Anda di halaman 1dari 6

Undang-undang Perniagaan

1. PENGENALAN

1.1 DEFINISI AKTA KONTRAK 1950

Takrif mengikut AK 1950 adalah:

Seksyen 2(h)-“ Sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oelh undang undang adalah
kontrak.

Merujuk kepada seksyen 10(1) yang memperuntukkan bahawa “ semua perjanjian adalah kontrak
jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk suatu balasan yang sah,
dan dengan sesuatu tujuan yang sah; dan tidak ditetapkan dengan nyata mengikut peruntukan Akta ini
bahawa ianya batal”.

Seksyen 10(2) – Tiada sesuatu yang terkandung dalam Ordinan ini boleh menyentuh mana-mana
undang-undang yang berkuatkuasa di Persekutuan yang menetapkan bahawa mana-mana kontrak
mestilah dibuat secara bertulis atau di hadapan saksi, atau mana-mana undang-undang mengenai
pendaftaran dokumen-dokumen.

2. ELEMEN ELEMEN KONTRAK

2.1 TAWARAN

Istilah tawaran juga dirujuk sebagai cadangan. Ia ditakrifkan mengikut Seksyen 2(a) AK 1950 – “apabila
seseorang menyatakan kesediaan kepada seorang yang lain untuk melakukan atau menahan diri
daripada berbuat sesuatu itu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan”.

Cadangan atau perjanjian yang dibuat oleh pembuat yawaran kepada penerima untuk melakukan
sesuatu atau menahan diri daripada melakukan sesuatu. Tawaran mesti jelas, lengkap dan muktamad.
Penerima tawaran mesti disebutkan sama ada individu atau sekumpulan individu atau umum.

Contohnya tawaran untuk mencari kucing yang hilang. Manakala pelawaan tawaran seperti: membeli
barangan yang di lelong atau iklan.

2.2 PENERIMAAN
Akta 1950 mentakrifkan penerimaan mengikut Seksyen 2(b) AK 1950 sebagai: “apabila orang kepada
siapa tawaran itu dibuat menyatakan persetujuan dengan tawaran berkenaan diterima: sesuatu tawaran
bila diterima, adalah menepati janji”.

Suatu menerima cadangan daripada pihak yang membuat tawaran. Penerimaan mestilah jelas, tepat
dan muktamad. Dibuat secara biasa dan munasabah melainkan jika tawaran menetapkan cara
penerimaan. Ia juga mesti dikomunikasikan dan dibuat dalam jangka masa yang munasabah dan
dianggap lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya.

2.3 BALASAN

Seksyen 2(d) AK 1950: “menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang
telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, atau memi membuat sesuatubuat atau
menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut
balasan untuk janji itu”.

Unsur-unsur balasan:

2.3.1 Timbal balik

2.3.2 Balasan lampau adalah sah

2.3.3 Balasan tidak semestinya berpadanan

2.3.4 Mesti sah disisi undang-undang

2.3.5 Balasan tidak semestinya dating daripada penerima janji

2.4 NIAT

Elemen niat ini ialah sesuatu yang perlu ditentukan oleh mahkamah sebagai wujud sebelum
memutuskan kewujudan kontrak yang mengikat.

Mengikut undang-undang Inggeris, perjanjian tidak akan membentuk kontrak yang mengikat melainkan
pihak yang terbabit dengan perjanjian berkenaan mempunyai niat untuk menjalinkan ikatan di sisi
undang-undang. Ini diputuskan dalam kes Weeks lwn Tybald(1605)

2.5 KETENTUAN

Seksyen 30 AK 1950 memperuntukkan:

“Perjanjian-perjanjian yang mana maknanya tidak boleh ditentukan, adalah batal”.


Sesuatu kontrak yang sah mestilah mengandungi peruntukan yang nyata dan tentu atau tidak samar-
samar.

Contohnya ; Keputusan mahkamah dalam kes Karuppan Chetty lwn Suah Thian(1916). Tidak ada
ketentuan di sini apabila pihak berkontrak bersetuju memajak tanah dengan harga RM35 sebulan ‘
seberapa dia suka’. Mahkamah memutuskan kontarak batal.

2.6 KEUPAYAAN BERKONTRAK

Seksyen 10 AK 1950 memperuntukkan:

(1) Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak
membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah; dan tidak
ditetapkan dengan nyata mengikut peruntukan ordinan ini bahawa ianya batal.

