Anda di halaman 1dari 9

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Penghargaan 2

2.0 Tugasan 1: Penulisan 3

2.1 Pengenalan 3
2.2 Punca Seks Bebas berdasarkan Teori 4
2.3 Langkah mengatasi Seks Bebas berdasarkan Teori 5
2.4 Kesimpulan 6

3.0 Rujukan 7

4.0 Lampiran 9

1
1.0 Penghargaan

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada


pensyarah saya, Dr. Yusoff Bin Yaacob kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripada beliau telah membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang turut memberi sokongan, bantuan
ataupun nasihat. Mereka telah berkongsi idea serta membincang bahan rujukan
bersama-sama. Mereka telah membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan
yang saya tanyakan kepada mereka.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada orang yang
sudi membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.

2
2.0 Tugasan 1: Penulisan
2.1 Pengenalan
Seks merupakan satu keperluan asas dalam kehidupan setiap manusia.
Tanpa seks ketamadunan manusia tidak akan berkembang dan kelangsungan
generasi kini tidak akan wujud. Menurut Alphonsus (2003), seks dilihat sebgai
suatu kuasa dalaman yang utama dalam mengarah dan mempengaruhi tingkah
laku manusia. Disebahagian besar masyarakat, masa remaja bermula pada
usia 10 hingga 13 tahun dan berakhir pada usia 18 hingga 22 tahun
(Notoamodjo, 2007). Dalam masa peralihan kanak-kanak ke remaja uang
meliputi perubahan biologi, psikologi dan sosial yang belum matang
sepenuhnya, remaja mudah terjebak dalam isu seks bebas. Menurut Nevid dkk
(1995), seks bebas adalah hubungan seks antara lelaki dan wanita tanpa ada
ikatan perkahwinan yang sah tetapi hanya ada minat secara fizikal. Lebih
lanjutnya, Cynthia (dalam Wicakson, 2005) seks juga diertikan sebagai
hubungan seksual tanpa ikatan pada yang menyebabkan berganti-ganti
pasangan.

Gejala seks dalam kalangan pelajar di era modenisasi ini amat


membimbangkan dan semakin berleluasa. Dapatan statistik bahawa masalah
seksual dalam kalangan remaja yang berumur 13 tahun hingga 17 tahun sejak
dua dekat yang lalu meningkat daripada 0.9 kepada 8.3, iaitu dari tahun 1994
ke tahun 2012 (Metro, 2016). Sedangkan kes kehamilan remaja pada 2011-
2014 mencecah belasan ribu seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1. Hal
ini disebabkan terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada isu seks
bebas.
Jadual 1.1 Kes baru kehamilan remaja pada Tahun 2011-2014

3
2.2 Punca Seks Bebas berdasarkan Teori Etika dan Teori
Perkembangan Moral

Antara faktor yang sangat mempengaruhi remaja terlibat dalam


hubungan seks ialah pengaruh rakan sebaya. Hal ini demikain kerana sifat
keluarga terkini yang lebih ke arah berbentuk nukleus, iaitu keluarga yang
berpecah, kekurangan komunikasi antara ibu bapa dan anak, dan kurangnya
pemantauan terhadap media sosial oleh ahli keluarga (Hasbullah, 2016).
Melalui kajian Podhista et al. (2001), didapati bahawa subjek yang memiliki
rakan sebaya yang terlibat dengan hubungan seks, mereka lebih cenderung
terlibat dalam hubungan seks sebelum kahwin berbanding subjek yang tidak
memiliki rakan sebaya yang terlibat dalam hubungan seks. Ini boleh dijelaskan
melalui Teori Utilitarianisme. Menurut Ashmore R. B. (1987), Individu akan
melakukan sesuatu tindakan yang membawa kebahagiaan maksimum kepada
majoriti. Oleh itu, remaja sanggup buat apa sahaja yang disuruh oleh rakannya.
Apabila remaja bersosial dengan kumpulan yang bermasalah, masalah seksual
mudah terjadi. Menurut Mohd Shatar (2003) yang menyatakan bahawa ada
diantara remaja terpaksa meniru prilaku temannya hanya supaya dia diterima
oleh kelompok tersebut walaupun perkara itu ternyata salah.

Selain itu, media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya


seks bebas dalam kalangan remaja hari ini. Dengan ini, Teori Perkembangan
Moral Sosial dapat menjelaskan isu seks bebas. Teori ini menekankan
pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui
pemerhatian atau peniruan. Bandura A. (1986) mendapati, dalam kehidupan
seharian banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh, teladan dan
peniruan. Namun, masa kini tidak semua yang dipaparkan dalam media massa
itu memberikan pengajaran baik yang boleh dicontohi. Umpamanya, remaja
boleh menggunakan telefon pintar untuk mengakses apa jua maklumat
termasuklah bahan lucah dan melihat pornografi. Terdapat juga unsur-unsur
lucah yang mudah didapati di pasaran sama ada dalam bentuk bercetak,
cakera padat atau dalam bentuk lain-lain. Bahan lucah ini memberi kesan
langsung kepada remaja terlibat dengan salah laku seks. Keterujaan melihat
bahan lucah yang sangat mudah di akses memberi dorongan yang kuat kepada

4
peniruan tingkah laku dan menjerumuskan remaja melakukan sesuatu di luar
batasan. Menurut Bandura A. (1986), proses pembelajaran bermula dengan
pemerhatian, peringatan, peniruan dan diakhiri dengan peneguhan. Oleh itu,
remaja mudah terjebak dengan isu seks bebas dengan mengikuti babak-babak
yang ditayangkan dalam video tersebut.

2.3 Langkah mengatasi Seks Bebas berdasarkan Teori


Menangani masalah seks bebas remaja ini perlu diambil kira dalam
pelbagai sudut dan memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak. Antaranya,
peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah dan budi pekerti anak-anak amat
ditekankan bagi membentuk generasi yang berguna dan berwawasan. Menurut
Kant, I. (1964) dalam Teori Prinsip Kewajipan, prinsip kemoralan ialah
kewajipan. Ajaran ini menekankan bahawa kita harus melakukan kewajipan
kita sendiri dan tiada alasan untuk menolaknya. Maka, ibu bapa mempunyai
kewajipan terhadap anaknya sejak anak itu lahir. Ibu bapa bukan sahaja
menumpukan tanggungjawab dalam memenuhi keperluan dari segi fisiologi
sahaja iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal, malah keperluan
keselamatan dan kasih sayang amat penting dalam mewujudkan suasana
harmonis dan bahagia. Ibu bapa juga harus memantau penggunaan dan
memberi garis panduan kepada remaja dalam penggunaan gajet. Ibu bapa
patut memberi perhatian kepada anak-anak supaya mereka merasa lebih
disayangi dan diperlukan. Menurut Rohayati (2004), kegagalan ibu bapa dalam
mendidik anak-anak akan menjejaskan masa depan mereka malah
menyebabkan mereka terlibat dengan gejala sosial seperti isu seks bebas dan
tidak mampu membentuk diri menjadi orang yang berguna dan berwawasan.

Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak


sahsiah peribadi remaja daripada terjebak dengan gejala ini. Menurut Barlow
(1985) dalam Teori Perkembangan Sosial, sebagian besar dari yang dipelajari
manusia terjadi melalui peniruan (imitation) dan penyajian contoh perilakunya
(modeling). Teori ini juga menggabungkan peneguhan behaviourisme dengan
psikologi kognitif dalam pembelajaran bersistematik. Di sekolah, guru

