Anda di halaman 1dari 3

ISTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

TUGAS KERJA KURSUS MTES3033


TAHUN AKADEMIK: SEM 1TAHUN 2019

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: MTES3033 Semester/ Tahun:1/2019


Ambilan: Jun 2018
Nama Kursus: Geometri Kumpulan: MT

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Kuiz (Topik 2) 18 Feb 2019 18 Feb 2019

2. Penghasilan Produk 1 (Topik 1) 21 Jan 2019 1 Feb 2019

3. Penghasilan Produk 2 (Topik 3) 25 Feb 2019 8 Mac 2019

4. Penghasilan Produk 3 (Topik 4) 25 Mac 2019 4 Apr 2019

5. Pameran mini (30 min) bagi produk 3 secara 4 Apr 2019 4 Apr 2019
berkumpulan 2 orang dalam kelas.

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menghasilkan teselasi satah dan geometri satah yang berunsurkan seni dengan
perisian dinamik geometri. (C3, P4, PLO1, PLO2)

2. Menghuraikan transformasi dan simetri satah menggunakan perisian dinamik


geometri. (C4, P4, PLO1, PLO2)

3. Menghuraikan ciri-ciri binaan pepejal sekata dan separa sekata. (C4, P4, PLO1,
PLO2)

4. Mereka cipta produk berunsurkan seni dengan teknik-teknik lipatan dalam


kejuruteraan kertas serta mempamerkan hasil ciptaan secara berkumpulan. (C6, P7,
A4, PLO2, PLO3, PLO5, CTPS3, TS1)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3,4

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Mengaplikasikan TMK seperti Geometer Sketchpad untuk mencipta teselasi dan isometri
bagi satah berasaskan teori-teori transformasi

2. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman transformasi dalam seni dan reka bentuk.
3. Membina bentangan bagi pepejal sekata dan separa sekata termasuk pepejal platonik,
pepejal Archimedian dan pepejal Kepler-Poinsot.

4. Mengintegrasikan teknik-teknik asas pop up untuk membina model geometri dan buku
pop up

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: Kuiz (10%)


Tugasan ini terdiri daripada 2 soalan kuiz yang digubal untuk menilai penguasaan ilmu
pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap topik 2. Masa yang diperuntukkan untuk kuiz
ini adalah 30 min. Tugasan ini merupakan tugasan individu.

TUGASAN 2: Penghasilan Produk 1 (10%)


TMK seperti Geometer Sketchpad merupakan satu perisian yang dapat meningkatkan
penguasaan ilmu pengetahuan dalam topik Geometri. Dalam tugasan ini, anda dikehendaki
mengaplikasikan ilmu dan pengetahuan yang dipelajari daripada topik 1. Anda perlu
mengaplikasikan TMK seperti Geometer Sketchpad untuk mencipta teselasi dan isometri bagi
satah berasaskan teori-teori transformasi geometri. Produk yang direka perlu memusatkan
satu tema dan merupakan satu reka bentuk yang berunsur Malaysiana. Contohnya “Spesies
serangga di IPGK Kent”. Tugasan ini diberi tempoh selama 7 hari untuk disiapkan. Tugasan
ini merupakan tugasan individu.

TUGASAN 3: Penghasilan Produk 2 (15%)


Pepejal platonik mempunyai pelbagai aplikasi dalam bidang pembinaan objek. Untuk tugasan
ini, anda dikehendaki membina bentangan bagi pepejal sekata dan separa sekata. Reka
bentuk ini perlu memusatkan satu tema yang melibatkan lima pepejal platonik dan dibina
dengan menggunakan kertas. Contoh tema adalah seperti “Biodiversiti di IPGK Kent”.
Tugasan ini diberi tempoh selama 11 hari untuk disiapkan. Tugasan ini merupakan tugasan
individu.

TUGASAN 4: Penghasilan Produk 3(15%)


Terdapat beberapa konsep matematik yang boleh diaplikasikan untuk menghasilkan teknik
pop-up. Untuk tugasan ini, anda dikehendaki menghubungkaitkan konsep-konsep matematik
dan menghasilkan satu projek kejuruteraan kertas. Anda dikehendaki menghasilkan sebuah
buku cerita matematik yang menggambarkan budaya Malaysia dan nilai-nilai moral seperti
kesyukuran. Buku ini tidak melebihi 12 muka surat dan anda perlu mengapliksikan pelbagai
teknik pop up. Contoh tajuk buku cerita adalah seperti “Kitaran hidup kupu-kupu”. Tugasan ini
diberi tempoh selama 11hari untuk disiapkan. Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan
2 orang.

TUGASAN 5: Pameran Mini (10%)


Kemahiran memberi penerangan dan membuat persembahan merupakan satu kemahiran
yang penting di abad 21. Untuk tugasan ini, anda dikehendaki mengadakan satu pameran
mini (30 min) bagi produk 3 secara berkumpulan dalam kelas
Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Semua tugasan adalah tugasan individu kecuali tugasan 4 dan tugasan 5

2. Format penulisan tugasan perlu disediakan dengan format berikut:

• Fon Arial
• Size huruf 11
• 1½ langkau
• Mengikut format APA (American Psychological Association)

3. Amalan plagiat adalah DILARANG.

4. Tugasan membawa markah wajaran 60%.

5. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:


i. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten, komprehensif dan terperinci.
ii. Isi kandungan, hasil kerja dan pengolahan menunjukkan keaslian hasil kerja, ada
sokongan ilmiah dan illustrasi yang bersesuaian.
iii. Format dan organisasi yang jelas dan koheren, dengan idea-idea dihubungkait dengan
baik.
iv. Hasil kerja/ penulisan yang menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam
menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal, menunjukkan kebolehan menilai,
mensintesis dan merekacipta.
v. Tugasan ini disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

____________________________ _____________________________
(Nama: Dr. Chiam Sun May) (Nama: Benny Kong Tze Loong)
Pensyarah Kursus Pakar Bidang (SME)

Disahkan oleh:

_____________________________
(Nama: Datin Dr. Rosinah bt Edinin)
Ketua Jabatan
Jabatan Sains dan Matematik

Anda mungkin juga menyukai