Seksyen 11 memperuntukkan “ setiap orang adalah layak membuat kontrak sekiranya ia dewasa
menurut undang-undang yang mana ia tertakluk, dan sekiranya ia berakal sempurna, dan tidak hilang
kelayakkan untuk membuat kontrak menurut mana-mana undang-undang yang mana ia tertakluk.

3. FAKTOR FAKTOR MEMBATALKAN KONTRAK 1950

Seksyen 2(g) memperuntukan:

“sesuatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah batal”.

Apabila sesuatu kontrak batal, ia bermakna bahawa tidak wujud tanggungjawab sama sekali bagi
pihak yang berkontrak untuk melaksanakan kontrak. Kontrak berkenaan adalah tidak sah dari awal lagi
dan tiada hak dan tidak bertanggungjawab mengikut kontrak sedemikian. Antaranya adalah;

3.1 Perjanjian Menyalahi Undang-undang

Seksyen 24(a) AK 1950 – Ini bermaksud perjanjian yang dipersetujui oleh pihak berkontrak secara jelas
bercanggah dengan peruntukkan sebarang undang-undang. Apabila terdapat percanggahan, maka
perjanjian sedemikian adalah batal kerana dilarang oleh undang-undang.

Dalam kes Govindji & Co. lwn Soon Hin Huat (1982), seseorang pembeli tidak berdaftar telah
menandatangani kontrak membeli kelapa kering dan ini bertentangan dengan peraturan yang dibuat
mengikut Federal Agricultural Marketing Authority Act 1965. Mahkamah memutuskan kontral batal
kerana bertentangan dengan undang-undang.

Seksyen 24(b) – Ini merujuk kepada kontrak yang ditandatangi tetapi tidak dengan nyata melanggar
peruntukan undang-undang. Sebaliknya, undang-undang Cuma melarang perjanjian atau kontrak
berkenaan secara implikasi, iaitu dengan mengenakan denda atau hukuman jika terdapat pelanggaran.

Contohnya, sesuatu undang-undang membenarkan sesuatu kontrak ditandatangani pada masa ia


melarang kontrak dibuat oleh orang yang tidak mempunyai lessen atau permit.
Seksyen 24 (c) AK 1950 – Perjanjian yang balasan atau tujuannya bersifat penipuan adalah menyalahi
undang-undang. Contohnya satu perjanjian untuk membahagikan habuan yang diperoleh secara tipu
daya adalah batal.

Seksyen 24 (d) AK 1950 - Perenggan (d) ini digunakan untuk diri atau harta orang lain. Atas prinsip ini,
jika dua pihak bersetuju untuk memusnahkan rumah pihak ketiga dengan bayaran dari seorang lain,
maka perjanjian ini batal berdasarkan perenggan (d).

Dalam kes Syed Ahamed bin Mohamed Alhabshee lwn Puteh binti Sabtu (1992), defenden bersetuju
menjual harta kepada plaintif yang yang melibatkan kepentingan seorang kanak-kanak. Urusan ini
merugikan kanak-kanak tersebut dan telah dibatalkan oleh mahkamah.

Seksyen 24 (e) AK 1950;

i) Perjanjian yang Tidak Bermoral

Dalam kes Pearce lwn Brooks (1986), plaintif syarikat pembuat kereta menyewakan kepada seorang
pelacur (defenden) kereta kudanya untuk digunakan dalam kegiatan pelacuran. Defendan gagal
menjelaskan bayaran sewaan dan plaintif mengambil tindakan untuk mendapatkan kembali wangnya.
Mahkamah memutuskan plaintif tidak berjaya untuk mendapatkan kembali wang sewaan daripada
defendan, kerana perjanjian yang dibuat bertentangan dengan undang-undang dan tidak bermoral.

ii) Perjanjian yang Bertentangan dengan Muslihat Awam

Menurut penulis seperti Wu Min Aun dan Beatrix Vohrah, perjanjian yang bertentangan dengan
muslihat awam ialah perjanjian yang membawa mudarat kepada masyarakat.

Mahkamah mengambil pendirian yang sama dengan mahkamah Inggeris walaupun memiliki kuasa budi
bicara, iaitu doktrin muslihat awam tidak akan diluaskan untuk meliputi kes-kes selain daripada yang
telah diputuskan sebagai termasuk doktrin.

