Anda di halaman 1dari 7

Cabaran Hubungan Etnik di Malaysia https://www.sistemguruonline.my/2014/11/cabaran-hubungan-etnik-di...

Cabaran Hubungan Etnik di Malaysia

Hubungan Etnik di Malaysia

Mukaddimah Hubungan Etnik di Malaysia


Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan
pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat
Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini
adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza
dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usaha-
usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering
menghadapi cabaran serta masalahnya.

Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) „ ….

the road to a cohesive and proggressive society is a long and ardous


one which to use the Malay phrase, is full of “ onak dan duri”.

Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita
tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat pelbagai
cabaran yang di antaranya adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu di mana cabaran
kepentingan etnik dari :

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Sosial

Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut
pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan
pelajar dan kontrak sosial
.Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul
akibat daripada kesan dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British sejurus
menjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada
segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza.

1 of 7 12/9/2019, 9:34 pm
Cabaran Hubungan Etnik di Malaysia https://www.sistemguruonline.my/2014/11/cabaran-hubungan-etnik-di...

Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau
berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya
mereka yang tinggal dalam wilayan yang berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahan
fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh
Laut China Selatan.

Implikasi Hubungan Etnik Dari Faktor Sosial

Hanya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza
merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di
Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang
bermaksud pandangan atau perseptif yang melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca
mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip
dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap
golongan etnik yang lain.

Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanjung
Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza
dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan
berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri sahaja.
Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya
masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan negara.
Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing.

Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini
adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan
bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa
Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil
dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut
bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi
memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan
menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi
bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia.

Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan
menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak
wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah
menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang
berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara
kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa
golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk
mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok
dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang
aman. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata
sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza.

Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini
dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar
yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah,
kerenggangan pada peringkat sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA)
serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan
lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi
memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan
kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini,
masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak
mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke
Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat
menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu
bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau
bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.

Cabaran yang kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek : Ekonomi

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Ekonomi

2 of 7 12/9/2019, 9:34 pm
Cabaran Hubungan Etnik di Malaysia https://www.sistemguruonline.my/2014/11/cabaran-hubungan-etnik-di...

Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan
ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama, penguasaan
ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu
menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan
berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju
seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India
pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini
sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan
yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia.

Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha
mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza
serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam
masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi
semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat
pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi
yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa
sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka,
pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan
terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam
hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana
kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu.
Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka
sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini
merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.

Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tida boleh
dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan
sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan
dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi.
Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya
penduduk kekal miskik dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena
kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar.
Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol
dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Politik

Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana
politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan
semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh
semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama,
kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan
menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.

Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti
kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk
mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat
taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing
pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan
tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-
masing.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Agama

Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari
segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu,
Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini
bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka
sendiri.

Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik
yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah
menjadi tegal atau “taboo” kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan

3 of 7 12/9/2019, 9:34 pm
Cabaran Hubungan Etnik di Malaysia https://www.sistemguruonline.my/2014/11/cabaran-hubungan-etnik-di...

ubatan atau teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan
hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk
hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan
tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam
bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga
mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. golongan
etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-
apa perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Globalisasi

Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasiyang menunjukkan proses globalisasi serta
pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang
perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini.

Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju
melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik
menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun
demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi,
budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang
bisa menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini.
Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah
jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi
sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan
pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. Bermacam-
macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan
sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat. Jelasnya di
sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh
Barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang
juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan
zaman.

Merujuk kepada hasil tulisan Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin dalam buku Pengajian
Malaysia
, terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd pada tahun 2007, usaha kerajaan ke arah pemupukan
hubungan etnik bermula setelah tahun 1957, iaitu selepas Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan bagi mengatasi cabaran-cabaran yang telah dikemukakan sebelum ini.
Kerajaan merancang dan menyediakan pelbagai dasar dan pelan tindakan untuk mencapai
perpaduan dari pelbagai aspek. Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan
sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan
Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan
Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan
antara usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka
pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan
terlatih.

Pelbagai Strategi Meningkatkan & Mengeratkan Hubungan Etnik di Malaysia

Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan
ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama, mengadakan
kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan
sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya. Kerajaan berusaha dengan lebih keras lagi
dalam mencapai perpaduan berikutan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan
rusuhan kaum yang amat dahsyat. Rentetan peristiwa tersebut telah terbentuknya
MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-
undang negara; penentu pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali
keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan
keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga,
Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN
yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan
menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan
pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum,

4 of 7 12/9/2019, 9:34 pm
Cabaran Hubungan Etnik di Malaysia https://www.sistemguruonline.my/2014/11/cabaran-hubungan-etnik-di...

mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan
menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972
menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara
dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti
bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, pada 29 Januari 1970
juga telah tertubuhnya Majlis Perundingan Negara(MAPEN) yang bertanggungjawab untuk
mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk
memupuk identiti kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia serta bertanggungjawab dalam
pembentukan ideologi negara, iaitu Rukun Negara dan perubahan perlembagaan.

