Anda di halaman 1dari 6

http://asst5.blogspot.my/p/maksud-dan-ciri-ciri-ajaran-sesat.

html

Berikut adalah ciri-ciri yang ada pada Ajaran Syiah :

1. Mereka tidak membasuh dalam wuduk tetapi hanya menyapu di atas kaki seperti memakai
khuf( kasut kulit).

2. Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan ke bawah (sisi) tanpa meletakkan tangan di atas
pusat.

3. Kebanyakkan pengikut syiah akan membawa At-Turbah (sejenis batu yang dijadikan sebagai
tempat sujud).

4. Pengikut syiah tidak akan mengakhiri solatnya dengan salam tetapi mereka akan memukul
kedua pehanya beberapa kali.

5. Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka, harus menjamakkan solat
zohor-ansar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir.

6. Menghalalkan nikah mutaah.

7. Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi saw dan isteri-isteri Nabi saw.

8. Mencela imam-imam sunnah 4 mazhab seperti Imam Hanafi,Maliki,Syafie, dan Hanbali dan
imam-imam hadis yang lain seperti Imam Bukhari dan Muslim.

9. Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap, sepatutnya 2 kali ganda lebih tebal
daripada al-Quran yang ada sekarang.

10. Mengatakan Saidina Ali ra lebih layak menjadi khalifah daripada Saidina Abu Bakar,Saidina Umar
dan Saidina Uthman.

11. Seorang syiah tidak boleh boleh diberikan nama atau dipanggil dengan nama Abu
Bakar,Umar,Uthman,Muawiyah dan Aisyah.

12. Beriktikad Imam-Imam 12 mereka adalah maksum (bebas daripada dosa besar dan dosa kecil).
Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan kedudukan imam-imam 12 adalah
setara bahkan ada yang mengatakan lebih tinggi dari kedudukan para Nabi dan Malaikat yang
paling hampir dengan Allah.

13. Mengaku sebagai pengikut ahli bait Nabi.

14. Rukun islam pertama : mengucap dua kalimah syahadah tetapi bagi fahaman syiah adalah
walayah (imam 12) . Oleh itu jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam
12 maka jatuh kafir.
15. Kain kafan mayat mereka bertulis.

16. Membaca talqin tetapi dengan menyebut imam-imam 12.

17. Meletakkan gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah . Biasanya di dalam bilik.

18. Suami halal meliwat isteri.

19. Harus taqiah (boleh menipu,berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.

20. Mereka tidak ada solat terawih. Jika ada orang syiah berterawih adalah bertujuan bertaqiah.

21. Mereka lebih banyak menyebut kalimah Imam-Imam mereka daripada menyebut kalimah Allah
ketika mereka ditimpa musibah.

22. Orang syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di
hari tersebut.

23. Setiap kali menyambut hari peringatan seperti hari memperingati terbunuhnya Saidina Ali bin
Abi Talib dan peringatan terbunuhnya Saidina Hussien bin Abi Talib , pengikut syiah akan
melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah
yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut
tempat. Di negara teluk mereka memukul-mukul badan mereka dengan tangan kosong, tetapi di
Pakistan dan Lebanon mereka akan mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang atau
belati untuk menumpahkan darah atau melukai anggota badan. Di tempat lain ada yang
memukul badan dengan rantai.

Ciri-Ciri[sunting | sunting sumber]

Pegangan Al-Arqam adalah berpunca dari pengajaran Ashaari Muhammad dan pegangan pengikut-
pengikutnya terhadap Aurad Muhammadiah yang diantara lain memberi ajaran dan fahaman seperti
berikut: [3]

 Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpa Rasulullah saw


dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda Rasulullah saw di
dalam Kaabah.

 Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula sebagai Imam
Mahdi.

 Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw dan meletakkan setaraf dengan
Khulafa' Al-Rasyidin.

 Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah)
selain melalui mimpi. Mereka datang k untuk mengesahkan sesuatu yang diperlukan oleh
pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya mengenali siapa yang taat dan siapa yang tidak taat
kepada Al-Arqam dan pemimpinnya.

 Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang menolong apabila diseru
namanya.

