Anda di halaman 1dari 26

1.

0 Pengenalan

Pemodenan ialah suatu proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui
proses-proses perencanaan, pelaksanaan dan penilaian.1 Dalam hal ini, pemodenan yang
dilaksanakan oleh raja Thailand iaitu Mongkut dan Chulongkorn dalam aspek politik, ekonomi
dan sosial telah menyelamatkan Thailand dari dijajah oleh kuasa-kuasa Barat pada ketika itu
berlumba-lumba untuk menguasai Asia Tenggara untuk tanah jajahan dan kepentingan
ekonomi. Dengan ini, Thailand ialah satu-satunya negara Asia Tenggara yang tidak pernah
dijajah secara rasmi kerana mempunyai pemimpin berfikiran jauh dan berwibawa.

Pemimpin yang dimaksudkan ialah raja keempat dan kelima iaitu Mongkut yang
memerintah dari tahun 1851 sehingga 1869 dan diganti pula Chulalongkorn mengambil
tampuk pemerintahan pada tahun 1868 sehingga pada tahun 1910.2 Oleh itu, kedua-dua
pemerintah tersebut mendapat pendedahan pengaruh Barat melalui pendidikan sehingga
berfikiran terbuka selain sedar akan kuasa Barat yang membahayakan Thailand. Hal ini
kerana, Mongkut yang menaiki takhta semasa kegiatan imperialisme Barat giat dijalankan
dan negara-negara yang enggan akur kepada Barat seperti Myanmar, Filipina, Burma, dan
Vietnam berjaya dikuasai.3

Jesteru, Pemerintah raja Mongkut mula menjalankan beberapa perubahan


pemodenan yang kemudiannya diteruskan oleh Chulalongkorn melalui aspek politik, ekonomi
dan sosial ini bagi mengelakkan Thailand dari dijajah oleh kuasa-kuasa barat seperti British
dan Perancis. Oleh itu, kesedaran bahawa mereka perlu bekerjasama dengan kuasa-kuasa
Barat secara sukarela telah menyebabkan kedua-dua raja mengamalkan dasar tolak ansur
yang sesuai dengan kehendak Barat.4 Perubahan yang dilakukan oleh Mongkut dan
Chulalongkorn pelbagai aspek secara sistematik dan tersusun yang memasukan nilai-nilai
barat serta memodenkan sistem politik, ekonomi, dan sosial secara tidak langsung tiada
alasan kuasa-kuasa Barat untuk menjajah Thailand.

Permodenan menjadi aspek penting di Thailand yang dilaksanakan oleh Pemerintah


untuk mengekalkan kemerdekaan dan mengelakkan dijajah oleh kuasa-kuasa Barat untuk
menguasai Asia Tenggara. Dasar-dasar buka pintu dan menjalani hubungan diplomatik yang
erat dengan kuasa Barat faktor Thailand tidak dijajah oleh kuasa Barat.

1 Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi MARA. Hal. 43.
2 Christopher John Baker. 2005. A History of Thailand. United Kingdom: Cambridge University Press. Hlm 39.
3 Charles Alfred Fisher. 1996. South-Asia: a social, economic, and political geography methuen’s advanced

geographies. Taylor & Francis. Hlm 7.


4 Benjamin A. Batson. 1984. The end of absolute monarchy in Siam. Singapura: Oxford University Press. Hlm 5.

1
2.0 Latar Belakang Pemerintah Siam

2.1 Latar belakang Mongkut

Phra Bat Somdet Phra Mongkut Chomporamentharamaha Klao Chao Yu adalah putera
yang ke-43. Oleh itu, dikenali di negara asing sebagai Raja Mongkut lahir pada 18 Oktober
1804 adalah anak ke empat Raja dari Siam (Thailand) di bawah dewan Chakri. Beliau adalah
salah satu penguasa yang paling dihormati. Pada tahun 1824 Mongkut menjadi sami Buddha
dalam usia 20 tahun dengan tradisi Thailand. Mongkut menjadi sami selama 27 tahun dari
1824 sehingga 1851. Pengalaman Mongkut sebagai seorang sami telah membolehkan beliau
mengetahui kehidupan rakyatnya serta tamadun Barat.5 Oleh itu, pergaulannya dengan
mubaligh-mubaligh Barat Bishop Pallegoire, Reverend Caswel, Revend Bradly dan Dr. House
telah membolehkan beliau memperlajari ilmu-ilmu Barat seperti Fizik, Kimia, Geografi,
Matematik, Astronomi, Bahasa Latin dan Bahasa Inggeris serta sistem kerajaana negara-
negara barat. Mongkut merupakan Raja Asia pertama yang dapat menulis dan membaca
dalam Bahasa Inggeris. Apabila Raja III mangkat, Mongkut dilantik menjadi Raja Rama IV
pada 3 April tahun 1851.6

Mongkut yang memerintah Siam (Thailand) dari tahun 1851 sehingga 1868 merupakan
seorang pemerintah yang bijak dan berpandangan jauh. Beliau berjaya menguasai diri
dengan perkembangan politik di Asia Tenggara sehingga kemerdekaan Siam dapat
dikekalkan. Oleh itu, Tolak ansur Mongkut dengan kuasa Barat juga telah menjamin Siam
kemerdekaan Siam malahan negara di Asia Tenggara tidak dijajah oleh kuasa-kuasa Barat.
Walau bagaimanapun, pentadbiran yang tradisional telah diubah menjadi moden dengan
memasukan nilai-nilai Barat dalam aspek politik dan ekonomi akan tetapi tetap menjaga
budaya tradisi Siam. Mongkut meninggal dunia pada 1 Oktober 1868 dan digantikan oleh
puteranya Chulalongkorn sebagai Raja Rama V. Ini jelas sekali, permodenan yang dilakukan
dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial serta kebijaksanaan beliau dalam menyesuaikan diri
perkembangan Barat dan Asia Tenggara itu sendiri sebab Siam tidak dijajah oleh kuasa
barat.

5 Khoo Kay Kim. 1997. The History Of South-East, South And East Asia. London: Oxford University Press.
Hal.168
6 Kobkua Suwannatathat-Pian. 2014. Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hal. 815.

2
2.2 Latar belakang Chulalongkorn

Chulalongkorn atau dikenali sebagagai Rama V yang mengantikan ayahnya Mongkut


untuk menerajui pentadbiraan Siam. Pada 20 September 1853 sehingga 23 Oktober 1910
ialah raja Siam kelima di bawah wangsa Chakri. Chulalongkorn dikenali oleh orang Siam
pada masa yang sama sebagai Phra Phuttha Chao Luang. Hal ini, semasa berumur 15 tahun
beliau terlalu muda untuk mentadbir Siam maka pentadbiran dipangku oleh Chao Pharaya
Montri Sri Suryawongse. Chulalongkorn mengambil kesempatan ini untuk mengadakan
lawatan ke India, Myanmar, Singapura, dan Jawa bagi mempelajari sistem pentadbiran
Barat. Oleh itu juga, Chulalongkorn mendapat pendidikan Barat daripada Anna Leonowens
serta Robert Marnantdan terpengaruh dengan idea Anna Leonowens yang menekankan
pembaharuan yang lebih luas dilaksanakan di Siam. Oleh itu, beliau telah mengambil alih
daripada Chao Pharaya Sri Suryawongse pada tahun 1873 sebagai pemangku Raja-raja yang
berkuasa dalam memerintah Siam.

Hal ini, Chulalongkorn turut meneruskan pentadbiran yang dilakukan oleh ayahnya
sebagai panduan dalam memerintah dan mentadbir Siam bagi mengekalkan kemerdekaan
dan keamanan Siam dari ancaman kuasa-kuasa Barat. Chulalongkorn turut memperkenalkan
sistem yang baru seperti pembaharuan secara menyeluruh dalam sistem kewangan, sistem
undang-undang dan pentadbiran Thailand ini bagi memperkukuhkan dan memodenkan
dengan kerjasama kuasa-kuasa Barat dalam membantu Thailand sebagai penasihat.7

3.0 Dasar Permodenan yang dilakukan oleh Mongkut

3.1 Pemodenan Politik

3.1.1 Dasar buka pintu

Semasa pemerintahan Raja Mongkut, Raja Mongkut telah menamatkan dasar tutup
pintu dan mengamalkan dasar buka pintu kepada kuasa-kuasa Barat. Tindakan Raja
Mongkut menamatkan dasar tutup pintu dan kemudiannya mengamalkan dasar buka pintu
adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. Hal ini kerana
Raja Mongkut sedar akan keinginan Barat untuk menjajah Siam dan keadaan ini akan
memberikan impak yang negatif kepada Siam. Buktinya, dalam buku Mongkut, the King of
Siam telah menyatakan bahawa pada tahun 1855, Raja Mongkut telah mengalu-alukan

7 Ibid., hal. 172

3
kedatangan British yang diketuai oleh Sir John Bowring.8 Pada tahun yang sama juga iaitu
pada tahun 1855, gabenor British di Hong Kong iaitu Sir John Bowring yang berperanan
sebagai ketua menteri Mongkut telah mengadakan beberapa perubahan dan baginda
menerimanya. Tindakan Raja Mongkut yang telah mengalu-alukan kedatangan British ini
telah dapat mengelakkan Siam dijajah oleh kuasa-kuasa Barat sekali gus dapat mengekalkan
kemerdekaan Siam. Maka, jelaslah bahawa dengan adanya tindakan Raja Mongkut yang
mengamalkan dasar buka pintu tersebut dapat mengelakkan kuasa Barat campur tangan
dalam pemerintahan di Siam. Malah, ia juga dapat mengelakkan Siam dijajah oleh kuasa
Barat.

