Anda di halaman 1dari 1

Matapelajaran: Pendidikan Moral Masa: 2 jam

Kelas: Tingkatan 1 Merah


Bidang: 1 Pengenalan Moral
Standard Kandungan: 1.1 Konsep Moral
Tajuk: Reaksi terhadap kes buli dan gangsterisme di sekolah. (topik/isu yg nak dibincangkan)
Standard pembelajaran:

1.1.1 menjelaskan maksud moral melalui contoh


1.1.2 membanding bezakan perlakuan baik, benar dan patut
1.1.4 menceritakan perasaan apabila berkelakuan baik, benar dan patut kod sahaja
1.1.5 menunjuk cara perlakuan baik, benar dan patut

Nilai: Rasional, Harga diri


Objektif pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:
a) Penaakulan moral : i) memberikan contoh perlakuan yang baik, benar dan patut
ii) membezakan contoh perlakuan yang baik, benar dan patut
b) Emosi moral: Berasa bangga kerana dapat menjauhkan diri dari perbuatan yang
tidak bermoral iaitu buli dan gangsterisme.
c) Perlakuan moral: menghasilkan poster anti-buli sebagai peringatan bersama kepada
para pelajar.

Aktiviti P&P: 1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.


2. Guru mengedarkan keratan akhbar tentang kes buli dan gangsterisme kepada para
pelajar.
3. Pelajar diberikan masa untuk membaca keratan tersebut.
4. Pelajar membincangkan tentang isu yang diketengahkan dalam kumpulan.
5. Dalam kumpulan masing-masing, pelajar perlu memberikan contoh perlakuan yang
sepatutnya ditonjolkan para pelajar.
6. Pelajar memberikan contoh perbezaan antara perlakuan yang yang baik, benar dan
patut dan mengaitkannya dengan gejala gangsterisme dan buli
7. Hasil perbincangan pelajar dibentangkan dan dibincangkan bersama dalam kelas. Guru
membimbing pelajar dan mengucapkan syabas di atas hasil pembentangan dan kerja
berkumpulan.
8. Pelajar ditanya tentang perkara yang perlu diambil pertimbangan sebelum melakukan
sesuatu. Jawapan pelajar dicatat pada whiteboard dan guru mengaitkan nilai rasional
dan harga diri.
9. Pelajar kemudian menghasilkan poster anti buli dalam kumpulan.

Elemen Merentas Kurikulum(EMK): Kewarganegaraan Global (identiti dan jati diri/kepercayaan dan
nilai)
Bahan bantu mengajar: keratan artikel, buku teks, kertas mahjong, marker pen, pensel warna, contoh
poster anti buli

Refleksi: Semasa sesi pembentangan 70 peratus daripada bilangan pelajar dapat memberikan contoh
perlakuan yang baik, benar dan patut. Pelajar juga dapat membentangkan kepentingan mengelakkan diri
dari gejala buli dan gangsterisme. Hasil pembentangan pelajar dilekatkan pada papan notis. Walau
bagaimanapun, objektif bagi SP 1.14 dan 1.15 akan disambung pada sesi p&p yang akan datang keran
kekangan masa.

Anda mungkin juga menyukai