Anda di halaman 1dari 24

SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN

890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T., Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas

junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga baginda dan para sahabat yang diredhai Allah

S.W.T. kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya kami dapat menyiapkan tugasan yang

dipertanggungjawabkan kepada kami dengan jayanya.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada mentor saya, Pn Ros Silawati binti Ahmad@Abdullah yang

sentiasan menjadi tulang belakang kepada kami serta warga pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus

Perlis yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu dan memberi bimbingan kepada kami.

Tidak dilupakan juga kepada pensyarah pembimbing saya, En Ahmad b. Omar yang banyak

menyumbang idea, memberi sokongan moral serta meluangkan masa untuk kami bagi memantapkan

lagi hasil tugasan ini. Beliau juga menjadi pendorong utama kepada kami bagi membuahkan hasil yang

terbaik.

Ucapan terima kasih juga ditujukan buat sahabat-sahabat yang tidak lokek dalam memberikan

pendapat, idea serta kritikan berguna sepanjang proses menyelesaikan tugasan yang telah diamanahkan

ini. Semoga kita sama-sama dapat mengharungi arus keilmuan ini dengan jayanya.

1
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

Akhirul kalam, terima kasih kepada semua pihak dan individu yang telah memberikan kerjasama kepada

kami sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan

amat dihargai. Semoga segala yang telah disumbangkan akan diberkati Allah S.W.T. Jasa baik dan

pengorbanan semua pihak tidak akan kami lupakan.

Disediakan Oleh ;

……………………………………………….

SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN

890223-02-5430

PISMP Pemulihan Semester 4

2
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

1.0 KEMAHIRAN LISAN

Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan


hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran
mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu
mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu
perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang
mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah
bagi kes masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat
bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu.

1.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Dalam definisi bahasa dinyatakan bahawa bahasa sebagai lambang-lambang


pertuturan atau dalam bentuk lisan. Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan
terlebih dahulu sebelum mencipta simbol-simbol tulisan. Apabila diteliti perkembangan
bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripada proses mendengar terlebih dahulu dan
diikuti dengan meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya
bercakap. Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak sudah
biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik ( Kamarudin Hj. Husin, 1988).

Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting iaitu


kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan,
kanak-kanak perlulah menguasai kedua-dua aspek ini dengan baik terlebih dahulu.
Kanak-kanak yang mahir dlam bahasa lisan akan dapat melahirkan perasaan dan

3
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

pendapat dengan baik, dan akan lebih yakin untuk berinteraksi dengan orang lain
dalam apa jua situasi.

1.1.1 Kemahiran Mendengar

Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam


perkembangan pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan
mendengar sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa
pertuturan.

Berdasarkan definisi mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan bahwa


kemahiran lisan melibatkan tiga perkara penting, iaitu;

I. Pendengaran (Hearing) – iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman


pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu
keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi, dan
menyimpan urutan bunyi dalam ingatan,
II. Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi
tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada
persekitaran,
III. ”Auding” - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran
dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa yang
diudengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun,
membayangkan, dan menghargai apa yang didengar.

4
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

1.1.1.1 Kepentingan Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehiduipan kerana kemahiran


mendengar adalah asas kepada proses komunikasi. Interaksi dua hala akan terganggu
berlaku apabila salah seorang gagal mendengar dengan baik. Kemahiran mendengar
adalah kebolehan bahasa yang mula-mula sekali bagi kanak-kanak. Sebaik sahaja
organ pendengaran kanak-kanak sudah terbentuk di dalam kandungan ibu mereka
sudah mula mendengar. Bayi yang baru lahir akan bertindak balas terhadap bunyi-
bunyi yang berbeza di sekitarnya, dan mereka akan ditenteramkan oleh bunyi-bunyi
yang biasa didengarnya ketika dalam kandungan ibunya. Lebih dari itu, mendengar
adalah asas kepada kemahiran bahasa yang lain iaitu bertutur, membaca, dan menulis.

Keduanya, mendengar adalah kemhairan bahasa yang paling kerap digunakan


oleh manusia. Lundsteen (1979) membuat persamaan berikut untuk menegaskan
kepentingan mendengar, iaitu dalam sehari kita mendengar sama banyak dengan
sebuah buku, kita bertutur bersamaan sebuah buku seminggu, kita membaca
bersamaan sebuah buku sebulan kita menulis bersamaan sebuah buku setahun.

