Anda di halaman 1dari 4

TAKDIRKU

DIA mendongak memerhatikan bangunan-bangunan pencakar langit yang menjajari kota


raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia kini.

“Wah, pesatnya pembangunan di kota ini, sudah seperti cendawan selepas hujan
tumbuhnya bangunan baru mengubah landskap kota raya ini”.

Iffa tersenyum kagum melihat Kuala Lumpur yang sudah jauh berbeza berbanding lapan
belas tahun sepeninggalannya. Ibarat rusa masuk kampung, Iffa mundar mandir di dalam
bangunan KLCC. Sewaktu berangkat ke Colorado Amerika Syarikat dulu, Iffa berusia 18
tahun. Dia melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di sana. Selepas tamat study, Iffa terus
mendapat tawaran kerja yang agak baik di kota metropolitan New York. Jawatan jurutera
mekanikal di sebuah syarikat perkapalan menjadikan Iffa terus menetap di rantau orang.

Tiga hari Iffa berehat di Kuala Lumpur. Sambil mengheret dua buah bagasi, Iffa menuju ke
kaunter MAS untuk checkin tiketnya terbang ke tanah tumpah darah kelahirannya, Kampung
Aur Duri, Bachok Kelantan. Usai menghantar bagasi dan mendapat tiketnya, Iffa berjalan ke
pintu berlepas sambil matanya melilau ke kedai-kedai yang menjual pelbagai jenama import.

“Cik, Cik...! Dah sampai Cik”. Lamunan Iffa dikejutkan oleh sapaan pemandu grab yang
disewanya dari airport Kota Bharu sebentar tadi.

“Oh, ya ke...! Tak sedar saya cepatnya sampai. Terima kasih ya. Ini tambangnya”.

Iffa menghulurkan 2 keping note merah kepada pemandu itu. Kedua-dua bagasi Iffa telah
diangkat keluar. Sambil menghirup angin Pantai Irama yang segar berhadapan dengan
kampungnya, Iffa mengheret bagasinya menujun ke halaman rumah.

“Anak ni siapa...? Cari siapa di sini..”? Iffa ditegur oleh seorang wanita yang sedang duduk
bersendirian di sebuah pangkin di halaman rumah itu. Iffa merenung wanita yang berusia
sekitar 70-an itu. Sambil tersenyum, linangan air mata sendu menggoncang bahunya, Iffa
memeluk wanita separuh bongkok itu. Wajah berkedut wanita itu diciumnya berkali-kali.
Tercegil juga biji mata mak cik itu kehairanan dengan tindak tanduk Iffa yang tidak
dikenalinya itu. Dalam sedu sedan Iffa mengukir senyuman dan terus mencium kedua-dua
tangan orang tua di hadapannya itu.

1
“Mak Su.., saya Iffa. Iffa anak saudara Mak Su, anak kakak Mak Su, mak saya arwah
Hanum, kakak sulung Mak Su. Ayah saya arwah Badrul. Ini rumah pusaka peninggalan mak
ayah saya kan Mak Su..? Mak Su tinggal di sini selepas kematian mak ayah saya kan..?
Saya Iffa, satu-satunya anak mereka. Saya pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara
dahulu. Mak Su ingat tak..?

Seperti menulis sebuah karangan, Iffa menerangkan siapa dirinya. Wanita tua yang
dipanggilnya Mak Su itu memegang erat mukanya, merenung tepat ke dalam matanya, air
jernih mula mengalir di pipi usang itu, senyum dalam sedu sedan yang semakin nyaring
esakkannya.

“Iffa..., kamu Iffa..? Allahuakbar...., kamu sudah banyak berubah. Sudah dewasa, cantik.
Mak Su tidak cam kamu lagi. Lamanya kamu tidak pulang. Lamanya kamu tinggalkan Mak
Su sendirian di rumah pusakamu ini. Lamanya Mak Su menanti khabar berita daripada
kamu. Lamanya Mak Su menanggung rindu ini terhadap kamu.”

Tangisan ibu suadara Iffa itu disambut dengan tangisannya juga. Mereka terus erat
berpelukan tanpa kata-kata. Rindu yang terpendam berkurun itu dilepaskan dengan penuh
rasa melankolik yang cuma mereka berdua sahaja memahaminya.

Desiran angin Pantai Irama menyapa lembut pipi Iffa yang berdiri di dada jendela. Hujung
kain tudung bawal yang menutupi rambut ikal mayang Iffa itu melambai-lambai dek tuipan
bayu laut yang seperti menyimpan seribu cerita. Mak Su Hanan kini tinggal sendirian di
rumah itu setelah suaminya tiada beberapa tahun yang lalu. Mak Su Hanan tidak
mempunyai anak. Sebab itulah Iffa dibelanya apabila ibu bapa Iffa meninggal ketika usia Iffa
10 tahun. Tetapi takdir telah membawa Iffa jauh dari Mak Su Hanan sekian lama. Di usia 18
tahun, Iffa meninggalkan Mak Su Hanan, dan 18 tahun juga Iffa tidak balik menjenguk Mak
Su Hanan. Tiba-tiba Iffa diselubungi rasa bersalah yang sangat dalam terhadap ibu
saudaranya itu. Dia memarahi dan mengutuk dirinya sendiri. Betapa kejamnya dia terhadap
orang tua itu, kerana cita-cita, kerana kerjaya, dia telah bertindak mementingkan diri sendiri.
Dia langsung tidak terfikir akan kesepian, kesunyian dan kepedihan Mak Su Hanan
menanggung rindu yang begitu panjang terhadapnya selama ini.

