Anda di halaman 1dari 7

KEWAJIPAN MEMELIHARA AURAT

Dikeluarkan
Bahagian Dakwah

1
12 Julai 2019/ 09 Zulkaedah 1440

TEKS KHUTBAH : “KEWAJIPAN MEMELIHARA AURAT”

ْ َ َ ّ ُ ْ ِّ َ َ ُ َ ْ ُ ّ َ ْ َ َ ُْ َُْ ُ َ َ َ َْ ْ ‫ذ‬ ُ َْ
‫احلهد هللِ اَّلِي أرسل رسول بِالهدى و ِدي ِو احل ِق ِِلظ ِهره لَع الي ِو ك ِ ِه ولو‬
َ َ ّ َ ‫ُ َ ْ َ ُ َ َ ْ َ َ ُ ََ ْ َ ُ َ ذ‬ ‫َ َ ُ ْ ُْ َ َْ َُ َ ْ َ َ ذ‬
‫ وأشهد أن سيِدىا‬،‫َشيك ل‬ ِ ‫ أشهد أن َل إِل إَِل اهلل وحده َل‬،‫ْشكون‬ ِ ‫ل ِره اله‬
ََ َ ‫َُذ ً َ ْ ُ ُ َ َ ُ ُُْ ُّ ذ َ ّ َ َ ّْ ََ ْ َ َ َ ّ َ َُذ‬
ِ‫آل‬ ِ ‫ارك لَع سيِ ِدىا ُمه ٍد ولَع‬ ِ ‫ اللهم ص ِل وسلِم وب‬،‫ُمهدا عبده ورسول‬
ّْ َْ َ َ ْ َُْ َ ْ َ َ َ ْ ََ
.‫لي ِو‬ ِ ‫ان إَِل يو ِم ا‬
ٍ ‫وأصحاب ِ ِه ونو تبِعهم بِإِحس‬

َ ْ ُ ْ ُ ْ ُ ْ ََ ‫ذ ُ ْ َ َ ذ ُ َ َ َ َ ُ ُ ذ ذ‬ َ َ ََ ُ َْ ‫َذ‬
.‫ه وَلتهوتو إَِل وأتمم سسلِهون‬ ِ ِ ‫ فيا ِعباد اهللِ! ا ِتقوا اهلل حق تقات‬،‫أنا بعد‬

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Khatib memperingatkan sidang Jemaah dan diri khatib, marilah kita bersama-sama
meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintahNya
dan menjauhi segala laranganNya. Sesungguhnya insan yang bertaqwa itu akan beroleh
kemenangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Nikmat Islam yang dike-
capi selama ini, seharusnya kita syukuri dengan meningkatkan amal ibadah, bagi mem-
perkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa serta
mengeratkan hubungan kita sesama manusia. Semoga dengan memperoleh keredhaan
Allah itu, kita akan menjadi umat yang berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,


Alhamdulillah hari ini sudah menginjak 9 Zulkaedah 1440H bermakna kita semakin
hampir dengan bulan Zulhijjah yang padanya terdapat peristiwa-peristiwa pengorba-
nan demi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jika tetamu Allah yang bakal melaksana-
kan fardhu haji akan berhadapan pengorbanan yang besar begitu juga halnya bagi kita
sebagai hamba Allah yang senantiasa perlu mematuhi syariat agama Islam.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2 Khutbah Jumaat 2019
12 Julai 2019/ 09 Zulkaedah 1440

Antara perintah Allah yang dibawa oleh Baginda melalui syariat Islam ialah tuntutan
menutup aurat dengan sempurna. Menutup aurat merupakan kewajipan agama yang
sudahpun diketahui umum umat Islam. Tuntutan menutup aurat itu sabit berdasarkan
dalil-dalil daripada al-Qur'an, hadis dan kesepakatan para ulama. Akan tetapi, ramai
umat Islam yang mengabaikan dan bersifat acuh tak acuh akan tuntutan dan kewajipan
menutup aurat ini, baik lelaki mahupun perempuan.

