Anda di halaman 1dari 24

2.

0 Definisi

Untuk mendefinisikan masalah disleksia, kita boleh menghuraikannya dengan lebih terperinci
dengan merujuk kepada beberapa sumber seperti The International Dyslexia Association, dan
The British Dyslexia Association dalam Ott ( 2006 ). Berikut merupakan definisi mengenai
disleksia mengikut :

2.1 The International Dyslexia Association ( 1998 )

Disleksia adalah masalah pembelajaran yang dicirikan oleh masalah dalam bahasa ekspresif
atau terbuka, sama ada secara lisan atau bertulis. Masalah mungkin muncul dalam bacaan,
ejaan, tulisan, pertuturan atau pendengaran. Disleksia adalah bukan penyakit yang tiada
penyembuhan.

Disleksia menggambarkan pemikiran yang berbeza, berbakat dan produktif, dan cara
pembelajaran yang berbeza. Jurang yang tidak diduga wujud antara kebolehan pembelajaran
dan pencapaian dalam sekolah. Disleksia adalah disebabkan perbezaan struktur dan fungsi
otak.
Individu yang mengalami disleksia adalah unik, setiap individu tersebut mempunyai
kekurangan
dan kelemahan masing-masing. Kebanyakkan penghidap disleksia adalah kreatif dan
mempunyai bakat luar biasa dalam bidang seni, sukan, senibina, grafik, elektronik,
mekanikal, drama, muzik atau kejuruteraan. Kanak-kanak ini selalunya menunjukkan bakat
istimewa mereka di dalam bidang yang memerlukan visual, ruang dan itegrasi motor.

2.2 The British Dyslexia Association ( BDA ) ( t.t. )

Disleksia adalah gabungan kemampuan dan masalah yang menpengaruhi membaca, mengeja
dan menulis ( 3M ). Masalah tersebut turut menyebabkan kelemahan lain mungkin dapat
dikenalpasti seperti kelajuan memproses, ingatan jangka pendek, kelemahan susunan,
pendengaran, atau penglihatan, bahasa pertuturan, keupayaan motor kasar dan halus. Ia
seterusnya berkait mengenai penguasaan dan penggunaan bahasa penulisan termasuk huruf,
nombor dan not muzik.
Sesetengah kanak-kanak mempunyai kemahiran kreatif yang luar biasa serta mempunyai
kemahiran oral yang tinggi menurut Peer ( 1999 ).

Masih mengekalkan deefinisi yang sama, Stoppart ( 2007 ) menyatakan disleksia


merupakan masalah pembelajaran yang berkaitan dengan bahasa, membaca dan ia
merangkumi mengeja, menulis dan menyebut. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini
biasanya membaca dengan perlahan, kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta
mencampur-adukkan perkataan yang mempunyai bunyi yang sama. Mereka juga kurang
kesedaran dan minat terhadap buku. Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin
kdapat dilihat pada beberapa anggota keluarga yang sama. Kajian juga menunjukkan masalah
disleksia berlaku empat kali lebih kerap kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak
perempuan.

Menurut Frith ( 1992 ) dalam Riddick ( 2010 ), dalam usaha untuk mengenal pasti
masalah pembelajaran sama ada disleksia ataupun autism adalah melalui pemerhatian
terhadap kaitan diantara kelainan tahap penerangan kerana daripada itu kita dapat melihat
kaitan di antara punca biologikal, masalah kognitif serta perlakuan seperti membaca dan
mengeja.

3.0 Etiologi

Etiologi adalah merupakan satu kajian sains mengenai sesuatu masalah atau perkara. Di
dalam masalah disleksia ini turut terdapat etiologinya. Di antara etiologi yang berkaitan
dengan disleksia adalah seperti keturunan, otak, masalah penglihatan serta masalah
pendengaran. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa pihak yang telah membuat beberapa
hipotesis mengenai masalah pembelajaran disleksia. Di antara etiologi masalah pembelajaran
disleksia adalah seperti berikut :

3.1 Keturunan

Keturunan adalah merupakan salah satu daripada penyebab masalah disleksia. Pemerhatian
Smith et. Al.( 1983) dalam Georgiou ( 2006 ), melihat bahawa terdapat perkaitan di antara
kromosom ke-15 dengan disleksia. Namun berbeza pula pendapat daripada Cardon et.al.,(
1994 ) dalam Georgiou ( 2006 ), yang mengatakan bahawa kromosom yang ke-6 berkait
dengan masalah disleksia ini. Terdapat pula satu pandangan yang menafikan 50 peratus
masalah membaca disebabkan oleh keturunan oleh DeFries dan Gills ( 1993 ) dalam
Georgiou ( 2006 ).

