Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI PERTAMA

SEKOLAH KEBANGSAAN KERUPANG


TAHUN 2019
1.0 PENDAHULUAN
Merentas Desa merupakan satu acara wajib di jalankan di sekolah. Merentas desa ini
merupakan acara tahunan sekolah dan dimasukkan dalam takwin sekolah malahan
merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ia juga
memberikan peluang kepada murid untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di
bangku persekolahan.

2.0 TARIKH DAN MASA


Tarikh : 28 September 2019
Hari : Sabtu
Masa : 6.30 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : SK Kerupang WP Labuan

3.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN


Kejohanan Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama, antaranya
adalah untuk ;
i. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara
tahunan.
ii. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk
individu yang cergas.
iii. Memupuk semangat kerjasama dikalangan warga Sekolah Kebangsaan Kerupang
WP Labuan dalam mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak
untuk menjayakannya.
iv. Menambahkan ilmu pengetahuan murid dan warga SK Kerupang tentang alam
sekitar.
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam
kalangan murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah
sukan.
vi. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat negeri bagi tahun 2020.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua murid tahun 3 hingga tahun 6 SK Kerupang.
5.0 KATEGORI PERTANDINGAN
I. Tahun 3 Lelaki
II. Tahun 4 Lelaki
III. Tahun 5 Lelaki
IV. Tahun 6 Lelaki
V. Tahun 3 Perempuan
VI. Tahun 4 Perempuan
VII. Tahun 5 Perempuan
VIII. Tahun 6 Perempuan

6.0 PENENTUAN PEMENANG DAN KUTIPAN MATA


Kutipan mata akan diberikan kepada peserta no.1 hingga no.30 bagi setiap kategori.
Jumlah mata yang diperolehi mengikut kedudukan :
KEDUDUKAN KUTIPAN MATA
1 hingga 5 20
6 hingga 10 15
11 hingga 15 10
16 hingga 20 5
20 hingga 25 3
25 hingga 30 1
7.0 TREK LARIAN
8.0 JURI RAYUAN
Sebarang bantahan tentang keputusan pertandingan hanya boleh dilakukan melalui Ketua
Guru Rumah Sukan kepada Juri Rayuan yang telah dilantik dengan bayaran sebanyak
RM50. Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya pihak berkenaan gagal dalam
aduannya. Segala keputusan Pertandingan akan disahkan muktamat oleh Juri Rayuan.

