Anda di halaman 1dari 25

BAB I

PENDAHULUAN

A. Latar Belakang
Pendidikan merupakan satu aspek yang penting di dalam kehidupan setiap
individu. Pendidikan bermula sejak seorang itu dilahirkan sehinggalah ia
menemui ajalnya. Pendidikan bagi manusia meliputi aspek jasmani,rohani, akal
dan sosial. “Manusia mendidik anaknya supaya badannya sehat dan kuat, akalnya
waras dan cerdas, rohaninya luhur dan berbudi pekerti tinggi, tahu bermasyarakat
dan menyesuaikan diri dalam kelompoknya” (Musa bin Daia,1986).Di antara
pendidikan yang paling penting bagi setiap manusia ialah pendidikan
Islam.”Pendidikan Islam adalah pendidikan yang melatih kepekaan (sensibility)
para peserta didik sedemikian rupa sehingga sikap hidup dan peri-laku, juga
keputusan dan pendekatannya kepada semua jenis pengetahuan dikuasai oleh
perasaan mendalam nilai-nilai etik dan spiritual Islam.
Mereka dilatih dan mentalnya didisiplinkan, sehingga mereka mencari
pengetahuan tidak sekadar untuk memuaskan keingin-tahuan intelektual atau
hanya untuk keuntungan dunia material belaka, tetapi juga untuk
mengembangkan diri sebagai makhluk rasional dan saleh yang kelak dapat
memberikan kesejahteraan fisik, moral dan spiritual bagi keluarga, masyarakat
dan umat manusia”(Syed Sajjad Husain & Syed Ali Ashraf , 2000)
Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, pihak kerajaan amat
mementingkan pendidikan Islam. Pendidikan Islam mula diberikan kepada
kanak-kanak sejak mereka berada di peringkat prasekolah hinggalah ke
universiti. Untuk menanamkan ajaran-ajaran Islam di kalangan pelajar-pelajar
dengan lebih berkesan, maka satu kurikulum yang lengkap, kemas dan tersusun
rapi serta berkesinambungan amatlah diperlukan.Oleh itu di dalam rencana ini
penulis akan menerangkan mengenai kurikulum yang berkaitan dengan
pendidikan Islam. Kurikulum pendidikan Islam yang dimaksudkan di sini tidak

1|Kurikulum Pendidikan Islam


terbatas setakat mempelajari mata pelajaran pengetahuan agama Islam saja
sebagaimana kefahaman kebanyakkan masyarakat hari ini. Tetapi pendidikan
Islam itu sebenarnya mempunyai skop jangkauan yang lebih luas meliputi semua
cabang ilmu pengetahuan yang dibenarkan oleh agama Islam.
B. Rumusan Masalah
Dari sekilas pendahuluan diatas, maka pemakalah dapat merumuskan
beberapa masalah, antara lain:
1. Apa definisi Kurikulum Pendidikan Islam?
2. Apa materi pokok dalam Kurikulum Pendidikan Islam?
3. Bagaimana cara penyusunan Kurikulum Pendidikan Islam?

2|Kurikulum Pendidikan Islam


BAB II
PEMBAHASAN

A. Pengertian Kurikulum Pendidikan Islam


1. Pengertian Kurikulum
Pengetahuan terus berkembang dan pendidikan semakin kompleks untuk
memenuhi keperluan masyarakat dan negara. Kemajuan yang sentiasa dicapai
dalam bidang pendidikan telah menyebabkan berubahnya konsep pendidikan
dalam sebuah negara dari masa ke masa. Untuk mengimbangi perubahan
konsep pendidikan, maka apa yang berlaku di dalam proses pendidikan juga
perlu diubah agar pelajar dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan.
Selaras dengan perkembangan ini, maka definisi kurikulum juga turut
berubah.
Berbagai-bagai definisi kurikulum telah dikemukakan oleh para pendidik,
tokoh-tokoh ilmuan dan para sarjana dari berbagai bangsa. Ada pengertian
yang sangat luas dan sebaliknya terdapat pengertian yang sempit. Perkataan
kurikulum berasal dari bahasa Latin yang luas digunakan oleh bangsa Yunani.
’Curriculum’ dalam bahasa Latin bermaksud ‘Luang tempat pembelajaran
berlaku’ (Sharifah Alwiah Alsagoff,1986). Walaupun terdapat berbagai-bagai
definisi untuk kurikulum, namun hampir semua makna, atau pengertian
kurikulum dari definisi-definisi itu akan kembali ke pengertian asal, iaitu satu
rancangan pengajian (Sharifah Alwiah Alsagoff,1986).
William B. Ragan, sebagai dikutip S. Nasution, berpendapat bahwa
kurikulum meliputi seluruh program dan kehidupan disekolah. S. Nasution
menyatakan, ada beberapa penafsiran lain tentang kurikulum. Diantaranya :
pertama, kurikulum sebagai produk (sebagai hasil pengambangan kurikulum),
kedua, sebagai program( alat yang dilakukan sekolah untuk mencapai tujuan),
ketiga , kurikulum sebagai hal-hal yang diharapkan akan dipelajari oleh siswa

3|Kurikulum Pendidikan Islam


(sikap, keterampilan tertentu), dan keempat, kurikulum sebagai pengalaman
siswa.
Di dalam kamus bahasa Arab kurikulum (Manhaj) sering didefinisikan
sebagai jalan yang terang, atau jalan terang yang dilalui oleh manusia pada
berbagai bidang kehidupannya. Seterusnya,Prof. Dr. Omar Al-Syaibani (1991)
menjelaskan kurikulum (manhaj) dimaksudkan sebagai jalan terang yang
dilalui oleh pendidik atau guru dengan orang-orang yang dididik atau
dilatihnya untuk mengembangkan pengetahuan, keterampilan, dan sikap
mereka. Sementara itu Wiles dan Bondi (1993) memberikan definisi
kurikulum sebagai: “It is the range of experiences,both indirect and
directed,concerned in unfolding the abilities of the individual,or it is a series
of consciously directed training experiences that the school use for completing
and perfecting the individual”
Menurut Zuharani (1983), ”Kurikulum adalah semua pengetahuan,
kegiatan-kegiatan atau pengalaman belajar yang diatur dengan kaedah yang
sistematik, yang diterima anak untuk mencapai suatu tujuan”. Sementara itu
Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) menjelaskan ”Kurikulum bermaksud
segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah
ataupun institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan”. Seterusnya,
Pg. Dr. Hj. Abu Bakar (2008) menjelaskan: ”Kurikulum adalah maklumat
dan ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru atau yang dipelajari oleh pelajar
di sekolah atau lain-lain institusi pendidikan, dalam bentuk mata pelajaran
yang terdapat dalam buku teks dalam setiap tahap pendidikannya”.
Ini bermakna kurikulum itu ialah segala pengalaman yang diperolehi oleh
pelajar di sekolah yang mempunyai pengaruh yang baik terhadap kelakuan
anak di bawah bimbingan guru bagi mencapai tujuan dan matlamat
pendidikan. Akhirnya dapatlah diambil kesimpulan bahawa kurikulum bukan
hanya meliputi mata pelajaran dan pengalaman yang berlaku dalam kelas,
malah ia meliputi semua pengalaman, aktiviti, suasana dan pengaruh yang