3.2 Otak

Kajian mengenai perkara ini telah dilakukan kepada seseorang yang mengalami masalah
disleksia selepas mereka meninggal dunia. Ramai pengkaji yang menyatakan bahawa
terdapat kelainan pada otak individu yang mengalami disleksia. Di dalam otak seseorang
yang mengalami masalah disleksia, didapati bahawa bahagian temporal bahasa di kedua-dua
belah otak adalah sama tanpa kelebihan normal pada sebelah kiri berbeza dengan orang biasa
yang tidak mengalami disleksia dimana bahagian kirinya adalah lebih besar daripada
bahagian kanan menurut Galaburda, Le May dan Kemper ( 1978 ) serta Geschwind dan
Levitsky, ( 1968 ). Tambahan lagi, ‘ketuat’ otak ( actopias ) diperhatikan sering berada pada
bahagian temporal bahasa. Kajian yang dijalankan seperti ini pada mulanya tidak diterima.
Namun setelah pembangunan teknologi yang semakin maju, dengan terciptanya mesin-
mesin atau alat seperti fMRI, PET-scan membolehkan kajian ini dilakukan kepada seseorang
yang mengalami disleksia semasa mereka masih hidup. Kajian turut menemui bahawa
terdapat tahap perbezaan pada proses fonologi pada individu disleksia berbanding orang
biasa.

3.3 Kesukaran proses penglihatan

Seseorang yang mengalami masalah disleksia mengalami perkembangan yang tidak


sepatutnya pada sistem magnocellular di bahagian otak mereka. Sistem ini berhubungan
dengan kemampuan untuk melihat benda yang bergerak, Lovegrove ( 1986 ) dan Livingstone
(1991 ) dalam Georgiou ( 2010 ). Hal ini seterusnya mengakibatkan objek yang dilihat oleh
mereka adalah lebih kecil. Keadaan ini menyebabkan proses membaca menjadi lebih sulit
kerana otak harus mengenali huruf-huruf secara cepat disamping memproses sejumlah
perkataan yang berbeza selaras dengan mata. Berdasarkan laporan bedah siasat kepada 5
orang individu disleksia menunjukkan berlaku kecacatan dan lebih 20 peratus kecil daripada
otak normal, Galaburda ( 1985 ) dalam Georgiou ( 2010 ).

Hipotesis tumpuan visual daripada Carbonnel, & Valdois ( 1998); Valdois, Bosse, Carbonnel,
Zorman, & David ( 2003 ) dalam Le Jan,G., Régine Le Bouquin-Jeannès, Nathalie Costet,
Nolwenn Trolès, Pascal Scalart, Dominique Pichancourt, Gérard Faucon dan Jean-Emile
Gombert ( 2010 ) menganggap bahawa defisit visual tumpuan juga terlibat dalam disleksia
dan mengurangkan jangka persepsi. Pemprosesan visual tumpuan boleh berfungsi dengan
betul dalam mengekstrak gambar dari perkataan dan memadankannya kepada kategori
abstrak yang disimpan di dalam memori leksikal. Defisit dalam pemprosesan visual
tumpuan menyebabkan prestasi kelajuan dalam pemprosesan maklumat visual adalah lemah
menurut Le Jan et.al. ( 2010 ).

3.4 Kesukaran proses pendengaran

Menurut Le Jan et.al., ( 2010 ) auditori defisit adalah merupakan asas defisit persepsi
kategori dan ianya disokong dengan penemuan Tallal ( 1980 ). Sebagai hakikatnya, prestasi
kanak-kanak yang mengalami disleksia adalah lebih rendah daripada kawalan kanak-kanak
dalam tugas auditori seperti pemilihan arahan temporal dengan stimuli akustik. Walaupun
begitu, tugasan ini tidak mempunyai implikasi persepsi pertuturan yang mudah. Beberapa
kajian mengemukakan bahawa kanak-kanak yang mengalami disleksia dikategorikan kurang
kapasiti daripada pembaca purata dalam sudut cara mereka melihat perbezaan fonotik.
Pelbagai teori-teori ini membawa kepada kaedah diagnosis dan pelbagai rawatan yang boleh
mencukupi keseimbangan latihan dari Reynolds, Nicolson, & Hambly ( 2003 ), mata
stalemate dari Stein & Fawler, ( 1985 ); Stein, Richardson, & Fowler ( 2000) serta latihan
kesedaran fonologi dari McPhillips, Hepper, & Mulhern ( 2000 ) dalam Le Jan et. al., ( 2010
).