Di sebalik kepentingannya, kemahiran mendengar adalah kemahiran yang


diabaikan. Proses pengajaran dan pembelajaran di kelas sangat kurang
menitikberatkan kemahiran ini dan guru lebih tertumpu kepada mengajar kemahiran
membaca dan menulis.

5
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

1.1.1.2 Keperluan Mendengar

Abd.Aziz Talib (2000) menyatakan bahawa keperluan mendengar berbeza


mengikut situasi sama ada berbentuk tidak formal atau formal. Kemahiran mendengar
dalam situasi tidak formal berlaku di rumah, di taman permainan, ketika bermain
dengan rakan dan sebagainya. Walaupun secara tidak formal, keperluan mendengar
sangat penting kerana kanak-kanak perlu mendengar dan memahami percakapan ibu
bapa dan ahli keluarganya yang lain. Begitu juga apabila dia perlu mendengar untuk
berhibur seperti mendengar radio, atau menonton televisyen.

Keperluan mendengar di sekolah bercorak formal, iaitu bahan-bahan yang


didengar adalah bercorak akademik. Selain itu, aktiviti lain seperti syarahan, pidato,
kuiz, dan sebagainya menjadikan kemahiran mendengar lebih penting lagi.

Keperluan mendengar sama ada bersifat formal atau tidak formal dapat dilihat
dari segi tujuankita mendengar. Abd. Aziz Talib (2000) memberikan tiga tujuan kita
mendengar, iaitu:

i. mendengar dalam interaksi sosial seperti berbual dan bermesyuarat,

6
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

ii. mendengar untuk mendapatkan hiburan seperti mendengar radio,menonton


televisyen, atau filem, dan

iii. mendengar untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan seperti di dalam kelas,
mendengar ceramah dan sebagainya.

1.1.2 Kemahiran Bertutur

Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat


sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa
manusia ( Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak
hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya.
Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang
perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih
kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula
berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang dewasa perlu
menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi membolehkan
mereka bertutur dengan berkesan.

1.1.2.1 Aspek-aspek Pertuturan

7
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya
pertuturan menjadi lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan sembilan
aspek pertuturan seperti berikut:

I. Sebutan
II. Tekanan
III. Mora ( panjang pendek)
IV. Jeda ( persendian)
V. Intonasi
VI. Nada
VII. Tatabahasa
VIII. Kelancaran
IX. Kefasihan
X. Laras Bahasa

2.0 KEMAHIRAN MENULIS

2.1 Definisi menulis.

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam


bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses
memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan
bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.

2.2 Peranan Tulisan

8
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

1. Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat
melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.
2. Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,
perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.
3. Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen
bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.
4. Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta
bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana
membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama
keperluan hidup masa kini).
5. Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak
lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam
pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga
seluruh insan umumnya.

2.3 Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis

2.3.1 Pra Tulisan

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi
menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima
oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di
atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan

9
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda


tersebut.

Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga


ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak
mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan
perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti


menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.
2. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan
sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.
3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah
dan lain-lain.
4. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

2.3.2 Tulisan Mekanis

Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham
dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis
merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai
permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta

10
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah


kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula
dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil
/sempit. Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :

1. Kemahiran mengawal dan memegang pensel.


2. Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
3. Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

2.3.3 Tulisan Kreatif

Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat


ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di
peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :

1. Membina ayat.
2. Mengarang cerita.
3. Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.
4. Menulis surat kiriman.
5. Lain-lain yang berkaitan.

2.4 Masalah Tulisan dalam kalangan Kanak-kanak

1. Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.


2. Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
11
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

3. Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan
dengan perkataan.
4. Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.
5. Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
6. Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
7. Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
8. Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.
9. Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
10. Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
11. Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
12. Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
13. Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
14. Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
15. Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

2.5 Cara-cara mengatasi masalah tulisan

12
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

1. Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat


permulaan dan mendirikan asas.
2. Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul,
sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti
dengan mudah.
3. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan
cara- cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah
dibuat dengan teliti dan betul.
4. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan
dengan sempurna.
5. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu.

Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak


itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

13
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

3.0 Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ) bahasa Melayu tahun 5.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

Mata pelajaran : Bahasa Melayu


Tahun : 5 Anggerik
Tarikh : 17 Ogos 2010
Masa : 8.00 – 9.00 pagi
Bilangan Murid : 30 orang
Tema : Sukan dan Kesihatan
Tajuk : Cegah Sebelum Parah
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat ;
a) Membaca dan mengenal pasti idea utama dan
sokongan yang terdapat dalam teks.
b) Mengkategorikan isi berdasarkan topik yang
dibincangkan.
c) Mengemukakan sesuatu maklumat dengan
menggunakan laras bahasa yang sesuai.
Fokus Utama : 6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi
sampingan daripada teks.
Aras 2(i) : Membaca dan mengenalpasti idea utama dan idea
sokongan yang terdapat dalam teks.
Fokus Sampingan : 9.3 Menyusun maklumat secara kohesi daripada nota atau
catatan hasil daripada bahan

14
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

yang didengar atau dibaca.


Aras 1(i) : Menyusun maklumat menggunakan lakaran
berbentuk grafik.
Kemahiran bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca , menulis
Tatabahasa : Kata kerja, penanda wacana, sinonim dan ayat tanya.
Nilai Murni : Kebersihan fizikal dan mental
Kemahiran berfikir : Menjana idea, mengenal pasti idea utama dan idea
sokongan, merumus
Kecerdasan : Verbal-linguistik, muzik, interpersonal
pelbagai
Pengetahuan sedia : a)
ada
Bahan Bantu : Video “Bahaya Dadah”, Teks, alat perakam suara, Borang
Belajar Pengurusan Grafik, Lagu “Jauhi Dadah”.

LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN CATATAN


(MASA) DAN PEMBELAJARAN
Set Induksi 1. Tahukah kamu 1. Guru menayangkan BBM
(10 minit) tentang bahaya video “Bahaya Video Bahaya
dadah? Dadah”. Dadah

2. Apakah jenis-jenis 2. Guru mencungkil KBT


dadah yang kamu pengetahuan murid Konstruktivisme
tahu? tentang bahaya
dadah.
3. Berikan kesan
pengambilan
dadah secara
berlebihan.

Langkah 1 1. Bacaan teks. 1. Murid membaca BBM


(20 minit) teks yang Teks
15
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

disediakan dan guru Alat perakam


merakam bacaan suara
murid.
KB
2. Murid diperdengar Mengenalpasti
rakaman bacaan idea utama dan
teks. idea sokongan

3. Murid menyatakan Kemahiran


idea utama dan idea Bahasa
sokongan yang Kemahiran
terdapat dalam teks mendengar
tersebut.
NILAI
Peka
Langkah 2 1. Langkah-langkah 1. Secara BBM
(20 minit) pencegahan berkumpulan, murid Borang
dadah (ditulis menulis langkah- pengurusan
dalam borang langkah menjauhi grafik.
pengurusan grafik) najis dadah dalam
borang pengurusan KB
grafik. Menjana idea

2. Wakil kumpulan NILAI


diminta Bantu-
membentangkan membantu
hasil perbincangan. Kerjasama

Penutup 1. Guru merumuskan BBM

16
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

(5 minit) pengajaran dengan Lagu “Jauhi


menerapkan nilai- Dadah”
nilai murni.
KB
2. Pengajaran diakhiri Merumus
dengan nyanyian
lagu “Jauhi Dadah”. Kecerdasan
Pelbagai
Muzik

3.1 Lembaran kerja Pengajaran dan Pembelajaran.

17
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

Hayati cacatan ini. Kemudian, lakukan aktiviti yang diberikan.

Kepada insan yang budiman,

Bacalah catatan yang kubawa ke mana-mana ini. Jika ditakdirkan aku tidak
bernyawa lagi, aku mohon uruskanlah jenazahku ini.

Aku sebatang kara. Dahulu aku mempunyai banyak kenalan tetapi apabila
keadaanku begini, aku disisihkan. Lebih-lebih lagi keadaan kesihatanku bertambah
teruk sejak akhir-akhir ini.

Keadaanku kini berpunca daripada ketagihan dadah. Aku semakin kurus. Daya
ketahanan badanku tiada lagi. Aku sering demam berpanjangan dan batuk-batuk. Aku
ibarat bangkai bernyawa.

Penyakit AIDS yang kuhidapi ini adalah kerana kebodohanku sendiri. Aku
terikut- ikut pengaruh rakan sebaya. Mula-mula aku merokok, kemudian aku menagih
dadah. Lantaran berkogsi jarum dengan penagih yang lain, aku kini menerima
padahnya.

Kini, aku merempat di lorong yang kotor ini. Aku hanya menanti hari-hari terakhir
bagi diriku. Pada bila-bila masa sahaja aku akan meninggalkan dunia yang penuh
ranjau ini.