3.1.2 Menandatangani perjanjian

Rentetan daripada itu, Raja Mongkut telah menandatangani beberapa perjanjian


dengan kuasa-kuasa Barat seperti Prancis dan Amerika Syarikat. Antara perjanjian Raja
Mongkut bersama kuasa-kuasa Barat yang lain ialah Perjanjian Bowring pada 18 April 1855,
Amerika pada tahun 1856, Perancis pada tahun 1856, Denmark pada tahun 1858, Holand
pada tahun 1860, Belgium, Norway, Itali dan Sweden pada tahun 1868. Mengikut perjanjian
tersebut, kuasa-kuasa Barat ini telah diberi pelbagai keistimewaan di Thailand. Namun
demikian, terdapat beberapa syarat perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Antara syarat-syarat perjanjian tersebut adalah seperti berikut :

a) Kapal dagang British dibenarkan untuk berlabuh di semua pelabuhan yang terdapat
di Siam.
b) Penyebaran agama Kristian adalah dibenarkan.
c) British dibenarkan untuk menempatkan konsulnya di Bangkok.
d) Mendapat hak wilayah asing.
e) Membeli dan menyewa tanah di sekitar Bangkok.

Walaupun syarat-syarat tersebut berat sebelah, namun Raja Mongkut terpaksa akur
untuk menyetujui menandatangani perjanjian tersebut bagi mengelakkan daripada dijajah
oleh kuasa-kuasa Barat. Oleh itu, raja Mongkut telah mengadakan perjanjian bersama kuasa
asing dengan memenuhi semua permintaan asing malah ia juga dibuka kepada semua kuasa
Barat supaya kesemua negara Barat tersebut mendapat hak yang sama rata. Dengan
mengambil tindakan menandatangi perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat seperti Perancis
dan Amerika Syarikat, maka ia dapat mengurangkan alasan untuk kuasa-kuasa Barat campur
tangan di Siam malah kemerdekaan Siam dapat terus dikekalkan lebih-lebih lagi apabila

8 A.B.Grisworld. 1961. Mongkut, the King of Siam. New York: The Asia Society. Hal. 31-32.

4
kesmua negara akan mendapat hak yang sama rata. Jadi, tidak ada lagi alasan untuk kuasa
barat menjajah Siam pada ketika itu.

3.1.3 Menerima perwakilan asing

Selain itu, Raja Mongkut juga telah menerima perwakilan asing yang telah dihantar
ke Thailand. Contohnya, perwakilan British yang diwakili oleh Harry Parkes dan James
Brooke serta perwakilan Amerika yang telah diketuai oleh Joseph Ballestier. Malah, Raja
Mongkut juga telah menghantar perwakilan Thailand ke negara Barat. Misalnya, pada tahun
18 Ogos 1857, terdapat satu perwakilan Thailand yang diketuai oleh Chao Phraya Mantri Sri
Suryawongse telah dihantar ke England. Maka, dengan cara menerima perwakilan asing ini
mampu mengelakkan negara Siam daripada dijajah oleh kuasa-kuasa Barat.

Dalam usaha untuk mewujudkan hubungan baik dengan kuasa Barat, Mognkut juga
telah banyak bertolak ansur dengan kuasa Barat walaupun tindakan baik baginda tersebut
telah merugikan Siam sendiri. Namun demikian, tindakan Raja Mongkut tersebut juga telah
menyelamatkan kemerdekaan Siam dan mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa Barat di
Siam. Keadaan ini boleh dibuktikan melalui perjanjian Thailand-Perancis pada Julai 1867
yang telah ditandatangani oleh Raja Mongkut bersama Perancis. Melalui perjanjian Thailand-
Perancis ini, pertuanan Thailand ke atas Kampuchea telah diserahkan kepada Perancis. Hal
ini kerana Raja Mongkut sedar bahawa Siam harus menyesuaikan diri dengan perkembangan
politik di Asia Tenggara bagi mengekalkan kemerdekaan Siam. Pengalaman Myanmar,
Vietnam dan China telah mengajar Raja Mongkut supaya lebih bertolak ansur dengan kuasa
Barat supaya tidak dijajah oleh mereka. Maka, jelaslah bahawa dengan menandatangani
perjanjian Thailand-Perancis pada tahun 1867 dimana pertuanan Kampuchea telah
diserahkan kepada Perancis telah dapat mengelakkan campur tangan kuasa barat dalam
pemerintahan malah dapat mengelakkan Siam dijajah.

3.1.4 Sistem pentadbiran barat

Dahulunya, sistem pentadbiran di Siam adalah bersifat traditional yang banyak


melibatkan jawatan yang dipegang oleh kerabat diraja. Namun demikian, keadaan ini telah
berubah setelah kedatangan Barat ke Siam. Raja Mongkut telah menyusun semula
pentadbiran Thailand. Baginda telah mengikut sistem pentadbiran barat. Raja Mongkut telah
mengambil seramai 84 orang pegawai Barat untuk berkhidmat dengannya dan berperanan
sebagai penasihat kerajaan. Namun demikian, disebabkan pegawai-pegawai Siam tidak
dilatih dalam bahagian teknikal mahupun mempunyai pengalaman untuk mentadbir kerajaan

5
Siam, maka ramai dalam kalangan rakyat Eropah telah dijadikan sebagai ketua-ketua
jabatan. Raja Mongkut mengambil para pegawai negara Barat dan ditempatkan di pelbagai
jabatan. Secara umumnya, British telah diberi tugas untuk menguruskan dalam urusan
bidang pendidikan, kewangan, polis dan juga ketenteraan. Manakala, Amerika pula telah
ditugaskan untuk mengendalikan urusan perkhidmatan kastam dan diikuti oleh negara
Perancis dan Itali yang ditugaskan untuk mengendalikan dalam bidang ketenteraan.9 Raja
Mongkut mengambil pegawai-pegawai dari negara Barat adalah bertujuan untuk megelakkan
negara Barat seperti Itali, Perancis, Amerika serta British tidak mempunyai pengaruh yang
kuat di Siam. Kesan daripada tindakan Raja Mongkut telah menghasilkan kesan yang positif
dimana ramai pegawai asing telah memberikan sumbangan semasa pemerintahan Mongkut.
Antara pegawai asing yang telah memberikan sumbangan di Siam ialah Anna Leonowens,
Robbert Marrant dan Majr Gerini. Buktinya, Anna Leonowens telah menjadi seorang penulis
dan pendidik semasa pemerintahan Raja Mongkut. Beliau telah menjadi seorang guru
kepada anak-anak Siam semasa pemerintahan Mongkut. 10

Sebelum ini, Siam tidak pernah menerima barangan asing masuk dan barangan
dalam negara diperdagangkan ke luar. Keadaan ini telah menyebabkan orang barat sukar
untuk mendapatkan sumber beras dari kawasan Asia Tenggara. Orang barat telah
dibenarkan untuk berdagang di Thailand dengan diberi pelbagai keistimewaan.Raja Mongkut
mengambil langkah ini kerana baginda menyedari sekiranya Siam masih meneruskan dasar
isolasi, maka kuasa-kuasa Barat akan membuka Siam secara paksa seperti yang berlaku di
China, Mynamar dan Vietnam. Oleh itu, jelaslah bahawa kuasa-kuasa Barat tidak mempunyai
sebarang alasan untuk British menjajah Siam. Hal ini kerana apa-apa sahaja yang dituntut
oleh British telah ditunaikan oleh Siam sepenuhnya. Maka, British tidak mempunyai peluang
untuk menjajah Siam lantas kemerdekaan siam dapat dikekalkan serta tidak mempunyai
alasan untuk masuk campur dalam pentadbiran di Siam.

3.2 Pemodenan Ekonomi

3.2.1 Memperkenalkan sistem ekonomi komersial

Dasar buka pintu dan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani telah memajukan


sektor ekonomi Siam. Kedatangan orang Barat telah membuka Siam kepada perdagangan
antarabangsa. Menurut dalam buku Kerajaan dan Politik Asia Tenggara karya George Mc.
Turman , beliau menegaskan bahawa bilangan kapal dagangan asing berlabuh di Siam telah

9 George Mc. Tuman Kahin. 1982. Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm. 13-15.
10 Hussein Ahmad. 1971. Sejarah Thailand. Kelantan. Pustaka Aman Press. Hlm. 54.

