Anda di halaman 1dari 3

LT AUTOSECURE SYSTEM

Ruj. kami: Staf/920207066069/2015

Kepada,

En. Muhammad Faizal Haikal Bin Abd Halim


No. K.P. : 920207066069
Alamat: T-12, Taman Mawar,
27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur.

Tarikh : 15 Julai, 2015

Tuan,
PENAWARAN DAN PERLANTIKAN BEKERJA SEBAGAI PENDAWAI ELEKTRIK
Adalah dengan ini pihak kami menawarkan dan melantik tuan sebagai Pendawai bagi kerja-
kerja elektrik 3 fasa dan kebawah bermula pada 1 Ogos, 2015 dan kehadiran tuan amatlah di
alu alukan di Syarikat kami. Terma dan syarat-syarat adalah seperti berikut:-

1.0 Tempoh Kontrak


Tempoh kontrak adalah selama setahun, bermula dari 1 Ogos, 2015 sehingga 31 Julai, 2016.
Penyambungan kontrak, jika perlu akan dibincangkan sebelum tamatnya kontrak. Tuan akan
melalui tempoh percubaan (probation) selama dua bulan.
2.0 Gaji
Gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM 1,000.00 dua bulan untuk tempoh percubaan dan
RM 1,200.00 dua bulan selepas tempoh percubaan. Sebarang kenaikan atau perubahan gaji,
jika perlu akan dibincangkan secara bersama.
3.0 Cuti Tahunan
Tuan diberi cuti tahunan sebanyak 15 hari setahun yang akan diberi secara purata ( pro-
rated). Permohonan cuti hendaklah dilakukan 2 minggu lebih awal.
4.0 Hari Dan Waktu Bekerja
Hari bekerja adalah dari hari Sabtu hingga Khamis dan waktu berkerja bermula jam 8.00 pagi
hingga 5.00 petang sepertimana yang dipersetujui bersama. Sebarang perubahan dalam hari
dan waktu berkerja akan diberitahu. Tuan perlu mengetik kad Perakam Waktu yang
disediakan di Pejabat Syarikat sebelum ke tapak projek seperti yang diarahkan oleh
Pengurus Projek.
5.0 Tugas dan Tanggungjawab
Sebagai permulaan,syarikat telah menyediakan 1 lampiran senarai tugas dan tanggungjawab
yang wajib tuan laksanakan (Lampiran A). Sebarang perubahan dan tambahan akan
dibincangkan secara bersama.
6.0 Penamatan Kontrak
Sepanjang tempoh kontrak ini, kedua-dua pihak boleh menamatkan kontrak melalui
pemberian notis 1 bulan lebih awal.

Sekali lagi, syarikat ini amat-amat mengalu-alukan kehadiran tuan dan berharap dapat
bersama-sama memajukan syarikat ini demi untuk kepentingan bersama.

Yang benar,

……………………………..
Lokman Bin Toolib,
CEO LT AUTOSECURE SYSTEM
Kuantan, Pahang Darul Makmur
Kepada,
CEO,
LT AUTOSECURE SYSTEM
B72-2, Kuantan Biz Park
25100 Kuantan, Pahang

PENGAKUAN DAN PENERIMAAN TAWARAN KERJA

Saya ________________________________ , No. Kad Pengenalan : _________________________,


Dengan ini menerima Tawaran Kerja oleh pihak syarikat dan bersetuju mematuhi terma dan syarat yang
termaktub di dalam perjanjian ini.

Tandatangan: _______________________
Tarikh : ______________

Tandatangan saksi : ________________________________


Nama: ________________________
No. Kad Pengenalan : __________________________
Tarikh: _______________________

Anda mungkin juga menyukai