4.0 Punca – punca Masalah

Setiap masalah mempunyai faktor penyumbang mereka tersendiri, begitu juga dengan
masalah pembelajaran disleksia. Pelbagai faktor yang berkaitan dengan disleksia seperti
keturunan, pemakanan, bawaan, perkembangan dan lain-lain lagi. Berikut adalah merupakan
punca-punca masalah disleksia :

4.1 Keturunan
Keturunan adalah merupakan salah satu daripada faktor penyebab disleksia. Hal ini juga
dapat dibuktikan menurut Hallgren ( 1970 ) dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ). Melalui
kajian beliau ke atas 12 pasangan kembar monozygote dan mendapati kesemua 12 kes
keluarga tersebut menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak.
Hallgren mendapati bahawa masalah disleksia banyak dihadapi oleh kanak-kanak lelaki
berbanding kanak-kanak perempuan dengan nisbah 2:1 dan beliau berpendapat, keadaan
sedemikian berlaku disebabkan oleh orang lelaki lebih banyak memikul tanggungjawab
berbanding dengan orang perempuan.

Selain daripada itu, simpton disleksia juga dihadapi oleh keluarga yang menggunakan tangan
kidal. Perkara ini adalah berteraskan pendapat John Bradford ( 1999 ) dalam Kassan dan
Abdullah ( 2010 ) yang menyatakan bahawa orang tua yang disleksia tidak secara automatik
menurunkan gangguan ini kepada anak-anaknya atau anak kidal yang dikenalpasti disleksia
tetapi menjadi antara punca masalah disleksia. Berdasarkan penelitian yang dilakukan di
Amerika, 80 peratus daripada seluruh subjek yang diteliti mempunyai sejarah atau latar
belakang anggota keluarga yang mengalami masalah pembelajaran dan 60 peratus
daripadanya adalah kidal. Hal ini turut diakui oleh seorang ahli psikologi Amerika sekitar
tahun 1920-an bernama Orton yang mengemukakan perkara yang sama di mana kanak-kanak
yang mengalami masalah ini cenderung untuk menggunakan tangan kidal di dalam Pumfrey
P. D. dan Reason R.( 1991 ) serta Orton S.T ( 1926 ).

4.2 Pemakanan

Berdasarkan beberapa penyelidikan, kajian dan penemuan terdapat beberapa unsur penyedap
makanan yang boleh mempengaruhi atau mengganggu fungsi otak dan seterusnya
menyebabkan masalah pembelajaran kerana bahan penyedap makanan tersebut terdapat
pencemar atau racun.
Antaranya ialah 1. Salicylates yang boleh ditemui dalam buahan, sayuran, kacang, teh kopi
bir dan anggur serta ubat-ubatan, 2. Amines yang digunakan untuk memproses pemecahan
protein dan ditemui terkandung dalam keju, coklat, anggur, bir, tempe dan lain-lain lagi, 3.
Bonzoates yang boleh ditemui dalam buahan, sayuran, kacang, kopi dan lain-lain lagi. 4.
Monosodium glutamate(MSG) yang kini banyak terkandung dalam makanan segera seperti
perencah, kicap, maggi, keropok serta banyak lagi makanan segera, 5. Laktose yang sering
terdapat di dalam susu lembu serta 6. Glutamate yang banyak terdapat pada tomato, keju,
cendawan, sos dan estrak daging, Kassan dan Abdullah, ( 2010 ).
4.3 Komplikasi otak

Menurut Learner, ( 1997 ) dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ), membaca memerlukan
kesempurnaan dari dua segi iaitu dari segi fungsi otak dan sistem saraf pusat. Sistem saraf
otak yang bermasalah boleh mengakibatkan proses pembelajaran bahasa terganggu manakala
sistem saraf otak yang bercelaru boleh menyebabkan masalah disleksia. Perkara ini turut
disebut oleh Hattum ( 1980 ) dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ). Dengan wujudnya
perkembangan teknologi terkini seperti CT Scan, para doktor dan pengkaji dapat melihat
perbezaan sel-sel otak kanak-kanak yang mengalami disleksia dengan kanak-kanak bukan
mengalami disleksia dimana berkaitan dengan otak bahagian kiri hadapan yang berkait
dengan kemampuan membaca dan menulis dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 )

Terdapat juga faktor-faktor lain yang menjadi faktor penyebab masalah disleksia.. Faktor-
faktor lain yang menyebabkan masalah pembelajaran disleksia adalah seperti yang berikut:

4.4 Gangguan persepsi penglihatan

Kanak-kanak disleksia tidak mampu untuk mengenal huruf atau kata secara visual. Hal ini
dapat diperkukuhkan lagi apabila Kinsbourmen dan Warrington n.d. dalam Kassan dan
Abdullah ( 2010 ) menyatakan bahawa kanak-kanak yang mengalami disleksia mungkin
mengalami kesukaran dalam mentaksir ransangan, sehingga mereka tidak dapat mengikuti
apa yang dilihat menyebabkan kesemua yang dilihat itu bercampur-aduk.

4.5 Gangguan keterampilan pandangan visual-motor

Setiap apa yang dilihat pasti melibatkan pergerakan motor sama ada pergerakan motor halus
ataupun motor kasar seperti dalam konteks ini iaitu pergerakan mata atau pergerakan mata
dan jari pada masa yang sama. Pergerakan ini muncul apabila adanya dorongan atau
ransangan atau stimulus seperti huruf, kata, dan ayat serta keinginan pembaca untuk
memberikan respons terhadapa stimulus yang ada. Bagi individu yang mempunyai
penglihatan yang baik, pergerakan ketika membaca berpusat pada mata dan bagi individu
yang mempunyai penglihatan yang kurang baik pula, pergerakannya berpusat jari di dalam
Kassan dan Abdullah ( 2010 ).
4.6 Pengalaman pahit atau dasyat ketika kecil ( traumatik )

Pengalaman pahit atau pengalaman yang dasyat ketika kecil akan memberikan impak kepada
sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mahupun perningkat umur. Pengalaman tersebut
selalunya akan meninggalkan impak yang negatif contohnya seperti trauma. Gangguan masa
silam atau pengalaman pahit boleh menyebabkan gangguan dan kecelaruan fikiran yang
memungkinkan berlakunya masalah disleksia, Kassan dan Abdullah ( 2010 ).

4.7 Kelahiran bayi pramatang

Kelahiran bayi pramatang ataupun bayi lahir tidak cukup bulan boleh menjadi salah satu
daripada faktor menghadapi disleksia. Hal ini kerana bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan
berisiko menghadapi berbagai-bagai masalah gangguan perkembangan seperti gangguan
otak, perkembangan psikomotor, perilaku, dan juga kesukaran belajar membaca. Hal ini
ditekan oleh Kavanagh dan Truss ( 1988 ) menerusi S. Cohen ( n.d ) di dalam Kassan dan
Abdullah ( 2010 ).

4.8 Penyakit semasa kanak-kanak

Penyakit yang dialami oleh kanak-kanak dalam tempoh masa yang lama dan berterusan akan
mendatangkan impak yang negatif kepada kanak-kanak dari segi kesihatan dan
perkembangan mereka. Di antara contohnya adalah demam panas. Jika penyakit yang dialami
oleh mereka bertambah kronik, perkembangan kanak-kanak pada masa akan datang akan
terjejas malahan boleh menyebabkan gangguan dalam pembelajaran di dalam Kassan dan
Abdullah ( 2010 ).
4.9 Kekurangan vitamin

Terdapat pelbagai jenis vitamin yang meninggalkan impak yang negatif sekiranya seseorang
itu pengambilan vitamin tersebut diambil secara berlebihan atau kurang. Contonya, jika
seseorang individu kekurangan vitamin A secara berterusan akan menyebabkan atau
mengalami tunatera atau menjadi buta. Manakala individu yang kekurangan vitamin C mudah
diserang penyakit selesema yang sekiranya dibiarkan berlarutan atau tidak dirawat dengan
sempurna akan menyebabkan radang pada hidung atau tenggorok penghidap. Individu yang
kekurangan vitamin B atau B kompleks akan mudah diserang penyakit, mudah lelah,
perkembangan fizikal terganggu dan konsentrasi untuk berfikir menjadi kurang. Oleh itu,
sekiranya penyakit-penyakit yang mengganggu perkembangan fizikal menjangkiti
perkembangan organ otak maka risiko individu mengalami disleksia adalah sangat tinggi
menurut Kassan dan Abdullah ( 2010 ).

4.10 Jangkitan kuman ketika ibu hamil

Ibu hamil yang dijangkiti kuman berbahaya adalah sangat berisiko tinggi terhadap kelahiran
tidak normal atau melahirkan anak yang tidak cukup sifat. Contohnya adalah seperti
jangkitan rubella, sifilis dan tuberkulosis yang boleh mengakibatkan janin mengalami
kecederaan atau kecacatan otak. Sekiranya hal ini berlaku, bayi yang dilahirkan mungkin
akan mengalami simptom kesukaran belajar termasuk kesukaran membaca ketika mencapai
umur yang berkenaan menurut Kassan dan Abdullah ( 2010 ).

4.11 Keturunan atau baka

Ramai para pengkaji yang setuju mengenai kesukaran membaca banyak diungguli oleh faktor
genetik dan faktor baka. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Hallgren dan Herrman bahawa
kesukaran membaca berpunca daripada keturunan, generasi atau keluarga yang mengalami
disleksia, Kassan dan Abdullah ( 2010 ).

5.0 Ciri – ciri Perkembangan Fizikal, Kognitif dan Sosial dan Emosi

5.1 Perkembangan Fizikal

Kanak-kanak disleksia selalunya mempunyai fizikal yang sempurna seperti kanak-kanak


biasa namun hanya berbeza pada pembelajaran mereka. Di dalam Reid ( 2005 ), kanak-kanak
yang mempunyai masalah pembelajaran disleksia ini mempunyai masalah untuk membaca
seperti kefasihan membaca. Selain daripada itu, kanak-kanak ini juga turut mempunyai
masalah dalam mengeja kerana merka sukar untuk mengingati, berlakunya kesalahan
fonologi, perkataan atau huruf yang tidak mengikut urutan serta keliru mengenai huruf vokal.
Dari segi, penulisan kanak-kanak ini turut bermasalah, di mana mereka sukar untuk mengenal
serta memperkembangkan kunci penting yang secara lebih tepat bermaksud tulisan mereka
berselerak serta kurang kemas.
Kanak-kanak ini tidak mempunyai cara penulisan yang konsisten. Huruf besar dan kecil
kadangkala bercampur-aduk yang tidak mengikut peraturan penulisan yang sebenar. Kanak-
kanak ini juga mempunyai masalah untuk mengorganisasi sesuatu hal. Contohnya adalah
seperti lemah untuk membuat jadual atau barangan yang diperlukan untuk belajar. Dalam
Farrell ( 2006 ), turut menyebut bahawa kanak-kanak disleksia ini keliru mengenal huruf
yang mempunyai bentuk atau maksud yang sama. Contohnya bentuk huruf ‘u’ dan huruf ‘n’
serta perkataan ‘bas’ dan ‘bus’, masing-masing dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
yang mempunyai maksud yang sama.

5.2 Perkembangan Kognitif

Lemah pengamatan, kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan


pengetahuan baru adalah merupakan di antara masalah yang berkaitan dengan perkembangan
kognitif seseorang kanak-kanak yang menghadapi masalah disleksia. Kanak-kanak ini lemah
terutamanya untuk memberikan tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan
semasa belajar.
Terdapat dua jenis masalah pengamatan yang utama iaitu kelemahan pengamatan penglihatan
serta kelemahan pengamatan pendengaran. Penerangan mengenai masalah ini terdapat dalam
punca-punca masalah 4.4 serta 4.5 dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ).

