Anda di halaman 1dari 9

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Maharat al- Quran


Tarikh : 28 April 2019 (Ahad)
Kelas : Tingkatan 2
Bilangan Pelajar : 28 orang
Umur : 14 tahun
Masa : 30 minit
Bidang : Tajwid Al-Quran
Standard Kandungan : 3.2 Ahkam Mim Sakinah
Standard Pembelajaran : 3.2.1 Takrif Mim Sakinah
3.2.2 Ahkam Mim Sakinah
3.2.3 Ikhfa’ Syafawi
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar biasa mendengar perkataan Mim Sakinah dalam pelajaran yang lalu
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pelajaran pelajar-pelajar akan dapat:
Aras 1: menyatakan Ahkam Mim Sakinah
Aras 2: menyatakan Takrif Mim Sakinah
Aras 3: menyatakan takrif Ikhfa’ Syafawi serta hukum bacaannya
Bahan Bantu Belajar : Laptop, LCD, video, papan putih, buku tulis dan kertas A4
Rujukan / Sumber : i. Buku Teks Maharat Al-Quran Tingkatan 2
ii. Buku Ilmu Tajwid Cara Mudah dan Berkesan
Penerapan Nilai : Cara bacaan yang tepat, keseronokan membaca alQuran
Gabung Jalinan : Khat nasakh. Cara penulisan huruf Mim menggunakan khat nasakh

Langkah/ Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Catatan

1
Masa
- Memastikan semua pelajar berada di dalam sedia,
Pendahuluan - Membaca doa menuntut ilmu bersih dan tenang Nilai : taat
(2 minit) - Mengucap dua kalimah syahadah - Seorang pelajar lelaki membacakan doa Bahan : -
- Semua pelajar duduk dalam keadaan tertib dan Kaedah : Menghafal
mengaminkan doa yang dibaca bersama guru

Set Induksi - Guru membaling 3 origami kapal terbang yang Nilai : taat
(3 minit) mengandu ke arah murid-murid Bahan : Kertas berwarna
- Murid-murid yang mendapat kapal terbang Kaedah : Bersoal jawab
membuka origami tersebut Strategi : Berpusatkan bahan
- Kemudian, murid memberitahu kepada rakan-rakan
isi kandungan di dalam origami tersebut
- Guru membaling origami kapal - Contoh soalan:
terbng kepada murid-murid  Apakah huruf yang terdapat di dalam kapal
terbang ini? Jawapan murid : Huruf mim (Kemahiran Set Induksi)
sakinah
 Apakah huruf yang selain mim sakinah?
Jawapan murid: Huruf ba berbaris (mutaharikah)
 Apakah kaitan Mim sakinah dengan huruf ba?
Jawapan murid : Hukum ikhfa’ syafawi

Langkah 1 - Menyebut maksud Mim Sakinah - Guru menayangkan video penerangan tentang Mim Nilai : Bersungguh-sungguh
Persediaan - Menyebut contoh Mim Sakinah sakinah Bahan : Video hukum mim
(3 minit) - Guru menyuruh murid membaca pengertian Mim sakinah
Sakinah Kaedah : Syarahan
- Murid melihat dan membaca kandungan slaid
Strategi : Berpusatkan bahan
secara berkumpulan dan individu
Pendekatan : tematik

(Kemahiran Penggunaan
2
BBM)