4|Kurikulum Pendidikan Islam


diberikan kepada pelajar atau yang mereka kerjakan atau yang mereka jumpai
di sekolah atau yang dikelolakan oleh sekolah. Ini termasuklah , semua
kegiatan, pengalaman budaya, seni, sukan dan sosial yang dikerjakan oleh
pelajar di luar jadual waktu dan di luar bilik darjah yang dikelolakan oleh
pihak sekolah.
2. Pengertian Pendidikan Islam
Istilah “Pendidikan Islam” merupakan rangkai kata yang membawa
makna yang sangat luas. Dalam ungkapan ini sendiri telah tersirat konsep,
falsafah dan matlamatnya. Ini agak berbeza dengan kefahaman umum
masyarakat hari ini yang menganggap pendidikan Islam itu ialah Mata
Pelajaran Agama Islam atau Pengetahuan Agama Islam di sekolah(Mohd
Yusuf Ahmad, 2004).Untuk memberikan pengertian pendidikan Islam yang
sempurna, terlebih dahulu kita menjelaskan makna kata ‘pendidikan’ dan
‘Islam’. Menurut Al-Attas,Hassan Langgulung dan Burlian Somad maksud
pendidikan itu ialah perubahan dalaman dan perubahan tingkah laku (Mohd
Yusuf Ahmad, 2004). Apabila disebut pendidikan Islam ia menjadi lebih
khusus dan bermaksud pendidikan yang berteraskan syariat Islam yang
berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis, dan perubahan yang dikehendaki pula
ialah perubahan rohani, akhlak dan tingkah laku menurut Islam.
Dalam bahasa Inggeris istilah pendidikan disebut education. Manakala
dalam bahasa Arab pengertian kata pendidikan, sering digunakan pada
beberapa istilah, antaranya “ta’lim” ( ‫ ) اﻟﺘﻌﻠﯿﻢ‬, tarbiyah ( ‫ ( اﻟﺘﺮﺑﯿﺔ‬dan ta’dib )
(‫) اﻟﺘﺎدﯾﺐ‬. Namun demikian, ketiga kata tersebut memiliki makna tersendiri
dalam menunjuk atau menerangkan pengertian pendidikan (Dr. Samsul
Nizar,M.A: 2001). Kata at-ta’lim merujuk kepada pengajaran yang bersifat
pemberian atau penyampaian pengertian, pengetahuan, dan keterampilan.
Kata at-tarbiyah membawa erti mengasuh, mendidik, dan memelihara.
Sementara Kata at-ta’dib dapat diertikan sebagai proses mendidik yang
memfokuskan kepada pembinaan dan penyempurnaan akhlak atau budi

5|Kurikulum Pendidikan Islam


pekerti pelajar. Pendidikan adalah ‘latihan atau ajaran’ (Dr.Teuku
Iskandar,1986). Sementara itu menurut al-Quran, Islam ialah penyerahan diri
dan kepatuhan sesuai dengan firman Allah swt dalam Surah Ali ‘Imran ayat
83.
Ini menunjukkan kepada kita bahawa, pendidikan Islam merupakan
usaha-usaha pembentukan anak-anak sesuai dengan ajaran Islam, maka
dengan itu melalui pendidikan Islam akan dapat menyerapi dan menyedari
hal-hal yang sebenar atau hakikat-hakikat baik dalam ajaran dan amalan
Islam, atau apa yang terkandung dalam akidahnya, ibadatnya, sistem
akhlaknya dan juga ajaran syariatnya yang dilihat dari segi hukum-hukumnya
yang zahir. Ahli-ahli fikir Islam berpendapat bahawa dengan menyedari hal-
hal ini semua manusia akan mencapai kebahagiaan dalam dunia dan akhirat
(Dr. Haron Din & Dr. Sobri Salamon, 1988)
Lebih jauh lagi, pendidikan Islam ialah satu ‘kesatuan’ yang terdiri
daripada dua aspek yang bersepadu. Yang pertama ialah bahawa sebahagian
daripada ajaran Islam dan undang-undang serta moral hendaklah diajar
dengan begitu rupa untuk membolehkan pelajar memahami, setakat yang
memadai, asas-asas Islam. Aspek yang kedua ialah untuk melatih pemikiran
pelajar dengan cara yang saintifik dan rasional supaya dia dapat
menyelaraskan perilakunya dengan moral, undang-undang dan keimanannya
terhadap Islam (Muhammad Hamid Al-Afendi & Nabi Ahmed Baloch, 1992) .
Menurut Mohd Kamal Hasan, pendidikan Islam menyatukan semua ilmu
pengetahuan di bawah authority dan pengendalian Al-Quran dan Sunnah yang
merupakan teras dalam sistem pendidikan dan kebudayaan Islam seluruhnya.
Akidah Islam menjadi pusat bagi semua ilmu serta sifatnya integrated.
Menurut beliau pendidikan Islam itu bolah dibahagi dua, iaitu formal dan
informal (Mohd Yusuf Ahmad,2004).Akhirnya, dapatlah dibuat kesimpulan
bahawa tiada makna yang tepat bagi pendidikan Islam namun dapat difahami
oleh semua orang bahawa pendidikan Islam adalah satu usaha untuk

