Anda di halaman 1dari 1

Nama : Maratul Azizah

NPM : 1813024012
Analisis
Anak Tidak Membesar Sempurna

Sumber : https://www.hmetro.com.my/hati/2018/03/319649/anak-tidak-membesar-sempurna

Analisis Saya kali ini adalah berita dari MetroTV “Anak Tidak Membesar Sempurna”. Menurut
Pensyarah Kanan dan Felo Penyelidik di Institut Farmakogenomiks Integratif (iPROMISE), Universiti
Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam Dr Tengku Shahrul Anuar Tengku Ahmad Basri, jika dulu
masyarakat sering didedahkan dengan bahaya cacing tularan tanah seperti cacing gelang, cacing cambuk, cacing
kait dan cacing benang, namun kini jangkitan protozoa pada usus manusia terutama kanak-kanak perlu diambil
serius.Malah bagi individu yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, kehadiran parasit dari
pelbagai jenis faktor terutama protozoa boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi dan menjadikan keadaan
lebih serius.
Menurut Tengku Shahrul Anuar berkata, perkara ini bukan sesuatu yang baru dalam penyelidikan
berkaitan parasit menjadi ancaman kepada kesihatan manusia.“Bagi pesakit AIDS atau kanser yang sedang
menjalani rawatan kemoterapi, kebarangkalian untuk dijangkiti protozoa adalah lebih tinggi. Oleh itu, bukan
saja golongan berisiko termasuk kanak-kanak perlu lebih berhati-hati, namun setiap individu perlu berwaspada
dan mempunyai pengetahuan mengenai penyakit ini,” katanya.
Protozoa pembunuh?. Tengku Shahrul Anuar menjelaskan, jangkitan protozoa terhadap golongan yang
mempunyai sistem imun badan lemah dapat dikenali melalui simptom cirit-birit yang berpanjangan, hilang
selera makan dan penurunan berat badan. Jangkitan protozoa usus sering ditemui dalam masyarakat namun
penghidapnya tidak menunjukkan sebarang gejala yang jelas. Oleh itu, kesan jangkitan protozoa ini jarang
sekali dikesan di klinik kesehatan dan hospital.“Hasil kajian mendapati hampir 80 peratus jangkitan protozoa
usus ini menular secara senyap kerana tiada gejala khusus. Keadaan ini sangat berbeza dengan jangkitan yang
disebabkan bakteria atau virus,” ujarnya..“Oleh kerana protozoa ini menular melalui makanan dan air yang
tercemar dengan najis manusia, taburan penyakit ini lebih banyak ditemui dalam kalangan penduduk yang
tinggal di pedalaman tidak mempunyai sistem pembuangan najis baik serta bekalan air bersih seperti di
perkampungan Orang Asli,” katanya.
Gangguan tumbesaran kanak-kanak?. Hasil kajian dijalankan Dr Tengku Shahrul Anuar pada 2013
menunjukkan jangkitan protozoa usus terutama Giardia intestinalis boleh mengganggu tumbesaran kanak-
kanak.“Terdapat beberapa mekanisma bagaimana protozoa usus boleh menyebabkan kebantutan tumbesaran
terhadap kanak-kanak malah juga kepada golongan dewasa. “Selain mengganggu sistem penghadaman dan
penyerapan makanan, pesakit juga akan mengalami cirit-birit yang kronik, muntah serta sakit di bagian
abdomen. Kesan inilah yang akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta mental kanak-
kanak terbantut,” penjelasannya.

Anda mungkin juga menyukai