6
meningkatkan sebanyak 10 kali ganda semasa pemerintahan Raja Mongkut.11 Pada tahun
1852, seramai 3 orang para pedagang Eropah di Bangkok manakala pada tahun 1856,
terdapat 200 buah kapal dagangan asing yang berlabuh di Siam. Perkembangan ekonomi
tersebut telah meruntuhkan sistem ekonomi sara diri dan mewujudkan sistem komersial.

Di samping itu, sistem ekonomi tukar barang atau lebih dikenali sebagai sistem barter
telah digantikan dengan sistem ekonomi wang. Beras, gula dan kayu jati adalah merupakan
barangan eksport yang utama di Siam. Eksport beras yang selama ini disekat telah
dibenarkan oleh Raja Mongkut untuk terus dieksport. Pada 1865, gula yang menjadi eksport
utama Siam ke Eropah telah meningkat sebanyak 2 kali ganda dari segi pengeluaran dan
kawasan tanaman. Malah, nilai import terutamanya tekstil juga meningkat. Perkembagan
ekonomi berlaku akibat daripada penetapan cukai import sebanyak 3% dan cukai eksport
sebanyak 5%. Dalam tempoh yang singkat, Siam telah meninkmati imbangan perdagangan
yang memuaskan dan menguntungkan. Misalnya, pada tahun 1850, eksport Siam telah
meningkat dari 5.5 juta kepada 16.5 juta bath pada tahun 1870 iaitu berlakunya peningkatan
sebanyak 11 juta bath. Manakala nilai import pada tahun 1850 sebanyak 4.3 juta bath telah
meningkat 12.3 juta bath iaitu berlakunya peningkatan sebanyak 8 juta bath pada tahun
1870. 12
Oleh yang demikian, kemerdekaan Siam dapat dikekalkan kerana tindakan bijak Raja
Mongkut dalam mengendalikan sistem ekonomi di Siam dengan cara mengenakan cukai dan
mewujudkan sistem komersial. Maka, kuasa-kuasa Barat tidak mempunyai alasan untuk
menjajah negara Siam.

3.2.2 Penubuhan Royal Mint

Dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan Siam, Raja Mongkut juga telah
membuat penyusuanan semula kewangan Siam mengikut sistem kewangan Barat. Raja
Mongkut telah menubuhkan Royal Mint pada tahun 1861. Baginda telah memberikan
tugasan kepada pegawai-pegawai Barat untuk menguruskan segala urusan di Royal Mint.
Biro Diraja Thailand Mint,terletak di Pathum Thani, Thailand. Ia adalah sub-bahagian di
Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan.Royal Mint telah ditubuhkan pada tahun
1860, di dalam Istana Besar. Oleh kerana ruang yang terhad, pudina telah berpindah ke
bangunan baru pada tahun 1875 dimana Wat Phra Kaew Muzium terletak hari ini. Tujuan
The Royal Thai Mint ditubuhkan adalah untuk pengeluaran syiling Thai, pingat dan perintah
Diraja Thai dan hiasan. Tugas Biro Pengurusan Kewangan adalah mengedarkan pengeluaran

11George Mc. Tuman Kahin. Op. Cit, Hal. 25.


12Walter Armstrong Graham. 1913. Thailand: A handbook of practical, commersial and political information.
F.G.Browne: the New York Public Library. Hal .612.

7
syiling Thai. Maka, dengan adanya penubuhan Royal Mint telah melicinkan urusan kewangan
di Siam semasa pemerintahan Raja Mongkut.

3.3 Pemodenan Sosial

3.3.1 Memperkenalkan dan melaksanakan sistem pendidikan Barat

Sebelum pendidikan dimodenkan, negara Siam masih menggunakan khidmat sami


dan hanya menhajar mengenai agama. Namun demikian, setelah kedatangan barat, Raja
Mongkut telah mula mengehadkan kuasa-kuasa sami dan mula mendapatkan khidmat guru
daripada Barat untuk mengajar kerabat diraja. 13
Hal ini kerana pada zaman pemerintahan
Raja Mongkut, British telah digunakan secara rasmi sebagai tutor dan penterjemah.
Rasionalnya, Raja Mongkut merasakan bahawa pencapaian negara bergantung kepada
seberapa banyak mereka telah belajar daripada Barat. Maka, dengan itu mereka perlulah
menyesuaikan bidang pendidikan dengan pihak Barat bagi mengelakkan berlakunya
perluasaan kuasa di Siam. Selain itu, Raja Mongkut juga telah menggalakan orang Barat di
Bangkok mengajar penduduk tempatan bagi membasmi masalah buta huruf di Siam. Raja
Mongkut juga telah memberikan sokongan kepada orang-orang Inggeris dan Amerika yang
bertanggungjawab mengembangkan sistem pendidikan di Siam. Hal ini kerana sekiranya
masalah buta huruf ini tidak ditangani, maka ia akan mengganggu proses Raja Mongkut
untuk memodenkan Siam sebagai usaha bagi mengelakkan daripada dijajah oleh kuasa
Barat.

Di samping itu, Raja Mongkut turut berdamping dengan mubaligh Kristian untuk
mempelajari ilmu-ilmu Sains dan kepelbagaian bahasa. Adanya sistem pengangkutan di
Thailand juga telah memudahkan rakyat Thailand untuk melanjutkan pelajaran ke negara
Barat. Hal ini kerana, rakyatnya yang pulang dari menuntut ilmu nanti sudah tentu
mempunyai kemahiran intelektual yang tinggi dan bersemangat patriotik. Tindakan Raja
Mongkut yang berdamping dengan mubaligh Kristian tersebut dapat membantu beliau untuk
mengadakan hubungan diplomatik secara langsung dengan mudah dengan Amerika dan
Perancis. Maka, jelaslah bahawa adanya sistem pendidikan ini akan menghasilkan rakyat
yang berpelajaran dan membolehkan rakyat di Siam membuka minda untuk melakukan
perubahan dari segi sistem pengankutan, pendidikan dan sebagainya agar perluasan kuasa
Barat sukar untuk dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat.14 Hal ini kerana perubahan yang

13 Steinberg. David Joel. 1981. Mengenali Asia Tenggara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal.
156-158
14 Gilbert Khoo. 1978. Asia dalam perubahan: sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka Hal. 414

8
berlaku semasa pemerintahan Raja Mongkut membuatkan negara Barat tidak mempunyai
alasan lagi untuk menjajah negara Siam.

3.3.2 Sistem pengangkutan

Semasa pemerintahan Raja Mongkut, baginda telah mengadakan satu siri


perancangan pemodenan termasuk ingin meningkatkan kemudahan infrastruktur di Bangkok.
Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Raja Mongkut. Antara usaha yang dijalankan ialah
membina jalan raya. Raja Mongkut telah membina jalan raya yang sesuai untuk laluan
kereta kuda. Jalan raya tersebut dinamakan sebagai Charoen Krung atau New Road dalam
bahasa Inggeris.15 Rakyat Thailand juga digalakkan untuk memberi sumbangan sama ada
dalam bentuk tenaga mahupun wang. Pembinaan jalan raya ini telah menghubungkan
kawasan pengeluaran kepada Sg. Phraya. Malah, pembinaan jalan raya ini juga memberi
kepentingan kepada negara Barat untuk memudahkan pergerakan mereka melakukan
sebarang urusan rasmi seperti rundingan dengan Maharaja. Sistem pengangkutan yang
sistematik ini juga telah memudahkan urusan perniagaan pihak Barat dengan mengangkut
dan membawa barangan yang dikeluarkan dalam negara melalui Sg. Chao Pharaya di
Bangkok.16 Sistem pengangkutan di Siam ini juga telah memudahkan urusan rakyat yang
melanjutkan pelajaran ke luar negara.17 Adanya sistem pengangkutan ini telah memudahkan
pergerakan mereka ke negara barat untuk menuntu ilmu. Oleh itu, jelaslah bahawa sistem
pengangkutan yang telah diperkenalkan oleh Raja Mongkut dapat mengelakkan perluasan
negara Barat dielakkan dan mengekalkan kemerdekaan di Siam kerana Siam telah
menyediakan kemudahan seperti yang mereka inginkan. Ini menunjukkan bahawa kuasa
Barat tidak mempunyai alasan lagi untuk menjajah Siam.

