Anda di halaman 1dari 3

Soalan : Kebelakangan ini, produk tiruan semakin banyak dijual di Negara kita

dan hal ini membimbangkan semua pihak. Apakah punca keadaan tersebut
berlaku dan jelaskan kesan yang akan dialami oleh orang ramai dan Negara kita.
Dalam era sains dan teknologi ini,penjualan produk tiruan semakin berleluasa di negara kita.Hal ini
telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan semua pihak.Terdapat pelbagai barang tiruan
antaranya pakaian,makanan,aksesori,alat elektrik dan sebagainya.Hal ini demikian kerana,terdapat
pelbagai punca yang menyebabkan penjualan produk tiruan tidak dapat dibendung.Oleh itu ia akan
memberi beberapa kesan kepada orang ramai dan negara kita ( ADAM )

Punca barang tiruan banyak dijual di negara kita ialah barang berjenama.Barangan berjenama
merupakan barang yang diagung-agungkan pada masa ini.Hal ini demikian kerana, penggunaan barang
berjenama dapat mencerminkan taraf hidup seseorang. Dalam era modenisasi dan serba canggih ini,
orang ramai semestinya ingin kelihatan lebih bergaya selari dengan 'trend' fesyen terkini yang semakin
elegan dan mewah.Oleh itu, mereka akan sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi kehendak diri
untuk berfesyen mengikut trend semasa dan kelihatan bergaya dengan membeli barangan tiruan yang
mempunyai pelbagai jenis, bentuk,saiz dan jenama. Sebagai contoh, banyak beg tangan wanita yang
berjenama tiruan seperti Bonia, Prada dan Coach dijual secara meluas di negara kita yang dibawa masuk
dari negara jiran seperti Thailand dan Vietnam yang merupakan pembekal utama barangan tiruan
tersebut. Sesungguhnya, permintaan barang tiruan semakin hari semakin bertambah di negara kita
kerana rakyat Malaysia sanggup menghabiskan wang ringgit semata-mata ingin kelihatan anggun dan
dipandang tinggi oleh orang lain dengan barangan 'berjenama' yang digunakan.Maka wujudlah istilah
'biar papa asal bergaya' yang sinonim dengan kehidupan masyarakat pada masa ini ( SYAFIEKAH )

Di samping itu,punca produk tiruan semakin banyak dijual di negara kita ialah sikap buruk
peniaga.Peniaga yang mempunyai sikap tamak haloba tidak peduli tentang keselamatan dan kesihatan
pengguna yang membeli barangan yang dijual oleh mereka . Mereka hanya ingin mendapat keuntungan
yang banyak. Hal ini kerana apabila mereka menjual barangan tiruan mereka akan mendapat
keuntungan yang berlipat kali ganda akibat daripada kos pembuatan yang rendah. Tambahan pula
pengusaha haram ini juga mendapat ihsan barang tulennya dari segi publisiti dan iklan. Mereka juga
dikecualikan untuk membayar royalti kepada pihak pereka atau pencipta asal. Oleh itu, mereka
menikmati keuntungan yang besar walaupun mutu dan prestij barang mempunyai kualiti yang kurang
baik berbanding barang asli ( BASIRAH )

Punca produk tiruan semakin banyak dijual di negara kita ialah faktor geografi.Hal ini demikian kerana
negara kita berhampiran dengan negara yang banyak mengeluarkan barang tiruan terutamanya negara
thailand.Sebagai contoh barangan tiruan ialah makanan,pakaian, kosmetik dan lain -lain.Oleh yang
demikian,terdapat banyak peniaga di negara kita yang meniagakan barangan tiruan kerana ianya mudah
untuk diseludup masuk ke negara kita.Jelaslah bahawa negara kita banyak menjual barang tiruan kerana
negara kita dengan negara yang mengeluarkan barangan tiruan hanya dipisahkan dengan sebatang
sungai iaitu sungai golok yang menyebabkan barang tersebut mudah dibawa masuk ke dalam negara
Malaysia. ( FARIS )
Punca produk tiruan yang semakin banyak dijual di negara kita ialah produk yang dipasarkan dengan
harga yang murah dan mudah untuk diperolehi oleh pengguna . Apabila pengeluar mengeluarkan
produk yang berjenama mahal tetapi dijual dengan harga yang murah menyebabkan pengguna menjadi
"gelap mata" dalam membeli. Mengikut Teori Ekonomi iaitu Hukum Permintaan Pasaran, jika harga
meningkat,kuantiti yang diminta menurun manakala jika harga menurun,kuantiti yang diminta
meningkat. Perkara ini mewujudkan kuasa beli pengguna meningkat apabila harga yang ditawarkan oleh
pengeluar terhadap sesuatu produk menurun atau murah. Produk-produk tiruan ini juga mudah untuk
didapati oleh pengguna kerana pengeluar-pengeluar produk tiruan ini biasanya akan memasarkan
produk mereka di tempat yang menjadi tumpuan orang ramai seperti Pasar Malam, Pasar Tani,
"Uptown" dan lain-lain lagi. Jadi, senario ini tidak akan berhenti sekiranya tiada langkah yang berkesan
untuk mengatasinya. (THIRDMIZI )

Punca produk tiruan semakin banyak di negara kita adalah pengguna tidak memiliki ilmu
kepenggunaan. Hal ini berlaku demikian kerana pada pandangan mata kasar produk tiruan tidak jauh
bezanya dengan produk asli. Oleh hal yang demikian, pengguna tidak dapat membezakan sama ada
sesuatu produk tersebut tiruan mahupun asli kerana semua barangan sama di mata pengguna.
Tambahan pula, pengguna menganggap memiliki barangan tiruan ataupun asli tidak begitu penting
asalkan mereka mampu memilikinya. Jelaslah bahawa, produk tiruan semakin laris di pasaran kerana
pengguna tidak memiliki kesedaran mengenai sesuatu barangan tersebut serta menyebabkan produk
tiruan semakin banyak di negara kita ( IKAA )

Kesan produk tiruan kepada orang ramai ialah,akan menjejaskan kesihatan pengguna.Barangan tiruan
misalnya produk kosmetik tiruan, ubat-ubatan tiruan, dan makanan sampingan yang mungkin
mengandungi bahan yang terlarang kepada pengguna seperti merkuri, arsenik,dan kadmium akan
menimbulkan pelbagai penyakit yang berbahaya seperti kanser kulit,kerosakan buah pinggang,dan yang
lebih teruk mungkin membawa maut.Justeru,produk berkenaan mungkin dihasilkan di premis tidak
berlesen yang tidak menyediakan persekitaran yang bersih seperti yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa.Oleh itu,semua premis farmaseutikal di Malaysia perlu berdaftar dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dipasarkan kepada pengguna bagi mengelakkan barang tiruan
memasuki pasaran dengan lebih luas. ( IMAN )

Seterusnya, kebanjiran barangan tiruan ini juga mampu mencemarkan nama baik dan imej negara. Ini
dapat dibuktikan, pada tahun 2004, Malaysia pernah diletakkan sebagai negara yang berada dalam
senarai pemerhatian utama oleh Pakatan Harta Intelek Antarabangsa (IIPA) sebagai antara negara yang
paling serius terbabit dengan kegiatan cetak rompak dan pemalsuan barang. Situasi ini boleh
menyebabkan pelabur dan pengusaha luar negara memberi tanggapan buruk terhadap negara kita.
Namun, Malaysia telah dikeluarkan daripada senarai pemerhatian oleh IIPA pada tahun 2007. ( DANISH )