Apa yang menyedihkan ialah cara atau gaya berpakaian pada hari ini, kebanyakkannya
tidak menepati dengan apa yang digariskan oleh syara‘. Islam telah menggariskan bata-
san aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat
hingga lutut. Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun
adalah sama iaitu antara pusat hingga lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menu-
tup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Aurat bagi wanita terdapat per-
bezaan dalam beberapa keadaan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad SAW)
melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka
gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi
mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan
sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan menggoyangkan bahu
dan kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk
syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya
dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” (Hadis riwayat Muslim, No.2128)

Realiti hari ini kita melihat, pakaian yang dipakai bukan untuk menutup aurat, sebali-
knya hanya menampal sebagai perhiasan semata-mata agar dipandang cantik dan ber-
gaya. Lebih mengecewakan lagi, anggapan sesetengah wanita memadai apabila dia me-
makai tudung sahaja, maka sudah bermakna dia menutup aurat. Sedangkan pakaian
yang dipakai nyata masih tidak menepati tuntutan menutup aurat sebagaimana
3 Khutbah Jumaat 2019
12 Julai 2019/ 09 Zulkaedah 1440

yang dikehendaki oleh syara‘, seperti memakai seluar yang ketat atau pakaian pendek,
nipis (jarang) dan kain berbelah, sama ada mereka sedari ataupun tidak.

SAUDARAKU SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI,


Mengapakah Islam begitu menitikberatkan permasalahan aurat baik lelaki ataupun per-
empuan? Ini adalah kerana di dalamnya terkandung pelbagai hikmah tersembunyi yang
sebahagiannya masih gagal difahami oleh umat Islam hari ini antaranya adalah;

1. Melindungi wanita daripada terdedah kepada perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebenarnya menutup aurat dengan sempurna khususnya wanita dapat mengelak dari
kekacauan sama ada secara fizikal atau mental. Secara tidak langsung pakaian yang
menutup aurat dan sopan merupakan satu cara untuk menghindari fitnah, serta dari
perkara buruk yang mungkin berlaku seperti rogol, zina, dan sumbang mahram.

Perbandingan paling mudah boleh kita ambil ialah tentang sebuah rumah yang ditinggal-
kan penghuninya untuk pulang ke kampung. Sebuah rumah ditinggalkan dalam keadaan
dikunci rapi tingkap dan pintunya, pagarnya pula berkunci dengan mangga. Manakala
sebuah rumah yang lain dibiarkan terbuka dan ditinggalkan begitu sahaja. Manakah
rumah yang paling diminati dan diceroboh oleh pencuri? Sudah tentu rumah kedua ker-
ana ia terdedah dan memudahkan anasir luar mencerobohnya. Maka, begitulah perum-
pamaan yang mudah bagi wanita yang menutup aurat.

2. Meninggikan darjat manusia lebih daripada makhluk lain

Manusia diberikan akal fikiran yang dengannya dapat kita berfikir untuk perkara-perkara
baik dan buruk, dosa dan pahala. Manusia dengan sebaik-baik ciptaan dan disyariatkan
pula supaya tubuhnya ditutup dengan pakaian yang sopan dan menutup aurat selari
dengan tuntutan agama selain dapat dibezakan dengan haiwan yang berjiwa kosong
tanpa akal dan tubuh badan yang sentiasa terdedah sepanjang masa. Dengan anugerah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 4 Khutbah Jumaat 2019
12 Julai 2019/ 09 Zulkaedah 1440

akal ini, Allah SWT membezakan manusia dengan ciptaan makhlukNya yang lain.
Teristimewanya bagi kaum wanita yang diberi penghargaan yang sangat tinggi nilainya
oleh Islam. Inilah kelebihan yang Allah berikan kepada manusia. Firman Allah dalam
surah at-Tin ayat : 4-5

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
٥ - ٤ :‫اتلني‬ ‫ﭽﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭼ‬

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang se-
baik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia pan-
jang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia
ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah”.

HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Segelintir masyarakat hari ini mendakwa menutup aurat itu menyempitkan ruang kebe-
basan. Apakah benar dakwaan tersebut? Dakwaan ini harus disangkal sama sekali. Ia
digembar-gemburkan oleh musuh-musuh Islam dengan pelbagai cara hingga seba-
hagian umat Islam terpengaruh. Kita diuji dengan pelbagai hiburan dan rekaan fesyen
dan gaya pakaian hingga terkeliru antara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh
syarak. Allah SWT mengharamkan lelaki dan wanita mendedahkan aurat bukan bertu-
juan menyekat kebebasan tetapi kerana Allah memuliakan dan menghargai mereka. Ti-
dak seorang pun yang akan teraniaya sekiranya aurat ditutup mengikut hukum syarak,
sebaliknya dengan mendedahkan aurat ia telah menzalimi diri sendiri dan memberi ke-
san pada orang lain. Malah Islam memandu mereka ke arah jalan keredhaan dan ketak-
waan kepada Allah SWT serta menutup ruang-ruang maksiat. Inilah kebebasan hakiki
yang perlu dicari setiap insan dalam mencapai mardhatillah.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 5 Khutbah Jumaat 2019
12 Julai 2019/ 09 Zulkaedah 1440

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,


Pada kesempatan ini juga khatib ingin mengingatkan supaya kita sama-sama dapat men-
gambil iktibar terhadap perkara-perkara berikut;

1. Umat Islam hendaklah mempunyai akidah yang betul dengan meyakini bahawa
menutup aurat itu adalah merupakan tuntutan syariat Islam yang wajib dipatuhi.

2. Allah SWT mewajibkan lelaki dan perempuan menutup aurat dengan tujuan untuk
meninggikan dan memuliakan darjat manusia berbanding dengan makhluk Allah
yang lain.

3. Wanita hendaklah menutup aurat supaya terhindar daripada gangguan dan pen
ganiayaan oleh lelaki yang tidak bermaruah dan bermoral.

4. Penutupan aurat tidak hanya sekadar menutup tubuh badan, tetapi hendaklah takut
kepada Allah dan menambahkan ketakwaan kepada Allah SWT.

5. Ketua keluarga, ketua masyarakat dan pemimpin-pemimpin hendaklah memastikan


diri dan insan di bawah jagaannya benar-benar mematuhi syariat Allah khususnya
dalam menutup aurat.

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬

‫ﭽ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔﮕ‬

٧٩ :‫انلحل‬ ‫ﮖ ﮗﮘﮙﮚﮛﮜﭼ‬

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 6 Khutbah Jumaat 2019
12 Julai 2019/ 09 Zulkaedah 1440

Maksudnya : “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beri-
man, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik;
dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang le-
bih dari apa yang mereka telah kerjakan”.

َ‫اكه ب َىا ِفي ٍِ ِوي‬ ُ َّ‫ِن َوإي‬ْ ‫ َو َن َف َع‬، ‫يه‬ َ ُ ُ ََ ْ ُ َ ََ


ِ ِ ِ ِ ‫رآن امع ِظ‬ِ ‫ىف امق‬
ِ ‫بارك اهلل ِِل ومكه‬
ُ‫السىيع‬ َّ ‫ك ْه ت ََل َوتَ ٍُ إًَّ ٍُ َُ َو‬ ُ ْ َ ْ ِّ َ َّ َ َ َ ْ ْ ِّ َ َ َْ
ِ ِ ٌ‫ وتقبل ِوِن و ِو‬، ‫كي ِه‬ َ
ِ ‫ات واذلك ِر احل‬ِ ‫اْلي‬
ِ
َ َ ْ ُ ََ ْ َ َ َ ُ َْ ْ ََ َ َ ْ َ ُ َُ ُ َ
‫وِل َذا وأستغ ِفر اهلل امع ِظيه ِِل ومكه ولِسائِ ِر‬ ِ ‫ أقول ق‬. ‫نيه‬ ِ ‫امع‬
َ‫ َفيَا فَ ْوز‬،‫استَ ْغف ُر ْو ُه‬
ْ َ‫ ف‬،‫الىؤوٌَات‬ ُ ‫ني َو‬ ُ ‫الى ْسن َىات َو‬
َ ٌ‫الىؤو‬ ُ ‫ني َو‬َ ‫ال َ ُى ْسنى‬
ِ ِ ِ ِِ ِ ِ ِِ
َ َّ َ ََ ََ َ َْ ْ ُ
. ‫الىستغ ِف ِريي ويا َناة اتلائِ ِبني‬

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 7 Khutbah Jumaat 2019

Anda mungkin juga menyukai