1.2 Perjanjian Menghalang Perdagangan

Mengikut AK 1950 Seksyen 28 memperuntukan:

“setiap perjanjian dengan mana seseorang dihalang dari menjalankan profesyen, atau tred atau apa-
apa perniagaan yang sah adalah adalah batal setakat itu”.

Seksyen 28 ini menjelaskan bahawa sesuatau kontrak yang mengandungi sekatan adalah batal, tidak kira
setakat mana sekatan berkenaan dilakukan walaupun ia munasabah. Walau bagaimanapun, sekatan
tidak akan membatalkan keseluruhan kontrak. Ini bermaksud bahagian kontrak yang tidak mengandungi
sekatan adalah sah dan boleh dikuatkuasakan.

Contohnya kes Wringgleswoth lwn Anthony Wilson (1964). Dalam kes ini, suatu perjanjian telah dibuat
di antara plaintif dengan defenden yang menghalang defenden daripada menjalankan perniagaan
sebagai peguam bela dan peguam cara dalam lingkungan 5 batu dari Kota Bharu, dalam tempoh 2 tahun
selepas tamat perjanjian perkhidmatanya dengan majikan. Plaintif memohon injuksi untuk menyekat
defenden. Mahkamah memutuskan halangan ini adalah batal secara mutlak mengikut Seksyen 28 AK
1950.

1.3 Perjanjian Menghalang Tindakan Undang-undang


Seksyen 29 AK 1950 memperuntukan:

“Setiap perjanjian, dengan mana sesuatu pihak perjanjian berkenaan dihalang dari menguatkuasakan
hak-haknya secara mutlak mengikut atau mengenai mana-mana kontrak, dengan tindakan lazim di sisi
undang-undang di hadapan tribunal biasa, atau yang menghadkan masa dalam mana ia boleh
menguatkuasan hak-haknya, adalah batal setakat itu”.

Dalan kes Corporation Royal Exchange lwn Teck Guan(1912), satu fasal dalam polisi insurans kebakaran
memperuntukan bahawa sekiranya tuntutan telah dibuat dan ditolak oleh syarikat insurans, tindakan
guaman harus dibuat dalam tempoh 3 bulan selepas penolakan tersebut dan kegagalan akan
mengenepikan segala manfaat mengikut polisi.

Mahkaman memutuskan bahawa masa yang diberikan untuk membuat tuntutan adalah kurang dari
masa diperuntukan mengikut Akta Had Masa dan dengan itu fasal ini bertentangan dengan Seksyen 29
dan ia adalah batal.

Walaubagaimanapun, tiga pengecualian kepada prinsip am yang mengekalkan kontrak sebagai sah
walaupun terdapat sekatan. Pengecualian 1 dan 2 memperuntukan tentang timbangtara dan sebarang
perjanjian yang meletakkan syarat rujukan kepada timbangtara masalah yang akan timbul dan yang
telah timbul berkaitan kontrak adalah sah. Ini adalah keputusan daripada kes Inggeris, iaitu Scott lwn
Avery (1836).

Walaubagaimanapun, kontrak tidak boleh mengenepikan terus hak satu pihak untuk merujuk keputusan
timbangtara ke mahkamah. Sekiranya kontrak mengatakan keputusan timbang tara adalah muktamad
dan tidak boleh dirayu di sebarang mahkamah, maka kontrak berkenaan batal setakat halangan. Ini
diputuskan dalam kes Joshi lwn United Indian Association (1936).

Ini bermakna semua pihak berkontrak boleh bersetuju untuk menggunakan timbang tara terlebih dahulu
sebelum award timbangtara dirayu di mahkamah.

2. CADANGAN

Malaysia dipengaruhi oleh British selama beberapa tahun. Justeru, itu tidak hairanlah mengapa
pengaruh undang-undang Inggeris begitu kuat mempengaruhi undang-undang negara kita sekarang,
walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan lebih lima puluh tahun. Ini kerana Akta 1950
merupakan akta induk yang menguatkuasakan perhubungan kontrak masyarakat Malaysia. Sebagai
suatu Akta yang disifatkan sebagai landasan kepada semua jenis kontrak, elemen-elemen asas kontrak
yang menjadikan ianya sah telah diperuntukan oleh Akta.. Sememangnya ianya amat rasional diguna-
pakai di dalam Malaysia . Ini kerana impaknya sekiranya kontrak itu batal, maka semua gantirugi atau
pampasan tidak akan dapat diperolehi.