6|Kurikulum Pendidikan Islam


mengembangkan fitrah manusia sesuai dengan ajaran agama Islam
berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah yang akhirnya akan mewujudkan satu
masyarakat yang bertamadun tinggi, penuh rahmat dan kebahagiaan serta
mendapat keredaan Allah.
3. Penegrtian Kurikulum Pendidikan Islam
Kurikulum pendidikan Islam adalah bahan-bahan pendidikan Islam
berupa kegiatan, pengetahuan dan pengalaman yang dengan sengaja dan
sistematis diberikan kepada anak didik dalam rangka mencapai tujuan
pendidikan Islam. Atau dengan kata lain kurikulum pendidikan Islam adalah
semua aktiviti, pengetahuan dan pengalaman yang dengan sengaja dan secara
sistematis diberikan oleh pendidik kepada anak didik dalam rangka tujuan
pendidikan Islam (H.syamsul Bahri Tanrere, 1993).
Berdasarkan keterangan di atas, maka kurikulum pendidikan Islam itu
merupakan satu komponen pendidikan agama berupa alat untuk mencapai
tujuan. Ini bermakna untuk mencapai tujuan pendidikan agama (pendidikan
Islam) diperlukan adanya kurikulum yang sesuai dengan tujuan pendidikan
Islam dan bersesuaian pula dengan tingkat usia, tingkat perkembangan
kejiwaan anak dan kemampuan pelajar.
B. Tujuan Kurikulum Pendidikan Islam
Tujuan adalah dasar yang hendak dicapai dalam semua kegiatan
manusia.Tujuan berfungsi untuk mengarahkan, mengendalikan dan
mengembangkan sesuatu kegiatan. Oleh sebab itu setiap tujuan hendaklah
dirumuskan dengan tegas dan jelas. Dengan adanya tujuan semua aktiviti dan
pergerakan manusia akan menjadi terarah dan bermakna. Kefahaman kita
mengenai tujuan hidup di dunia adalah penting untuk menetapkan tujuan
pendidikan Islam kerana setiap didikan yang diterima oleh manusia adalah untuk
mencapai tujuan hidup tersebut. Menurut Islam, manusia diturunkan ke bumi
oleh Allah swt adalah sebagai seorang khalifah yang mempunyai tugas untuk:

7|Kurikulum Pendidikan Islam


.Memakmurkan bumi demi kebahagiaan hidup seperti firmannya dalam Surah
Faathir ayat 39:

                

          

39. Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi. Barangsiapa


yang kafir, Maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. dan kekafiran
orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada
sisi Tuhannya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan
menambah kerugian mereka belaka.
Berbakti kepada Allah swt seperti firmannya dalam Surah Adz-Dzaariyaat
ayat 56:

      

56. dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
mengabdi kepada-Ku.
Daripada keterangan di atas dapatlah dirumuskan bahawa, “tujuan sejati
pendidikan Islam adalah menghasilkan orang-orang yang beriman dan juga
berpengetahuan, yang satu sama lain saling menompang. Islam tidak memandang
bahawa pencarian pengetahuan adalah demi pengetahuan sendiri tanpa merujuk
pada cita-cita spiritual yang harus dicapai manusia, tetapi untuk mewujudkan
sebanyak mungkin kemaslahatan bagi umat manusia. Pengetahuan yang
diceraikan dari agama bukan hanya membuat pengetahuan menjadi bias, bahkan
akan menjadikannya sebagai kejahilan jenis modern. Islam menganggap orang
yang tidak beriman kepada Allah swt sebagai orang yang tidak berpengetahuan.
Orang semacam ini, betapapun luas pengetahuannya, hanya akan mempunyai

8|Kurikulum Pendidikan Islam


pandangan yang tidak lengkap mengenai jagat raya” (Syed Sajjad Husain & Syed
Ali Ashraf,2000).
Sementara itu menurut Sayid Sabiq (1981) ,tujuan pendidikan Islam ialah
agar jiwa seseorang dapat terdidik secara sempurna. Agar seseorang dapat
menunaikan kewajipan-kewajipannya kerana Allah. Dapat berusaha untuk
kepentingan keluargannya, kepentingan masyarakatnya, serta dapat berkata jujur,
dan berpihak kepada yang benar serta mahu menyebarkan benih-benih kebaikan
pada manusia. Apabila seseorang mempunyai sifat-sifat seperti itu, bererti ia
telah mencapai tingkat orang-orang salih sebagaimana yang dikehendaki oleh
Allah, iaitu orang-orang yang berpegang teguh pada agamanya.
Pendidikan Islam juga bertujuan untuk mencapai keseimbangan
pertumbuhan dari peribadi manusia secara menyeluruh melalui latihan-latihan
kejiwaan, akal fikiran, kecerdasan, perasaan dan pancaindera. Oleh kerana itu
pendidikan Islam harus mengembangkan seluruh aspek kehidupan manusia, baik
spiritual, intelektual, imaginasi (fantasi), jasmani, keilmiahannya, bahasanya,
baik secara individual maupun kelompok, dan mendorong aspek-aspek tersebut
kearah kebaikan dan pencapaian kesempurnaan hidup ( Abdul Raof Dalip, 1990).
Sementara itu, menurut hasil Kongres Pendidikan Islam Sedunia Tahun
1980 di Islamabad, menyebutkan bahawa pendidikan Islam haruslah bertujuan
mencapai pertumbuhan keperibadian manusia yang menyeluruh, secara seimbang
melalui latihan jiwa, intelek, diri manusia yang rasional, perasaan dan indera.
Kerana itu, pendidikan harus mencapai pertumbuhan manusia dalam segala
aspeknya; spiritual, intelektual, imajinatif, fisik, ilmiah dan bahasa secara
individual maupun kolektif. Mendorong semua aspek kearah kebaikan dan
mencapai kesempurnaan. Tujuan akhirnya adalah dengan perwujudan
ketundukan yang sempurna kepada Allah, baik secara peribadi, komunitas,
maupun seluruh umat manusia (Dr. Samsul Nizar,M.A, 2001)
Akhirnya dapatlah diambil kesimpulan bahawa tujuan pendidikan Islam itu
tidak statik. Ia sering mengalami perubahan mengikut kepentingan dan

