Anda di halaman 1dari 4

SENARAI TUGAS PEMIMPIN PELAJAR

1. Mengawal disiplin diri dan pelajar.


2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas
junior.
3. Menjaga imej dan nama baik sekolah.
4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat
kepada rakan-rakan pelajar.
5. Memastikan keceriaan sekolah, bilik gerakan pengawas dan taman pengawas dijaga dengan
baik.
6. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
7. Memimpin rakan-rakan pelajar dalam mencapai misi dan visi sekolah.
8. Mencegah kes jenayah di sekolah.
9. Menghormati guru dan kakitangan serta tetamu sekolah.
10. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
1. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas
dengan penuh dedikasi.
11. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
2. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik,
kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
12. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada
Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
13. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk
mengubah sikap mereka.
14. Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang
bersalah.
15. Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
16. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal
daripada masa yang ditetapkan.
17. Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin, pergi ke makmal sains
atau bengkel dan di luar kelas sebelum nyanyian lagu Negaraku , lagu Negeri dan lagu
Sekolah.
18. Menjalankan tugas-tugas semasa arahan guru-guru dan pihak sekolah

1
PORTFOLIO DAN BIDANG TUGAS
KETUA UMUM
1. Merupakan ketua pelajar dan wakil pelajar.
2. Menjadi ketua dan peneraju dalam pengurusan kepengawasan dalam kalangan ahli
pengawas yang sedia ada.
3. Memaklumkan sebarang maklumat dan informasi kepada pengawas dan pelajar.
4. Merupakan jambatan antara guru dan pengawas/pelajar.
5. Memastikan organisasi pengawas berjalan dengan lancer dan memantau gerak kerja ahli-
ahli biro dan pengawas.
6. Menyediakan pembahagian tugas harian dalam kalangan pengawas untuk rondaan pada
waktu pagi, rehat dan tengah hari.

PENOLONG KETUA UMUM


1. Merupakan timbalan dan pembantu kepada Ketua Umum
2. Bertindak mengikut keperluan sekiranya ketua pengawas tiada di sekolah.
3. Menjadi penguhubung dan jambatan antara guru dan pelajar.
4. Menjalankan amanah dan tugas yang telah diarahkanoleh ketua pengawas atau guru-guru.
5. Memastikan kerja-kerja dan tugas pengawas berjalan dengan lancar seperti arahan daripada
ketua pengawas.

SETIAUSAHA
1. Pencatat minit mesyuarat apabila ada mesyuarat atau taklimat diadakan tidak kira secara
rasmi atau tidak rasmi.
2. Menyediakan surat menyurat secara rasmi atau tidak rasmi dalam badan pengawas
sekolah.
3. Berperanan sebagai ketua apabila ketua pengawas tiada di dalam kawasan sekolah.
4. Menerima arahan daripada ketua pengawas untuk menjalankan tugas memanggil untuk
mesyuarat.
5. Menyediakan jadual tugas harian dan rondaan pengawas dan diedarkan kepada setiap org
pengawas.
6. Memantau borang kehadiran pengawas bertugas setiap hari dalam setiap bahagian
rondaan.

PENOLONG SETIAUSAHA
1. Sebagai pembantu kepada Setiausaha dalam segala kerja pengkeranian.
2. Menjadi pengganti sementara sekiranya Setiausaha tiada di dalam sekolah.
3. Menyelia fail-fail dan rekod-rekod yang terdapat dalam Bilik Gerakan Pemimpin Pelajar

BENDAHARI
1. Mengumpul yuran atau bayaran program Badan Pemimpin Pelajar
2. Mencatat dan memantau pergerakan kewangan Badan Pemimpin Pelajar

PENOLONG BENDAHARI
1. Sebagai pembantu kepada Bendahari dalam segala kerja kewangan
2. Menjadi pengganti sementara sekiranya Bendahari tiada di dalam sekolah.

2
EXCO DISIPLIN
1. Berperanan dalam memastikan disiplin dan tatatertib dalam kalangan pengawas pada tahap
yang maksimum.
2. Menjadi pemerhati kepada tingkah laku pengawas.
3. Berhubung kait secara rapat dengan Jawatan Kuasa Penyelaras Disiplin Guru.
4. Menyediakan jadual tugas dan mengepala aktiviti sekiranya ada ‘sportcheck’ dilakukan
oleh Guru Penyelaras Disiplin Sekolah.
5. Bekerjasama dengan Exco Tugas-tugas Khas untuk ‘spotcheck’ selepas perhimpunan
sekolah. Melantik pengawas untuk merekod dan mencatat pelajar yang melanggar disiplin
seperti kuku panjang, kuku bewarna, kaki seluar ketat dan rambut panjang dan bewarna
dan lain-lain kesalahan yang relevan yang melanggar peraturan sekolah.
6. Memberi arahan untuk tugasan pemantauan dan sportcheck selepas perhimpunan.

EXCO TUGAS-TUGAS KHAS


1. Berperanan sebagai pengurus dalam aktiviti perhimpunan atau aktiviti keramaian seperti
hari muafakat, hari perayaan dan sebagainya. Menguruskan majlis agar berjalan dengan
lancar.
2. Menyediakan jadual tugas untuk perhimpunan sekolah iaitu, pemilihan pengacara majlis,
pembaca ikrar, pembacaan pengumuman dan notis.
3. Boleh memilih dalam kalangan pengawas untuk tugas-tugas seperti di atas.
4. Memastikan perhimpunan berjalan lancar dan memberi arahan kepada ahli pengawas
untuk tugas-tugas semasa perhimpunan.
5. Menyediakan susunan baris pelajar mengikut kelas di tapak perhimpunan.

EXCO KEROHANIAN
1. Berperanan sebagai setiap ahli pengawas baik rohaniahnya.
2. Memantau setiap aktiviti kerohanian yang diikuti oleh para pelajar asrama dan harian.
3. Mendapatkan maklumat dari setiap ketua persatuan kerohanian seperti masa perjumpaan,
keahlian, tempat perjumpaan dan pastikan pelajar-pelajar ini tidak melanggar peraturan
semasa aktiviti kerohanian berjalan.

EXCO JUNIOR
1. Menyediakan idea dan susunan permainan, sukan dan aktiviti sosial yang lain
sepanjang tahun untuk merapatkan lagi hubungan dalam kalangan pengawas serta para
guru.
2. Ahli jawatankuasa boleh terdiri dalam kalangan semua ahli pengawas dalam setiap
aktiviti.

EXCO KEBITARAAN
1. Membuat kertas kerja sekiranya aktiviti berlangsung di sekolah yang melibatkan pengawas.
2. Membuat dokumentasi iaitu mengambil gambar dan merakam segala aktiviti yang
berlangsung di sekolah yang melibatkan pengawas.
3. Membuat laporan setelah sesuatu aktiviti berlangsung dan masukkan semua pelaporan
iaitu kertas kerja, gambar-gambar dan laporan dalam fail yang telah disediakan.
4. Memastikan setiap aktiviti yang melibatkan pengawas adanya dokumentasi yang lengkap
dan difailkan.
3
4