Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BADMINTON
TERBUKA NOVIS KAMPUNG PENGKALAN KUAP (2010)
 
1.            TAJUK
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Badminton Terbuka Novis Kampung Pangkalan Kuap
yang akan bermain secara kalah mati.
 
2.            MATLAMAT
2.1    Pengelolaan menekankan kesederhanaan, pemainan yang berkualiti dan meriah.
2.2    Menilai potensi dan prestasi atlet dalam permainan badminton untuk dibawa ke pertandingan
peringkat Negeri.
2.3    Melaksanakan takwim Kelab.
2..4 Mendedahkan kepada belia tentang cara memimpin dan menguruskan sesuatu aktiviti
disampingdapat menimba pengalaman baru yang jarang sekali dirasa oleh masyarakat umum.
2.5 Meningkat jati diri dikalangan pemain muda dan veteran.
 
3.            PENGELOLA
3.1    Pertandingan ini dikelolakan oleh Kelab Badminton Pemuda & Pemudi Kpg Pengkalan Kuap.
3.2    Keseluruhan kawalan dan pengurusan pertandingan dijalankan mengikut undang-undang
Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) dan peraturan Am pihak penganjur.
 
4.            MAKLUMAT KEJOHANAN
4.1 Tempat Kejohanan               :           Dewan Serbaguna Kpg Pangkalan Kuap
4.2 Bilangan Gelanggang :          Dua buah
4.3 Tarikh Pengundian                :         05 Disember 2010
4.4 Tarikh Kejohanan                 :         10 Disember 2010
:          
4.5 Masa Kejohanan                  :           7.30 malam– 12.00 malam
 
5.            UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
5.1    Undang-undang pertandingan mengikut Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF).
5.2    Peraturan pertandingan berpandukan Peraturan Am pihak penganjur.
5.3    Sebarang Keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah
muktamad.
 
6.            FORMAT PERTANDINGAN
6.1    Sistem pertandingan dijalankan secara kalah mati.
6.2    Undian pertandingan akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola bersama-sama pemain /
pengurus pada tarikh yang telah ditetapkan berdasarkan jadual pertandingan.
6.3    Keputusan undian adalah muktamad.
 
7.           ACARA DIPERTANDINGKAN
8.1 Lelaki Bebas            :           Bergu
8.3 Veteran : Beregu ( Umur 50 Tahun Keatas )
 

Kelab Badminton Peumda & Pemudi Kpg Pengkalan Kuap


9.            HADIAH PERTANDINGAN
9.1 Johan                       : RM 500.00 serta sampingan          
9.2 Naib Johan               :        RM 300.00 serta sampingan    
9.3 Ketiga & Keempat :           RM 200.00 serta sampingan
         
 
10.        PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI
10.1    Pendaftaran pemain hendaklah melalui borang khas yang dikeluarkan oleh Pengelola Kejohanan
yang mengandungi maklumat seperti nama, tarikh lahir,dan Nombor kad pengenalan.
10.2    Bayaran setiap penyertaan adalah RM 30.00.
10.3    Setiap pendaftaran pemain hendaklah mengikut syarat-syarat kelayakan pemain seperti yang
telah ditetapkan.
 
11.        REFREE, PENGADIL DAN HAKIM GARIS KEJOHANAN
11.1    Refree kejohanan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa pengelola.
11.2    Hakim garis merupakan tenaga Ahli Jawatankuasa Penganjur.
 
12.        BANTAHAN
12.1    Keputusan pengadil adalah muktamad.
12.2    Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara dan fakta yang dibuat
oleh pengadil.
 
13.        ETIKA PEMAIN DAN PEGAWAI
13.1    Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan tiap-tiap pegawai dan pemain
termasuk penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkah laku yang dihormati berdasarkan
semangat sukan yang tulen.
13.2    Tertakluk kepada pengesahan, Jawatankuasa Pengelola boleh mengambil sebarang tindakan
yang bersesuaian terhadap mana-mana pemain, pegawai dan penyokong yang bertindak tidak
mengikut peraturan pertandingan atau objektif pertandingan ini keseluruhannya dan tindakan ini
mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan, pemain atau pegawai dari
apa jua penglibatan bagi sebarang jangka masa yang ditimbang sesuai.
13.3    Sebarang penipuan dalam hal pendaftaran pemain atau sama ada sengaja atau tidak adalah
kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan.
13.4    Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan tindakan keluar padang permainan adalah
kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan.
13.5    Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri perlawanan ini
setelah jadual perlawanan dikeluarkan dengan apa sebab jua pun pegawai dan pemain akan
diambil tindakan.
 