3.3.3 Sistem pengairan

Raja Mongkut juga telah memperkenalkan sistem terusan di Siam. Sistem terusan
sememangnya telah dijalankan bagi memudahkan pengangkutan hasil penanaman padi
antara Bangkok dengan kawasan pedalaman. Antara terusan yang dibina ialah Maha Sawa.
Terusan Maha Sawat ini menghubungkan dari Bangkok ke Nakhon Chaisi.18 Apabila sistem
terusan ini dbina, ini menunjukkan bahawa Siam telah mengalami suatu peralihan dan
pemodenan sekali gus dapat mengelakkan perluasan kuasa Barat di Siam. Oleh itu jelaslah

15 Ibid., Hal. 130


16 Richard King and Timothy J. Craig. 2002. Global goes local: popular culture in Asia. Hong Kong: Hong Kong
Universiti Press. Hal. 64.
17 Joe Cumming. 2005. Bangkok: City of angels. Singapore: Periplus Editions. Hal. 26.
18 A.B.Grisworld. Op, Cit. Hal. 50.

9
bahawa adanya pembinaan terusan ini dapat mengelakkan Siam daripada dijajah oleh
negara Barat.

3.3.4 Penghapusan sistem perhambaan

Raja Mongkut bersikap tidak adil dengan mengambil inisiatif mengurangkan hak-hak
pembesarnya kerana menitikberatkan keperluan rakyat. Keadilan tersebut telah
menunjukkan kepada negara Barat bahawa pemerintah Thailand sangat prihatin akan
kebajikan rakyatnya. Tabaahan pula, adat-adat yang boleh menghalang kepada pemodenan
di Siam juga telah dihapuskan.19 Sebelum ini, pemerintah hanya tinggal di istana dan rakyat
tidak dibenarkan untuk bertemu dengan mereka. Namun, ianya telah berubah apabila Raja
Mongkut telah berjumpa dengan rakyat. Misalnya, Raja Mongkut telah memerintah
rakyatnya untuk melihat wajahnya dan berdamping dengan rakyat sekerap yang boleh untuk
membuktikan bahawa sistem Thailand memudahkan rakyat berjumpa dengan golongan
pemerintah. Perubahan yang lain dalam adat ini ialah amalan bersujud di hadapan raja telah
dihapuskan pada tahun 1873.20 Hal ini kerana amalan bersujud ini adalah bertentangan
dengan nilai negara Barat kerana ini menujukkan kepada malan yang negative terhadap
mereka. Oleh itu, Raja Mongkut menghapuskan amalan bersujud dan sistem perhambaan ini
di Siam bagi mengelakkan Siam daripada dijajah oleh kuasa Barat. Jelaslah bahawa, adanya
perubahan adat dan penghapusan sistem perhambaan semasa pemerintahan Raja Mongkut
dapat mengekalkan kemerdekaan Siam malah dapat mengurangkan alasan bagi kuasa barat
untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran di Siam.

3.3.5 Memberi kebebasan penyebaran Agama

Raja Mongkut juga telah mengasaskan sebuah oder baru dalam Sangha Thai dan
telah menugaskan salah seorang daripada menteri baginda untuk menulis sebuah teks yang
menerangkan sifat saintifik mengenai ajaran Buddha. Namun demikian, ini tidak menghalang
baginda untuk memperkenalkan dasar bersikap liberal terhadap agama-agama yang lain.21
Hal ini kerana Raja Mongkut ingin menyesuaikan ideologi dan pemikirannya agar
keselamatan negaranya tidak terancam dengan cara memberi kebebasan penyebaran agama
Kristian di Siam. Beliau membenarkan mubaligh Kristian untuk menyebarkan agama Kristian
kerana beliau sedar bahawa selain menyebarkan agama Kristian, para mubaligh Kristian ini
juga akan menyebarkan pengetahuan Barat. Jelaslah bahawa perubahan yang dilakukan

19 Patit Paban Mishra. 2010. The history of Thailand. California: ABC-CLIO, LLC. Hal .84.
20 Steinberg. David Joel, Op. cit, hal. 65.
21 Ibid., hal. 112.

10
oleh Raja Mongkut ini telah mengelakkan berlakunya perluasan kuasa-kuasa barat di Siam
sekaligus dapat mengekalkan kemerdekaan Siam.

4.0 Dasar Pemodenan Yang Dilakukan Oleh Chulalongkorn

4.1 Politik

4.1.1 Dasar buka pintu

Chulalongkorn telah meneruskan perlaksanaan dasar buka pintu kepada orang-orang


Barat. Dalam tempoh itu, baginda telah mengembara secara luas ke Singapura, Jawa serta
India untuk mengetahui selok belok pentadbiran kuasa penjajah pada masa itu dan ini
merupakan lawatan kedua raja Thailand ke luar Negara selepas Raja Sukhotai.22
Sebagaimana Mongkut, Chulalongkorn juga telah memberi pelbagai keistimewaan kepada
orang-orang Barat dalam menjalankan pentadbiran, Chulalongkorn mengamalkan dasar
bertolak ansur dengan kuasa-kuasa Barat.

Bagi mengelakkan perbalahan dengan kuasa Barat, Chulalongkorn sanggup mengikuti


jejak langkah ayahnya menandatangani perjanjian dengan Barat. Misalnya, pperjanjian
Anglo-Thai telah ditandatangani dengan pihak Inggeris pada tahun 1897 yang mana
perjanjian ini telah memberi jaminan terhadap kedaulatan Thailand sekiranya pihak Perancis
bertindak melanggar perjanjian tersebut.23 Contoh lain ialah perjanjian Bangkok pada tahun
1909 yang dimeterai dengan pihak British. Perjanjian ini mengkehendaki Thailand menyerah
negeri-negeri Melayu yang dibawah takluknya seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan.24
Walaupun tolak ansur Chulalongkorn menyebabkan Thailand kehilangan wilayahnya dan
mengalami kerugian yang besar tetapi langkah tersebut merupakan strateginya untuk
menyelamatkan kemerdekaan Thailand.25

4.1.2 Sistem pentadbiran

Pada zaman pemerintahan Raja Chulalongkorn, perkara utama yang dilakukan oleh
baginda ialah menyesuaikan pemerintahan sistem kabinet dengan sistem Barat.26 Raja

22 Patit Paban Mishra. 2010. The history of Thailand greenwood histories of the modern nations. Hal 84
23 Kobkua Suwannathat-Pian. Op, Cit. Hal. 210
24 Boeicho Boei Kenkyujo. 1998. East Asian strategic. Tokyo: National Institute for Defense Studies. Hal. 48
25 Ibid.
26 Hussein Ahmad. Op, Cit. Hal. 162

11
Chulalongkorn telah meneruskan amalan Mongkut mengambil pegawai-pegawai luar bagi
memodenkan pentadbiran Thailand.27 Tindakan baginda ini adalah untuk memastikan
bahawa sedikit sebanyak pemerintahan kabinet akan dipengaruhi oleh unsur-unsur Inggeris
dan Barat. Pengaruh unsur-unsur Inggeris dan Barat akan membantu Thailand membangun
tanpa dijajah secara kekerasan oleh kuasa-kuasa Barat.

Seterusnya, Raja Chulalongkorn telah menubuhkan 2 buah majlis pada tahun 1874,
untuk menasihatinya dalam pentadbiran. Majlis-majlis tersebut ialah Majlis Penasihat
Tertinggi Negeri (MPTN) yang dianggotai oleh golongan bangsawan dan Majlis Penasihat
Rendah Negeri (MPRN) yang dianggotai oleh pegawai kerajaan.28 Chulalongkorn telah
berjaya mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang moden pada 1 April 1892. Struktur
pentadbiran lama dihapuskan dan digantikan dengan 12 kementerian. Contohnya
kementerian kehakiman yang mana telah menubuhkan mahkamah undang-undang di
kawasan daerah, wilayah dan di kerajaan pusat.29 Tiap-tiap kementerian diketuai oleh
seorang menteri. Langkah tersebut telah menamatkan autonomi daerah yang dijalankan
sejak turun-temurun. Raja Chulalongkorn juga telah menubuhkan Kementerian Kewangan
pada tahun 1892.30

Penerusan amalan Mongkut mengambil pegawai-pegawai asing bagi memodenkan


pentadbiran Thailand telah dianggarkan seramai 549 penasihat asing yang telah diambil
untuk berkhidmat di Thailand.31 Tokoh utama yang banyak membantu Chulalongkorn
melaksanakan pembaharuan di Thailand ialah penasihat amnya berbangsa Belgium, iaitu
Rollin Jacquemins.

4.1.3 Undang-Undang

Pada ketika ini, Chulalongkorn telah mengisytiharkan bahawa mana-mana rakyatnya


yang lahir semasa pemerintahannya adalah seorang lelaki yang merdeka dan kanak-kanak
yang dilahirkan oleh ibu bapanya akan bebas pada usia mereka 21 tahun, ianya merupakan
langkah pertama untuk menghapuskan sistem perhambaan.32

27 Donald E.Nuechterlein. 1965. Thailand and the struggle for Southeast Asia. New York: Cornell University Press.
Hal. 17
28 Patit Paban Mishra. 2010. The history of Thailand greenwood histories of the modern nations. Hal. 84
29 Ibid. Hlm 86.
30 Thawatt Mokaradong. 1987. Sejarah revolusi Thailand (Wan Azahan Wan Mohammad, Terjemahan). Hlm. 55.
31 Joshua Eliot, Jane Bickersteth. 2003. Thailand Handbook. Illustrated : Footprint Travel Guides. Hal. 767
32 Ibid.

