Anda di halaman 1dari 12

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. _________________hendak ke mana? Tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah?


A. tuan
B. tuanku
C. baginda
D. tuan hamba

2. Tuan Sulaiman mendermakan ____________ daripada hartanya kepada anak-


anak yatim.
A. sebahagian
B. sesetengah
C. beberapa
D. ribuan

3. Makanlah makanan yang berkhasiat ____________ badan kamu sentiasa cergas.


A jika
B sejak
C supaya
D kerana

4. Ayah menyapu ________ kering yang gugur dari pohon mangga situ.
A. dedaun
B. pepohon
C. kekabu
D. bebiri

5. Amir sangat ___________kerana mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang


dalam UPSR.
A. segan
B. benci
C. marah
D. kecewa
Gambar 1
6. Para pendaki terpaksa ___________ hutan tebal itu sebelum malam menjelang tiba.
A melalui
B meredah
C meranduk
D menempuh
7. Datuk Siti Nurhaliza merupakan seorang ________yang disegani ramai.
A seniwati
B sasterawan
C peragawati
D hartawan

8. Beberapa orang _____________ Jabatan Pendidikan telah dinaikan pangkat dalam


majlis anugerah itu.
A. jawatankuasa
B. kakitangan
C. warganegara
D. pesuruhjaya

9. Satu persembahan tarian tradisional dipersembahkan oleh _____________pelajar


dari Pantai Timur.
A. sekumpulan
B. sekawan
C. segolongan
D. segerombolan

10. Pendedahan ______ bahan kimia tertentu boleh menyebabkan penyakit kulit.
A. akan
B. terhadap
C. kepada
D. dengan
11. Jonathan berdiri di ______ kuda yang hendak ditunggangnya.
A.sisi
B.hulu
C.selatan
D.utara

12. Ahmad _____________mengulangkaji pelajaran walaupun hari sudah lewat malam.


A. telah
B. mesti
C. masih
D. belum

13. Semua murid di dalam kelas Enam Bestari __________ untuk mendapat 8A dalam
Ujian Penilaian Sekolah Rendah .
A. berebut
B. bersaing
C. berlawan
D. berjuang

14. ______________ daripada peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan


rasa gembira setelah selesai menjalani latihan.
A. Sebilangan
B. Sesetengah
C. Semua
D. Setiap

15. Cikgu Nadia menasihati murid-muridnya supaya banyak membaca majalah untuk
menambahkan ilmu pengetahuan.
A. “Kita perlu membaca banyak majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan,”
jelas Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.
B. “Kamu perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu
pengetahuan,” kata Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.
C. “Saya dan kamu perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu
pengetahuan,” ujar Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.
D. “Mereka perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu
pengetahuan,” nasihat Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.
16. Pilih ayat yang betul.
I Setengah orang tidak suka akan buah durian.
II Keluarga Encik Maniam bukan pergi ke Kuala Lumpur.
III Ibu bukan pergi ke kebun tetapi ke rumah kawannya.
IV Kamaruddin tidak terangkat kotak yang berat itu.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. III dan IV sahaja

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Zamri dan Kim Chai murid Tahun Enam Mawar.Mereka tinggal berjiran dan
bersekolah di sekolah yang sama, iaitu Sekolah Kebangsaan Cina Lick
Hung.Walaupun mereka sebaya,namun hobi mereka sungguh berbeza.Hobi Zamri
ialah bertae kwan do, manakala hobi Kim Chai bermain komputer.
Pada masa lapang,mereka berdua melakukan hobi masing-masin.Kim
Chai seorang pelajar yang cekap bermain komputer.Hampir semua perisian terkini
dapat dikendalikan olehnya.Dia juga tahu melayari internet untuk menambahkan ilmu
pengetahuan.Kim Chai beranggapan hobi sahabatnya tidak mendatangkan faedah.Dia
selalu memandang rendah kepada Zamri dengan mengatakan aktiviti itu ketinggalan
zaman dan kuno.Zamri tidak mengendahkan sindiran Kim Chai itu kerana dia tahu
akan kebaikan seni mempertahankan diri.
Pada suatu hari,semasa mereka berbasikal untuk pulang ke
rumah,seorang murid tahun enam yang terkenal dengan kenakalannya menghalang
perjalanan basikal mereka.Budak tersebut meminta wang daripada Zamri dan Kim
Chai.Dengan terketar-ketar Kim Chai Kim Chai menghulurkan wang sakunya.Kim
Chai sangat takut.Zamri tidak memberikan sesen pun kepada budak itu,dan ini
menyebabkan dia naik angin.Dia mengugut akan memukul Zamri.Belum sempat dia
bertindak,dengan tangkas Zamri menumbuk mukanya.Budak itu jatuh tersungkur
menyembah bumi.Tanpa membuang masa dia bingkas bangun dan lari lintang-pukang.
Kim Chai terpegun dengan tindakan sepantas kilat Zamri yang berjaya menghalau
budak tersebut.Dia memuji dan meminta maaf kepada Zamri kerana selama ini dia
selalu memandang rendah hobi Zamri.Dia menyesal akan sikapnya.Sejak hari itu,Kim
Chai mula berminat mempelajari seni mempertahankan diri.Kini barulah dia sedar
bahawa setiap ilmu itu ada kebaikannya dan tidak rugi jika kita mempelajarinya.
17. Pada pendapat kamu,apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan petikan di atas?
A Kita perlu menghormati kawan
B Kita perlu melakukan aktiviti yang berfaedah pada masa lapang
C Kita tidak seharusnya pandang rendah terhadap hobi yang berfaedah orang lain
D Kita haruslah pandai menggunakan komputer

18. Mengapakah Zamri tidak memberikan sesen pun pada budak nakal tersebut?
A kerana dia ingin melaporkan perkara tersebut kepada ibu bapa
B kerana dia ingin mempersendakan orang lain
C Kerana dia pandai bermain permainan komputer
D kerana dia ada mempelajari seni mempertahankan diri

19. Mengapakah Zamri tidak menghiraukan sindiran Kim Chai?


A kerana dia ingin membalas dendam
B kerana dia ingin menewaskan musuh
C kerana dia ingin mengikuti jejak langkah keluarganya
D kerana dia tahu akan kebaikan mempelajari seni mempertahankan diri

20. Perkataan menghalau dalam petikan bermaksud


A mengusir
B mengiring
C mengarah
D mengenyah
Bahagian B
(30 markah)
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberi.

Hampir-hampir Bolak-balik Berduyun-duyun

Lintang-pukang Mundar-mandir Bersiar-siar

Riuh-rendah Bila-bila Hiruk-pikuk

Orang ramai datang ____________________________ke Dataran Merdeka pada


pagi 31 Ogos 2016. Kebanyakkan pengunjung sangat teruja untuk menyambut Hari
Kemerdekaan pada tahun ini. Pagi-pagi lagi suasana di Dataran Merdeka sudah
____________________________dengan suara para pengunjung.Beberapa orang
pemuda kelihatan ________________________di kawasan tempat duduk
pengunjung.Pasukan askar sedang bersedia untuk melakukan acara lintas
hormat.Acara akan bermula pada ________________________________sahaja.
Ribuan pengunjung yang hadir menyaksikan perarakan para kontigen pada Hari
Kemerdekaan tersebut kelihatan sangat teruja.
(4 markah)

Soalan 22
a. Tulis ayat Tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat Tanya :
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Jawapan: Pegawai-pegawai dari Jabatan Masyarakat datang untuk memberi
sumbangan kepada keluarga itu.
(2 markah)
b. Tulis dialog yang sesuai bagi situasi yang terdapat dalam gambar di bawah.

Beta mahu lanun yang


ditangkap harus dihukum
dan harta yang dicuri oleh
mereka harus dirampas.

Jawapan :

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

(2 markah )

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


Jawapan :

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(1 markah)
Soalan 23
Tuliskan simpulan bahasa yang sesuai pada tempat yang disediakan berdasarkan maksud
yang diberi.

pendapat fikiran buah

hadiah buah curi

Malas bekerja tulang tangan

( 3markah)

a.Tuliskan Ayat Pasif di bawah ini kepada Ayat Aktif tanpa mengubah maksud.

1.Buku Hikayat Hang Tuah itu dikarang oleh Tun Sri Lanang.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
(1 markah)

2. Abang dinasihati oleh ibu supaya berhati-hati ketika menunggang motosikal.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

(2 markah )
Soalan 24

Baca petikan surat kiriman rasmi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Tuan,

Pesanan Buku

Merujuk kepada perkara di atas, saya Razlan bin Ismail telah terbaca iklan dalam akhbar
tentang buu-buku terbaharu terbitan syarikat tuan.

2. Sehubungan dengan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku, iaitu:

a) Modul Gemilang Bahasa Melayu UPSR X 1 buah = RM9.80


b) Modul Gemilang Matematik UPSR X 1 buah = RM9.80
c) Esei Pilihan Cemerlang UPSR X 1 buah = RM15.60

3. Bersama-sama ini, saya sertakan kiriman wang pos bernombor D06544321 sebagai
bayaran buku-buku berkenaan.

4. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan penghantaran buku tersebut.Hal
ini demikian kerana peperiksaan UPSR akan diadakan pada awal bulan September ini.

5. Untuk makluman pihak tuan juga, buku-buku yang saya senaraikan di atas telah
habis di pasaran.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

RAZLAN
..........................................
(RAZLAN BIN ISMAIL)
a. Perkataan menyegarkan dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan.
____________________________________________________________________
(1 markah)

b. Mengapakah syarikat berkenaan diminta menyegerakan penghantaraan buku-buku


tersebut?
____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
(2 markah)

c. Apakah pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan tersebut?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(2 markah)

d. Sekiranya anda ialah pengurus syarikat berkenaan, apakah tindakan anda terhadap
surat penulis? Mengapa ?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
(3 markah)
Soalan 25
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan - soalan yang berikutnya.

Dihiris - hiris daun saderi,


Dicampur dengan hirisan lada,
Ibu bapa mendidik setiap hari,
Agar ilmu penuh di dada.

Gugur setandan buah kelapa,


Gugur menimpa si pokok padi,
Pengorbanan murni ibu dan bapa,
Kasih mereka kekal abadi.

Hari cuti berjalan - jalan,


Senang di hati tidak terkata,
Ilmu dicari buat bekalan,
Bakti ditabur kepada negara.

Terbang tinggi burung tempua,


Bersarang rendah di tepi hutan,
Tuntutlah ilmu di mana jua,
Agar cerah masa hadapan.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
(2 markah)

b. Mengapakah ilmu perlu dicari dan dituntut?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
(1 markah)
c. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (×) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Ilmu dapat menjamin masa hadapan

Memberi alasan untuk mengabaikan ilmu

(1 markah)

Tuntutlah ilmu di mana jua,


Agar cerah masa hadapan.

d. Terangkan maksud baris - baris pantun di atas.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(3 markah)

Anda mungkin juga menyukai