Kepada anak muda, jauhi najis dadah. Sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudiantidak berguna. Teruskan kehidupan kalian dengan amalan gaya hidup sihat
dan bebas tanpa dadah.

18
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

Gunakan pengurusan grafik untuk merangka karangan .

19
ejuLi-
dah.lngkm
654321.
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

20
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

4.1 Refleksi

Setelah menyelesaikan tugasan ini, saya telah mempelajari banyak ilmu baru .
Saya telah dapat menghuraikan tentang kemahiran bahasa, pendekatan ,kaedah dan
teknik pengajaran kemahiran – kemahiran bahasa Melayu. Kemahiran bahasa Melayu
merangkumi kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur,
kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Pendekatan, kaedah serta teknik yang
bersesuaian perlulah dipilih dan diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
dengan efisien supaya murid dapat menyerap ilmu dengan baik dan mudah.

Selain itu juga, saya juga semakin mahir dalam menyediakan rancangan pengajaran
untuk mengajar kemahiran-kemahiran bahasa Melayu. Dalam tugasan ini, saya telah
memilih kemahiran lisan dan juga kemahiran menulis sebagai kemahiran yang hendak
diajar kepada murid- murid tahun 5. Kemahiran lisan dan kemahiran menulis adalah
suatu kemahiran yang sangat penting dalam menguasai bahasa Melayu. Seseorang
haruslah menguasai kemahiran lisan terlebih dahulu sebelum menguasai kemahiran
membaca dan kemahiran menulis. Hal ini kerana , kemahiran lisan merupakan
kemahiran asas yang harus dikuasai oleh seseorang untuk mempelajari bahasa.
Seseorang kanak-kanak mengusai bahasa ibunda mereka melalui kemahiran lisan
yang dipraktikkan di rumah dan di sekeliling mereka.

Melalui tugasan ini juga, saya dapat membina dan menggunakn bahan bantu
mengajar kemahiran-kemahiran bahasa seperti slide LCD, video, audio, dan bahan-
bahan maujud yang lain untuk membantu saya mempercepatkan ingatan murid
terhadap objektif yang hendak dicapai dalam sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Bahan bantu mengajar bagi murid tahun 5 yang saya gunakan adalah

21
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

bebrbentuk muzik, maya, dan maujud iaitu tayangan video, lagu jauhi dadah dan juga
boring pengurusan grafik.

Penilaian terhadap pengajaran yang dirancangkan saya adalah berbentuk lembaran


kerja. Murid dikehendaki mengisi borang grafik untuk merangka isi karangan yang
hendak ditulis kemudiannya. Langkah ini membantu murid merangka isi karangannya
dengan lebih bersistematik. Saya berharap agar ilmu yang telah saya perolehi melalui
tugasan ini dapat saya aplikasikan semasa saaya menghadapi lapangan pendidikan
yang sebenar kelak.

22
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

Bibliografi

Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt.1997.Bahasa Melayu Komunikasi 1.

Longman Malaysia Sdn.Bhd:Selangor Darul Ehsan

Mangantar Simanjuntak.1987.Pengantar Psikololinguistik Moden.Dewan Bahasa dan

Pustaka:Selangor Darul Ehsan.

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd.1995.Kamus sinonim antonim Melayu.Utasan

Publication & Distributors Sdn.Bhd:Kuala Lumpur

Abdullah Hassan.1982.Linguistik Am untuk Guru Bahasa Melayu.Fajar Bakti

Sdn.Bhd:Petaling Jaya

Sheikh Othman bin Sheikh Salim dan rakan-rakan.1989.Kamus Dewan.Dewan Bahasa

dan Pustaka:Selangor Darul Ehsan

Tesaurus Umum bahasa Melayu kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka dengan

USM,1991, Dewan Bahasa:Selangor Darul Ehsan.

http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article33.pdf dimuat turun pada 10/8/2010-


10.30p.m

http://www.ppdhl.net/v2/images/fbfiles/files/jenis ujian dan penilaian.pdf dimuat turun


pada 11/08/2010-9.00p.m

http://cikguhaidi.wordpress.com/2009/06/11/mengajar-murid-kemahiran-kvk/ dimuat
turun pada 11/08/2010-9.10p.m

http://fasisbh1.zoom-a.com/isumasalahmembaca.html dimuat turun pada 13/08/2010


pada 5.00p.m

23
SITI ATKAH BINTI MOHD ZAIN
890223-02-5430
PISMP PEMULIHAN BM/MATH

Lampiran

24

Anda mungkin juga menyukai