Anda di halaman 1dari 2

SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2019

SMK SIMANGGANG

BAHAGIAN A (Cadangan Jawapan)

Kebaikan mempopularkan permainan tradisional

Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh generasi pada zaman nenek moyang
kita sejak dahulu lagi. Antara contoh permainan tradisional yang masih dimainkan kini ialah permainan
gasing, wau dan congkak. Namun, peredaran zaman yang kian berubah telah menyaksikan bahawa
permainan tradisional ini saban hari dipinggirkan oleh generasi muda kini. Mengapakah hal sedemikian
berlaku? Siapakah yang perlu melestarikan permainan tradisional ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas? Oleh itu, permainan tradisional ini perlu diuar-uarkan kepada rakyat malaysia agar
permainan ini tetap terlestari sampai bila-bila terutamanya dalam karangan remaja. Persoalannya,
Apakah faedah-faedah permainan tradisional terhadap remaja?

memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional merupakan warisan budaya malaysia yang
tidak ternilai harganya. hal ini adalah kerana permainan tradisional merupakan warisan nenek moyang
kita yang melambangkan adat, budaya, dan identiti sesuatu bangsa. Sekiranya permainan tradisional ini
tidak dipertahankan, sudah tentu para remaja tidak mengenali warisan budaya mereka sendiri.
Impaknya, para remaja sudah tentu tidak mengenali jenis-jenis permainan tradisional malahan
berbangga dengan permainan moden  yang begitu pesat membanjiri pasaran global. Jelaslah,
permainan tradisional ini sangat penting kerana permainan ini merupakan warisan turun-temurun yang
perlu dilestarikan untuk tatapan generasi akan datang.

selain itu, kita juga dapat mengisi masa lapang secara berfaedah. Bukan apa, remaja pada masa kini,
matahari sudah tegak di atas kepala belum tentu sudah bangun. Langit sudah mulai pekat, masih belum
lelap. Ada sahaja yang menarik dalam telefon pintar masing-masing.Kita sepatutnya mengisi masa
lapang dengan bemain permainan tradisional yang pernah menjadi satu kegilaan dalam kalangan
masyarakat melayu suatu masa dahulu. adakah layak kita dipanggl masyarakat melayu jika nama
permainan tradisional itu sendiri kita tidak ketahui?

antara faedah-faedah permainan tradisional yang lain ialah mengeratkan silaturahim. Bukannya susah
untuk mengeratkan silaturahim. kita boleh mengajak jiran tetangga bermain bersama. pada zaman kini,
berkemungkinan besar semua remaja hanya berkurung di dalam bilik bagai katak di bawah tempurung
besi yang diperbuat daripada titanium. perkara ini adalah amat tidak wajar. dalam mengeratkan
silaturahim, kita juga dapat kenalan baru. mungkin kenalan baru itu akan menjadi seorang yang penting
dalam hidup kita suatu hari nanti. siapa tahu apa yang akan terjadi?

sebagai intihannya, permainan tradisional banyak memberikan kepentingan kepada rakyat mahupun
negara. Sesungguhnya, permainan ini perlulah dilestarikan untuk dijaddikan alat penghubung
silaturahim antara generasi dulu dan kini. Sebagai rakyat malaysia dan khususnya remaja yang
menghargai warisan tradisi seharusnya berganding bahu bagai aur degnan tebing dalam
mempertahankan permainan tradisional ini. walaupun kini permainan moden bagai cendawan tumbuh
selepas hujan telah menguasai jiwa golongan muda namun, permaian tradisional tetap di hatu kerana
tak kenal maka tak cinta.

Anda mungkin juga menyukai