              

Kelab Badminton Peumda & Pemudi Kpg Pengkalan Kuap


14.        LAIN-LAIN MAKLUMAT KEJOHANAN

14.1    Mesyuarat Pelarasan Kejohanan Badminton Terbuka Novis KPK

Tarikh :           05 Disember 2010   


Masa :        3.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna Kpg Pengkalan Kuap        

 
14.2    Pendaftaran Pemain dan Pegawai
Tarikh Tutup : 05 Disember 2010 2.00 petang       

Tarikh Pengundian      05 Disember 2010 2.30 petang                             


  
14.3    Taklimat Pengadil
Tarikh : 06 Disember 2010         
Masa : 3.00 petang      
Tempat : Dewan Serbaguna Kpg Pengkalan Kuap        
                             
 
14.4    Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah akan dilakukan oleh YB Dato’ Sri Hj Mohamad Ali
Mahmud ADUN N.15 Muara Tuang.

Tarikh :  Akan ditetap kemudian       


Masa :    9.00 pagi    
Tempat :          Dewan Serbaguna Kpg Pengkalan Kuap  
  

ANGGARAN BELANJA MENGURUS PERTANDINGAN BADMINTON

Kelab Badminton Peumda & Pemudi Kpg Pengkalan Kuap


TERBUKA ‘NOVIS’ KAMPUNG PENGKALAN KUAP
Bil Perkara Unit Jumlah
1 Hadiah Katagori Novis (Johan)   500
  Naib Johan   300
  Tempat ketiga & Keempat 100 x2 200
       
2 Kategori Veteran - Johan   500
   Naib Johan   300
   Tempat Ketiga & Keempat   200
3 Bayaran Pengadil   900
4 Bayaran Penjaga Garisan   900
5 Bulu Tangkis 55 x18 990
  Cat 3 tong 125 x 3 375
  Cat minyak Putih 3 tong @3 litre 25.00 x3 75
  Cat Air -Dinding 3 tong 30 x 3 90
  Cat warna merah 2 Tong 95 x 2 190
  Tape untuk garisan 15 x 2 30
  Bakol untuk persedian beg 4 x 5.00 20
  Net Yonex2 UNIT 90.00 X 2 180
  Name Tag Petugas 24 24 x 5.00 120
  Baju untuk Petugas 24 unit 30 x 20.00 600
  Pentadbiran   200
  Belanjaan luar jangka   500
   Jamuan / Acara Penutupan    500
  Jumlah Besar:   7170.00
       

DRAFT JAWATAN KUASA KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA NOVIS


KAMPUNG PENGKALAN KUAP 2010

Kelab Badminton Peumda & Pemudi Kpg Pengkalan Kuap


Penasihat : Pegawai Daerah Bahagian Samarahan
Pengerusi : Hj. Seli bin Hassan
Timb/Pengerusi : Seruji bin H Seli
Setiausaha : Bakar bin Suut
Bendahari : Murat bin Masduki

Ahli Jawatankuasa Kecil:


Urusetia
Pengerusi : Kusairi bin Hj Mohd Jerawi
: Zaidi bin Mahali
: Julai bin Hj Bujang
: Mohd Syukri bin Saypet
: Sukri bin Hj Semi
Penagdil /Garisan
Pengerusi : Murat bin Masduki
: Sangkarani bin Sedi
: Jeffery bin Taha
: Nizam bin Mat Jawel
: Tamin bin Kuni
: Johan bin Kuni
Siaraya / Emc
Pengerusi : Zamri bin Hj Glas
: Yuri bin Bujang
Keselamatan
Pengerusi : Mohamad bin Hj Bujang
: Hasbi bin Abdullah
Jamuan
Pengerusi : Zaidi bin Mahali
: Narawi bin Saad
: Mohd Azmeer bin Edi
Hadiah
Pengerusi : Wan Azman bin Wan Rebi
: Abd Rahman bin
: Latif bin Jamali
: Moh Najib bin Jamil
: Mohd. Alif bin Pandi

15. PENUTUP

Kelab Badminton Peumda & Pemudi Kpg Pengkalan Kuap


Dengan adanya program seperti ini diharapkan semua pihak yang terlibat dapat
memberikan kerjasama dan komitmen yang padu bagi memastikan program ini dapat
dilaksanakan dengan lancar tanpa ada sebarang kesulitan yang boleh menjejaskan objektif
yang sebenar serta dapat menjaga nama baik belia. Jesteru, diharapkan agar segala objektif
yang telah diatur dan nilai-nilai murni yang cuba diserapkan dalam program ini dapat
dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

“PERKASA DENGAN TEKNOLOGI DAN IMAN”

Kelab Badminton Peumda & Pemudi Kpg Pengkalan Kuap

Anda mungkin juga menyukai