Anda di halaman 1dari 1

Melawat Ladang Ternakan Lembu Pak Atan.

Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan rakan-rakan telah


melawat ke ladang ternakan lembu milik Pak Atan. Ladang
ternakan lembu tersebut amat luas.
Selain membela lembu, Pak Atan juga membela kambing dan
kambing biri-biri. Haiwan ternakan itu dibiarkan bebas meragut
rumput di padang yang luas. Pak Atan turut juga menternak ayam
daging, itik dan angsa. Pak Atan menternak binatang ini di tepi
kolam di bahagian belakang ladangnya.
Semasa berada di ladang ternakan itu, kami melihat binatang
ternakan Pak Atan gemuk-gemuk belaka. Binatang itu kelihatan
amat selesa tinggal di situ. Ladang ternakan Pak Atan begitu bersih
kerana dijaga dengan rapi oleh lima orang pembantunya.
Kami berasa sungguh penat menjelajah ladang Pak Atan yang
luas itu. Sungguhpun begitu, kami berasa amat gembira
kerana telah mendapat sebuah pengalaman baharu yang amat
menarik untuk dikenang.