EBOOK PERCUMA
TEKNIK FOREX SEBENAR
www.ForexSebenar.com
Dalam forex hanya ada ANDA dan MARKET. Itu sahaja! Tidak wujud istilah
cari downline, klien, pelanggan, jual barang dan sebagainya. Ia sangat-sangat
sesuai jika anda sedang mencari pendapatan tambahan di zaman kos sara hidup tinggi
seperti sekarang. Malah, untuk trade anda hanya perlukan komputer / smartphone /
tablet dan internet! Kalau anda nak cari pendapatan sampingan melalui cara lain, ia
tentu memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang yang lebih besar.
Ramai orang takut rugi besar bila trade forex. Jangan risau! Anda boleh
berlatih menggunakan Demo Account (Duit Virtual) terlebih dahulu sebelum
menggunakan Real Account (Duit Sebenar). Untuk demo account anda hanya perlu
download dan install software MetaTrader 4. IANYA PERCUMA! Jika anda sudah
kuasai Demo Account, barulah trade menggunakan duit sebenar. Gunakan modal kecil
dahulu (contoh : $20 atau RM80). Kalau anda boleh berjaya dengan modal kecil, tentu
anda tiada masalah untuk berjaya dengan modal lebih besar.
Semua urusniaga adalah ONLINE. Untuk trade, anda perlu memasukkan modal
pelaburan ke dalam broker pilihan anda terlebih dahulu melalui kad debit / kredit,
online banking atau telegraphic transfer (minimum $20 atau RM80). Modal anda
akan ditukarkan kepada matawang USD. Kemudian, dengan menggunakan MetaTrader
4 (boleh download percuma dengan broker, contohnya www.fxcitizen.com), anda
akan buat analisis dan trade. Ada banyak matawang yang anda boleh BUY / SELL,
seperti EUR, GBP, JPY dan AUD. Setelah anda trade, PROFIT akan ditambah
kepada modal anda manakala LOSS akan ditolak daripada modal anda.
Lepas anda buat analisis, anda nak Sell ke Buy? Pilih salah satu
Hakcipta Terpelihara © 2016 | www.ForexSebenar.com 2
Panduan Forex Trading No 1 Di Malaysia, Kini Dalam Bentuk Buku & DVD!
Pilihan 13,000+ Trader Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia!!
TEKNIK FOREX SEBENAR | Ilmu sebenar untuk merasai kenikmatan forex
Dah dapat profit macam ni, bolehlah withdraw ke akaun bank anda.
Persepsi kebanyakan orang di luar sana ialah forex ni skim cepat kaya atau 4D
(Duduk Diam Dapat Duit). Itu adalah persepsi yang salah sama sekali! Sebenarnya,
forex ni kena TRADE SENDIRI, BUKAN BAGI DUIT PADA ORANG LEPAS TU DIA
TOLONG TRADE. Itu skim pelaburan tidak sah yang besar kemungkinan adalah scam
(penipuan). Sekarang terlalu banyak skim penipuan yang menggunakan nama forex. Itu
tak termasuk lagi mereka yang jual software / robot forex entah apa-apa untuk kaut duit
mudah. Broker pun bukan semuanya boleh dipercayai.
Tengoklah sendiri SMS saya dengan salah seorang mangsa scam ini:
Jadi, jangan dapatkan maklumat yang salah dan akhirnya anda tertipu.
Ebook ini pasti banyak membantu. Teruskan membaca sampai habis ya.
Hakcipta Terpelihara © 2016 | www.ForexSebenar.com 3
Panduan Forex Trading No 1 Di Malaysia, Kini Dalam Bentuk Buku & DVD!
Pilihan 13,000+ Trader Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia!!
TEKNIK FOREX SEBENAR | Ilmu sebenar untuk merasai kenikmatan forex
PEMBUKA KATA
Untuk mendapatkan pakej Buku & DVD TFS ini, anda boleh
BAHAGIAN I
PETIKAN BUKU
TEKNIK FOREX SEBENAR
BUKU I
TEKNIK FOREX SEBENAR
2 ASAS-ASAS FOREX 25 - 48
MUKADIMAH ISTIMEWA
Penghargaan
Pengalaman En Khalid Dalam Forex Trading
Kenapa Buku Ini Ditulis?
Sedikit Peringatan Sebelum Anda
Menceburi Bidang Forex
Forex Ibarat Menunggang Motosikal?
Saya mula mengenali forex pada MEI 2007, ketika saya sedang menjalani
latihan praktikal di sebuah firma perakaunan antarabangsa. Keadaan kewangan saya
ketika itu kurang stabil, jadi saya pun mencari-cari peluang menjana pendapatan
daripada internet. Ini kerana pada masa itu saya sedar bahawa masa saya agak terhad.