12
4.2 Ekonomi

4.2.1 Penubuhan Jabatan Kastam dan Hasil Dalam Negeri 1875

Dengan meminta bantuan pegawai-pegawai British, Chulalongkorn telah berjaya


mewujudkan perbendaharaan Siam yang moden. Jabatan Kastam dan Hasil Dalam Negeri
telah ditubuhkan pada tahun 1875 dan telah disusun semula pada tahun 1892. Selain itu,
Kementerian Kewangan telah diwujudkan pada tahun 1892 seiring dengan sistem cukai
secara langsung turut dilaksanakan. Pada tahun 1896, Chulalongkorn juga telah
mengeluarkan arahan untuk membaiki perkhidmatan pelabuhan Siam. Sistem audit dan
akaun yang teratur telah dilaksanakan.

pada tahun 1901, belanjawan Siam yang pertama berjaya dikeluarkan. Chulalongkorn
menggalakkan perkembangan ekonomi moden di Siam. Bank-bank British mula didirikan
antara tahun 1888-1894 dan seterusnya sebuah bank Perancis didirikan pada tahun 1897.33

Chulalongkorn juga menggalakkan perdagangan asing di Siam dan menyebabkan


ramai pedagang Barat datang ke Siam. Semasa pemerintahan Chulalongkorn, perdagangan
asing Siam dikuasai oleh pedagang-pedagang British. Chulalongkorn telah menggalakkan
pembukaan tanah-tanah baru untuk tanaman padi bagi tujuan eksport.34 Dalam usaha
untuk menjayakan rancangan ini, baginda telah mengurangkan atau menggantung buat
sementara cukai ke atas sawah padi, membina projek-projek pengairan serta membina jalan
raya dan jalan keretapi.

4.3 Sosial

4.3.1 Sistem pengangkutan

Semasa pemerintahan Chulalongkorn, beliau telah melakukan pemulihan dan


pemodenan berkaitan sistem pengangkutan yang sedia ada. Hal ini selari dengan
pengumuman beliau yang hendak melihat aspek-aspek yang bermanfaat untuk orang ramai
dicapai secara beransur-ansur. Perkara ini terbukti apabila bukan sahaja jalan raya yang
dibina di Thailand, malah landasan kereta api pertama juga telah dibina dan dibuka untuk
kegunaan orang ramai seawal tahun 1872. Menjelang tahun 1894, jalan kereta api yang aktif

33 D. G. E. Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 817.
34 Ibid.

13
di Thailand melebihi dua ribu batu.35 Pada masa yang sama, kemajuan dalam sistem
pengangkutan membawa kepada jaringan intelektual kerana Chulalongkorn telah berupaya
menghantar pelajarnya ke luar negara.

4.3.2 Sistem Pengairan dan Perhubungan

Chulalongkorn telah mula menyediakan perkhidmatan telekomunikasi ataupun


perhubungan atas dasar monopoli negara. Pada tahun 1883, beliau telah membentuk
Jabatan Pos dan Telegraf. Chulalongkorn mengekalkan tanggungjawab bagi peruntukan
spektrum frekuensi radio dan juga pelesenan, serta penyelarasan pos antarabangsa.36 Kira-
kira sebanyak 380 buah pejabat pos dan agensi-agensi serta 90 buah pejabat telegraf telah
dibina.37 Penubuhan Jabatan Pos dan Telegraf dapat memudahkan urusan perhubungan
antara pihak Thailand dan Barat. Hal ini secara tidak langsung membolehkan pihak Thailand
mengelak dari peluasan kuasa Barat. Chulalongkorn juga sedar bahawa pemodenan dalam
sistem perhubungan juga dapat membantu beliau mengelakkan negaranya daripada berlaku
peluasan kuasa Barat.

4.3.3 Pendidikan

Semasa pemerintahan Chulalongkorn pula jelas baginda masih mengekalkan sistem


pendidikan Barat bahkan sistem ini semakin berkembang.38 Pada tahun 1878, arahan telah
dikeluarkan mendesak anak-anak golongan bangsawan dihantar ke istana untuk mendapat
pelajaran Barat. Pendidikan Barat bukan sahaja terbuka kepada anak-anak golongan
bangsawan tetapi juga kepada anak-anak rakyat biasa, terutamanya selepas penubuhan
sekolah harian yang merupakan Sekolah Kerajaan pertama untuk rakyat biasa yang telah
dibina pada tahun 1884 di Bangkok.39

Chulalongkorn telah mengambil inisiatif dengan melanjutkan peluang pendidikan


kepada semua orang dengan mandat pendidikan wajib untuk semua kanak-kanak.40
Pendidikan wajib untuk kanak-kanak ini memperlihatkan bahawa beliau telah melakukan
pemulihan daripada zaman pemerintahan Mongkut kerana pada zaman tersebut Mongkut

35 Franz H. Michael and George E. Taylor. 2009. The far east in the modern world. Inc: Holt, Rinehart, and
Winston. Hal. 245
36 Jonathan Woodier. 2008. The media and political change in Southeast Asia. United Kindom: Edward Elgar

Publishing Limited. Hal. 189


37 J. A. Hammerton. 2007. Peoples of all nations. India: Logos Press. Hal. 4633
38 Kobkua Suwannathat-Pian. 1991. Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hal. 165
39 Hussein Ahmad. 1971. Sejarah Thailand dari Pra-Sejarah hingga sekarang. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Hal. 162
40 Dr. Iris G. Haapanen. 2011. Critical hermeneutics in Thai education. Bloomington: Author House. Hal. 12

14
hanya memperkenalkan dan menggalakkan. Namun berbeza dengan zaman pemerintahan
Chulalongkorn yang mula mewajibkan pendidikan kepada kanak-kanak. Beliau juga telah
membina akademik dan universiti bagi melatih sami dan intelektual yang lebih baik.41
Chulalongkorn telah mengeluarkan arahan kepada sami-sami Buddha dan mubaligh-
mubaligh Kristian supaya menyediakan pendidikan asas kepada kanak-kanak Siam
terutamanya di biara atau gereja seperti kemahiran menulis, membaca dan mengira. Bagi
melancarkan proses pendidikan ini, Chulalongkorn telah menyumbangkan bantuan
kewangan kepada sekolah-sekolah agama atau mubaligh.42

Di samping itu, pelajar-pelajar Thailand bukan sahaja mendapat pelajaran Barat di


Thailand, tetapi juga di seberang laut. Kira-kira 300 pelajar termasuk putera-putera di
Thailand dihantar ke seberang laut tiap-tiap tahun. Keadaan ini bertujuan untuk melahirkan
golongan cerdik pandai. Antara putera-putera yang mengikuti kursus pelajaran di Eropah
ialah, Putera Damrong, Putera Devawongse, dan Putera Rabi yang merupakan bekas pelajar
Maktab Raja.43 Hasil daripada tindakan Raja Chulalongkorn menghantar anak-anak
bangsawan tersebut ke Eropah memperlihatkan hasil dan sumbangannya dalam bidang
pendidikan, apabila beberapa putera telah menjadi menteri dan turut memberi sumbangan
kepada pentadbiran Siam.

Menurut John Audric dalam bukunya, Siam:Kingdom of Saffron Robe, mengatakan


bahawa Raja Chulalongkorn telah menubuhkan Jabatan Pelajaran pada tahun 1887 dengan
bantuan pegawai pelajaran British iaitu Cangbell.44 Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan
pada tahun 1892 dan mulai tahun tersebut, maktab-maktab latihan pengurusan didirikan.
Perkembangan pelajaran Barat berlaku kerana terdapat 3 bentuk sekolah yang dikuasai
sepenuhnya oleh guru-guru British pada tahun 1890an. Pada tahun 1878, Maktab ataupun
Kolej Raja (King’s College) telah ditubuhkan. Sekolah ini dikhususkan kepada penuntut-
penuntut lelaki golongan bangsawan sahaja.

Kemudian, pada tahun 1883, Sekolah Sunandalaya telah ditubuhkan bagi penuntut-
penuntut perempuan golongan bangsawan. Kedua-dua sekolah ini merupakan sekolah
berasrama penuh yang hanya dikhaskan untuk anak-anak golongan bangsawan. Sementara
sebuah lagi sekolah, iaitu sekolah harian biasa telah ditubuhkan pada tahun 1884. Sekolah

41 Ninian Smart. 2009. Falsafah dunia. Kuala Lumpur: Percetakan Naz Sdn. Bhd. Hal. 476
42 Richard John Kraft & Student Background. 1968. University admission, an academic achievement in the
Universities of Thailand. London:University Microfilms International. Hal. 25
43 Ibrahim Mustafa. 1979. Pengkajian sejarah Asia moden. Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn.

