Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT

JALAN CHAMBERLAIN HULU


30250 IPOH

KERTAS KERJA
MINGGU
PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6

2019
MINGGU PENDIDIKAN SENI VISUAL
SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
TAHUN 2019

RASIONAL
Minggu Pendidikan Seni Visual dijalankan setiap tahun. Minggu ini biasanya
dijalankan sempena Bulan Kemerdekaan. Program yang dijalankan bagi memastikan
murid-murid dapat mengamalkan teknik-teknik yang sudah dipelajari. Karya murid
akan dipamerkan sebagai penghargaan dan hiasan sekolah. Akhirnya, kita dapat
mencungkil bakat murid dalam bidang seni visual.

OBJEKTIF
1. Mencungkil bakat murid-murid dalam bidang seni visual bertemakan Hari
Kemerdekaan Negara.

2. Memupuk perasaan sayangkan negara melalui kemahiraan seni yang


bertemakan Hari Kemerdekaan Negara.

SASARAN
Murid-murid tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6.

TARIKH
Bulan Ogos dan Bulan September 2019

MASA
Waktu PdPc PSV

TEMPAT
Bilik PSV dan Bilik Darjah

ANJURAN
Panitia Pendidikan Seni Visual

ANGGARAN PERBELANJAAN

Kertas A4 untuk gambar RM 100.00

Banner RM 80.00

Hadiah Pemenang :

Tahun 1
- 3 hadiah ( Johan, Naib Johan, Ketiga ) x 3 Kelas x RM 4 RM 36.00
Tahun 2
- 3 hadiah ( Johan, Naib Johan, Ketiga ) x 2 Kelas x RM 4 RM 24.00
Tahun 3
- 3 hadiah ( Johan, Naib Johan, Ketiga ) x 2 Kelas x RM 4 RM 24.00
Tahun 4
- 3 hadiah ( Johan, Naib Johan, Ketiga ) x 2 Kelas x RM 4 RM 24.00
Tahun 5
-3 hadiah ( Johan, Naib Johan, Ketiga ) x 2 Kelas x RM 4 RM 24.00
Tahun 6
- 3 hadiah ( Johan, Naib Johan, Ketiga ) x 2 Kelas x RM 4 RM 24.00 RM 156.00

Jumlah RM 336.00

PELAKSANA
Semua guru PSV Tahun 1 - 6

STRATEGI PELAKSANAAN
1. Tahap 1 : Gambar 1 ( Lukisan + Catan )
- Dijalankan oleh guru PSV di dalam kelas masing-masing.

2. Tahap 2 : Gambar 2 ( Lukisan Poster : Negaraku Malaysia )


- Dijalankan oleh guru PSV di dalam kelas masing-masing.

PENUTUP
Program ini diharapkan dapat melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam
bidang seni visual, di samping menanamkan sifat sayangkan negara seterusnya
melahirkan rakyat Malaysia yang sejati.

Disediakan oleh :

__________________________
( NURUL FAHIDA BINTI MOHD ARIF )
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual 2019

Disemak oleh :

_____________________
( JULIANA BT WAHID )
PK Pentadbiran

Disahkan oleh :

____________________
( ASLINDA BT SAARI )
Guru Besar,
SK Convent, Ipoh

Anda mungkin juga menyukai