Anda di halaman 1dari 9

PUNCA LUNTUR SEMANGAT PATRIOTISME

Mereka Tidak Pernah Mengalami Dan Merasai Susah Payah Membebaskan


Negara Daripada Cengkaman Penjajah.

Mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan
seperti.Contohnya,Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela,Rentap dan lain-
lain lagi. Ini tidak menghairankan kita kerana generasi muda dilahirkan semasa negara
dalam keadaan aman damai.Lagipun negara kita telah mengalami pertumbuhan
ekonomi dan pembangunan yang amat pesat.Negara kita pada masa ini boleh
dikatakan duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di rantau
ini .Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kemewahan dan kesenagan hidip yang dirasau
dan dialami inilah yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan nipis
semangat nasionalisme dalam diri mereka.

Sistem Pendidikan

Kita dapati sistem pendidikan yang dipraktikkan di negara kita juga kurang memberi
penekanan ke arah melahirkan generasi yang cintakan negara.Mengapa dikatakan
begitu?Perhatikan saja kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menulis
atau mengira ataupun ringkasnya 3M.Lanjutan daripada KBSR kem,enterian
Pendidikan melaksanakan pula Kukikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun
1993.Kedua-dua kurikulum ini menjurus kearah kecemerlangan dalam
peprperiksaan.Melalui KBSR murid-murid tahun tiga telah diberi peluang menduduki
Penilaian Tahap Satu (UPTS). Sebagai imbuhannya murid-murid yang lulus cemerlang
berpeluang melangkau kelas.Begitu juga untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah
yang berprestasi seperti Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah Menengah
barasrama penuh kelulusan yang cemerlang menjadi kayu pengukurnya. Dalam pada
itu ,perkara yang menghairankan kita mata pelajaran khusus untuk membina dan
menyemai semangat nasionalisme di kalangan pelajar kurang di beri penekanan oleh
Kememterian Pendidikan.Jadi, dalam hal ini pihak manakah yang sepatutnya
dipersalahkan?Kita tidak menafikan matapelajaran Sejarah dan Pendidikan moral
diajar kepada para pelajar. Walau bagaimanapun kepentingan kedua-dua
matapelajaran ini masih menjadi tanda tanya.Bagaimankah kalau seseorang pelajar itu
gagal dalam matapelajaran sejarah?Apakah yang terjadi kepada pelajar yang hanya
lulus di peringkat minimum dalam matapelajaran Pendidikan Moral ?Mengapa tetap
dianggap pelajar cemerlang sekiranya lulus dengan baik dalam kedua-dua mata-mata
pelajaran lain. Pelajar ini tetap diterima bagi meneruskan pelajarannya diperingkat
yang lebih tinggi.Kesan daripada sistem pendidikan sedemikian menyebabkan para
pelajar bersikap acuh tak acuh terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. Kalau mereka
belajarpun ibarat melepas batuk di tangga sahaja.Jelas di sini tidak mantapnya sistem
pendidikan merupakan satu elemen nipisnya semangat nasionalisme di kalangan
generasi masa kini.

Pengaruh Budaya Global

Pada era kini kita juga menyaksikan pelbagai alat elektronik, hiburan, kegiatan seni,
makanan dan minuman, bahan bacaan dari luar membanjiri pasaran tempatan.
Remaja belia jelas merupakan kumpulan sasar utama bagi segala alatbarangan dan
bahan tersebut. Globalisasi tambah memudahkan nilai dan budaya luar (tak kira baik
atau buruk bagi masyarakat kita) mempengaruhi generasi muda, menjadikan mereka
lebih global.Dengan globalisasi yang semakin memecahkan segala tembok sempadan,
perasaan sepunya (sense of belonging) turut terhakis.Patriotisme dengan nilai-
nilai,semangat dan tindak-tanduk yang bertunjangkan kepentingan nasional sudah
tentu terpaksa bersaing hebat dengan pengaruh global yang kuat dan semakin meluas
ini.

Peranan Teknologi

Peranan teknologi itu sendiri terhadap kurangnya semangat patriotic di kalangan belia
ini. Teknologi merupakan satu medium yang digunakan untuk menyampaikan apa
yang perlu diketahui umum terutamanya golongan belia yang dianggap sebagai
peneraju utana negara. Antara contoh saluran yang digunakan dalam usaha
menyampaikan maklumat kepada golongan belia masa kini adalah seperti blog,
akhbar, laman-laman sesawang diantaranya seperti Facebook, Twitter, dan lain-lain.
Kebanyakan maklumat yang disampaikan adalah berkaitan perkembangan tentang
isu-isu semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara.

Kekurangan Pengetahuan Sejarah

Generasi belia juga didapati cetek atau kurang pengetahuan tentang latar belakang
dan sejarah bangsanya. Keadaan ini terjadi disebabkan Sejarah tidak lagi menduduki
tempat yang istimewa seperti sebelum ini. Pengetahuan sejarah tidak dianggap suatu
perkara penting di pasaran kerja dan tidak mendapat galakan yang sepatutnya
daripada kalangan dewasa. Kegiatan-kegiatan yang dapat mendidik atau
mendedahkan generasi muda kepada akar dan sejarah bangsanya seperti melalui
pelbagai kegiatan seni dan budaya ternyata amat terhad dan ini tidak membantu
memupuk kesedaran dan keinsafan terhadap nasib dan masa depan bangsa dan
negara di kalangan mereka. Kekurangan kesedaran dan kefahaman sejarah tentu
tidak membantu memupuk patriotisme di kalangan generasi muda. Kekadang itu
ditanya kepada golongan belia adakah kenal beberapa tokoh perjuangan negara, ada
yang langsung tidak kenal. Ini amatlah menyedihkan.

Kepentingan Semangat Patriotik


Isu-isu yang berkaitan dengan semangat patriotisme kerap menjadi bahan
perbincangan segenap lapisan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana semangat
patriotisme amat penting dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada
pelbagal kaum dan agama. Tujuan utama semangat patriotisme ini sering
diperkatakan adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan semangat patriotisme
dalam kalangan semua rakyat. Sebenarnya terdapat beberapa kepentingan atau
kebaikan semangat patrlotisme di kalangan rakyat.
Kepentingan pertama semangat patriotisme dalam kalangan rakyat adalah untuk
memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya
semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman
dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat
Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti
negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita.
Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada
kemajuan negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat
untuk memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar
dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Semangat patriotisme akan
menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong leblh ramal pelabur
asing membuka perniagaan di Malaysia. Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing ini
akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya
negara kita akan terus maju.
Semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya,
semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan
negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka
kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk
kemudahan rakyat. Selain itu, suasana yang harmoni antara kaum akan dapat
diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan
sektor pelancongan negara.
Kebaikan lain semangat patriotisme dalam kalangan rakyat ialah semangat ini
dapat menjadi contoh kepada generasi muda. Generasi muda khususnya yang lahir
selepas merdeka kurang memahami kepentingan semangat patriotisme. Dengan
adanya program-program yang menjurus kepada mewujudkan semangat patriotisme
seperti sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi kesedaran kepada
generasi muda. Selain itu, generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme
tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme.
Sesungguhnya, mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah adalah baik kerana
dapat memberikan pengetahuan dan pengajaran tentang sejarah negara kepada
generasi muda.
Di samping itu, semangat patriotisme dalam kalangan rakyat juga dapat
menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan
pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana
wujudnya semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan rakyat. Oleh itu, tidak
hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain dalam
menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Malaysia juga telah beberapa
kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa
buah negara jiran.

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik


dalam kalangan masyarakat di negara kita

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita


pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian
kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak
menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup
ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang
untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak
menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari
kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia
ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan


semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya
adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat
patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik
sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah
dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah
tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa.
Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang
sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan
memburukkan nama negara.

Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan
memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di
sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-
murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut
dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan
dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya
diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu
akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan
persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-


besaranmelalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat
patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian
Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio
memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah
menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik
seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu
media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”,
“Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan


aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh
dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti
seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung
perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga
perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh
akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang
memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan
sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan
antara kaum di negara kita.
Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada
pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa,
agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi
pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para
pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai
kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang
kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini
penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan
dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua
orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak
tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.

Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik


perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat
patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan
pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya
sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa
berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan
pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah
mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati
diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-
masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan
masyarakat.

PERANAN IBU BAPA DALAM PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTISME DALAM


JIWA ANAK

Rakyat yang patriotik diibaratkan seorang individu yang sanggup mengorbankan


dirinya untuk kepentingan negara tanpa banyak alasan. Antara tindakan yang dilihat
sebagai cinta akan negara meliputi amalan bekerja dengan rajin, tidak menimbulkan
masalah seperti terlibat dalam jenayah, dan membantu rakyat lain yang miskin. Pihak
media massa terutama akhbar telah menggunakan konsep patriotik ini dalam banyak
karya penulisan mereka sebagai cubaan untuk menanam semangat ini dalam jiwa
rakyat. Sebenarnya, ibu bapa mempunyai peranan besar untuk memastikan
semangat ini dimiliki oleh anak-anak generasi muda Malaysia.
Tindakan yang paling mudah ialah ibu bapa sering membawa anak melancong
ke tempat bersejarah di negara ini terutama ketika musim cuti sekolah. Anak akan
lebih mengerti perjuangan tokoh negara seperti Dato Bahaman dan Mat Kilau apabila
mereka dapat melihat sendiri kawasan pertempuran yang berlaku antara pejuang
negara dengan penjajah British itu. Mereka boleh membaca penulisan yang biasanya
menerangkan serba ringkas perjuangan pejuang ini di kawasan bersejarah itu lalu
menimbulkan rasa bangga dan berterima kasih atas perjuangan tokoh tersebut. Jadi,
anak akan lebih tinggi semangat cinta akan negaranya apabila sering melawat tempat
bersejarah di negara ini.
Selain itu, ibu bapa sendiri hendaklah memaparkan semangat nasionalisme
yang tinggi kepada anak sendiri kerana kita tidak mahu digelar umpama ketam
mengajar anaknya berjalan lurus pula. Pemaparan teladan ini dilakukan menerusi
percakapan, tindakan, penghayatan dan sebagainya yang menjurus ke arah
pengorbanan negara terhadap kehidupan mereka selama ini. Anak telah diyakini akan
meniru kelakukan orang tua mereka bak kata pepatah bapa borek anak rintik terutama
apabila sering didedahkan dengan kelakuan patriotik sebegini. Jadi, teladan
ibubapalah yang membawa penyemaian benih nasionalisme dalam jiwa remaja kita
tersebut.
Negara kita menyambut kemerdekaan setiap tanggal 31 Ogos dan seharusnya
ibu bapa membawa anak untuk sama-sama melihat sambutan hari kebangsaan ini.
Biasanya, kawasan sambutan ini akan dipenuhi dengan pelbagai acara yang cuba
meniupkan semangat cinta akan negara ini dalam hati mereka yang hadir itu. Suasana
yang penuh dengan semangat nasionalisme ini pasti menimbulkan rasa bangga dalam
hati anak yang menontonnya itu. Oleh itu, amalan membawa anak ke tempat
sambutan hari kebangsaan boleh memupuk rasa cinta akan negara.
Di samping itu, ibu bapa zaman moden ini boleh menggunakan teknologi untuk
menghuraikan semangat patriotik kepada anak mereka. Penggunaan teknologi seperti
internet dan telefon pintar membolehkan ibu bapa menyalurkan lebih banyak informasi
tentang sejarah negara dengan satu sentuhan sahaja. Ibu bapa boleh melayari
internet untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah negara yang kadangkala begitu
mengelirukan itu juga. Sesungguhnya, penggunaan teknologi sebegini mampu
memudahkan tugas ibu bapa untuk memastikan anak mereka memiliki rasa cinta akan
negara.
Seperkara lagi, semangat cinta dan sanggup berkorban demi negara ini boleh
disemai dalam jiwa anak menerusi amalan penceritaan ibu bapa. Kisah dahulu ketika
negara belum mengalami kemodenan harus diterangkan kepada pelajar agar mereka
memahami erti pengorbanan pejuang dan pemimpin negara yang telah membawa
perubahan besar itu. Anak yang selalu mendengar itu akan mula perlahan-lahan
menghargai jasa pejuang negara terdahulu lalu memasang impian untuk turut
membuat jasa kepada bangsa dan nusa pula. Lantaran itu, ibu bapa yang bijak akan
sering bercerita mengenai perubahan pembangunan negara supaya anak memahami
kehidupan yang dialami sekarang berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu.
Konklusinya, usaha memupuk semangat cinta akan negara ini memang menjadi
tugas ibu bapa. Golongan ini perlulah mahir menggunakan peluang dan situasi yang
wujud untuk memudahkan anak memahami makna pengorbanan rakyat yang
sebenarnya. Jika ibu bapa masih mengamalkan sikap lepas tangan dalam menangani
isu semangat cinta akan negara ini sudah pasti generasi muda kita akan hilang rasa
hormat terhadap negara. Kita harus sedar semua yang berlaku pada masa hadapan
berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu.
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita
pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Bincangkan peranan
pelbagai pihak untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat
di negara ini.
Zaman berubah dan musim berlalu. Setelah sekian lama negara tercinta iaitu
Malaysia dijajah selama 446 tahun, akhirnya pada tarikh keramat iaitu tanggal 31
Ogos 1957, Tanah Melayu bebas daripada cengkaman penjajah. Ribuan rakyat ketika
itu menghela nafas lega. Tangisan kegembiraan, gelak ketawa dan duka menghiasi
suasana ketika itu. Laungan “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” oleh Perdana Menteri
Pertama Malaysia yang juga dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul
Rahman Putra al-Haj menyapa telinga, kedengaran begitu bersemangat. Penantian
mereka bukan sekejap, sebaliknya memakan masa berabad-abad lamanya. Dalam
tempoh itu, entah berapa ramai rakyat yang terseksa, dipancung, dirogol dan dijadikan
hamba oleh penjajah yang sadis lagi tidak berperikemanusiaan. Berapa ramai pula
pejuang negara yang terkorban demi satu matlamat untuk mencapai kemerdekaan.
Bersyukur kapda Allah swt, sekarang Malaysia sudahpun merdeka selama 59 tahun.
Meskipun Malaysia sudah merdeka selama lebih daripada setengah abad, namun
semangat patriotisme dalam kalangan rakyat seolah-olah sudah semakin tidak relevan
lagi. Manakan tidak, generasi muda kini lahir-lahir sahaja saja, kemewahan, keamanan
dan kemajuan sudah terhidang di depan mata. Sedangkan cinta kepada Tuhan
dipandang sebelah mata apatah lagi cinta kepada negara. Sanggupkah generasi hari
ini bergadai nyawa, bermandi darah demi mempertahankan sebidang tanah? Bagi
mengelakkan senario ini terus berlaku, pelbagai pihak di Malaysia perlu memainkan
peranan masing-masing. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang efektif dan
pragmatik boleh dilaksanakan oleh pelbagai pihak ini?.
Ahli falsafah ada mengatakan bahawa segala-galanya bermula dari rumah.
Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa institusi kekeluargaanberperanan untuk
memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak. Ibu
bapa perlu menjadi suri teladan yang terbaik untuk anak-anak contohi sebagaimana
peribahasa bapak borek, anak rintik. Ibu bapa boleh mengambil alternatif untuk
mengibarkan Jalur Gemilang di sekeliling rumah atau di sekitar kawasan taman
perumahan. Pastinya anak yang setahun jagung setampuk pinang akan mengikut
langkah murni ibu bapa mereka. Amalan yang dipraktikkan oleh ibu bapa pasti lama-
kelamaan akan diteladani anak-anak kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Anak-anak juga akan mengibarkan Jalur Gemilang akhirnya tanpa disuruh-suruh
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga tidak
boleh menyertai sebarang demontrasi, atau tunjuk perasaan terhadap negara.
Bagaimana mahu menanam semangat patriotik dalam jiwa anak-anak, jika ibu bapa
sendiri tidak menjiwai erti patriotism .Hal ini tidak ubah seperti ketam mengajar
anaknya berjalan betul sedangkan diri sendiri tidak betul. Oleh itu, ibu bapa
berperanan menyuntik semangat patriotik dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil
lagi.
Fokus perbincangan seterusnya ialah peranan media massa. Tidak dinafikan
bahawa anak watan yang hidup dalam era pascamerdeka ini telalu selesa dengan
dunia yang didiami. Sedarkah mereka bahawa kehidupan pada zaman ini menuntut
semangat patriotisme yang tinggi memandangkan ada sebahagian daripada penghuni
dunia ini sedang dilanda oleh ledakan kemajuan globalisasi dan informasi maklumat..
Media massa menjadi sahabat karib kepada masyarakat. Telefon pintar, tabloid,
televisyen dan radio merupakan peneman kehidupan seharian masyarakat. Seiring
dengan itu, pihak penyiaran memainkan peranan menyiarkan iklan-iklan kesedaran,
filem-filem patriotik seperti Bukit Kepong, Paloh, Embun dan Sarjan Hassan bukan
sahaja memberi pengajaran dan teladan malah sarat dengan nilai keinsafan tentang
peri pentingnya erti merdeka kepada sesebuah negara. Sepatutnya filem patriotik ini
perlu ditayangkan setiap minggu dalam slot siaran televisyen bukannya dua atau tiga
minggu sebelum hari kemerdekaan. Filem lakonan P. Ramlee boleh ditayangkan
setiap minggu, masakan filem perjuangan nasionalis Tanah Melayu tidak boleh
ditayangkan. Menerusi tayangan sebeginilah, rakyat Malaysia akan terdetik dengan