Majlis ini dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti wakil-wakil dari MAGERAN,
wakil dari kerajaan negeri, wakil dari parti politik, wakil dari Sabah dan Sarawak, wakil dari
kumpulan agama, wakil dari badan profesional, wakil dari perkhidmatan awam, wakil dari
kesatuan sekerja dan persatuan majikan, wakil dari akhbar, wakil guru-guru dan wakil dari
kelompok minoriti bagi membolehkan mereka membuat perbincangan secara berterus-
terang. Kemuncak usaha kerajaan ekoran peristiwa 13 Mei ialah terciptanya satu ideologi
negara iaitu Rukun Negara yang dihasilkan berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam
untuk membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul serta bertujuan menyemai dan
memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum. Rukun Negara dengan
prinsip-prinsip berdasarkan semangat Perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri
rakyat negara ini sebagai satu bangsa Malaysia dan dijadikan sebagai pedoman dan hala tuju
dalam merancang program pembangunan negara. Secara khususnya, ia merupakan ikrar
yang menjadi acuan bagi integrasi nasional, pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi
negara.

Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar-Dasar Pembangunan Negara yang dirancang
selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi, politik, sumber kekayaan, aspirasi masyarakat serta
persekitaran global. Dalam konsep hubungan etnik, dasar-dasar pembangunan negara
merujuk kepada usaha kerajaan bersama rakyat untuk melakukan perubahan dalam aspek
sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi secara seimbang dan adil bagi semua kaum.
Terdapat tiga pelan pembangunan negara yang utama iaitu Era Dasar Ekonomi Baru
(1971-1990), Era Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Era Dasar Pembangunan
Negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan salah satu usaha dasar ekonomi untuk
mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai
aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). DEB dilancarkan oleh kerajaan
Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang(RRJP) yang bermatlamatkan untuk
mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan
memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan
menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Antara usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan melalui DEB ialah mewujudkan
peluang pekerjaan untuk semua golongan, menambahkan daya pengeluaran dan
pendapatan, memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya berpindah ke sektor yag lebih lumayan, mengurangkan jurang perbezaan
pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar), memodenkan
kehidupan di luar bandar dan memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran,
latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain. Seterusnya, Dasar Pembangunan
Nasional(DPN) telah dilancarkan pada tahun 1991 yang bermatlamat untuk mencapai
pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil. DPN
merupakan pemangkin negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan
digerakkan di atas landasan yang kukuh ke arah membentuk pembangunan seimbang yang
meliputi aspek keadilan sosial, nilai, etika dan moral mengikut acuan tempatan.

Strategi DPN masih lagi berlandaskan strategi yang telah dibina oleh DEB iaitu serampang
dua mata dan diperkasakan pendekatannya dengan memasukkan beberapa dimensi baharu
dalam pelan tindakan, iaitu penegasan terhadap pembasmian kemiskinan dengan dua
tumpuan utama, iaitu menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan
relatif; menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi ke arah meningkatkan dan
seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi; meningkatkan
penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat dan memebri lebih
tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi

5 of 7 12/9/2019, 9:34 pm
Cabaran Hubungan Etnik di Malaysia https://www.sistemguruonline.my/2014/11/cabaran-hubungan-etnik-di...

mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali
sebagai Wawasan 2020. ia merupakan respons kepada perkembangan ekonomi, sosial dan
politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan
pembangunan menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi dari segi politik,
ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia
dijangka mampu menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia
mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan
serta mampu bersaing. Dalam kertas kerja berjudul Malaysia Melangkah ke Hadpan(1991)
yang dibentangkan pada sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur
pada 28 Februari 1991 menyatakan terdapat sembilan cabaran yang dikenalpasti untuk
merealisasikan Wawasan 2020. Sememangnya, negara Malaysia telah berusaha untuk
mencapai kesembilan matlamat itu. Walaupun banayak matlamat itu menumpukan kepada
pembangunan ekonomi, pembangunan keseluruhannya tidak boleh diketepikan. Hal ini
disebabkan pembangunan keseluruhan dari aspek politik, sosial dan ekonomi yang mampu
menyatukan rakyat. Pembangunan yang seimbang dari setiap sudut itu mampu
menggerakkan pelbagai kaum di Malaysia untuk hidup secara harmoni dan sejahtera.

Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010
yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan
integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai
aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan,
Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan
Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan
Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan
Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa
Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah
Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang
dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan
memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini. Melalui pembacaan
beberapa karya Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-Perpaduan
Antara Kaum, terbitan Penerbit Setiamas pada tahun 1995. Masyarakat Malaysia merupakan
sebuah masyarakat majmuk yang mempunyai pegangan agama, bahasa dan adat istiadat
tersendiri.

Perhubungan politik dan ekonomi dengan dunia luar, proses penjajahan barat dan
kemasukan orang asing erupakan faktor utama yang bertanggungjawab mewujudkan
masyarakat berbilang kaum di negara ini. Malaysia terdiri daripada masyarakat yang
„multiracial‟ dan „multiculture‟ yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan
masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni
bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa.Melalui konsep negara bangsa ini,
semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti
negara yang sama yang dimenifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-
lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi.
Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri. Masyarakat
berperanan dalam pemupukan hubungan etnik agar negara kita malaysia sentiasa dalam
keadaan aman dan selesa.

Salah satu contoh peranan masarakat adalah dalam penerimaan budaya. Secara amnya,
memang ada kesamaan unsur kebudayaan antara ketiga- tiga golongan rakyat di negara ini.
Ciri- ciri hindu telah meresap masuk ke dalam kebudayaan masyarakat melayu. Dari
kepelbagaian budaya ini akan menyatukan nilai pelbagai bangsa. Orang cina yang datang ke
negara ini untuk bekerja di lombong- lombong bijih timah diterima menjadi warganegara
malaysia akhirnya. Persesuaian yang kelihatan antara tiga golongan utama iaitu melayu,
cina, dan india berasaskan ciri budaya yang sama. Antaranya ialah mementingkan
kekeluargaan dengan menghormati ibu bapa dan adik beradik. Disamping itu kepentingan
agama didahulukan.. Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga
budi bahasa serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak
mengurangkan kepentingan pemupukan budl bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang
sentiasa dlpatuhl dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari
perayaan. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan.

6 of 7 12/9/2019, 9:34 pm
Cabaran Hubungan Etnik di Malaysia https://www.sistemguruonline.my/2014/11/cabaran-hubungan-etnik-di...

Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada
31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad
s.a.w, Hari Keputeraan rasmi DYMM Yang di-Pertuan Agong Malaysia Malaysia
sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan
kukuh dengan warisan budaya dan budi bahasa yang tinggi. Kesemua adat resam ini sama-
sama saling difahami dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat agar perhubungan
kaum dapat dijalinkan dengan erat. Bagi masyarakat Melayu terdapat beberapa· adat-adat
kunjung mengunjung dalam masyarakat. Bagi pengunjung beragama Islam hendaklah
memmberi salam ‘Assalamu’alaikum’. Pengunjung bukan Islam memadai mengucap selamat
sahaja. Setiap pengunjung yang hendak masuk ke dalam rumah orang Melayu perlu
menanggalkan kasut.

Bagi masyarakat India pula terdapat kepelbagaian adat bergantung kepada keturunannya
sama ada Tamil, Punjabi atau India Utara. Antaranya secara umum ialah semasa memberi
hormat, kaum India terdapat berbagai-bagai cara dan kebiasaannya dengan merapatkan
tapak tangan dan mengangkatnya hingga ke dada sambiI mengucapkan kata-kata yang
bermaksud selamat. Semasa berkunjung, tetamu mestilah membuka kasut kecuali jika tuan
rumah membenarkannya. Kunjungan pula seeloknya dibuat pada hari dan masa yang dikira
sesuai. Kunjungan ke rumah orang yang baru berpindah tidak sesuai dibuat pada hari Ahad,
Selasa dan Khamis. Apabila hendak pulang tetamu hendaklah terlebih dahulu meminta diri
daripada tuan rumah dengan mengatakan ‘saya akan datang lagi’ serta berjabat tangan.
Masyarakat Cina pula mempunyai adat tersendiri di dalam menerima tetamu. Semasa
berkunjung ke rumah orang dna, tetamu seelok-eloknya duduk di sebelah kiri tuan rumah.
Ini menunjukkan tetamu itu menghormati tuan rumah.

Tetamu hanya dilihat sopan apabila minum setelah dipersilakan oleh tuan rumah berulang
kali. Adalah dianggap tidak sopan jika mengunjung rumah keluarga Cina sewaktu mereka
sedang makan kecuali kunjungan itu khusus menghadiri jamuan. Adat-adat ini banyak
membantu dalam menggeratkan perpaduan di antara kaum. Orang Melayu, Cina dan India
sama-sama saling memahami adat dan kebudayaan masing-masing. Dengan ini tidak
timbullah persoalan ketidaksefahaman antara kaum.

Kesimpulan Mengenai Hubungan Etnik di Malaysia

Hubungan Etnik di Malaysia by EduWeb SGO

Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi perhatian kerana
pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara Malaysia
yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara.
Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat
mengekalkan keharmonian kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang
telah dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita. Oleh yang demikian, setiap kaum,
golongan masyarakat dan semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha
yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan.

7 of 7 12/9/2019, 9:34 pm

Anda mungkin juga menyukai