Akan begitu terdapat juga pengecualian kepada Prinsip Am terserbut dan telah dibuat pindaan.
Antaranya:

i) Kontrak keperluan hidup


Seksyen 2 AK 1950 (Pindaan) 1976 memperuntukkan:

Perjanjian biasiswa telah ditakrifkan sebagai sebuah kontrak atau perjanjian antara pihak berkuasa yang
berkenaan dan mana-mana pihak,berhubungan dengan sebarang biasiswa, penganugerahan,
dermasiswa, pwruntukan untuk cuti dengan atau tanpa gaji, atau kemudahan yang lain untuk tujuan
pendidikan, atau ilmu pengetahuan. Pindaan diperlukan dengan pelajar yang rata-ratanya masih belum
mencapai umur dewasa. Untuk mengelakkan pelajar mempertikaikan kesahan kontrak biasiswa untuk
melarikan diri dari pembayaran balik atau ikatan kontrak, maka pindaan dibuat dan keadaan sekarang
adalah jelas, iaitu untuk kontrak biasiswa, ia sah walaupun dibuat oleh seorang remaja.

Dalam kes Gurcharan Singh, mahkamah terpaksa mengkategorikan pelajaran sebagai kepaerluan hidup
untuk mengesahkan kontrak dan seterusnya membenarkan pihak kerajaan menuntut ganti rugi akibat
kemungkiran kontrak remaja berikut.

Dalam kes ini, plaintif telah mendakwa defenden pertama sebagai penjanji dan defenden kedua dan
ketiga sebagai penjamin untuk kemungkiran kontrak. Tuntutan berjumlah RM11,500, iaitu jumlah yang
dikatakan sebagai perbelanjaan yang dikeluarkan untuk pendidikan defendan pertama. Pada masa
kontrak dibuat, defenden pertama ialah seorang remaja. Mahkamah memutuskan bahawa kontral itu
batal. Akan tetapi memandangkan pendidikan ialah kepaerluan hidup, defenden pertama boleh
diarahkan untuk membayar kembali jumlah yang telah dibelanjakan untuk pendidikannya.

ii) Kontrak biasiswa

Seksyen 4(a) AK 1950 (Pindaan) memperuntukan:

“Walaupun apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta Induk, tiada perjanjian biasiswa boleh
menjadi tak sah atas alas an bahawa siswa yang membuat perjanjian berknaan belum berumur dewasa”.

Dengan pindaan ini, apabila sesuatu biasiswa diberikan dan perjanjian ditandatangani, maka ia sah
walaupun pihak yang lain ialah seorang remaja. Peruntukan ini dikuatkuasakan ke belakang dan ia
bertindak mengesahkan kontrak biasiswa yang telah wujud sebelum pindaan dibuat terhadap akta.

Walau bagaimanapun, akta kontrak 1950 ini juga boleh dipinda dan ditambah baik dengan
mengaplikasikan akta undang-undang islam yang sesuai. Agar dapat diterima pakai oleh variasi agama di
Malaysia. Ini kerana hubungan kontrak boleh berlaku dengan baik dan berkesan melalui tukaran dan
gantian itu mempunyai pelbagai bentuk dan cara seperti dalam teori kontrak. Teori inilah yang akan
menentukan prinsip-prinsip perhubungan atau ikatan, kebebasan mengurus dan bertindak soal yang
berkaitan dengan pertukaran barangan dan manfaat, dilaksanakan secara tertib, baik dan mendapat
kepuasan semua pihak.

3. KESIMPULAN

Tuntasnya, kontrak merupakan keperluan yang amat penting dalam kehidupan manusia.
Kepentingannya dapat dilihat dalam segenap bidang transaksi dan hubungan. Dengannya akan terjalin
ikatan perjanjian di antara seseorang dengan yang lainnya dalam pelbagai urusan, terutama yang
berkaitan dengan transaksi perniagaan dan perdaganagn. Sejarah telah menunjukkan bahawa kejayaan
peradaban manusia adalah terbina di atas landasan hubungan atau perjanjian yang kukuh yang boleh
menyimpul dan menghurai sesuatu keperluan dengan baik, teratur dan berdisplin.

Anda mungkin juga menyukai