Produk tiruan ini kian menjadi barah besar dan mendatangkan kesan negatif apabila turut
menjejaskan ekonomi negara. Sudah tidak dinafikan lagi,kemasukan firma-firma ataupun pengeluar dari
negara jiran seperti Thailand,Indonesia, mahupun Vietnam nyata lebih banyak memasarkan produk-
produk tiruan yang tidak bermutu. Lantaran itu,pengguna yang tidak menyedari hakikat ini secara tidak
langsung membeli barangan tiruan tersebut disebabkan faktor harga yang lebih murah dan senang
dimiliki. Seterusnya,menyebabkan firma yang menjual barangan yang asli mengalami kerugian
disebabkan persaingan yang berlaku dengan firma yang menciplak keluaran mereka. Kesan daripada
itu,ekonomi negara turut terjejas dan barangan buatan Malaysia dipinggirkan. Hal in menjadi isu kerana
pengguna menganggap barangan asli dan tiruan tiada bezanya walaupun mereka sudah menyedari
perkara ini menjadi suatu kesalahan jika membeli produk tiruan. Lantaran itu,dengan adanya produk
tiruan yang kian menular ekonomi negara tidak dapat dibangunkan dan turut mendstangkan impak
negatif yang lain. ( SYAHIRA )

Sudah terang lagi bersuluh, peniaga akan mengalami kerugian merupakan salah satu kesan yang akan
dialami oleh orang ramai dan negara. Hal ini demikian kerana, pembeli lebih memilih untuk membeli
barangan tiruan kerana mereka berangapan barangan tiruan jauh lebih murah serta mempunyai hampir
persamaan dengan barangan asli. Bukan itu sahaja, pembeli yang mempunyai pendapatan yang rendah
lebih memiih untuk memakai barangan tiruan yang berjenama untuk meningkatkan imej dan status,
supaya dapat mengisi kepuasan diri. Kesannya, barangan asli tidak mendapat sambutan.Namun begitu,
tindakan yang mereka lakukan adalah salah kerana tidak menyokong barangan yang asli. Hal ini
menyebabkan pengeluar barangan asli akan mengalami kemerosotan jualan dan hasil pendapatan
sehingga tidak dapat menampung beban cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan. Justeru itu, sebagai
marhaen yang bertanggungjawab mestilah mempunyai kesedaran supaya tidak membeli barangan
tiruan. ( MARDIYYAH )

Kesan penggunaan barangan tiruan ialah pengguna mengalami kerugian.Perkara ini disebabkan
pengguna yang gemar membeli barangan tiruan.Barangan tiruan ialah barangan yang tidak
berkualiti,apabila sesuatu barang itu tidak berkuali maka ianya tidak akan tahan lama dan mudah
rosak.Pengguna hanya boleh menggunakan barang ini dalam jangka masa yang singkat sahaja contohnya
ialah jika pengguna membeli sebuah telefon pintar yang berkualiti iaitu original,pengguna mungkin
boleh menggunakannya selama lima tahun tetapi lain pula yang berlaku sekiranya pengguna membeli
telefon pintar tiruan kerana ianya mungkin hanya boleh digunakan selama dua tahun sahaja berbanding
telefon pintar yang original.Pengguna haruslah bijak membuat keputusan supaya tidak mudah
terpengaruh dengan godaan-godaan peniaga yang menjual barangan tiruan.Walaupun harga barang
tiruan lebih murah berbanding dengan harga barang original,namun kualiti perlu dititikberatkan terlebih
dahulu supaya tidak berlakunya kerugian. ( PIYA )

Sebagai kesimpulannya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan wujudnya produk tiruan.Hal ini
juga telah memberikan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara.Pihak berkuasa hendaklah
mengadakan kempen secara besar-besaran tentang keburukan dan kesan produk tiruan kepada
masyarakat terutamanya peniaga-peniaga.Hal ini demikian kerana, sekiranya masalah produk tiruan
tidak diatasi, kebajikan masyarakat dan negara akan terjejas.Oleh hal yang demikian, jika perkara ini
dapat dibendung, masyarakat dan negara akan bebas daripada pelbagai masalah. ( HAIRINA )