5
merupakan contoh teladan yang baik kepada remaja. Menurut pandangan
Karen Yong (2006), pihak sekolah perlu mewujudkan Sekolah Bebas Gejala
Sosial dengan mengadakan pendidikan secara komprehensif melalui kurikulum
dan ko-kurikulum di sekolah. Oleh itu, guru berperanan memberi pendidikan
seks semasa dalam subjek Pendidikan Kesihatan. Kandungan pendidikan
haruslah merangkumi penekanan kepada bahagian badan, penjagaan diri
daripada gangguan seks serta pengawalannya batas perhubungan antara
lelaki dan perempuan. Pendidikan seks penting dalam memimpin pelajar ke
arah pemikiran dan tingkah laku yang positif tentang seks. Pihak sekolah boleh
mengadakan program yang berfaedah seperti khidmat masyarakat, kem jati diri,
kem kepimpinan, aktiviti sukan dan sebagainya mampu mengelak pelajar
terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat. Program ini amat ditekankan dalam
anjakan yang kesembilan iaitu dalam Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 hingga 2025 supaya dapat melahirkan model insan menyeluruh.

2.4 Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak perlulah berganding bahu dalam
membendung gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang
dilahirkan terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya. Dengan
adanya pemahaman tentang teori-teori etika dan teori perkembangan moral
secara mendalam, kita boleh lebih mengetahui tingkah laku dan pemikiran
remaja secara mendalam. Dengan itu, kita boleh mencari jalan penyelesaian
yang paling sesuai untuk mengatasi isu seks bebas remaja supaya dapat
melahirkan insan yang beretika dan berakhlak tinggi yang merupakan
harapan negara.

6
Rujukan
Alphonsus Yong Sie Hing. (2003). Pengetahuan Seks Dan Sikap Terhadap
Seks Di Kalangan Guru Sekolah Menengah. Jabatan Psikologi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ashmore, R. B. (1987). Building a Moral system. Hall: Prentice.

Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social


cognitive theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Barlow, Daniel Lenox, (1985). Educational Psychology: The Teaching-


Learning Process, Chicago: The Moody Bible Institute.

Hasbullah, Fauwaz. (2016). Seksualiti Remaja: Isu dan Cabaran keluarga di


Malaysia. Kertas Kerja dalam Seminar Isu-Isu seksualiti Peringkat
Kebangsaan 2016. Dewan Perdana, Universiti Sultan Mizan Zainal
Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu pada 19 Mac 2016.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2017. Masalah Seksual dalam Kalangan Remaja dan
Penyelesaiannya in Remaja Hebat Siri 4: Batasan dan Halangan
Kecemerlangan, p. 35-60, ISBN: 978-983-52-1273-

Kant, I. (1964). Groundwork on the metaphysics of morals. Diterjemahkan


oleh Paton, H.J. New York: Harper and Row.

Metro, Harian. (2016). “Statistik Moral Remaja Kita” dlm. Harian Metro. Rabu,
11 Mac 2015.

Yong, Karen. (2006). Masalah Sosial Tiada Penghujungnya. Cheras,


Selangor: Penerbitan Premier.

Mohamad Faizal Mohammad, Mohd Zaki Ishak. (2014). Gejala Hubungan

7
Seks Dalam Kalangan Pelajar:Satu Kajian Kes. Seminar Kebangsaan
Integriti Keluarga 2014. Dicapai daripada
https://www.ums.edu.my/fpp/images/download/proseding_skik2014/Mo
hamad_Faizal.pdf pada 23 Ogos 2018

Mohamad Shatar Sabran. (2003). Pengenalan Kepada Masalah Sosial. Kuala


Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia).

Nevid, J.S., Fichner - Rathus, L., & Rathus, S.A. (1995). Human Sexuality. (2
Ed). Boston: Allyn & Bacon.

Notoatmodjo, S. (2007). Promosi Kesehatan dan Ilmu Perilaku. Jakarta:


Rineka Cipta.

Podhista, C., Xenos, P., dan Varagrat, A. (2001). The Risk of Premarital Sex
Among Thai Youth: Individual and Family Influences. East-West Center
Working Papers, No. 108-5.

Rohayati Derani (2004). Persepsi Ibu Bapa Terhadap Faktor-Faktor


Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Masa Kini: Satu Tinjauan Di Taman
Aman Anak Bukit, Alor Setar Kedah. Universiti Teknologi Malaysia:
Tesis Sarjana Muda.

8
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai