. Muris, GPK HEM.

Yg Dihormati En Kew Cee Kim, GPK KoKurikulum

Yg Dihormati Ketua-ketua Bidang, Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah ...

Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah
kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita menjayakan Majlis Penutupan Bulan
Patriotisme peringkat sekolah bagi tahun 2015 pada pagi ini.

Hadirin dan hadirat sekalian, sesungguhnya kita bangsa bertuah kerana dilahirkan dalam negara yang
merdeka. Justeru marilah kita bersama-sama terus memelihara kemerdekaan ini dengan menunjukkan
semangat kemerdekaan melalui sambutan bulan Patriotisme pada tahun ini..

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon agar selamat
Dijemput dengan segala hormat, Ustaz Mohd Zamsul Bin Abd Latif untuk memimpin bacaan doa.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Zamsul bin Abd Latif yg telah sudi memimpin bacaan

doa.

Disana-sini tembakan berbunyi,

Capai merdeka penuh berliku,

Marilah bersama kita menyanyi,

Lagu pertiwi lagu negaraku.

Pohon kerjasama kepada semua hadirin , berdiri, mendengar dan sama-sama menyanyikan lagu
negaraku.

Terima Kasih, dipersilakan, hadirin dan hadirat duduk.

ACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Hadirin dan hadirat sekalian, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian hadiah
kepada para pemenang bagi setiap pertandingan yang telah dilaksanakan sepanjang sambutan Bulan
Patriotisma.

Bagi tujuan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Murtaza Bin Abu Bakar,
Pengetua SMK Dato Mohd Taha untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

BACA SENARAI NAMA PEMENANG.

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn Hj Murtaza Bin Abu Bakar atas
kesudiaan menyampaikan hadiah kepada para penerima.

Dini hari mengail ikan,

Dapat seekor ikan haruan,

Tuan pengetua kita persilakan,

Sudilah kiranya memberi ucapan.


Dijemput Yang Berusaha Tuan Hj Murtaza Bin Hj Abu Bakar, Pengetua SMK Dato Mohd Taha
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup rasmi Majlis Sambutan Bulan Patriotisme
Peringkat Sekolah tahun 2015. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Hj Murtaza Bin Hj
Abu Bakar atas kesudian menyampaikan ucapan dan menutup rasmi Majlis Sambutan Bulan
Patriotisme Peringkat Sekolah

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Kini tibalah masanya kita untuk bersama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik. Diminta semua guru
dan pelajar berdiri dan bersedia untuk menyanyi bersama-sama.

LAGU “KERANAMU MALAYSIA”

LAGU “BERJAYA”

Anda mungkin juga menyukai