Jadi, pendapatan melalui internetlah yang bermain di fikiran saya ketika itu…
Kebanyakan hasil carian saya menjumpai lelongan online, MLM online, program
affiliate, dan pelaburan internet haram. Namun begitu, mata saya benar-benar terpaku
apabila terbaca sebuah iklan daripada seorang forex trader yang mengatakan beliau
boleh menjana pendapatan sehingga RM 10,000 SEHARI melalui FOREX!! Dalam
hati saya berkata “WOW, menarik ni!” Apabila saya kaji dengan lebih mendalam, ya,
forex trading bukan satu bentuk penipuan / skim cepat kaya dan ianya memang wujud!!
Saya jadi buntu. Duit dah banyak habis. Ni baru start “Demo / Practise
Account” (duit virtual), belum lagi start trading “Real Account” (duit sebenar).
Namun begitu, saya tak putus asa. Saya ikhtiar lagi, kali ini dengan menyertai KELAS
MENTOR beliau pula. Poket saya labur lagi RM 150. Di dalam kelas tersebut, saya dan
rakan-rakan lain diajar perkara yang sama seperti seminar, tetapi kali ini dengan lebih
terperinci. Sesi kali ini juga lebih mesra kerana kami boleh bertanyakan lebih banyak
soalan. Setelah berpuas hati dengan kelas tersebut, semangat saya kembali berkobar-
kobar. Saya pun pulang dengan penuh semangat menaiki motosikal kapcai saya.
Sayang seribu kali sayang, entah di mana silapnya, saya masih lagi tak boleh
nak profit secara konsisten dalam forex! Nasib baik Demo Account aje. Saya tak tahu
apa nak buat lagi. Ebook + Indicator dah beli, Seminar dah join, Kelas Mentor dah
masuk, tetapi hasil yang diharapkan masih juga tak kunjung tiba. Akhirnya, saya
bermuhasabah diri. Saya rasa, ilmu saya agak terhad yakni saya hanya belajar daripada
seorang guru sahaja. Mungkinkah ada orang lain yang lebih hebat dan profitable
daripada beliau? Saya pun terus membuat carian di internet dan terjumpa beribu-ribu
website mengenai forex, baik di dalam mahupun luar negara. Saya masuk satu persatu
dan menghabiskan banyak masa mempelajari ilmu forex, di samping meneruskan
latihan Demo Account saya. Apabila ada orang menjual ebook atau indicator, saya pasti
akan beli selagi harganya saya mampu. Dipendekkan cerita, berbekalkan sedikit
keyakinan untuk trade, saya pun membuka REAL ACCOUNT dan mendepositkan
USD 200.00 sebagai modal percubaan. Broker pertama saya ketika itu ialah
NorthFinance (sekarang dah lingkup). Apa yang menyakitkan hati ialah amaun yang
dikreditkan ke dalam akaun saya hanyalah $178.00, di mana $22.00 (lebih RM 88.00!!)
dipotong untuk caj bank dan broker. Inilah akibatnya jika kita cetek ilmu dan tidak
mengkaji dengan terperinci, tetapi daripada situlah kita menimba pengalaman.
Tarikh yang tak mungkin saya lupa ialah 24 Oktober 2007, di mana modal $178
di atas mengalami TOTAL LOSS (modal habis licin) dalam masa SATU HARI
sahaja!! Pada waktu itu, saya rasa macam nak bunuh diri! Nilai total loss tersebut ialah
kira-kira RM 800.00 (termasuk caj yang disebutkan di atas). Segala pelaburan yang
pernah dibuat saya rasa tak berbaloi langsung. Kenapa saya masih lagi gagal
walaupun dah berusaha gigih dengan macam-macam cara? Di mana silapnya?
Selepas semua tragedi di atas, saya semakin tak tentu arah. Saya selongkar
semua yang ada dalam internet. Asal ada saja teknik untuk profit sakan dalam forex,
saya akan mencubanya. Follow sekejap seminggu dua, kena loss sekali, terus tukar
teknik (dikenali sebagai Inconsistent Trader). Pada masa tu, bagi saya teknik yang
kalau ada loss tu memang saya tak akan pilih. Saya nak teknik yang tak akan loss
langsung. Inilah salah satu kepercayaan newbie @ mitos dalam forex. Hahaha…
Setelah hilang punca, wang, masa, dan tenaga akibat forex, akhirnya saya
mengalah. Forex terlalu mencabar bagi saya. Saya telah meluahkan kekecewaan dan
pengalaman saya dalam salah satu forum forex terkenal di internet. Ditakdirkan Tuhan,
seorang lelaki bernama Abang Li (bukan nama sebenar) telah membalas posting
saya, dan beliau menghantar Private Message untuk mengajar saya cara sebenar
untuk berjaya dalam forex. Kami set “blind date” di Tesco Seksyen 13, Shah Alam.