semangat pejuang kemerdekaan mempertahankan tanah air daripada cengkaman
penjajah. Lagu-lagu berunsur patriotik seperti Inilah Barisan Kita, Bahtera Merdeka,
dan Warisan harus dimainkan di corong-corong radio. lagu-lagu tersebut bukan sahaja
mampu memberi penghayatan tetapi dapat menanam sikap cinta akan negara dalam
jiwa generasi muda kini yang telalu hanyut dengan budaya Barat. Jelaslah bahawa,
media massa antara medium utama pemupukan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat.
Memetik warkah nirmala seterusnya, pihak kerajaan turut tidak terkecuali dalam
misi membentuk rakyat yang bersemangat patriotik. Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) antara inisiatif kerajaan dalam usaha pemupukan patriotisme dalam kalangan
rakyat. Program ini telah dilaksanakan pada 16 Februari 2004 dengan objektif
melahirkan remaja yang bersemangat patriotik, berkeyakinan tinggi, cerdas dan
cergas. Program ini juga dianggap sebagai satu platform permulaan agenda nasional
terhadap remaja. Terdapat pelbagai modul program yang diaplikasikan kepada para
pelatih. Salah satunya ialah modul kenegaraan. Modul kenegaraan ini dianggap
sebagai tunjang program ini dengan objektif untuk melahirkan remaja yang
bersemangat waja dan cinta akan negara. Pihak kerajaan telah mewajibkan remaja
lepasan SPM menyertai PLKN yang akan diadakan selama tiga bulan. Hal ini
membuktikan bahawa kerajaan optimis untuk melahirkan generasi yang sanggup
menggadaikan nyawa demi negara bukannya menggadaikan maruah merosakkan
imej Malaysia.
Seterusnya, mari kita capahkan skop perpincangan kita bawah kata kunc ipihak
sekolah. Pihak sekolah memainkan peranan melalui pemerkasaan subjek Sejarah. Ya,
subjek Sejarah merupakan wadah untuk penerapan nilai patriotik dalam kalangan
rakyat Malaysia . Subjek Sejarah sarat dengan ilmu yang berkaitan Sejarah Melayu.
Pembentukan awal negara Malaysia, nama pejuang Melayu yang menentang penjajah
dan kemerdekaan dicapai melalui diplomasi semuanya disatukan dalam subjek
Sejarah. Jika dahulu para pelajar seringkali menganggap Sejarah ialah subjek yang
membosankan, namun kini peredaran masa telah mengubah perspektif pelajar.
Apatah lagi sejak Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan subjek Sejarah mesti
lulus untuk kemasukan ke university. Seiring dengan itu, mahu atau tidak para pelajar
pasti akan mempelajarinya. Di sinilah peranan pihak sekolah bermula. Guru-guru perlu
membimbing para pelajar supaya tidak mempelajari sejarah hanya untuk lulus
peperiksaan semata-mata, tetapi untuk pedoman dalam diri supaya pisang tidak
berbuah dua kali memandangkan merekalah yang akan memimpin negara ke pentas
dunia suatu hari nanti bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara.
Segala usaha yang dinyatakan tidak akan membuahkan hasil jika diriindividu
itu sendiri tidak ada inisiatif untuk menanam semangat patriotisme dalam diri . Berdiri
tegak ketika menyanyikan lagu kebangsaan merupakan langkah yang perlu
dititikberatkan oleh seorang rakyat Malaysia. Sebagaimana yang dapat kita lihat,
berapa ramai rakyat Malaysia yang berdiri tegak dan menyanyikan lagu dengan penuh
semangat saat Lagu Negaraku dimainkan? Ada antara mereka yang masih
bergoyang-goyang tubuh badan, bergurau senda, bergelak ketawa dengan rakan-
rakan walaupun lagu Negaraku sedang dimainkan. Semangat patriotisme pastinya
semakin luntur dalam diri. Penghayatan mereka terhadap lagu kebangsaan semakin
terhakis dek sikap individualistik dan materialistik. Oleh sebab itulah, seseorang itu
perlu mengubah cara mereka berdiri tegak serta menyanyikan lagu tersebut dengan
semangat dan penghayatan sambil mengenang kembali jasa-jasa dan pengorbanan
pejuang kemerdekaan.
Akhirulkalam, semua pihak perlulah cakna dan bekerjasama bagai aur dengan
tebing dengan menggembleng seluruh tenaga dan berkongkalikung bagi menjayakan
misi membentuk rakyat yang bersemangat patriotik. Setiap usaha tersebut haruslah
konsisten, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Kita sewajarnya menghargai
jasa nenek moyang kita agar tidak menjadi kacang lupakan kulit malah George
Santayana ada menukilkan kata-kata mutiara bahawa sejarah pastinya berulang
kembali jika tiada yang mengambil iktibar. Abraham Lincoln juga menyatakan bahawa
semangat patriotisme asas kepada pembentukan sesebuah negara.

Anda mungkin juga menyukai