Anda di halaman 1dari 1

Generasi kini ialah pemimpin masa hadapan.

Ibu bapa berperanan penting


untukmelahirkan generasi muda yang mencintai ilmu. Dalam hal ini anak perlu dididik
tentangkepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil, bak kata peribahasa, “melentur
buluh biarlah darirebungnya”. Ibu bapa yang bertanggungjawab mencanai dan
menggilap mereka, sama adaseindah pelangi atau semalap hitam masa depan mereka.
Hal ini membuktikan bahawa betapapentingnya peranan ibu bapa dalam melahirkan
generasi yang berilmu.

Realitinya, ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak untuk melahirkan
generasiberilmu. Ibu bapa memberi pengaruh yang besar kepada anak-anak. Hal ini
demikian kerana,anak-anak menghabiskan masa yang banyak di rumah. Sehubungan
dengan itu, rumahmenjadi sumber utama bagi anak menimba ilmu pengetahuan. Ibu
bapa semestinyamenerangkan kepentingan ilmu kepada anak-anak secara berhemah
dan lemah lembut.Dengan cara ini, anak-anak generasi baharu dapat menerima
pengajaran ibu bapa dengan hatiyang terbuka.

Sementelahan itu, ibu bapa yang memikul obligasi untuk melahirkan generasi
mudayang berilmu harus menggalakkan anak ke majlis ilmu. Hal ini demikian kerana,
anak-anakdapat membuka mata untuk mempelajari ilmu pengetahuan yang baharu
memandangkan ilmu boleh didapati melalui pelbagai cara. Sesungguhnya, dengan
wujudnya sudut bacaan, anak-anak lebih terdedah dengan suasana pembelajaran
yang kondusif di rumah. Anak-anak juga boleh mengisi masa senggang dengan
membaca buku untuk menimba ilmu pengetahuan. Olehitu, ibu bapa hendaklah
menyediakan pelbagai bahan bacaan di rumah untuk keperluan bacaananak-anak.

Ilmu itu pelita hidup. Tanpa ilmu, seseorang itu bagaikan orang buta yang
kehilangantongkat. Ibu bapa sepatutnya menjadi entiti misali bagi anak-anak mereka
kerana anak ibaratkain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Ibu bapa juga boleh
menghadiahi anak-anakbuku dan bahan bacaan yang berkualiti. Elakkan membeli buku
picisan untuk anak-anak. Hal inidapat meningkatkan kegemaran anak untuk membaca.
Ibu bapa haruslah memastikan yanganak mendapat buku yang berkualiti di samping
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.

Ibu bapa sewajarnya menggalakkan anak menyertai pertandingan seperti


pertandinganmenulis esei, pidato, berbahas, bercerita ataupun forum. Tidak dapat
dinafikan bahawa hal inidapat mencungkil bakat mereka. Selain itu, mereka juga
akan dapat pelbagai pengalaman yangberguna, bak kata peribahasa, “kepimpinan
melalui teladan”. Jelaslah bahawa penyertaandalam pertandingan juga dapat
melahirkan bakal pemimpin yang berbakat. Ingatlah “pemudaharapan bangsa, pemudi
tiang negara”. Jadi, bagi merealisasikan hasrat negara dalammelahirkan generasi
berilmu semua pihak perlulah memainkan peranan sejajar dengan pelanpembangunan
negara yang dibentuk.