9|Kurikulum Pendidikan Islam


perkembangan masyarakat di mana pendidikan itu dilaksanakan. Walaupun
begitu sebagai umat Islam kita mestilah berpegang teguh dan terus merujuk
kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam melaksanakan tujuan pendidikan Islam.
C. Asas-asas kurikulum pendidikan Islam
Suatu kurikulum kependidikan termasuk pendidikan Islam hendaknya
mengandung beberapa unsure utama seperti tujuan, isi mata pelajaran, metode
mengajar, dan metode penilaian. Muhammad Al-Toumy Al- Syaebani
mengemukakan bahwa asaa-asas umum yang menjadi landasan pembentukan
kurikulum dalam pendidikan Islam itu adalah:
1. Asas Agama
Seluruh system yang ada dalam masyarakat Islam, termasuk system
pendidikannya harus meletakkan dasar falsafah, tujuan, dan kurikulumnya
pada ajaran Islam meliputi Aqidah, Ibadah, Muamalat, dan hubungan-
hubungan yang berlaku dalam masyarakat.
2. Asas Falsafah
Dasar ini memberikan arah dan kompas tujuan pendidikan Islam, dengan
daras filosofis, sehingga suasana kurikulum pendidikan Islam mengadung
suatu kebenaran terutama dari sisi nilai-nilai sebagai pandangan hidup yang
diyakini kebenarannya.
3. Asas Psikologis
Asas ini memeberi arti bahwa kurikulum pendidikan Islam hendaknya disusun
dengan memepertimbangkan tahapan-tahapan pertumbuhan dan
perkembangan yang dilalui anak didik. Kurikulum pendidikan Islam harus
dirancang sejalan dengan cirri-ciri perkembangan anak didik,
tahapkematangan bakat, jasmani, intelektual, bahasa, emosi, dan sosial,
kebutuhan dan keinginan, minat, kecakapan, perbedaan individual, dan lain
sebagainya yang berhubungtan dengan aspek psikoligis.
4. Asas Sosial

10 | K u r i k u l u m P e n d i d i k a n I s l a m
Pembentukan kurikulum pendidikan Islam harus mengacu kearah relisasi
individu dalam masyarakat. Pola yang demikian ini berarti bahwa semua
kecenderungan dan perubahan yang telah dan bakalterjadi dalam
perkembangan masyarakat manusia sebagai makhluk sosial harus mendapar
tempat dalam kurikulum pendidikan Islam. Hal ini dimaksudkan agar out put
yang dihasilkan pendidikan Islam adalah manusia yang mampu mengambil
peran dalam masyarakat dan kebudayaan dalam konteks kehidupan zamannya.
Berdasarkan pada asas-asas tersebut diatas, maka kurikulum pendidikan
menurut An-Nahlawi harus pula memenuhi kriteria diantaranya sebagai berikut:
Sistem dan perkembangan kurikulum hendaknya selaras dengan fitrah insani
sehingga memiliki peluang untuk mensicukanya, dan menjaganya dari
penyimpangan serta menyelamatkannya. Kurikulum hendaknya diarahkan untuk
mencapai tujuan akhir pendidikan Islam, yaitu ikhlas, taat dan beribadah kepada
Allah, disamping merealisasikan tujuan aspek psikis,fisik, sosial, budaya maupun
intelektual. Pertahapan serta pengkhususan kurikulum hendaknya memperhatikan
periodesasi perkembangan peserta didik .
D. Karakteristik kurikulum pendidikan Islam
Secara umum karakteritik kurikulum pendidikan Islam adalah pencerminan
Islami yang dihasilkan dari pemikiran kefilsafatan dalam seluruh aktivitas dan
kegiatan kependidikan dalam prakteknya. Konsep inilah yang membedakan
kurikulum pendidikan Islam dengan kurikulum pendidikan pada umumnya.
Menurut Al- Syaebany, Ciri-ciri kurikulum pendidikan Islam itu adalah :
Mementingkan tujuan agama dan akhlak dalam berbagai hal seperti tujuan dan
kandungan, kaedah, alat dan tekniknya. Memperluas perhatian dan kandungan
hingga mencakup perhatian, pengembangan serta bimbingan terhadap segala
aspek pribadi pelajar dari segi intelektual, psikologi, sosial, dan spiritual.
Adanya keseimbangan antara kandungan kurikulum dan pengalaman serta
kegiatan pengajaran. Analisa setelah proses demi proses yang kian panjang
maka dalam pendidikan Islam diperlukan adanya kurikulum, hakekat kurikulum

11 | K u r i k u l u m P e n d i d i k a n I s l a m
dalam pendidikan Islam yang sebenarnya adalah eksistensi kurikulum sebagai
parameter operasionalisasi proses belajar mengajar. Oleh karenanya kurikulum
tidak mempunyai makna apabila tidak dilaksanakan dalam suatu institusi dan
tidak ada imbal balik antara pendidik disuatu sisi dengan peserta didik di sisi
lain.
E. Materi Pokok Dalam Kurikulum Pendidikan Islam
1. Masalah Keimanan (aqidah)
Bagian aqidah menyentuh hal-hal yang bersifat iktikad (kepercayaan).
Termasuk mengenai iman setiap manusia dengan Allah, Malaikat, Kitab-
kitab, Rasul-rasul, Hari Qiamat dan Qada dan Qadar Allah swt. Masalah
keimanan mendapat prioritas pertama dalam penyusunan kurikulum karena
pokok ajaran inilah yang pertam perlu ditanamkan pada anak didik.
2. Masalah Keislaman (syariah)
Bagian syariah meliputi segala hal yang berkaitan dengan amal perbuatan
manusia dalam kehidupan sehari-hari yang berkaitan dengan peraturan hukum
Allah dalam mengatur hubungan manusia dengan Allah dan antara sesama
manusia. Aspek pergaulan hidup manusia dengan sesamanya sebagai pokok
ajaran Islam Yang penting ditempatkan pada prioritas kedua dalam urutan
kurikulum ini.
3. Masalah Ihsan (akhlak).
Bagian akhlak merupakan suatu amalan yang bersifat melengkapkan kedua
perkara di atas (keimanan dan keislaman) dan mengajar serta mendidik
manusia mengenai cara pergaulan dalam kehidupan bermasyarakat.
Ketiga ajaran pokok tersebut di atas akhirnya dibentuk menjadi Rukun
Iman, Rukun Islam dan Akhlak. Dari ketiga bentuk ini pula lahirlah beberapa
hukum agama, berupa ilmu tauhid, ilmu fiqih dan ilmu akhlak. Selanjutnya
ketiga kelompok ilmu agama ini kemudian dilengkapi dengan pembahasan dasar
hukum Islam, yaitu al-Quran dan al-Hadis serta ditambah lagi dengan sejarah
Islam.

