Anda di halaman 1dari 5

Nama Guru Pelatih: FOO HUI CHEAN

Minggu Praktikum: 12

Tarikh: 23.10.2018

Tajuk Jurnal: Matlamat Kaunseling dalam Sesi Kaunseling

1.0 Isu Yang Difokuskan

Pada minggu ke-10 praktikum ini, saya telah menjalankan sesi kaunseling individu dan
kelompok dengan murid SJK(C) Pei Hwa. Semasa saya menjalankan sesi kaunseling, saya
menghadapi satu masalah berkaitan dengan matlamat kaunseling dalam sesi kaunseling individu
dan kelompok. Justeru, isu yang ingin difokuskan di sini ialah matlamat kaunseling tidak
dijelaskan pada awal sesi menyebabkan kehilangan hala tuju sesi berkenaan. Dalam sesi
kaunseling individu, kaunselor tidak menjelaskan matlamat kaunseling yang perlu dicapai
sepanjang sesi tersebut atau sepanjang hubungan kaunseling ini. Hal ini telah menyebabkan sesi
itu kehilangan hal tuju dan sukar untuk diteruskan. Klien yang tidak memahami matlamat
kaunseling sentiasa bergantung kepada kaunselor untuk menyelesaikan masalah mereka.
Sebenarnya, matlamat kaunseling adalah sesuatu pencapaian yang perlu dicapai sepanjang
hubungan kaunseling. Tambahan lagi, matlamat kaunseling adalah hasil perbincangan antara
kaunselor dengan klien. Isu ini sama berlaku dalam sesi kaunseling kelompok, ahli kelompok
yang kehilangan hala tuju berbincang tanpa arah menyebabkan seluruh sesi kaunseling
kelompok kelihatan tidak berstruktur. Klien hanya berbincang apa sahaja yang telah berlaku pada
diri mereka dan tema perbincangan tanpa sempadan.

2.0 Analisis Isu Yang Difokuskan

Isu ini ditimbul adalah kerana cara saya membimbing klien atau ahli kelompok untuk
menentukan matlamat kaunseling. Saya membenarkan klien atau ahli kelompok berkongsi apa-
apa sahaja yang dikehendaki. Namun begitu saya sebagai ketua kelompok tidak membimbing
ahli kelompok ke satu arah yang sama serta tema perbincangan yang lebih bermakna. Hal ini
telah menyebabkan kaunseling kelompok dijadikan sebagai satu perkongsian pengalaman diri
yang bersantai dan bebas. Dalam kaunseling individu pula, klien dibenarkan menceritakan
masalahnya tetapi saya tidak membimbingnya ke satu arah yang lebih jelas dan fokus pada satu
masalah dahulu. Hal ini telah menyebabkan sesi kaunseling sepanjang hubungan kaunseling
kelihatan rumik serta kompleks tanpa satu masalah yang telah diselesaikan.

Antara kesan yang boleh saya ramalkan berkenaan dengan isu ini ialah saya tidak dapat
meneruskan sesi kaunseling dengan membimbing klien mencapai celik akal terhadap tingkah
laku sendiri. Hal ini kerana klien hanya tahu meluahkan perasaan dan mereka tiada satu arah
dan sasaran untuk dicapai sepanjang hubungan kaunseling ini. Justeru, klien tidak dapat melihat
diri mereka dan cuba memperbaiki segala kognitif, emosi dan psikomotor yang negatif.

3.0 Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu

Matlamat kaunseling merupakan satu asas dalam hubungan kaunseling. Kaunselor perlu
menentukan matlamat kaunseling bersama klien untuk mencapai pencapaian yang dikehendaki.
Melalui sesi, klien diajat bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Klien perlu jelas bahawa sifat
‘lepas tangan’ tidak akan mendatangkan hasil yang baik. Klien hendaklah mengetahui
tanggungjawab sendiri bukan sahaja menceritakan atau berkongsi secara jujur tetapi juga perlu
berusaha dalam mengatur dan merancangan perjalanan hidupnya. Hal ini dapat mewujudkan
klien yang tidak akan menyalahkan orang lain seandainya timbul sebarang masalah. Menurut
Mizan & Halimatun (1997), klien suka menyalahkan orang serta mengharapkan orang lain atau
persekitaran berubah dahulu. Oleh yang demikian, klien hendaklah belajar menyesuaikan diri
dengan keadaan sebenar sebagai usaha mengurangkan ketegangan atau konflik.

4.0 Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah
dikenalpasti tersebut, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian isu tersebut
berdasarkan pembacaan yang dijalankan, antaranya termasuklah:

(i) Menentukan matlamat kaunseling dengan jelas dan tepat dalam penstrukturan.

Saya perlu mengemukakan penjelasan ini pada awal sesi. Matlmat ini berkait rapat
dengan tanggungjawab klien. Oleh yang demikian, saya perlu memasukkan matlamat kaunseling
ini dalam penstrukturan. Dengan itu, klien boleh jelas dengan apa yang perlu dibuatnya dan apa
yang boleh kaunselor membantu. Sama sekali dengan sesi kaunseling kelompok, matlamat
kaunseling ditentukan dalam pensturukturan demi penjelasan ahli kelompok. Sebagai contoh,
saya boleh mengemukakan persoalan yang sesuai dengan menggunakan bahasa yang sopan
seperti ‘Apa yang awak teringin dicapai dan diselesaikan sepanjang hubungan kaunseling ini?’.
(ii) Menentukan matlamat kaunseling bersama klien atau ahli kelompok.

Lazimnya, klien tidak mahu berkongsi menyelesaikan masalah diri sendiri dan sentiasa
bergantung kepada orang lain. Idea yang saya terfikir ialah saya boleh meminta ahli kelompok
berfikir satu bidang yang teringin untuk dibincangkan. Selepas itu, ahli boleh mengemukakan
perkara yang ingin tercapai selepas sesi atau hubungan kaunseling. Ahli kelompok atau klien
akan lebih mudah menerima matlamat yang ditentukan bersama. Hal ini juga boleh memberi
semangat kepada kelompok semasa mengetahui sasaran mereka dan akan berusaha sepenuh
daya untuk mencapainya

5.0 Tempoh Masa Penyelesaian

Tempoh masa penyelesaian adalah selama 3 minggu.

6.0 Tindakan Susulan

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah
dikenalpasti, saya akan mengambil tindakan susulan untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi tersebut. Antaranya termasuklah:

i. Menentukan matlamat kaunseling dengan jelas dalam penstrukturan semasa


menjalankan sesi kaunseling.
ii. Menentukan matlamat kaunseling bersama klien atau ahli kelompok.

7.0 Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

Tarikh tindakan susulan yang akan dilaksanakan adalah dari 23 Oktober 2018 hingga 25
Oktober 2018

8.0 Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang


telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui suasana
kaunseling yang semakin aktif. Hal ini juga dapat dilihat melalui perbincangan klien lebih terbuka
dan berniat tinggi untuk berkongsi perkaranya.
9.0 Kesimpulan

Saya berasa berpuas hati dengan perubahan psikomental murid terhadap kaunseling.
Saya juga berjaya menjalankan sesi kaunseling saya dengan lebih yakin diri dan dapat
membimbing murid dengan berkesan sepanjang sesi kaunseling dijalankan.

10.0 Rujukan

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, & Halimatun Halaliah Mokhtar. (1997). Kaunseling individu: Apa
dan bagaimana. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Pandangan / Komen Guru Pembimbing

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Tarikh :____________________________

Tandatangan:____________________________

Nama :_____________________________

Pandangan / Komen Pensyarah Pembimbing

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Tarikh :____________________________

Tandatangan:____________________________

Nama :_____________________________

Anda mungkin juga menyukai