 Ashaari Muhammad dipercayai, selain seorang yang soleh, wali yang mempunyai karamah,
adalah seorang Mujaddid akhir zaman .

 Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun dengan keturunan
Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi.[4]

Berikut adalah antara cirri-ciri ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah:

4.1 Imam Adalah Maksum

Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari
peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada
iktiqad mereka Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha
al-Muzaffar, hal 72.

4.2 Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati

Golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan menghidupkan semula orang-orang yang
telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahadi untuk menghukum orang-orang yang telah
melakukan kezaliman seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah, Muawiah dan lain-lain
lagi.

Fakta ini dijelaskan dalam kertas Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al- Muzaffar, hal 83

4.3 Berpura-Pura
Mengikut aqidah Syiah, al-Taqqiyah ialah menunjukkan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau
harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini
diamalkan dalam setiap perkara kecuali dalam masaalah arak dan menyapu khuf. Perkara ini dijelaskan
dalam buku Al-Usul Min Al-Kafi juz 2 oleh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak al-Khulaini al-
Razi. Hal

4.4 Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan

Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan
dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Al-Usul Min
Al-Kafi oleh Al Khulaini. Jld.1.Hal. 197

4.5 Menghalalkan Nikah Mut’ah

Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mut’ah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Man La Yahduruhu Al-
Faqih oleh Abu Jaafar Muhammad bin Ali bin Hussain Bahawiah Al-Qanuni. Juzu’ 1 hal 358

4.6 Menambah Syahadah

Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W.
Perkara ini dinyatakan didalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Khulaini, Juzu’1, hal 441

4.7 Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadis Mutawatir.

Golongan Syiah juga menolak semua hadis yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah
walaupun hadis itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada hadis yang
diriwayatkan oleh Ahli Bait sahaja. Pegangan ini disebut dalam buku Aslu Al Syiah Wa Usuluha oleh
Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita’, hal 149

4.8 Menolak Ijmak Ulama’


Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak Ulama’ buktinya mereka menolak perlantikan Khalifah Abu
Bakar, Umar dan Uthman. Malah mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana
ijmak pada mereka adalah kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini
dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam
Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 51

4.9 Menolak Qias

Golongan Syiah juga menolak Qias kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini
dinyatakan dalam kitab Aslu al- Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita’, hal
149:

4.10 Mengubah ayat al-Quran

Dipercayai Syiah telah menambah beberapa ayat dalam al-Quran yang bukan dari ayat Al-Quran
sebenar. Sila rujuk: m_syiq@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

4.11 Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam

Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan mnyeksa tubuh badan sempena 10 Muharam
bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-
Sira’, Baina al-Syiah wa al-Tasyayu’, oleh Doktor Musa al-Musawi. Hal 98:

4.12 Menghina Isteri-Isteri Nabi.

Golongan Syiah juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Tuhfah al-‘Awam
Maqbul oleh Syed Manzur Husain, hal 330
4.13 Mengharuskan Jama’ Sembahyang Dalam Semua Keadaan

Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar,
Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini
dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab diantara Nas dan
Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hilliyyah terjemahan Prof Madya Dr.Lutpi Ibrahim(thn.
1993) hal. 36:

Ja’fari: harus menjamakkan diantara sembahyang Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di dalam
musafir ataupun hadir tanpa sebab

4.14 Sembahyang Duha Adalah Bid’ah.

Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara
Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi
Ibrahim. Hal 31 :

Ja’fari : sembahyang Duha adalah bid’ah. Para imam mazhab empat ianya sunat. Lantaran itu mereka
menyalahi sunnah Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh al-Humaidi dalam al-Jami’ Baina al-Sahihain
daripada Marwan al-‘Ajali, dia berkata: aku berkata kepada Ibn Umar “anda mengerjakan sembahyang
Duha? Dia menjawab: “tidak”. Akupun bertanya lagi, Abu Bakr? Dia menjawab: “tidak”. Humaidi pula
meriwayatkan dari Aisyah di dalam Musnad Aisyah, dia berkata sesungguhnya Nabi S.A.W tidak pernah
mengerjakan sembahyang Duha. Abdullah b. Umar juga berkata, “Sembahyang Duha adalah bid’ah dari
segala bid’ah

Anda mungkin juga menyukai