“Maafkan Iffa, Mak Su. Ampunkan kesalahan Iffa selama ini. Iffa berjanji mula hari ini, Iffa
tidak akan tinggalkan Mak Su lagi. Iffa akan jaga Mak Su seperti Mak Su menjaga Iffa
dahulu. Kita akan tinggal bersama-sama sampailah ke hujung nyawa.”

2
Iffa membisikkan janjinya sendirian sambil menoleh dan merenung Mak Su Hanan di ruang
dapur, sedang memasak gulai lemak kuning ikan merah yang menjadi kegemaran Iffa ketika
kecil dahulu.

Iffa melemparkan semula pandangannya ke tepian pantai. Tiba-tiba teropong mata Iffa
terhenti di sebatang susuk tubuh yang sedang duduk di pangkin di pangkal pokok yang
rendang di tepi pantai itu. Iffa cuba meneliti siapa agaknya lelaki yang sedang bersendirian
itu. Terusik hati Iffa, terasa ingin mendekati susuk tubuh itu.

“Hai, sorang saja...?” Iffa menyapa dengan rasa segan dan malu-malu kucing.

“Hai, ya... sorang saja. Duduk lah”. Lelaki yang kelihatan bersahaja itu membalas sapaan
Iffa dengan mempersilakannya duduk di pangkin bersama-samanya.

“Memang orang sini ya..? Rumah yang mana satu..? Menetap di kampung ini atau balik
cuti..?” Barangkali kerana pengalaman hidup di rantau orang dan sentiasa berkomunikasi
dengan pelbagai lapisan, Iffa mudah sahaja berbual mesra walaupun baru dikenali.

“Eemm, ya saya orang sini. Asal kampung ini. Balik cuti kejap. Jenguk orang tua. Rumah
orang tua saya selang 6 buah dari sini.” Sambil tersenyum, lelaki itu menjawab dengan jelas
soalan Iffa tadi.

“Saya Iffa, Nor Iffa binti Badrul. Kat belakang tu rumah arwah orang tua saya. Mak saudara
saya, Mak Su Hanan yang tinggal sekarang. Saya pun bercuti. Dua minggu lagi saya akan
lapor diri di sebuah syarikat di Kuala Lumpur, mewakili syarikat lama saya di New York yang
menjalankan usahasama di Malaysia.”

“Oooo....begitu. Balik dari overseas rupanya. Bangga negara ini ada orang berjaya seperti
Iffa. Saya Azri. Azri bin Kamarul. Tak belajar luar negara pun. USM Pulau Pinang. Kerja
biasa-biasa saja, di ibu kota.”

Terasa sukar untuk melelapkan mata. Iffa berbalik-balik di katil dalam bilik lamanya yang
dijaga rapi oleh Mak Su. Tangan kanan dipangkunya di dahi. Kotak fikirnya melayang-
layang, banyak kenangan lama yang tiba-tiba menerjah ingatannya.

3
“Azri......, Azri Kamarul....? Aku macam pernah ingat nama ini. Orang ini seperti pernah hadir
dalam memori hidupku. Aku rasa seperti aku pernah kenal lelaki bernama Azri ini.” Iffa
seperti mencari jawapan sendiri. Namun, Iffa akhirnya terlena tanpa mendapat jawapan
yang dicarinya itu.

“Mak Su, Iffa kena pergi ofis ni. Semua kerja di rumah ni akan dibuat oleh bibik. Mak Su
boleh rehat, solat sunat dan baca al-quran saja. Iffa dah sediakan semuanya dalam bilik tu
ya Mak Su.”

Seminggu yang lalu Iffa membawa Mak Su Hanan tinggal dengannya di Kuala Lumpur.
Kondominium yang agak mewah disediakan oleh majikanya. Mak Su Hanan tersenyum dan
mengangguk sambil mengusap wajah Iffa dengan penuh kasih sayang.

Selepas mengetuk pintu bilik pegawai untuk melapor diri di syarikat itu, Iffa dijemput masuk
dan dipersilakan duduk. Pegawai tersebut memusingkan kerusi empuknya dan menyapa
Iffa. Mata Iffa seperti terbeliak. Mereka saling berpandangan. Tanpa suara.

“Selamat datang Iffa, sekarang kita ditakdirkan kerja sebumbung. Saya sangat bersyukur. 18
tahun saya menunggu Iffa pulang. Saya mahu Iffa tahu, saya tidak pernah melupakan Iffa
walau sesaat pun. Saya tidak pernah berhenti berharap kerana saya yakin Iffa akan kembali
juga untuk saya. Sekarang penantian saya telah selesai dan doa saya telah termakbul.”

“Azri....Azri Kamarul....! Awaklah Azri Kamarul yang dahulu itu..?” Iffa menyambut senyuman
Azri dengan tenang.

Inilah takdirku. Hidupku kini lengkap.

Anda mungkin juga menyukai