Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN OUTREACH

( PROGRAM HAPPY MEAL )


PEMBANGUNAN SAHSIAH
KKD2063

No NAMA NO.MATRIKS
1 Muhammad Hazri Bin Abd Aziz D20171078592
2 Mohammad Zul Ikman Bin Mohd Zuraini D20171078548
3 Muhammad Itfan Fiqri Bin Ross Raman D20181084896
4 Istella Isidro D20181083875
5 Nur Afiqah Binti Osman D20181083876
6 Nur Afikah Binti Sabit D20281083877
7 Nurhaida Binti Rosli D20181083878

1
PROPOSAL

KERTAS KERJA PROGRAM

HAPPY MEAL

TARIKH : 22 NOVEMBER 2018

TEMPAT :
PINTU TIMUR,
KAMPUS SULTAN ABDUL JALIL SHAH,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,
35900, TANJUNG MALIM, PERAK

PEMBANGUNAN SAHSIAH : KUMPULAN K

2
1. PENGENALAN
Program Community Outreach merupakan sebahagian dari kursus wajib yang perlu diambil
oleh pelajar ijazah sarjana muda Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi kursus
Pembangunan Sahsiah (KKD2063). Melalui mata pelajaran ini pelajar dikehendaki
merancang, melaksanakan dan membuat laporan berkenaan program yang dilaksanakan. Oleh
itu, kertas kerja ini dirancang bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus yang memerlukan
pelajar menjalankan satu program kebajikan iaitu memberi sarapan secara percuma kepada
pelajar universiti.

2. TUJUAN KERTAS KERJA


Pengususan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon kelulusan dari pihak Universiti
Pendidikan Sultan Idris untuk mengadakan aktiviti kebajikan disamping memberi kesedaran
kepada pelajar universiti akan kepentingan sarapan. Selain itu, kertas kerja ini juga bertujuan
untuk mendapatkan kebenaran serta meyakinkan pihak universiti untuk membenarkan
kumpulan kami menjalankan program ini di dalam kampus universiti.

3. OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Memupuk semangat kerjasama di antara para mahasiwa dan mahasiswi dalam usaha
untuk menjayakan program kebajikan dengan lancar.
3.2 Memupuk kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang tanggungjawab sosial
terhadap masyarakat melalui pendedahan program ini.
3.3 Memupuk kesedaran akan kepentingan mengambil sarapan sebagai tenaga yang
penting untuk memulakan hari dengan baik.
3.4 Membantu pelajar universiti mengambil sarapan dengan memberi sarapan percuma di
laluan utama ke kelas.

4. TARIKH, MASA, DAN TEMPAT

Tarikh : 22 November 2018


Masa : 7.30 pagi sehingga habis makanan
Tempat : Pintu Timur, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900, Tanjung Malim, Perak

3
5. KELOMPOK SASARAN

Kumpulan sasaran bagi program kebajikan ini ialah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris
iaitu seramai 48 orang sahaja.

6. TENTATIF PROGRAM

Waktu Aktiviti
7.15 pagi Berkumpul di Pintu Timur Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
7.30 pagi Mula membuat agihan makanan
8.00 pagi Bersurai

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Jumlah

Makanan
1. Roti Mighty Might ( 48 paket) x 0.85 sen
RM 40.80
Minuman
2. Air mineral 200 ml ( sekotak) RM 12.00

JUMLAH RM 52.80

8. AHLI JAWATANKUASA DAN SKOP TUGAS

JawatanKuasa Perlaksana Skop Tugasan

Pengarah Program : Bertanggungjawab dalam memastikan program


Muhammad Hazri bin Abd Aziz berjalan dengan lancar dengan memberi arahan
yang jelas kepada ahli-ahli jawatankuasa dalam
melaksanakan tugas atau aktiviti.

Timbalan Pengarah Program : Membantu pengarah dalam memastikan program


Istella Isidro “Happy Meal ” berjalan dengan lancar.

4
Setiausaha : Bertanggungjawab kepada pengarah dalam
Nurul Afikah binti Sabit bidang pengurusan dan pentadbiran.
: Menguruskan urusan surat menyurat kepada
pihak yang berkenaan.
: Menyediakan proposal dan kertas kerja untuk
program “Happy Meal”.
: Bersama pengarah dan timbalan pengarah
menentukan tempat, masa dan tarikh program ini
dijalankan.
Bendahari : Bertanggungjawab kepada pengarah dalam
Nur Afiqah binti Osman bidang pengurusan pentadbiran kewangan.
: Mengumpul dana dengan mengutip RM 10
daripada setiap ahli kumpulan untuk membeli
barang-barang yang diperlukan.
Ahli JawatanKuasa Skop Tugasan
AJK Penerbitan dan Publisiti : Mengambil gambar/video semasa aktiviti
Mohammad Zul ikman bin Mohd dijalankan.
Zuraini : Menyediakan gambar untuk membuat laporan.
AJK Makanan : Meninjau harga makanan dan minuman yang
Nurhaida binti Rosli boleh digunakan untuk program.
: Menyediakan makanan dan minuman yang akan
digunakan untuk program.
AJK 3K : Menyediakan kotak yang siap dihias untuk
Muhammad Itfan Fiqri bin Ross meletakan makanan dan minuman.
Raman : Menjaga kebersihan kawasan yang digunakan
sebelum sehingga selepas program dijalankan.

9. JANGKAAN HASIL PROGRAM


Hasil program ini dijangkakan dapat membantu pelajar universiti mengambil sarapan
disamping menyampaikan kepentingan sarapan agar pelajar-pelajar dapat memulakan harinya
dengan baik dan bertenaga. Disamping itu dapat membantu pelajar yang mengikat perut pada
waktu pagi demi mengurangkan perbelanjaan kerana masalah kewangan.

5
PENGESAHAN

6
RINGKASAN AKTIVITI
Program yang kami laksanakan ini adalah di bawah subjek universiti iaitu
pembangunan sahsiah ( KKD2063 ) semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam
subjek ini. Dalam subjek ini kami perlu melaksanakan satu program yang berkaitan dengan
sahsiah diri, ini bertujuan untuk membentuk jati diri seseorang menjadi lebih baik dan
seterusnya menjadi seorang guru yang berjaya, bukan hanya pada intelek, tetapi pada segenap
sudut sama ada sudut lahiriah atau rohaniah.

Subjek ini sangat menitik beratkan tentang sahsiah diri pelajar dan memberi peluang
kepada pelajar untuk meluaskan lagi skop pembelajaran. Subjek ini menggunkan pendekatan
yang sangat baik iaitu memberi satu tugasan kepada pelajar untuk mengetuai satu progam
yang melibatkan orang ramai. Keadaan ini memberikan satu kesedaran, kesungguhan,
ketekunan bagi menjayakan program tersebut.

Bagi menjayakan sesuatu program, perlu ada semangat yang kuat untuk
mengharungi cabaran semasa melaksanakannya. Banyak pengajaran yang telah diambil
semasa melaksanakan program outreach ini. Salah satu daripadanya, apabila kami perlu
berhadapan dengan orang ramai. Ini adalah salah satu bahagian yang mana ia menguji
keberanian untuk berhadapan dengan situasi tersebut.

REFLEKSI
Program yang jalankan ini adalah untuk menguji tahap bagaimana kesungguhan kami
terhadap program yang kami jalankan supaya apa yang dirancang menjadi sebuah program
yang baik dan berlangsung dengan jayanya. Keadaan ini memberi banyak impak yang positif
kepada kami dalam membentuk sahsiah diri kami sebagai bakal guru yang akan mendidik
anak bangsa suatu hari nanti.

Kami sangat teruja dalam melaksanakan program Happy Meal kerana ia melibatkan
orang ramai dan memberi pengalaman yang berharga kepada kami semua. Dengan itu, kami
dapat berkomunikasi dengan ramai orang dan secara tidak langsung kami dapat melatih diri
bagaimana cara untuk berkomunikasi dalam kalangan orang ramai.

Oleh itu, untuk merealisasikan sesbuah program ia memerlukan semangat kerjasama ahli
kumpulan untuk menghasilkan sesuatu yang bermutu dan berkualiti. Walaupun banyak
cabaran dan dugaan yang terpaksa kami lalui bagi menyiapkan tugasan ini tetapi ia memberi
banyak pengalaman baru dan berharga kepada kami semua.
7
Kesimpulannya, melalui pelaksanaan program Happy Meal, kami dapat memperolehi
banyak pengalaman baru untuk membina satu sahsiah diri yang unggul. Program ini
mengajar kami erti kepimpinan yang sebenar apabila kami diberi peluang untuk
mengendalikan program yang dapat memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi
bahawa sarapan pagi adalah penting. Selain itu, program ini dapat memberi banyak manfaat
kepada kami iaitu dapat berkomunikasi dengan ramai orang. Program outreach ini juga
dilihat dapat melatih diri pelajar untuk menyelesaikan satu tugasan dengan baik dan
sempurna. Hal ini berkait rapat dengan keperibadian seseorang untuk melahirkan modal insan
kelas pertama. Program outreach yang dijalankan ini sangat releven untuk membentuk diri
pelajar melalui praktikal dan pada dasarnya dapat memupuk rasa tanggungjawab dalam
kalangan masyarakat. Oleh itu, program outreach seperti ini perlu dilaksanakan bukan hanya
di peringkat universiti, malah ia perlu dimulakan dari peringkat sekolah rendah dan
menengah bertujuan memantapkan lagi sifat kepimpinan dalam setiap individu bagi
meneruskan kesinambungan aspirasi negara.

MAKLUM BALAS KELOMPOK SASARAN

Semasa menjalankan program Happy Meal, kami telah membuat dua temu bual kepada
mahasiswa dan mahasiswi. Temu bual yang pertama kami menerima maklum balas bahawa
program Happy Meal yang kami jalankan iaitu dengan memberi roti dan air sebagai sarapan
pagi mereka dapat memberi tenaga kepada mereka untuk lebih fokus dan berfikir semasa
berada dalam kelas. Keadaan ini dapat memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi
bahawa mengambil sarapan pagi adalah penting.

Seterusnya, temu bual yang kedua kami menerima maklum balas bahawa sarapan pagi ini
penting untuk membekalkan tenaga para mahasiswa dan mahasiswi supaya lebih aktif dalam
pembelajaran dan tidak berasa lemah semasa di dalam kelas. Responden yang kedua turut
memberi sedikit nasihat kepada mahasiswa dan mahasiswi agar tidak lupa untuk mengambil
sarapan sebelum memulakan kelas agar lebih bersemangat dalam kelas dan di luar kelas.

8
LAMPIRAN

Aktiviti mengagihkan roti dan minuman kepada mahasiswa dan mahasiswi

Anda mungkin juga menyukai