5.3 Perkembangan Sosial dan Emosi

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran ini lazimnya tidak mempunyai


keyakinan apabila berhadapan dengan kanak-kanak biasa. walaupun pada peringkat pelajaran
yang sama mereka sering diketepikan oleh murid-murid yang lain. Hal ini berlaku disebabkan
mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta
mengekalkan sesuatu perhubungan. Disebabkan oleh masalah itu, kanak-kanak ini selalunya
bersifat terlalu rendah diri yang seterusnya boleh menyebabkan mereka bertingkah laku
negatif derta menyakiti orang lain, Kassan dan Abdullah ( 2010 ).
6.0 Langkah-langkah Pencegahan

Disleksia adalah merupakan satu masalah pembelajaran yang boleh dicegah, namun ia
bukanlah satu penyakit yang perlu diubati. Oleh itu, pelbagai langkah pencegahan boleh
diambil untuk mengurangkan masalah kanak-kanak yang menghadapi masalah disleksia.
Pelbagai peringkat masyarakat boleh membantu kanak-kanak ini untuk keluar daripada
kepompong masalah pembelajaran yang boleh menyebabkan mereka kadang kala terasing
dari dunia kanak-kanak dalam aliran perdana. Ibubapa, guru-guru, pakar-pakar dan rakan-
rakan mempunyai peranan masing-masing dalam membantu kanak-kanak ini. Di antara
langkah yang boleh diambil ialah :

6.1 Pencegahan awal atau intervensi awal

Dalam Harwell dan Jackson ( 2008 ), perkhidmatan Pendidikan Khas diberikan kepada setiap
yang layak sejak daripada lahir lagi. Penaksiran daripada nurseri atau mna-mana pihak
kesihatan menekankan kepada pemerhatian, soal selidik kepada ibubapa dan pendapat
daripada kumpulan multidisiplin yang selalunya melibatkan pakar patologi pertuturan,
jurupulih fizikal dan pakar psikologi atau pakar khusus perkembangan. Selepas layak,
Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) akan dibentuk. Dokumen ini akan mengutamakan
hal-hal berkaitan keluarga atau sejarah keluarga. Pendekatan ini digunakan pelbagai variasi
persekitaran sama ada di rumah mahupun di pusat tersebut.

6.2 Intervensi berkaitan permasalahan fonologi

Dalam Lyster ( 1998 ), keberkesanan terhadap penggunaan latihan fonologi sahaja adalah
kurang berjaya jika mahu dibandingkan dengan penggunaan latihan fonolgi bersama dengan
huruf dan / atau arahan bacaan, Bradley dan Bryant, ( 1983 ); Hatcher, Hulme dan Ellis, (
1994 ). Hagtvet (1989) mendapati bahawa permainan Metalinguistik di pra-sekolah
mempunyai kesan yang baik terhadap pembangunan membaca dan ejaan. Torgesen dan Davis
(1996) melaporkan satu kajian menunjukkan bahawa sejumlah besar kanak-kanak
menunjukkan sedikit pertumbuhan dalam tahap kesedaran linguistik yang jelas sebagai hasil
usaha latihan Metalinguistik. Kanak-kanak yang terlibat dengan kajian yang berada pada
tahap lemah disebabkan kelemahan kebolehan lisan kemahiran ejaan dan bukan berpunca
daripada kelemahan latihan Metalinguistik. Lundberg, Frost dan Petersen ( 1988 ) mendapati
bahawa hanya 6% daripada kanak-kanak dalam kumpulan eksperimen, berbanding dengan
37% dalam kumpulan sasaran, menunjukkan tidak ada keupayaan segmentasi fonemis
selepas menajalani latihan. Walaupun begitu, terdapat kebolehubahan mencapai kejayaan
kanak-kanak untuk rawatan seperti analisis lengkung pertumbuhan, sepertimana yang
dibentangkan oleh Torgesen dan Davis ( 1996), yang mungkin memberikan kita pemahaman
yang lebih baik individu perbezaan ditemui dalam kumpulan rendah pencapaian pembaca dan
ejaan.

6.3 Terapi

Di dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ) ada menyentuh mengenai terapi. Terapi adalah
merupakan rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa
penggunaan ubat atau pembedahan. Ibubapa yang menyedari anak-anak mereka mengalami
gangguan disleksia, seharusnya menghantar anak mereka menjalani terapi seawal yang
mungkin. Ibubapa juga boleh mengambil pendekatan sendiri dengan menggalakkan anak-
anak untuk terus belajar kerana kanak-kanak yang mengalami disleksia sebenarnya adalah
kanak-kanak yang pintar jika diberikan peluang dan bimbingan yang betul.