12 | K u r i k u l u m P e n d i d i k a n I s l a m
Hal yang perlu didahulukan dalam kurikulum pendidikan Islam yang
pertama ialah al-Quran dan Hadis. Kedua ialah bidang ilmu yang meliputi kajian
tentang manusia sebagai individu dan juga sebagai anggota masyarakat. Menurut
istilah moden bidang ini dikenali sebagai kemanusiaan (al-ulum al-insaniyyah)
Bidang-bidangnya termasuklah psikologi, sosiologi, sejarah, ekonomi dan lain-
lain. Ketiga bidang ilmu mengenai alam atau sains natural ( al-ulum al-
Kauniyyah), yang meliputi bidang-bidang seperti astronomi, biologi dan lain-
lain.
Ruang lingkup materi pendidikan Islam sebenarnya ada terkandung di
dalam al-Quran seperti yang pernah dicontohkan oleh Luqman ketika mendidik
anaknya. Bagi Negara Brunei Darussalam Keluasan ruang lingkup pendidikan
Islam tertakluk kepada pihak Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal
Ugama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, tingkat kelas, tujuan dan tingkat
kemampuan pelajar. Bagi sekolah Arab dan agama khas tentunya mempunyai
pembahasan yang lebih luas dan lebih terperinci berbanding sekolah umum.
Begitu juga terdapat perbezaan yang jelas di antara peringkat rendah, menengah
dan peringkat tinggi dan universiti.
Sedangkan mengenai sistem pengajaran dan teknik penyampaian adalah
terserah kepada kebijakan guru melalui pengalamannya dengan cara
memperhatikan bahan yang tersedia,waktu serta jadual yang sudah ditetapkan
oleh pihak tertentu.
“Bagi pengajian tinggi, Pengajaran Agama Islam hendaklah dijadikan suatu
mata pelajaran khas yang juga merupakan suatu pengajian yang mendalam
mengenai sesuatu hukum dan difahamkan maksud-maksud pengajaran Agama
Islam itu supaya mereka dapat mengamalkan pengajaran itu menjadi sebagai
suatu cara hidup dan menjadi panduan semasa mempelajari ilmu-ilmu yang
lain terutama sekali ilmu Sains” (Hj.Mohd. Jamil Al-SufrI, 1982)

13 | K u r i k u l u m P e n d i d i k a n I s l a m
Bagi merumuskan maksud prinsip-prinsip kurikulum pendidikan Islam kita
lihat pandangan Prof. Mohd. Athiyah (Tajul Ariffin Noordin, 1990). Beliau
menjelaskan;
“Pendidikan moden sekarang ini memerlukan pendidikan Islam. Iaitu
pendidikan idealis yang bersifat kerohanian, moral dan keagamaan. Ini
membuatkan kita belajar untuk ilmu dan kelazatan ilmiah. Dengan demikian
kita terlepas daripada keruntuhan, kejahatan dan kemiskinan, penjajahan dan
keangkaramurkaan, serta peperangan-peperangan dengan segala bencana
yang ditimbulkannya. Demi untuk mendapat bersama menikmati suatu
kehidupan yang abadi hidup bersama saling bantu-membantu dan dalam
suasana demokrasi dan bahagia”
Sementara itu menurut Dr. Hj. Maimun Aqsa, perkara yang perlu
didahulukan dalam kurikulum pendidikan Islam ialah al-Quran, Hadis dan juga
Bahasa Arab. Kedua ialah bidang ilmu yang meliputi kajian tentang manusia
sebagai individu dan juga sebagai anggota masyarakat. Menurut istilah moden
hari ini, bidang ini dikenali sebagai kemanusiaan (al-ulum al-insaniyyah).
Bidang-bidangnya termasuklah psikologi, sosiologi, sejarah, ekonomi dan lain-
lain. Ketiga bidang ilmu mengenai alam tabie atau sains natural ( al-ulum al-
Kauniyyah), yang meliputi bidang-bidang seperti astronomi, biologi dan lain-
lain.
Sedangkan mengenai sistem pengajaran dan teknik penyampaian adalah
terserah kepada kebijakan guru melalui pengalamannya dengan cara
memperhatikan bahan yang tersedia, waktu serta jadwal yang sudah ditetapkan
oleh pihak tertentu (sekolah masing-masing). Dalam perkembangannya
kurikulum pendidikan Islam juga harus menyesuakan prinsip-prinsip kurikulum
secara umum, sebagai berikut:
a. Berpusat pada potensi, perkembangan, kebutuhan, dan kepentingan peserta
didik dan lingkungannya. Kurikulum dikembangkan berdasarkan prinsip
bahwa peserta didik memiliki posisi sentral untuk mengembangkan

14 | K u r i k u l u m P e n d i d i k a n I s l a m
kompetensinya agar menjadi manusia yang beriman dan bertakwa kepada
Tuhan Yang Maha Esa, berakhlak mulia, sehat, berilmu, cakap, kreatif,
mandiri dan menjadi warga negara yang demokratis serta bertanggung jawab.
Untuk mendukung pencapaian tujuan tersebut pengembangan kompetensi
peserta didik disesuaikan dengan potensi, perkembangan, kebutuhan, dan
kepentingan peserta didik serta tuntutan lingkungan.
b. Menyeluruh dan berkesinambungan. Kesinambungan disini dimaksudkan
adalah saling hubungan atau jalin menjalin antara berbagai tingkat dan jenis
program pendidikan. Substansi kurikulum mencakup keseluruhan dimensi
kompetensi, bidang kajian keilmuan dan mata pelajaran yang direncanakan
dan disajikan secara berkesinambungan antarsemua jenjang pendidikan.
c. Tanggap terhadap perkembangan ilmu pengetahuan, teknologi, dan seni.
Kurikulum disesuaikan dengan minat dan bakat anak didik sehingga terjadi
interaktif anatara pengajaran denagan daya berpikir anak. Kurikulum
dikembangkan atas dasar kesadaran bahwa ilmu pengetahuan, teknologi dan
seni berkembang secara dinamis, dan oleh karena itu semangat dan isi
kurikulum mendorong peserta didik untuk mengikuti dan memanfaatkan
secara tepat perkembangan ilmu pengetahuan, teknologi, dan seni.
d. Relevan dengan kebutuhan kehidupan. Prinsip relevensi adalah kesesuaian,
keserasian pendidikam dengan tuntutan masyarakat. Pengembangan
kurikulum dilakukan dengan melibatkan pemangku kepentingan
(stakeholders) untuk menjamin relevansi pendidikan dengan kebutuhan
kehidupan, termasuk di dalamnya kehidupan kemasyarakatan, dunia usaha
dan dunia kerja. Oleh karena itu, pengembangan keterampilan pribadi,
keterampilan berpikir, keterampilan sosial, keterampilan akademik, dan
keterampilan vokasional merupakan keniscayaan.
e. Beragam dan terpadu. Kurikulum dikembangkan dengan memperhatikan
keragaman karakteristik peserta didik, kondisi daerah, dan jenjang serta jenis
pendidikan, tanpa membedakan suk\u, budaya dan adat istiadat, serta status

15 | K u r i k u l u m P e n d i d i k a n I s l a m
sosial ekonomi dan gender. Kurikulum meliputi substansi komponen muatan
wajib kurikulum, muatan lokal, dan pengembangan diri secara terpadu, serta
disusun dalam keterkaitan dan kesinambungan yang bermakna dan tepat
antarsubstansi.
f. Belajar sepanjang hayat. Kurikulum diarahkan kepada proses pengembangan,
pembudayaan dan pemberdayaan peserta didik yang berlangsung sepanjang
hayat. Kurikulum mencerminkan keterkaitan antara unsur-unsur pendidikan
formal, nonformal dan informal, dengan memperhatikan kondisi dan tuntutan
lingkungan yang selalu berkembang serta arah pengembangan manusia
seutuhnya. Sekolah tidak saja memberi pengetahuan dan keterampilan yang
diperlukan pada saat peserta didik tamat dari sekolah namun juga memberikan
bekal kemampuan untuk dapat menumbuh kembangkan dirinya di luar
sekolah dan berjalan terus menerus sepanjang hayat.
g. Seimbang antara kepentingan nasional dan kepentingan daerah. Kurikulum
dikembangkan dengan memperhatikan kepentingan nasional dan kepentingan
daerah untuk membangun kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan
bernegara. Kepentingan nasional dan kepentingan daerah harus saling mengisi
dan memberdayakan sejalan dengan motto Bhineka Tunggal Ika dalam
kerangka Negara Kesatuan Republik Indonesia. Kurikulum Pendidikan Islam
bertujuan menanamkan kepercayaan dalam pemikiran dan hati genarasi muda,
pemulihan akhlak dan membangunkan jiwa rohani. Ia juga bertujuan untuk
memperoleh pengetahuan secara berterusan, gabungan pengetahuan dan kerja,
kepercayaan dan akhlak dan penerapan amalan teori dalam hidup.
F. Cara Penyusunan Kurikulum Pendidikan Islam
Di antara hal yang paling penting di dalam pembentukan setiap kurikulum,
tidak terkecuali kurikulum pendidikan Islam, ialah penyusunannya. Untuk
penyusunan yang rapi dan berkesan, kerjasama antara pihak sekolah dan pihak
penyusun kurikulum amatlah diperlukan. Penyusunan tersebut hendaklah
menitikberatkan kesesuaiannya menurut kemampuan pelajar. Dalam penyususan

16 | K u r i k u l u m P e n d i d i k a n I s l a m
kurikulum hendaknya semua pihak dalam satu lembaga sekolah/yayasan diikut
sertakan, sehingga dlam pelaksanaanya nanti dapat berjalan sesuai dengan yang
diinginkan, serta dapat dipertanggung jawabkan.
Faktor-faktor yang harus diperhatikan dalam penyusunan suatu kurikulum,
ialah:
a. Tujuan pendidikan, dijabarkan menjadi tujuan-tujuan institusional, dirinci
menjadi tujuan kurikuler, dirumuskan menjadi tujuan-tujuan instruksional
(umum dan khusus), yang mendasari perencanaan pengajaran.
b. Perkembangan peserta didik, merupakan landasan psikologis yang mencakup
psikologi perkembangan dan psikologi belajar;
c. Mengacu pada landasan sosiologis dibarengi oleh landasan kultur ekologis.
d. Kebutuhan pembangunan nasional yang mencakup pengembangan SDM dan
pembangunan semua sektor ekonomi.
e. Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi
f. Jenis dan jenjang pendidikan yang dikelompokkan sesuai dengan sifat dan
kekhususan tujuannya.
Kurikulum sebagai rancangan pendidikan, mempunyai kedudukan sentral,
menentukan kegiatan dan hasil pendidikan. Penyusunannya memerlukan fondasi
yang kuat, didasarkan atas hasil pemikiran dan penelitian yang mendalam.
Kurikulum yang lemah akan mengahasilkan manusia yang lemah pula. Di antara
perkara yang paling penting di dalam pembentukan setiap kurikulum, tidak
terkecuali kurikulum pendidikan Islam, ialah penyusunannya. Untuk penyusunan
yang rapi dan berkesan, kerjasama antara pihak sekolah dan pihak penggubal
kurikulum amatlah diperlukan. Penyusunan tersebut hendaklah menitikberatkan
kesesuaiannya menurut kemampuan pelajar.
Penyusunan kurikulum yang tepat akan membawa manusia semakin
hampir kepada Allah. Seterusnya akan melahirkan genarasi manusia “para
sahabat” yang intelek, berilmu, beriman dan baramal. Kurikulum yang disusun
hendaklah berkesinambungan dari peringkat rendah hinggalah ke peringkat

17 | K u r i k u l u m P e n d i d i k a n I s l a m
menengah berterusan ke peringkat universiti bersesuai dengan kehendak dan
keperluanNegara.
Selanjutnya, oleh kerana matlamat kurikulum dan pendidikan Islam untuk
melahirkan individu yang sempurna, samaada dari segi rohani mahupun jasmani,
mata pelajaran dalam kurikulum itu hendaklah bersifat sepadu. Dengan kata lain
mata pelajaran dalam kurikulum pendidikan Islam tidaklah terbatas kepada ilmu-
ilmu yang berbentuk teoritis sahaja, baik bersifat naqli mahupun aqli tetapi juga
berbentuk praktis, seperti pendidikan jasmani,latihan ketenteraan, teknik,
pertukangan, pertanian dan perniagaan. Kurikulum yang semata-mata
membekalkan pelajaran yang berbentuk spiritual boleh menyulitkan sesuatu
institusi pengajian khususnya dari segi pembangunan material ( Hj. Abdullah
Ishak, 1989)
G. Pendekatan Pengembangan Kurikulum Pendidikan Islam
Pendekatan pengembangan kurikulum pendidikan Islam, sebagaimana
yang dikemukakan oleh Muhaimin, dibagi menjadi 4, yang aplikasinya adalah
sebagai berikut:
Pendekatan Subyek Akademik; Perumusan Tujuan: menguasai apa yang
sudah ada, yang berupa khasanah ilmu pengetahuan dari berbagai pakar,
sebagaimana yang tertuang dari buku; Perumusan Isi: diambil dari buku-buku.
Perumusan Strategi: iquiri; Proses evaluasi: sesuai dengan bab yang ada dibuku.
Pendekatan Humanistis; Perumusan Tujuan: menekankan pada problem-
problem actual yang berkembang pada saat ini. Baik problem internasional,
nasional, local. Guru harus banyak pengalaman dan berimajinasi serta berkreasi
membuat cerita atau fiksi untuk ditampilkan kepada seorang anak dan anak
disuruh untuk menjawab pertanyaan tersebut; Perumusan Isi: menggali
pemikiran anak didik. Peran guru sangat besar dalam mengembangkan
kurikulum dengan membaca dari pengalaman; Perumusan Strategi: strategi
pembelajaran yang aktif; Proses evaluasi: Penilaiannya adalah penilaian proses
bukan hasil, yaitu pada saat melakukan pembelajaran guru melakukan penilaian

18 | K u r i k u l u m P e n d i d i k a n I s l a m
Pendekatan Teknologi; Perumusan tujuan: penguasaan kompetensi;
Perumusan Isi: yang penting dicari mana topik-topik yang mendukung ia
melaksanakan tugas atau tercapainya kompetensi dan tidak harus urut buku;
Perumusan strategi: ditentukan dulu tujuannya; Perumusan evaluasi: harus tuntas
(mastery learning); Misalnya orang mau ngajari shalat, diperinci dulu unsur-
unsurnya, misalnya gerakan dan ucapan. Sehingga orang dikatakan kompeten
shalat sehingga ia menguasai gerakan dan ucapan shalat.
Pendekatan rekonstruksi sosial; Perumusan tujuan: sesuai dengan keadaan
sosial; Perumusan isi: sesuai dengan desas-desus yang ada di masyarakat dan
terjadi pada masyarakat yang belum tertata tatanan sosialnya; Perumusan
strategi: harus berhubungan dengan masyarakat dengan menggunakan metode
diskusi, tanya jawab dan ceramah; Perumusan evaluasi: jenisnya disesuaikan
dengan karakteristik materinya.
H. Matlamat Pendidikan Islam
Pendidikan Islam mempunyai beberapa matlamat tertentu. Di antara
matlamat-matlamatnya adalah jelas untuk melahirkan insan yang budiman,
beriman, bertakwa dan salih. Pendidikan Islam nyata sekali menuju ke arah
perkembangan tingkahlaku yang sehat. Ekoran daripada matlamat murni ini
berkembanglah manusia yang menyedari hakikat lahirnya sebagai hamba Allah
swt yang menurut perintahnya, yang beramanah dan bertanggungjawab
(Kamarudin Hj. Kacar,1989).
Menurut Dr. Abdur Rosyad Syuhudi(1990) di antara matlamat pendidikan
Islam itu ialah untuk mengenal diri manusia itu sendiri, untuk mengenal tugas
dan tanggungjawab manusia, untuk menyusun struktur masyarakat, untuk
membentuk akhlak yang mulia di kalangan manusia, untuk menjaga kepentingan
agama dan kehidupan serta untuk memberikan kepentingan jasmani dan rohani.
Ustaz Abdul Raof Dalip (1990) ada menyatakan beberapa matlamat
pendidikan Islam. Antaranya ialah untuk mentauhidkan diri kepada Allah,untuk
pembentukan akhlak yang mulia, menyedarkan manusia mengenai keperluan

19 | K u r i k u l u m P e n d i d i k a n I s l a m
ilmu pengetahuan, menyedarkan manusia mengenai peranannya sebagai
Khalifah, untuk pembentukan insan soleh, untuk pembentukan akhlak atau
syahsiah Islamiah di dalam diri manusia, untuk mempersiapkan manusia bagi
kehidupan di dunia dan di akhirat, untuk memberi perhatian serta menjaga
kemanfaatan individu dan masyarakat, dan akhir sekali untuk penyediaan tenaga
mahir dan profesion dalam berbagai bidang kehidupan.
Ghazali Darussalam (2004) di dalam buku ‘Pedagogi Pendidikan Islam’
ada menyebutkan beberapa pendapat sarjana dan ilmuan mengenai matlamat
pendidikan Islam. Antaranya, Prof. Dr. Mohd. Athiyah Al-Abrasyi menjelaskan
matlamat pendidikan Islam adalah;
“Pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup
dengan sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat jasmaninya, sempurna
akhlaknya, teratur pendidikannya, halus dan murni perasaannya, cekap dalam
kerjanya, berkerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya dan
lisannya serta tangannya dapat membuat sesuatu pekerjaan itu dengan baik.”
Daripada keterangan di atas maka jelaslah bahawa tujuan dan matlamat
pendidikan Islam itu tidak jauh berbeza malah hampir sama. Sebagai rumusan
kita lihat petikan berikut;
“Al-Qabisi, berpendapat bahawa tujuan pendidikan adalah untuk
mengetahui ajaran agama baik secara ilmiah maupun secara amaliah. Ini kerana
dia termasuk ulama ahli fiqih dan tokoh dari ulama ahli sunnah wal jama’ah.
Sedangkan Ibnu Maskawih berpendapat bahawa tujuan pendidikan ialah
tercapainya kebajikan,kebenaran dan keindahan. Ikhwan As-Safa, cenderung
berpendapat bahawa tujuan pendidikan itu adalah mengembangkan faham filsafat
dan akidah politik yang mereka anut. Al-Ghazali, berpendapat bahawa tujuan
pendidikan itu adalah melatih para pelajar untuk mencapai makrifat kepada Allah
melalui jalan tasawuf iaitu dengan mujahadah dan riyadhah.
I. Prinsip Dasar Penyusunan Kurikulum Pendidikan Islam

20 | K u r i k u l u m P e n d i d i k a n I s l a m
Tentang prinsip-prinsip umum yang menjadi dasar penyusunan kurikulum
pendidikan Islam, diantaranya:
a. Prinsip relevansi adalah adanya kesesuaian pendidikan dengan lingkungan
hidup murid, relevansi dengan kehidupan masa sekarang dan akan datang, dan
relevansi dengan tuntutan pekerjaan.
b. Prinsip efektifitas adalah agar kurikulum dapat menunjang efektifitas guru
yang mengajar dan peserta didik yang belajar.
c. Prinsip efisiensi adalah agar kurikulum dapat mendayagunakan waktu, tenaga,
dana, dan sumber lain secara cermat, tepat, memadai dan dapat memenuhi
harapan.
d. Prinsip kesinambungan adalah saling hubungan dan jalin menjalin antara
berbagai tingkat dan jenis program pendidikan.
e. Prinsip fleksibilitas artinya ada semacam ruang gerak yang memberikan
sedikit kebebasan di dalam bertindak yang meliputi fleksibilitas dalam
memilih program pendidikan, mengembangkan program pengajaran, serta
tahap-tahap pengembangan kurikulum.
f. Prinsip integritas antara mata pelajaran, pengalaman-pengalaman, dan
aktivitas yang terkandung di dalam kurikulum, begitu pula dengan pertautan
antara kandungan kurikulum dengan kebutuhan murid dan masyarakat.[9]
Pengembangan Kurikulum Dari Berbagai Aspek
a. Aspek Materi, Diantara prinsip pengembangan kurikulum ada prinsip
relevansi yang ahrus menjadi pertimbangan bagi penentuan suatu materi. Agar
materi yang diberikan bermanfaat bagi kehidupan anak didik, hendaknya
materi tersebut harus sesuai dengan tuntutan zaman, kesempurnaan jiwa anak
didik tanpa melupakan esensi ajaran Islam itu sendiri.
b. Aspek Tujuan, dalam prinsip pengembangan kurikulum hal ini sangat
berkaitan dengan prinsip efektifitas. Dengan semakin banyaknya tujuan yang
harus dicapai, akan mendorong efektifitas proses yang akan dilaksanakan.
Sebagai suatu rancangan, tentu ada rencana yang dapat tercapai. Dan