9.0 PEMBATALAN PENYERTAAN PESERTA


I. Peserta tidak harus dapat bantuan di sepanjang perlumbaan
II. Para peserta yang didapati mengganggu atau memintas peserta-peserta lain
dengan tujuan melengahkan kelajuan lawan mereka.
III. Peserta yang tidak ikut trek kejohanan merentas desa yang telah ditetapkan.
IV. Sebab-sebab lain yang dapat membawa kemudaratan kepada peserta.
10.0 ATURCARA PERTANDINGAN
MASA ATURCARA
6.30 pagi -Melapor diri (Peserta, Pegawai Teknikal & Petugas)
-Pemanasan Badan
6.40 pagi -Taklimat Ringkas
6.50 pagi -Ketibaan Guru Besar, Yg.Dipertua PIBG, guru-guru dan jemputan
7.00 pagi - Larian Bermula –Tahun 3 Perempuan
7.10 pagi - Larian Bermula –Tahun 3 Lelaki
7.20 pagi - Larian Bermula –Tahun 4 Perempuan
7.30 pagi - Larian Bermula –Tahun 4 Lelaki
7.40 pagi - Larian Bermula –Tahun 5 Perempuan
7.50 pagi - Larian Bermula –Tahun 5 Lelaki
8.00 pagi - Larian Bermula –Tahun 6 Perempuan
8.10 pagi - Larian Bermula –Tahun 6 Lelaki
9.10 pagi -Peserta akhir dijangka selesai menamatkan larian
9.30 pagi -Keputusan tidak rasmi diumumkankepada pengurus pasukan
9.45 pagi -Semua rumah sukan bersedia untuk majlis penutupan
10.00 pagi -Ucapan alu-aluan Pengerusi Pengelola Kejohana Merentas Desa- Guru
Besar SK Kerupang, Pn.Hjh Aini binti Haji Salleh
10.15 pagi -Ucapan Perasmian Penutup- Yg.Dipertua PIBG SK Kerupang
10.30 pagi -Penyampaian Hadiah
11.00 pagi -Majlis Bersurai
11.0 PANDUAN TUGAS GURU
JAWATANKUASA SENARAI TUGAS
Pengurus Pasukan 1. Menyediakan peserta-peserta rumah masing-masing.
2. Menyediakan dan menentukan tanda untuk peserta.
3. Mengawasi disiplin peserta rumah masing-masing.
Persiapan Tempat 1. Menyediakan dan mengemaskan semula tempat
penamat pertandingan iaitu lorong penamat, kerusi dan
meja pencatat mengikut kategori peserta.
Setiausaha dan 1. Menyediakan borang keputusan pertandingan, kad
Pen. Setiausaha pemenang dan penanda di Check Point.
2. Membuat laporan pertandingan dan menyerahkan
kepada PK Kokurikulum dalam masa seminggu selepas
pertandingan.
Hadiah 1. Menempah, memastikan hadiah mencukupi untuk setiap
acara
2. Membuat persiapan dan upacara penyampaian hadiah
apabila kejohanan tamat.
Pelepas 1. Melepaskan peserta untuk permulaan
Referi Pelepas 1. Membawa peserta ke tempat mula mengikut kategori
yang telah ditetapkan pada masa yang ditentukan
2. Memberi isyarat kepada pelepas untuk memulakan
pertandingan
Pengacara Majlis 1. Mengacarakan majlis penyampaian hadiah setelah
kejohanan tamat
Kecemasan 1. Menyediakan alat bantu kecemasan
2. Memberi bantuan yang sewajarnya kepada pesakit
Hakim 1. Memberikan kad di garisan penamat kepada pemenang
mengikut nombor kemenangan dan kad untuk mata
rumah iaitu No.1 hingga No.30
Ketua Hakim 1. Memberi taklimat kepada hakim dan penjaga masa
(pencatat)
2. Memastikan semua keputusan pertandingan diperolehi
dan menyerahkan kepada pengacara majlis untuk
penyampaian hadiah.
Pencatat dan 1. Mencatat nama dan rumah pemenang mengikut nombor
Penjaga Masa kad keputusan hakim.
2. Merekod mata rumah mengikut masa yang ditentukan
oleh hakim
3. Mengambil masa pemenang pertama pertandingan
mengikut kategori yang diarahkan untuk mencatat
(berada di tempat permulaan untuk mengambil masa
permulaan)
Pengurus Trek 1. Memastikan trek selamat digunakan dan semua petugas
di check point bersedia.
2. Memberitahu referi pelepas untuk acara dimulakan
3. Menentukan dan memberi arahan jurutunjuk bagi setiap
kategori
Jurutunjuk Arah 1. Bersedia dengan motosikal dan membawa bendera
amaran kepada orang awam (Bendera Merah)
2. Menjadi tunjuk arah laluan bagi kategori yang diarahkan
oleh pengurus trek.
Penjaga stesen/ 1. Berada di tempat check point yang ditentukan sekurang-
check point kurangnya 10 minit lebih awal sebelum masa kejohanan
bermula
2. Berada di kedudukan yang sesuai di check point bagi
memastikan keselamatan muris.
3. Mengawal dan memastikan lalulintas di kawasan
tersebut selamat untuk laluan murid.
4. Memberi arahan kepada murid sekiranya mereka berlari
secara mebahaya.
12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
No Item Quantiti Hargas jumlah Catatan
seunit (RM)
(RM)
1 Medal 40 6.50 260.00
2 Piala (Kategori Lelaki & Perempuan) 2 50.00 100.00
3 Piala (Johan Keseluruhan) 1 80.00 80.00
4 Hamper 1 1 100.00 100.00
5 Hamper 2 1 80.00 80.00
6 Hamper 3 6 60.00 360.00
7 Gelang Getah (2 warna) 4 5.00 20.00
bungkus BBTP, BSS
8 Reben Penanda ( 4 warna) 4 6.00 24.00 dan YKS

9 Banner saiz 5x3 (Makluman) 1 70.00 70.00


10 Warning tape 2 10.00 20.00
11 Bateri AA 4 15.00 60.00
12 Kertas Warna 4 warna 1 rim 15.00 15.00
13 Air horn 2 15.00 30.00
14 Spray merah 2 12.00 24.00
15 Makan dan minum murid 300 5.00 1500.00 SUWA
16 Air Mineral 30 kotak 15.00 450.00
17 Makan dan minum guru dan 53 orang 6.00 318.00 Sumbangan
jemputan PIBG
Jumlah keseluruhan 3511.00

13.0 PENUTUP
Diharapkan kejohanan ini dapat dijalankan seperti yang telah dirancang disamping
mendapat kerjasama dari semua pihak.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

SYRLLY ESTERINA SUMPING EN. INANIS FATINISUPI BIN ABDULLAH


Setiausaha Sukan, Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Kerupang W.P.Labuan SK Kerupang W.P.Labuan
DILULUSKAN/TIDAK DILULUSKAN

Tandatangan Guru Besar

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai