Anda di halaman 1dari 1

#1 Sentiasa Ingat Kepada Allah

Sentiasa ingat kepada Allah. Kita tahu bahawa Allah pemberi segala rezeki langit dan
bumi. Jadi, sebagai hambaNya, kita mesti selalu mengingati Allah sama ada dengan
berzikir, berdoa dan melakukan amal kebaikan kerana Dia.

#2 Membantu Golongan Orang Miskin


Bila kita membantu lebih ramai orang miskin atau dalam kesusahan, Allah membantu
kita berkali ganda.

#3 Membantu Penuntut Ilmu


Menuntut ilmu adalah salah satu jihad dalam Islam. Bila kita membantu memudahkan
seseorang untuk menuntut ilmu, in sha Allah, urusan kita juga turut dipermudahkanNya.

#4 Bersyukur Atas Nikmat


Sebagai hamba Allah, kita mesti sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diperolehi.
Makin banyak kita bersyukur, makin banyak Allah kurniakan rezeki ke atas kita.

#5 Bersedekah Secara Istiqamah


Bersedekah sedikit-sedikit secara berterusan itu lebih baik daripada sedekah banyak tapi
sekali sekala sahaja. Tidak pernah rugi orang yang suka bersedekah.

#6 Istighfar dan Bertaubat


Istighfar dan bertaubat setiap hari. Kita manusia biasa yang selalu berdosa. Tanpa sedar,
dosa-dosa itu boleh menyempitkan rezeki kita. Oleh itu, pentingnya untuk sentiasa
mohon ampun daripadaNya.

Anda mungkin juga menyukai