Bhd. Hal. 62
44 John Audric. 1969. Siam: Kingdom of the Saffron Robe. London: Robert Hale & Company. Hal. 155

15
ini dikhaskan untuk penuntut lelaki bagi anak-anak golongan kelas pertengahan. Pada tahun
1892 pula, Kolej Latihan Perguruan telah ditubuhkan dan seorang rakyat Inggeris telah
dilantik menjadi pengetua di kolej tersebut.45 Sekolah-sekolah ini disusun mengikut sistem
persekolahan di England dengan tujuan hendak mewujudkan suatu sistem persekolahan
moden di Thailand.46 Jelas terbukti, pemulihan dan pemodenan yang dilakukan oleh kedua-
dua raja secara keseluruhannya mengasimilasikan sistem pendidikan Barat.

4.3.4 Kesihatan

Pada peringkat awal pemerintahan Mongkut, aspek kesihatan tidak dititikberatkan


sehinggalah Chulalongkorn sedar akan kepentingannya dan mengambil langkah memajukan
perkhidmatan kesihatan di Thailand. Doktor-doktor dari Barat telah ditugaskan di klinik-klinik
dan hospital yang didirikan oleh beliau. Contohnya, James W. McKean merupakan doktor
Amerika yang melakukan pertolongan dalam bidang perubatan di Thailand.47 Lanjutan itu,
sebuah sekolah latihan kedoktoran telah didirikan di Bangkok manakala di Sisirat pula
hospital awam didirikan pada 1887.48 Kemudiannya, Kementerian Kesihatan telah ditubuhkan
pada tahun 1892 dan sekolah perbidanan juga telah didirikan seterusnya sekolah latihan
jururawat pula dibina pada tahun 1898. Apabila tertubuhnya lebih banyak pusat kesihatan,
masalah penyakit dapat diatasi sekali gus dapat mengurangkan kadar kematian. Kemajuan
dalam aspek kesihatan ini menunjukkan Thailand dapat mengelak dari perluasan kuasa
Barat. Oleh itu, berlaku kemajuan bagi memastikan kebajikan dan keselesaan rakyatnya
terjamin sekali gus membuktikan negara mereka maju seiring dengan Barat.

4.3.5 Adat dan perhambaan

Chulalongkorn terus merubah keseluruhan adat tersebut apabila rakyat dibenarkan


menatap wajah raja dalam usahanya untuk berdamping dengan rakyat sekerap yang boleh
bagi membuktikan sistem Thailand memudahkan orang berjumpa golongan pemerintah.49
Perubahan lain dalam adat ini ialah amalan bersujud di hadapan raja telah dihapuskan
sepenuhnya pada tahun 1873.

Sehubungan itu, sistem buruh paksa atau corvee telah dihapuskan pada tahun 1874 dan
digantikan dengan sistem buruh bergaji. Bagi menyokong penghapusan adat perhambaan
ini, Chulalongkorn telah mengisytiharkan rakyat lelaki yang lahir pada zaman

45 Ibid,. Hal. 154


46 D.G.E. Hall. Op, Cit. Hal. 827
47 Patit Paban Mishra .2010. The history of Thailand. California: ABC-CLIO, LLC. Hal. 84
48 Ibid,. Hal. 85
49 Ibid. Hal. 414

16
pemerintahannya merdeka dan kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu bapa berstatus hamba
akan bebas pada usia 21 tahun. Perubahan ini dapat menjaga imej Thailand sebagai sebuah
kuasa bertamadun sekali gus menjadi strategi Thailand untuk mengelak dari perluasan kuasa
barat.50

4.3.6 Agama

Apabila Chulalongkorn naik ta1khta, tugas Mongkut telah diteruskan oleh


Chulalongkorn. Penekanan terhadap sifat saintifik ajaran Buddha dikekalkan. Pada masa
yang sama, pengukuhan Sangha dan pembaharuan order membantu ke arah yang lebih
harmoni.51 Chulalongkorn juga meneruskan sikapnya yang liberal terhadap agama lain
meskipun ia beragama Buddha. Akibat dasarnya yang membenarkan penyebaran agama
telah berlaku perkembangan agama Kristian di sekitar Bangkok dan perkembangan agama
Islam di Selatan Thailand. Keterbukaan Chulalongkorn membenarkan agama lain masuk ke
Thailand adalah usahanya untuk mempertahankan negaranya daripada dijajah oleh barat.

4.3.7 Ketenteraan

Angkatan tentera semasa pemerintahan Mongkut tidaklah mempunyai banyak


pembaharuan sehinggalah tiba masa pemerintahan Chulalongkorn.52 Chulalongkorn telah
menubuhkan sebuah Maktab Tentera sebagai satu inisiatif untuk melatih pasukan tentera
Siam menjadi sebuah pasukan tentera yang moden. Keadaan ini dapat dilihat apabila adanya
sekolah-sekolah Kadet Tentera Darat dan Tentera Laut dibina di bawah pengelolaan pakar
Itali terutamanya Mejar Gerini.53

50 Patit Paban Mishra. 2010. The history of Thailand greenwood histories of the modern nations. Hal. 84-85
51 Ibid
52 Steinberg, D. J. et.al. 1981. Mengenali sejarah Asia Tenggara moden. Hal. 156-157
53 D.G.E. Hall. Op, Cit. Hal. 827

17
5.0 Kesan Politik, Ekonomi dan Sosial Pemodenan Yang Dilaksanakan Oleh
Mongkut Dan Chulakongkorn Dapat Menyelamatkan Siam Daripada Dijajah Oleh
Kuasa Barat

Kesan pemodenan dari sudut politik iaitu memperbaharui sistem pentadbiran telah
mengelakkan Siam daripada dijajah sepenuhnya oleh kuasa asing.54 Sistem pentadbiran di
Siam telah diperbaharui oleh Raja Mongkut dan ia diteruskan oleh Raja Chulalongkorn. Ini
kerana dengan memodenkan beberapa aspek dalam bidang politik ini dapat menutup
peluang kepada orang barat untuk masuk bagi menguasai Siam. Sebagai contoh, kesan
pemodenan dalam sistem pentadbiran yang dilakukan oleh Raja Mongkut seperti melantik
beberapa orang pegawai barat untuk melatih pegawai tempatan dalam urusan pentadbiran
dan Raja Chulalorngkorn telah memperkenalkan sistem raja berpelembagaan bagi
menggantikan sistem raja berkuasa mutlak telah dapat mengurangkan rasa tidak puas hati
rakyat terhadap corak sistem pemerintahan yang sebelumnya kesemua kuasa terletak di
tangan raja. Maka dengan pemodenan yang dilakukan oleh Raja Mongkut dan Raja
Chulalongkorn dalam sistem pentadbiran akan dapat membatalkan hasrat orang barat untuk
menjadikan corak pemerintahan yang tidak sistematik dan menindas kepentingan rakyat di
Siam sebagai alasan untuk pihak barat masuk ke tanah Siam bagi memperbaiki sistem
pentadbiran di negara Siam.

Seterusnya kesan daripada adanya dasar luar yang dijalankan oleh Raja Mongkut dan
Raja Chulalongkorn juga dapat menyelamatkan Siam daripada jatuh ke tangan kuasa asing.
Pembaharuan yang dibawa oleh Mongkut dan diteruskan oleh Chulalongkorn ini telah
menyebabkan kuasa luar tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk melakukan serangan
terhadap Siam kerana pihak Siam telah mengadakan dan mempunyai perhubungan yang
baik dengan mereka. Buktinya, antara dasar luar yang dilakukan oleh Raja Mongkut dan Raja
Chulalongkorn ialah berbaik-baik dengan kuasa luar seperti Britain, Perancis dan banyak lagi.
Sebelum pemerintahan Raja Mongkut, pemerintah Siam sebelumnya tidak mengamalkan
dasar luar yang berbaik-baik dengan kuasa barat. Akan tetapi selepas pemerintahan Siam
diterajui oleh Raja Mongkut, beliau telah membawa pemodenan iaitu mengamalkan dasar
luar yang berbaik-baik dengan orang barat. Menurut Raja Mongkut;

54Donald E. Nuechterlein. 1965. Thailand and the Struggle for Southeast Asia. United Kindom: Edward Elgar
Publishing Limited. Hal 13-16

18
“Siam mesti saling persefahaman dengan kuasa luar yang mengancamnya dan
mesti mula menyesuaikan dirinya kepada dunia baru, kerana tradisi”55

Kesedaran Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn bahawa mereka perlu bekerjasama dengan
kuasa barat secara sukarela telah menyebabkan Siam terselamat dari kemasukan kuasa
asing. Begitu juga bagi mengelakkan pihak barat masuk ke tanah Siam menggunakan
kekerasan, Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn ini telah mengamalkan dasar tolak ansur
yang sesuai dengan kehendak barat. Maka dengan itu, pihak barat tidak dapat menjadikan
dasar luar sebagai alasan untuk menjajah Siam. Ini kerana pihak Siam telah mengadakan
amalan berbaik-baik dengan kuasa barat dan mengamalkan sistem sama rata dalam
melayan dan melengkapi kehendak pihak barat. Dengan itu, Siam bukan hanya berbaik-baik
dengan satu kuasa barat sahaja, akan tetapi Siam telah berbaik-baik dengan pelbagai kuasa
asing. Buktinya ialah Siam telah mengadakan sebanyak 20 perjanjian dengan negara luar.
Jelaslah bahawa kesan pemodenan iaitu mengadakan dasar luar seperti berbaik-baik dengan
kuasa asing yang dijalankan oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah mengelakkan
Siam daripada jatuh ke tangan kuasa asing.