- Menyenaraikan hukum-hukum 1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang bilangan Nilai : Beri tumpuan
Langkah 2 Mim sakinah hukum Mim Sakinah Bahan : Slaid
Fasa Aplikasi - Menyebut pengertian ikhfa’ Kaedah : Menunjukkan kad
(5 minit) syafawi Jawapan: gambar dan bersoal jawab
- Menyebut huruf Ikhfa’ Syafawi Ada 3 hukum berkaitan dengan Mim Sakinah
Kad gambar: huruf Mim dan
2. Guru menyebut tentang 3 hukum-hukum yang Ba
berkait dengan Mim Sakinah iaitu, Ikhfa’ Syafawi, (Kemahiran Penerangan)
Izhar Syafawi dan Idgham Syafawi.
Teori : Kognitif
3. Guru menyebut pengertian Ikhfa’ Syafawi. Model : Pemerosesan
maklumat
4. Guru menerangkan tentang huruf Ikhfa’ Syafawi. Strategi : berpusatkan guru
Kaedah : penyelesaian
masalah
1. Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan.
Langkah 3 - Menyebut sebab Ikhfa’ Syafawi 2. Guru mengarahkan murid melukis gambar makhraj Nilai : Bekerjasama dan
Fasa huruf di papan putih iaitu makhraj syafawi (dua bersemangat
Perkembangan bibir). Bahan : papan putih, marker
(5 minit) 3. Kemudian Guru mengarahkan wakil murid dari pen
setiap kumpulan menandakan tempat keluar huruf Kaedah : Perbincangan dalam
mim dan huruf ba. kumpulan dan penyelesaian
4. Guru menyatakan sebab ikhfa’ syafawi ialah masalah
pertemuan huruf Mim dan huruf Ba yang keluar Strategi : berasaskan sumber
daripada makhraj yang sama.
iaitu makhraj dua bibir.
(Kemahiran Penerangan)
- Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan Nilai :
Langkah 4 - Menerangkan hukum Ikhfa’ kecil keberanian
Fasa Syafawi dan contoh-contohnya - Guru meminta murid duduk dalam kumpulan Bahan: Video hukum Ikhfa’
3
Tindakan masing-masing berbincang tentang hukum Ikhfa’ Syafawi
(5 minit) Syafawi Strategi : berpusatkan murid
- Guru membimbing kumpulan perbincangan supaya
murid dapat menyelesaikan masalah. Kaedah : perbincangan
- Ketua kumpulan dipanggil ke depan untuk
memberitahu tentang hukum ikhfa’ Syafawi. (Kemahiran Demonstrasi)
Kaedah penyoalan: Cara-cara:
Langkah 5 1. Menggunakan quizziz bertanya 1. Guru menyediakan set soalan secara online melalui Nilai : Disiplin
Fasa kepada pelajar berkenaan hukum Mim quizziz. Alatan :
Penyoalan Sakinah. 2. Murid menjawab soalan secara atas talian dan guru 1. Chromebook
(5 minit) mempamerkan jawapan yang betul dan tepat. 2. LCD
3. Guru memberikan penghargaan dan pujian kepada
Strategi : berasaskan sumber
murid yang berjaya menjawab dengan betul
Kaedah : penyelesaian
masalah
(Kemahiran Penggunaan
BBM)
Rumusan : - Menyebut tentang Hukum-hukum Mim Sakinah.
Penutup - Menyebut tentang maksud Mim - Menyebut tentang Ikhfa’ Syafawi dan contoh-contoh Nilai murni : Memberi
(2 minit) Sakinah dan hukum-hukum Mim ayat yang mengandungi hukum Ikhfa’ Syafawi. perhatian
Sakinah
(Kemahiran Penutup)

4
Refleksi / a. Kekuatan:
Catatan 1.

2.

3.

b. Kelemahan:
1.

2.

3.

Justifikasi pemilihan teori / model / pendekatan / strategi / kaedah & teknik pengajaran:

Pada langkah pendahuluan saya menggunakan teori humanistic Abraham Maslow, di mana saya memastikan murid-murid bersedia untuk
memulakan sesi pembelajaran. Sebelum memulakan sesi PDPc saya memastikan pelajar berada dalam keadaan selesa dan membaca doa
belajar. Dalam Teori Humanistik, beberapa andaian telah dibuat. Antara andaian yang telah dibuat ialah manusia mempunyai keperluan dan
keperluan asas. Sekiranya keperluan dan keperluan asas dipenuhi sepenuhnya maka secara langsung individu dapat memotivasikan individu
sendiri ke peringkat yang lebih tinggi iaitu mencapai tahap kesempurnaan diri. Ini disokong oleh hierarki keperluan mengikut Maslow (1984)
5
yang menyatakan bahawa jika keperluan psikologi tidak dipenuhi oleh individu maka jiwa seseorang tersebut akan terganggu dan tidak
tenteram.Sepanjang proses pembelajaran, Teori Humanistik ini menekan kepada pelajar, berpusat kepada pelajar dan pelajar diibaratkan
sebagai klien. Dalam keadaan ini, konsep ini sangat penting kerana ia menceritakan tentang beberapa aspek iaitu dari segi nilai manusia, hak
individu, tindakan diri dan harga diri dalam menentukan sesuatu tindakan yang diambil.

Dalam set induksi, saya menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme. Teori konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan. Murid-
murid akan sentiasa membina pengetahuan sendiri berasaskan pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengalaman baharu. Saya
memeilih Teori konstruktivisme ini adalah kerana ia berkaitan dengan pengajaran yang berdasarkan kepada penyelidikan dan pengalaman.
Pembelajaran terbina daripada hasil pencatuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Proses pembelajaran di bawah teori ini juga
menggalakan pelajar berkomunikasi dengan bahan untuk mendapatkan jawapan. Murid di beri peluang meneroka sepuas-puasnya dan
mendapatkan jawapan serta kesimpulan sendiri.

Di dalam langkah 1, saya menggunakan Model pengajaran behaviorisme di mana saya menggunakan pengajaran langsung. Pengajaran
langsung merupakan satu pendekatan untuk pengajaran kemahiran-kemahiran asas, di mana pelajaran terarah matlamat dan persekitaran
adalah berstruktur. Sekiranya pengajaran langsung digunakan dengan bijak, strategi pengajaran secara terus atau langsung membolehkan
guru menyampaikan ilmu pengetahuan atau maklumat yang kompleks mengikut tahap keupayaan murid. Melalui strategi ini juga guru akan
berupaya untuk menyampaikan maklumat yang tidak sedia ada (not readily available) untuk membolehkan murid mengaksesnya walau dengan
apa cara pun. Ia juga merupakan strategi pengajaran yang baik untuk membolehkan guru meningkatkan keghairahan murid untuk mata
pelajaran berkenaan serta meningkatkan minat murid. Guru boleh menggunakan strategi pengajaran secara terus / langsung untuk
membolehkan murid menunpukan perhatian kepada isi kandungan pelajaran yang relevan agar dapat membantu murid mengaitkan maklumat
baru dengan maklumat sedia ada atau dengan pengalaman lalu. Dalam proses pengajaran langsung saya menggunakan video berkenaan mim
sakinah untuk menarik minat pelajar. Murid dimaklumkan tentang matlamat pembelajaran iaitu memahami tajuk Ahkam Mim Sakinah.

Seterusnya, di dalam langkah 2 saya menggunakan Model Pemrosesan Maklumat. Model ini memberikan maklumat pengajaran daripada slaid
yang dipaparkan. Kemudian, murid-murid menyimpan maklumat baharu yang akan menjadi ingatan seterusnya menjadi output melalui proses
retrieval. Saya menggunakan kemahiran menerang di dalam langkah ini. Kemahiran menerang dengan menggunakan ilustrasi seperti yang
saya lakukan di mana saya menulis huruf mim sakinah dan huruf-huruf hijaiyah yang lain dapat menyampaikan maklumat, konsep atau idea
kepada murid-murid. Antara komponen-komponen menerang ialah semasa arahan permulaan guru harus membangkiatkan kesediaan murid,
dan mengekalkan perhatian murid untuk belajar. Arahan guru juga perlu jelasm ringkas dan tepat. Selain itu, bagi kemahiran ilustrasi menerang
guru perlu menggunakan contoh atau sumber pelajaran yang mencukupi, jelas, sesuai dan menarik. Guru juga perlu cekap dalam mengurus

6
contoh atau sumber. Dalam penyususnan idea pula, guru seharusnya mengembangkan idea secara teratur, Berjaya menggunakan variasi
rangsangan serta menerang dengan jelas dan tepat seiring dengan isi pelajaran. Untuk penutup kemahiran menerang pulam guru perlu
menyatakan isi-isi penting pelajaran secara teratur serta menyatakan penutup dengan teratur dan jelas. Saya juga menggunakan strategi
berpusatkan guru di mana komunikasi yang berlaku adalah komunikasi sehala. Guru juga berperanan utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Sebab utama saya menggunakan strategi ini adalah kerana topik yang ingin saya sampaikan merupakan topik penting, jadi guru
lah yang perlu menyampaikan pengajaran tersebut untuk memastikan pelajar memahami dengan baik.

Di dalam langkah 3 pula, saya menggunakan strategi berpusatkan sumber. Di mana saya menggunakan sumber sebagai bahan bantuan
mengajar. Strategi berasaskan sumber atau bahan bermaksud guru menggunakan banyak bahan seperti buku, blok-blok binaanm bahan
lukisan, peralatan saintifik, computer, pusat sumber, bilik akses dan sebagainya. Di dalam langkah ini saya menggunakan slaid dan kad
bergambar. Sterategi ini dapat menarik perhatian murid kerana pembelajaran bukan hanya berpusatkan guru.

Selain itu, di dalam langkah 4 pula saya menggunakan kaedah perbincangan. Saya menggunakan kaedah perbincangan kerana saya
berpendapat bahawa perbincangan dapat meningkatkan pemikiran dan membantu murid membina kefahaman kandungan, merangsang
penglibatan murid serta membantu murid dalam kemahiran komunikasi. Saya juga menggunakan strategi berpusatkan murid, di mana murid
mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk menjalankan pengajaran. Sterategi ini dapat menggalakkan murid untuk lebih bertanggungjawab
dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami cara untuk belajar. Apabila guru menggunakan strategi pemusatan murid guru dan
murid berkongsi fokus.

Seterusnya, di dalam langkah 5 saya menggunakan kaedah penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah merujuk suatu proses pembelajaran
inkuiri. Penyelesaian masalah membolehkan murid mencari jawapan untuk soalan yang relevan kepada mereka. Di dalam langkah ini, saya
menggunakan Quizziz sebagi bahan bantuan pengajajaran saya. Saya menggunakan strategi berasaskan sumber iaitu Quizziz di mana para
pelajar menjawap soalan-soalan berkaitan Ahkam Mim Sakinah dan Ikhfa’ Syafawi di dalam Frog VLE. Selepas pelajar mendapat
pengetahuan baru saya ingin menilai kefahaman murid-murid melalui Quizziz.

Di dalam penutup, saya mengulang semula isi-isi penting mengenai topik pengajaran dan pembelajaran saya. Ini untuk peneguhan ingatan
murid-murid saya agar dapat menyimpan input baharu yang dipelajari. Kemudian, saya membuat rumusan berkaitan pembelajaran agar murid
dapat memahami mesej penting saya.

7
1705 patah perkataan

RUJUKAN

1. Ahmad Mohd Salleh, 2011, Kurikulum Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam, Oxford Fajar Sdn. Bnd, Selangor Darul
Ehsan.

2. Mok Soon Sang, 2011, Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan, Percetakan Sentosa (KL) Sdn. Bnd, Kuala Lumpur.

3. Mok Soon Sang, 2011, Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Sdn. Bnd, Kuala Lumpur.

4. Esah Sulaiman, 2003, Pengenalan Pedagogi, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim, Kuala Lumpur.
8
5. Noriati A. Rashid, 2017, Murid dan Pembelajaran, Oxford Fajar Sdn. Bhd; Shah Alam, Selangor.