21 | K u r i k u l u m P e n d i d i k a n I s l a m
sebaiknya tujuan yang akan dicapai harus jelas dan memang benar-benar
sesuai dengan segala komponen yang berpengaruh terhadap pendidikan itu
sendiri. Jangan sampai apa yang diajarkan dan proses pelaksanaannya sangat
berbeda dengan tujuan yang diharapkan.
c. Aspek Lembaga, banyak orang beranggapan bahwa mengelola lembaga
pendidikan agama tidak perlu mendapat perhatian dan penanganan khusus.
Karena out-put-nya kurang dapat diandalkan untuk berkompetensi dalam
masyarakat jika dibanding out-put lembaga pendidikan lain. Secara
administratif, lembaga pendidikan Islam yang benar-benar menerapkan
manajemen pendidikan dengan baik sangat jarang sekali. Salah satu hal yang
sangat berkaitan dengan lembaga pendidikan adalah lingkungan pendidikan
yang menjadi salah satu sarana seorang anak dapat memperoleh pendidikan
dengan baik.

22 | K u r i k u l u m P e n d i d i k a n I s l a m
BAB III
PENUTUP
A. Kesimpulan
Dari tahun ke tahun kurikulum akan terus berubah sesuai dengan
perubahan dan perkembangan pemikiran manusia. Namun bagaimana cara
mengatasi perubahan tersebut, hal ini sangat tergantung kepada kecermatan
pengembang kurikulum itu sendiri. Satu hal yang harus dan mesti diperhatikan
adalah bagaimana lembaga pendidikan Islam dapat mengantisipasi masalah ini,
tanpa melupakan esensi ajaran-ajaran agama Islam itu sendiri.
Kurikulum pendidikan Islam adalah bahan-bahan pendidikan Islam berupa
kegiatan, pengetahuan dan pengalaman yang dengan sengaja dan sistematis
diberikan kepada anak didik dalam rangka mencapai tujuan pendidikan Islam.
Atau dengan kata lain kurikulum pendidikan Islam adalah semua aktiviti,
pengetahuan dan pengalaman yang dengan sengaja dan secara sistematis
diberikan oleh pendidik kepada anak didik dalam rangka tujuan pendidikan Islam
(H.syamsul Bahri Tanrere, 1993).
Tujuan adalah dasar yang hendak dicapai dalam semua kegiatan
manusia.Tujuan berfungsi untuk mengarahkan, mengendalikan dan
mengembangkan sesuatu kegiatan. Oleh sebab itu setiap tujuan hendaklah
dirumuskan dengan tegas dan jelas
 Asas-asas kurikulum pendidikan Islam
 Asas Agama
 Asas Falsafah
 Asas Psikologis
 Asas Sosial
 Karakteristik kurikulum pendidikan Islam, Secara umum karakteritik
kurikulum pendidikan Islam adalah pencerminan Islami yang dihasilkan dari
pemikiran kefilsafatan dalam seluruh aktivitas dan kegiatan kependidikan
dalam prakteknya.

23 | K u r i k u l u m P e n d i d i k a n I s l a m
 Materi Pokok Dalam Kurikulum Pendidikan Islam
 Masalah Keimanan (aqidah)
 Masalah Keislaman (syariah)
 Masalah Ihsan (akhlak).
 Cara Penyusunan Kurikulum Pendidikan Islam
 Faktor-faktor yang harus diperhatikan dalam penyusunan suatu kurikulum,
ialah:
 Tujuan pendidikan,
 Perkembangan peserta didik,
 Mengacu pada landasan sosiologis dibarengi oleh landasan kultur
ekologis.
 Kebutuhan pembangunan nasional yang mencakup pengembangan SDM
dan pembangunan semua sektor ekonomi.
 Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi
 Jenis dan jenjang pendidikan yang dikelompokkan sesuai dengan sifat
dan kekhususan tujuannya.
B. Saran dan Kritik
Saya menyadari dalam penyusunan makalah ini masih banyak kekurangan
dan kesalahan dalam penegetikan, oleh sebab itu saya mengharapkan saran dan
kritik untuk perbaikan makalah saya kedepannya.

24 | K u r i k u l u m P e n d i d i k a n I s l a m
DAFTAR PUSTAKA

Abd. Rahman Saleh, Didaktik Pendidikan Agama, Bulan Bintang, Jakarta, 1973.
Daradjat, Zakiyah, dkk, Ilmu Pendidikan Islam, Jakarta. Bumi Aksara, 1996
http://mihwanuddin.wordpress.com/2011/09/24/makalah-konsep-kurikulum-
pendidikan-islam-pengembangan-kurikulum-dari-berbagai-aspek-
prinsip-dasar-penyusunan-kurikulum-pendidikan-islam-ciri-dan-dasar-
kurikulum-pendidikan-islam-dan-pengertian-kur/
http://muhfathurrohman.wordpress.com/2013/01/04/model-model-pengembangan-
kurikulum-pendidikan-islam/
http://razalinda.wordpress.com/2008/04/14/kurikulum-pendidikan-islam/
Muhaimin, Pengembangan Kurikulum Pendidikan Agama Islam di Sekolah,
Madrasah dan Perguruan Tinggi, Jakarta: Kencana, 2005.
Ramayulis, Ilmu Pendidikan Islam, Jakarta: Kalam Mulia, 2006.

25 | K u r i k u l u m P e n d i d i k a n I s l a m

Anda mungkin juga menyukai