Selain daripada mengadakan dasar luar seperti berbaik-baik dengan kuasa asing,
Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn turut menyerahkan beberapa buah wilayah
jajahannya kepada pihak Inggeris dan Perancis. Penyerahan wilayah jajahan Siam ke tangan
kuasa asing ini adalah merupakan salah satu daripada pembaharuan yang dibuat oleh Raja
Mongkut bagi mengelakkan Siam jatuh ke tangan kuasa asing. Contohnya Siam terpaksa
mengorbankan wilayahnya seperti NNMU kepada Inggeris pada 1909 dan Kemboja kepada
Perancis pada 1906. Raja Mongkut terpaksa mengorbankan beberapa wilayah jajahannya
bagi membolehkan kuasa asing mendapat kawasan atau wilayah jajahan mereka di asia
tenggara. Maka dengan itu, penyerahan beberapa wilayah jajahan Siam ke tangan kuasa
asing ini dapat menutup jalan kepada kuasa asing untuk menjadikan ketiadaan wilayah
jajahan di bahagian asia tenggara sebagai alasan untuk masuk ke Siam kerana mereka telah
pun memperoleh bahagian masing-masing.

Kesan pemodenan yang dibawa oleh Raja Mongkut dalam aspek ekonomi bagi
mengelakkan Siam jatuh ke tangan kuasa barat pula ialah mengubah dasar tutup pintu
kepada dasar buka pintu pada tahun 1855.56 Ini kerana Mongkut sedar bahawa pengamalan
dasar tutup pintu ini akan menyebabkan Siam jatuh ke tangan kuasa barat seperti mana
yang berlaku kepada Burma yang mengamalkan dasar berkecuali akhirnya jatuh ke tangan

55 D. G. E. Hall. Op, Cit. Hal 816


56 Ibid., Hal 817

19
kuasa asing.57 Kesan daripada pengubahan dasar tutup pintu kepada dasar buka pintu akan
membolehkan aktiviti perdagangan bebas berlaku di Siam dan sekali gus dapat mengelakkan
Siam daripada terjatuh ke dalam kuasa barat. Ini kerana jika pemodenan dari sudut ekonomi
ini iaitu menjalankan dasar buka pintu ini tidak dilakukan oleh Raja Mongkut, kuasa barat
mungkin akan mencipta pelbagai alasan untuk mereka masuk untuk menakluki Siam. Hal ini
disebabkan oleh kuasa barat amat memerlukan bahan-bahan mentah dari Siam untuk
dieksport ke Eropah bagi membekalkan bahan mentah kepada Revolusi Perindustrian yang
berlaku di Eropah pada ketika itu. Dapat ditafsirkan sekiranya Raja Mongkut masih
mengamalkan dasar tutup pintu seperti yang diamalkan oleh pemerintah sebelumnya, maka
pihak barat akan berusaha untuk mencari jalan untuk menakluki Siam bagi mendapatkan
sumber bahan mentah seperti mana yang dilakukan oleh pihak barat terhadap negara-
negara lain. Jelaslah dengan pembaharuan yang dibawa oleh Raja Mongkut dalam aspek
ekonomi iaitu mengamalkan dasar buka pintu, maka kuasa barat tidak dapat mencipta
alasan seperti “kuasa barat terpaksa melancarkan serangan terhadap Siam oleh sebab Siam
tidak membuka pintu untuk mengadakan perdagangan bebas dengan kuasa luar”.

Seterusnya pula ialah kesan pemodenan dalam aspek sosial yang dibawa oleh Raja
Mongkut dan Raja Chulalongkorn iaitu kesan daripada pemansuhan adat menghadap
maharaja. Tidak seperti raja-raja sebelumnya, Raja Mongkut telah mengarahkan rakyat Siam
memandang wajahnya ketika mengadap beliau. Begitu juga Raja Chulalongkorn turut
mengeluarkan titah bagi memansuhkan adat menyembah maharaja iaitu adat merangkak,
sujud dan sembah di hadapan raja mereka. Menurut beliau;

“Dalam melakukannya, setengahnya merangkak seperti seekor buaya dan


apabila sampai masanya ia terpaksa merangkak menyembah raja. Apabila
kedutaan Siam ke Great Britain mengadap Ratu, sebelum sesiapa dapat
mengetahui apa yang terjadi, duta tersebut melutut ke bawah di hadapan semua
ahli-ahli dewan dan mula merangkak seperti kura-kura ke hadapan Baginda
Ratu”58

Raja Chulalongkorn menyifatkan bahawa amalan tersebut merupakan satu amalan yang
dianggap seperti seekor buaya atau kura-kura yang dianggap boleh menjatuhkan maruah
pembesar British yang datang mengadap raja. Oleh itu, raja Chulalongkorn telah berusaha
untuk membawa pembaharuan dengan memansuhkan adat menghadap maharaja kerana ia
amat bertentangan dengan nilai dan estetika barat. Sekiranya adat menghadap raja ini tidak

57 D. G. E. Hall. Op, Cit. Hal 818


58 K.K. Beri. 1994. History and culture of South-East Asia: ancient & medieval. Sterling Publishers. Hal 39

20
dimansuhkan maka ia akan dijadikan alasan oleh pihak barat untuk masuk ke Siam. Pihak
barat akan menggunakan alasan bagi “mentamadunkan orang Siam” untuk masuk ke Siam
seperti mana yang dilakukan oleh pihak barat terhadap negara Asia yang lain. Jelaslah
bahawa pihak barat tidak dapat menjadikan pertentangan nilai Siam dengan nilai pihak barat
untuk menjajah Siam kerana Raja Chulalongkorn terlebih dahulu memansuhkan adat
menghadap maharaja yang dianggap keterlaluan tersebut.

Begitu juga kesan daripada personaliti Raja Mongkut yang dinamik turut membantu
dalam mengelakkan Siam daripada jatuh ke tangan kuasa barat.59 Kesan daripada
perwatakan Mongkut yang dinamik iaitu bersifat liberal dan tegas telah membolehkan Raja
Mongkut mendapat sokongan daripada rakyat Siam dan tegas membuat keputusan yang
berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran. Kesan daripada tindakan Mongkut yang bersifat
liberal, maka beliau telah menyelami cara kehidupan rakyat dan berusaha untuk meletakkan
diri di tempat rakyat. Maka dengan itu, rakyat Siam amat menyenangi cara pemerintahan
Mongkut dan sekali gus menyokong tampuk kepimpinan Mongkut. Kesan daripada personaliti
Raja Mongkut yang tegas pula telah menyebabkan pihak barat tidak berani untuk
memperdayakan Raja Mongkut dengan pelbagai tipu helah. Jelaslah bahawa kesan daripada
personaliti Raja Mongkut yang dinamik iaitu tegas dan liberal telah berjaya membantu dalam
mengelakkan Siam daripada dijajah oleh pihak barat.

Seterusnya pula ialah kesan daripada penghapusan amalan perhambaan dan buruh
paksa turut menyebabkan Siam terselamat daripada jatuh ke tangan kuasa asing.60 Pada
tahun 1874, Raja Chulalongkorn telah mengeluarkan titah perintah supaya menghapuskan
amalan perhambaan. Oleh itu, pada bulan Ogos 1874 Undang-undang pengabdian telah
digubal bagi mengharamkan penjualan hamba, menetapkan pembayaran gaji untuk hamba
dan kanak-kanak yang dilahirkan daripada keluarga hamba mulai tahun 1868 akan
dimerdekakan setelah mencapai umur 21 tahun.61 Penghapusan amalan perhambaan dan
buruh paksa ini dilakukan kerana amalan sedemikian amat bertentangan dengan nilai dan
estetika orang barat. Dengan itu, sekiranya amalan perhambaan dan buruh paksa ini tidak
dihapuskan maka ia akan dijadikan oleh pihak barat sebagai alasan untuk “mentamadunkan
rakyat Siam” kerana berlaku pertentangan nilai antara budaya orang Asia dengan budaya
orang barat. Begitu juga terdapat rakyat Siam yang akan menyokong tindakan orang barat
untuk masuk ke Siam kerana amalan sebegini amat menyusahkan rakyat Siam dan amalan

59 J. S. Furnivall. 1983. Satu Pengkajian Ekonomi Majmuk. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 124
60 D. G. E. Hall. Op, Cit.. Hal 823
61 Patit Paban Mishra. Op, Cit. Hal 84-85

21
sebegini telah lama ditentang oleh rakyat Siam. Jelaslah bahawa kesan daripada
penghapusan amalan perhambaan dan buruh paksa dapat melepaskan Siam daripada jatuh
ke tangan kuasa barat kerana pihak barat tidak dapat menjadikan “mentamadunkan orang
Siam” dan bagi menghapuskan amalan perhambaan dan buruh paksa untuk masuk ke Siam
kerana Raja Chulalongkorn terlebih dahulu menghapuskan amalan yang bertentangan
dengan nilai dan estetika orang barat ini.

Seterusnya ialah kesan daripada pemodenan dalam pendidikan yang diterima oleh
pemerintah telah membawa kepada pemerintah yang berpendidikan barat.62 Sebelum era
pemerintahan Raja Mongkut, maharaja yang sebelumnya telah menegah atau melarang
orang-orang Siam untuk menuntut ilmu barat kerana bagi mereka ia akan merosakkan tradisi
atau adat asal masyarakat Siam. Kesan pembaharuan dalam menerima pendidikan barat
yang amat ketara ialah Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah mendapat pendedahan
pengaruh barat melalui pendidikan barat. Maka dengan itu, timbullah sifat berfikiran terbuka
dalam diri Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. Begitu juga hasil daripada pemodenan
corak pendidikan yang diterima oleh pemerintah ini dapat menjadikan Raja Mongkut sedar
akan sekiranya kuasa barat masuk ke Siam maka ia akan membahayakan negara Siam. Hal
ini menyebabkan Mongkut dan Chulalongkorn menggunakan pendekatan yang digunakan
oleh pihak barat dalam sistem pemerintahan mereka. Jelaslah bahawa pemerintah yang
berpendidikan barat ini telah menutup peluang pihak barat untuk mencipta pelbagai alasan
untuk masuk menjajah di tanah Siam. Ini kerana Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah
dapat membaca atau mengetahui taktik pihak barat hasil daripada pendidikan barat yang
diterima oleh mereka.

Kesan pemodenan yang dapat mengelakkan Siam daripada jatuh ke tangan kuasa
barat yang seterusnya ialah kesan daripada pemodenan atau pembaharuan dalam sistem
pengangkutan dan perhubungan.63 Ini kerana sekiranya sistem pengangkutan dan
perhubungan masih lagi mundur atau berada di takuk yang lama, ia akan menjadi alasan
untuk pihak barat masuk ke tanah Siam iaitu beralasan untuk “membangunkan dan
memperkembangkan darjah ketersampaian di Siam”. Bagi mengelakkan perkara itu berlaku,
Raja Mongkut telah membina jalan raya bagi laluan kereta kuda dan kemudiannya diteruskan
oleh Raja Chulalongkorn iaitu meneruskan pembinaan jalan kereta api yang siap pada tahun
1893.64 Maka dengan itu, pihak barat tidak dapat menjadikan kemunduran sistem

62 Christopher John Baker. Op, Cit. Hal 39


63 Franz H. Michael and George E. Taylor. 2009. The far east in the modern world. Inc: Holt, Rinehart, and
Winston. Hal 245
64 D. G. E. Hall. Op, Cit. Hal 824

22
pengangkutan dan perhubungan di Siam sebagai alasan yang kukuh untuk masuh ke Siam.

6.0 Penutup

Mongkut dan Chulalongkorn telah membuat pelbagai perubahan sebagai tindak balas
mengelak daripada kemaraan Barat dan mereka bimbang tentang penguasaan Barat. Aspek
yang paling menyeluruh diubah dan dimodenkan dari aspek politk, ekonomi dan sosaial yang
di asimilasi dengan melalui sistem Barat. Namun begitu, segala perubahan yang dilakukan
memerlukan pembentukan semula struktur sistem sosial dan politik negara yang mendalam
yang mana menggambarkan kelemahan pemerintah kerana membenarkan pengaruh Barat
berleluasa tetapi dasar tersebut terbukti banyak menguntungkan Siam dari segi maruah.
Memetik kata-kata Brian Harrison, walaupun Thailand masih mampu mempertahankan
kemerdekaan tetapi Thailand tidak dapat membangun bersendirian tanpa dipengaruhi oleh
kuasa-kuasa Eropah.65 Hal ini,bermaksud walaupun Thailand tidak dijajah, secara tidak
langsung perubahan-perubahan ini telah menggadai kedaulatan negara Thailand itu sendiri.
Tambahan lagi, bagi mengelak kongkongan kuasa imperialisme Barat, kedua-dua raja telah
menandatangani perjanjian yang akhirnya mengakibatkan beberapa kawasan naungan
Thailand di sebelah timur, barat dan selatan terpaksa diserah kepada penguasaan British dan
Perancis. Kesimpulannya, sememangnya Barat tidak berjaya menguasai Thailand seperti
yang terjadi di negara Asia Tenggara lain pada masa itu tetapi keseluruhan tampuk
pemerintahan dikuasai Barat kerana pemerintah akan merujuk kepada Barat terlebih dahulu.

65 Harrison, B. 1966. Asia Tenggara: Satu Sejarah Ringkas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 223

23
7.0 Rujukan

A.B.Grisworld. 1961. Mongkut, the King of Siam. New York: The Asia Society.

Benjamin A. Batson. 1984. The end of absolute monarchy in Siam.

Singapura: Oxford University Press.

Boeicho Boei Kenkyujo. 1998. East Asian strategic.Tokyo: National

Institute for Defense Studies

Bottye, N. 1974. The military, government and society in Siam, 1868-1910 : Politics and
military reform during the Reign of King Chulalongkorn. U.S.A: Xerox University
Microfilms, Ann Arbor, Michigan

Charles Alfred Fisher. 1996. South-Asia: a social, economic, and political geography

methuen’s advanced geographies. Taylor & Francis.

Christopher John Baker. 2005. A History of Thailand.

United Kingdom: Cambridge University Press.

Donald E.Nuechterlein. 1965. Thailand and the struggle for Southeast Asia.

New York: Cornell University Press

Franz, H. Michael and George E. Taylor. 2009.The far east in the modern world. Inc: Holt,
Rinehart, and Winston.

George Mc. Tuman Kahin. 1982. Kerajaan dan Politik Asia Tenggara.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gilbert Khoo. 1978. Asia dalam perubahan: sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia.

Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harrison, B. 1966. Asia Tenggara: Satu Sejarah Ringkas.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hall, D.G.E.. 1981. Sejarah Asia Tenggara. London: Macmillan & Co. Ltd.

Hussein Ahmad. 1971. Sejarah Thailand. Kelantan. Pustaka Aman Press

Hussein Ahmad B.A. (Hons.). 1971. Sejarah Thailand dari Prasejarah hingga sekarang.

Kuala Lumpur: Universiti Malaya.


24
Ibrahim Mustafa B.A (Hons), Dip. Ed. (Malaya). 1994.. Pengkajian sejarah moden.

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

J. A. Hammerton. 2007. Peoples of all nations. India: Logos Press.

J. S. Furnivall. 1983. Satu Pengkajian Ekonomi Majmuk.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Joe Cumming. 2005. Bangkok: City of angels. Singapore: Periplus Editions.

John Audric. 1969. Siam: Kingdom of the Saffron Robe. London: Robert Hale & Company.

Joshua Eliot, Jane Bickersteth. 2003. Thailand Handbook.

Illustrated : Footprint Travel Guides

Jonathan Woodier. 2008. The media and political change in Southeast Asia.

United Kindom: Edward Elgar Publishing Limited

K.K. Beri. 1994. History and culture of South-East Asia: ancient & medieval.

Sterling Publishers

Khoo Kay Kim. 1997. The History Of South-East, South And East Asia.

London: Oxford University Press.

Kobkua Suwannatathat-Pian. 2014. Sejarah Thai Zaman Bangkok.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ninian Smart. 2009. Falsafah dunia. Kuala Lumpur: Percetakan Naz Sdn. Bhd.

Paban Mishra. 2010. The history of Thailand. California: ABC-CLIO, LLC.

Patit Paban Mishra. 2010. The history of Thailand. California: ABC-CLIO, LLC.

Patit Paban Mishra. 2010. The history of Thailand greenwood histories of the modern
nations.

Richard King and Timothy J. Craig. 2002. Global goes local: popular culture in Asia. Hong

Kong: Hong Kong Universiti Press.

Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Modul Hubungan Etnik.

Kuala Lumpur: Universiti Teknologi MARA.

Steinberg. David Joel. 1981. Mengenali Asia Tenggara Moden.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

25
Thawatt Mokaradong. 1987. Sejarah revolusi Thailand (Wan Azahan Wan Mohammad,

Terjemahan)

Walter Armstrong Graham. 1913. Thailand: A handbook of practical, commersial and political

Information. F.G.Browne: the New York Public Library.

26

Anda mungkin juga menyukai