Anda di halaman 1dari 1

En Zainudin Bin Satar,

YDP Ikram Kawasan,


Tangkak,
JOHOR.
_________________________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Serom 3,
84410,Sungai Mati,Tangkak,
JOHOR. 11 September 2019

Tuan,

Memohon Kebenaran Menggunakan Dewan Untuk Program IKRAM Junior

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa IKRAM Kawasan Tangkak akan


mengadakan program Cinta Negaraku untuk murid Tahap 1 dan 2.

2. Program tersebut akan diadakan pada hari Isnin, 16 September 2019 di dewan
sekolah. Sebanyak 80 orang murid Tahap 1 dan 2 akan mengambil bahagian.
Program akan bermula pada pukul 8.00 pagi dan akan diselia oleh ahli IKRAM
kawasan Tangkak.

3. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerapkan semangat patriotik


kepada kanak-kanak agar dapat membentuk generasi yang lebih baik pada masa
akan datang.

4. Oleh hal demikian,kami ingin memohon kebenaran tuan untuk menggunakan


dewan sekolah dan kelengkapannya bagi tujuan tersebut. Kami berjanji akan
menjaga semua kelengkapan dengan sebaik-baiknya selain mengemaskan dewan
sebelum dan selepas program. Diharap permohonan kami ini mendapat
pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan.

Sekian , terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Zainudin Bin Satar,


YDP Ikram Kawasan,
Tangkak.

Anda mungkin juga menyukai