6.4 Pemerhatian tahap perkembangan

Kanak-kanak normal tidak mempunyai masalah perkembangan seperti kanak-kanak


berkeperluan khas seperti masalah pembelajaran disleksia ini. Contohnya, pada umur 12
bulan, seorang bayi tersebut masih tidak boleh untuk mengambil sesuatu menggunakan jari
dan hujung jari telapak. Oleh itu, kanak-kanak atau bayi tersebut mempunyai masalah
perkembangan dari segi perkembangan motor halus yang merupakan salah satu ciri kanak-
kanak yang menghadapi masalah disleksia. Untuk mencegah kanak-kanak tersebut daripada
terlibat dengan masalah pembelajaran disleksia, ibubapa atau penjaga perlu merujuk pada
pengamal perubatan yang berdaftar dan sah untuk pemeriksaan rapi. Kanak-kanak tersebut
akan melalui beberapa ujian yang tertentu. Tetapi sekiranya masih belum berlaku perubahan
selepas intervensi tertentu, kanak-kanak tersebut perlu dirujuk kepada doktor pakar untuk
pemeriksaan atau intervensi seterusnya seperti mana yang disarankan dalam Kassan dan
Abdullah ( 2010 ).
6.5 Penjagaan kesihatan

Merujuk kepada Kassan dan Abdullah ( 2010 ), penjagaan kesihatan adalah penting kerana
kesihatan yang terjejas boleh menyebabkan berlakunya masalah-masalah sampingan sebagai
contoh masalah disleksia ini sendiri. Jangkitan kuman daripada ibu ketika hamil serta kurang
pengambilan asid folik menyebabkan janin akan mengalami kecederaan atau kecacatan. Oleh
itu,
wanita yang sedang hamil sendiri haruslah mula menjaga kesihatan untuk mencegah daripada
melahirkan anak yang menghadapi masalah seperti disleksia. Pengambilan asid folik yang
mencukupi serta vitamin serta diet makanan yang mempunyai nutrisi yang secukupnya dapat
meminimumkan masalah ini.

Penjagaan dari segi pengambilan makanan segera semasa kanak-kanak juga harus dititik
beratkan oleh ibubapa ataupun penjaga. Seperti yang faktor 4.2, senarai makanan yang
mengandungi bahan tersebut hendaklah dielakkan. Ibubapa harus mendidik anak-anak untuk
gemar memakan makanan berkhasiat seperti sayuran, buahan dan juga ulaman sedari mereka
masih kecil.

7.0 Kesimpulan

Berdasarkan segala rujukan yang telah dibuat, dengan ini dapat kita simpulkan bahawa
kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia ini mempunyai masalah untuk mengikuti
pelajaran serta lemah dalam penguasaan kemahiran menbaca, mengira dan menulis ( 3M ).
Kanak-kanak ini boleh berjaya sekiranya diberikan bimbingan dan galakan yang betul supaya
mereka turut boleh berjaya seperti kanak-kanak normal yang lain. Hal ini bukan hanya
sekadar cadangan mahupun nasihat tetapi dapat dibuktikan bahawa tokoh seperti Lee Kwan
Yew yang merupakan seorang Menteri Singapura dan Albert Einstein iaitu seorang tokoh
sains yang dikagumi yang dahulunya juga pernah mengalami masalah pembelajaran disleksia
tetapi masih boleh berjaya. Sekiranya mereka boleh berjaya, kanak-kanak ini turut boleh
berjaya.

Dalam usaha untuk membantu, pelbagai perkara telah diterangkan, langkah-langkah


pencegahan turut disertai seperti pencegahan awal atau intervensi awal, intervensi berkaitan
permasalahan fonologi, terapi, pemerhatian tahap perkembangan dan penjagaan kesihatan.
Setiap lapisan masyarakat dapat membantu mengcegah serta mengatasi masalah ini.
Sekiranya ibubapa malu untuk mendedahkan anak-anak mereka untuk berada di kawasan
sekolah, terdapat pusat-pusat pemulihan dalam komuniti ( PDK ) yang disediakan berdekatan
dengan kawasan tempat tinggal hampir di setiap daerah dalam sesebuah negeri. Di sana
terdapat pelatih yang terlatih yang dapat membantu anak-anak untuk belajar. Pelbagai
perkhidmatan disediakan kerana setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk belajar dan hak
mereka sudah termaktub di dalam Individual with Disabilities Educational Act ( IDEA ) yang
merupakan perundangan pendidikan yang dijadikan rujukan di seluruh dunia.

Dengan terhasilnya tugasan ini, diharapkan ia boleh menjadi rujukan pelbagai pihak
dalam usaha untuk menangani masalah disleksia. Segala informasi diharapkan berguna pada
masa akan datang terutamanya sebagai panduan umum kepada masyarakat serta dapat
memahami secara jelas mengenai definisi disleksia, etiologi mengenai disleksia, ciri-ciri
perkembangan fizikal, kognitif, serta sosial dan emosi, faktor-faktor penyebab disleksia serta
langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil.

8.0 Rujukan

1. Bradley, L. and Bryant, P. (1983). Categorizing sounds and learning to read—a causal
connection. Nature, 301, 419–421.
2. Farrell, M. (2006). Dyslexia and Other Specific Learning Difficulties. New York:
Routledge.
3. Georgiou, A. M. (2010). Dyslexia : Ethiology-Characteristics-Assessment from The View
of The Clinical Speech and Language Practice.
4. Georgiou, A. M. (2010). Ethiology-Characteristics-Assessment from the view of the
clinical speech and language practice. Dyslexia , 23-31.
5. Galaburda, A. M, Le May, M., Kemper, T. L., and Geschwind, N. ( 1978 ). Right-Left
asymnmetries of the brain. Science, 199, 852-856.
6. Geschwind, N., and Levitsky, W. ( 1968 ). Human brain: left-right asymmetries in
temporal speech region, Science, 161, 186-189.
7. Hagtvet, B.E. (1989). Emergent literacy in Norwegian 6-years olds. From pretend writing
to phonemic awareness and invented writing. In F. Biglmaier (Ed.), Reading at the
Crossroads,pp. 163–179.
8. Hatcher, P., Hulme, C. and Ellis, A. (1994). Ameliorating early reading by integrating the
teaching of reading and phonological skills: the phonological linkage hypothesis. Child
Development, 65, 41–57.
9. Harwell M.J. dan Jackson R. W. (2008). The Complete Learning Disabilities Handbook,
Third Edition. United State, America: Jossey-Bass.
10. Humfrey, P.D. dan Reason, R. (2010). Specific Learning Difficulties.
11. Humfrey, P.D. dan Reason, R. (1991). Specific Learning Difficulties ( Dyslexia ).
London: Routledge.
12. Kassan, Z. dan Abdullah, S. (2010). Pendidikan Disleksia. Selangor: Penerbitan
Multimedia.
13. Le Jan,G., Régine Le Bouquin-Jeannès, Nathalie Costet, Nolwenn Trolès, Pascal Scalart,
Dominique Pichancourt, Gérard Faucon and Jean-Emile Gombert. (2010). Multivariate
predictive model for dyslexia diagnosis. Ann. of Dyslexia (2011).
14. Lyster, S.-A. H. (1998). Preventing reading failure : A following-up study. Dyslexia 4,
132-144.
15. Lundberg, I., Olofsson, C. and Wall, S. (1980). Reading and spelling skills in the first
school years predicted from phonemic awareness skills in kindergarten. Scandinavian
Journal of Psychology, 21, 159–173.
16. Ott, P. (2006). Teaching Children with Dyslexia. New York: Routledge.
17. Orton S.T ( 1926 ). Genetic psychology monographs: Reading disability, 14, 335-453.
18. Reid, G. (2005). Dyslexia. New York.
19. Riddick, B. (2010). Living with Dyslexia, Second Edition. Abingdon, Oxon: Routlegde.
20. Tallal, P. (1980). Auditory temporal perception, phonics, and reading disabilities in
children. Brain Language, 9, 182–198
21. Torgesen, J.K. and Davis, C. (1996). Individual difference variables that predict response
to training in phonological awareness. Journal of Experimental Child Psychology, 63, 1–
21.
22. Tun Hussein, S.H. ( 2004 ). Persidangan Nasional Pendidikan Khas A’Famosa. Melaka.

Anda mungkin juga menyukai