Orangnya memang kacak dan baik hati. Beliau berniat ikhlas untuk mengajar saya
bagaimana cara trading yang paling selamat dan menguntungkan. Memang tak pernah
terlintas langsung di fikiran saya yang forex ini begitu mudah dan straightforward!!
Selama ni, ilmu-ilmu yang diajar memang saya dah tahu, cuma saya tak amalkan sebab
ia “kurang canggih” dan “too good to be true”. Setelah beliau tunjukkan jalan
beserta contoh-contoh di atas chart, semangat saya kembali berkobar-kobar. Balik
rumah, terus saya study balik dan catatkan ilmu hebat yang telah saya pelajari. Saya
kaji sehingga lewat malam dan membuat backtesting. MEMANG BETUL APA YANG
DIAJAR OLEH BELIAU!! Di sinilah turning point dalam forex trading saya berlaku…
Sejak dari hari itu, saya trade dengan teknik beliau, dan ianya memang hebat!
Rugi sikit, tapi Untung banyak!! Modal daripada kecil, jadi besar (Demo Account).
Mengikut nasihat Abang Li, seeloknya trade Demo dulu sampai mahir. Jadi, saya pun
ber-Demo bersungguh-sungguh sehinggalah saya yakin dengan kemampuan saya dan
keberkesanan teknik ini. Kemudian, saya kembali memasukkan modal ke dalam REAL
ACCOUNT saya. Saya trade tanpa emosi dengan penuh dedikasi dan disiplin. Syukur,
saya berjaya menjana PROFIT BERTERUSAN sehingga ke hari ini. Bohonglah kalau
saya kata saya dah tak merasa loss. Loss tetap ada, kerana itu LUMRAH dalam forex.
Namun begitu, loss saya adalah kurang berbanding dengan untung yang saya dapat.
Setelah tamat belajar, saya telah bekerja sebagai Pengurus di sebuah bank
antarabangsa selama 4 tahun sebelum kini bergelar FULL-TIME TRADER!
Saya
pernah menyertai bahagian pelaburan forex di bawah Jabatan Global Market sebagai
CURRENCY ANALYST. Tugas saya adalah membuat analisis fundamental dan
memberikan nasihat berkaitan pelaburan forex kepada para pelanggan. Apa yang
menariknya, teknik yang diajarkan oleh Abang Li adalah sama seperti yang digunakan
oleh trader professional di tempat saya bekerja. Kini, barulah saya tahu bagaimana bank
boleh mengaut keuntungan lumayan daripada forex trading tetapi dalam masa yang
sama tidak mengalami kerugian yang besar. Jika trader-trader bank dan professional
trade menggunakan kaedah TEKNIK FOREX SEBENAR, kenapa tidak anda kan?
Jadi, setelah membaca semua pengalaman saya di atas, adakah anda merasa
teruja untuk mengetahui teknik yang digunakan oleh para profesional trader?
Adakah pengalaman anda sama atau lebih teruk daripada apa yang pernah saya
lalui?? JANGAN RISAU!! MAJORITI TRADER MENEMPUHI PENGALAMAN YANG
Setelah anda mempelajari TEKNIK FOREX SEBENAR sehingga habis,
SAMA.
anda akan mendapat segala ILMU + PENGALAMAN + KEMAHIRAN yang telah saya
timba selama 9 TAHUN menjadi forex trader. Anda pasti akan merasai kemanisan
menjadi seorang forex trader. Pelaburan ilmu yang anda buat pasti akan berbaloi!
Apabila anda menunggang motosikal, anda tahu bahawa RISIKO untuk anda
kemalangan adalah LEBIH TINGGI berbanding dengan kenderaan-kenderaan lain.
Jadi, anda kawal risiko anda dengan memakai topi keledar, menunggang dengan
kelajuan yang sederhana, pastikan motosikal berkeadaan baik, gunakan lorong
motosikal, tidak menukar lorong sesuka hati, tidak mengekori kenderaan di
hadapan terlalu rapat dan lain-lain. Dengan mengambil langkah-langkah sebegini,
anda telah pun berjaya mengurangkan risiko kemalangan anda secara drastik.
Ya, memang forex berisiko tinggi, tetapi adakah ini bermakna tidak ada langsung
orang yang berjaya menjana wang daripada forex? SUDAH TENTU ADA!! Anda tahu
forex berisiko tinggi, jadi anda “mengambil lesen” terlebih dahulu dengan berlatih di
DEMO ACCOUNT selama beberapa bulan. Kemudian, anda perlu “asah skill trading”
anda sama seperti anda mengasah skill menunggang motosikal. Selain itu, anda
perlulah mempunyai MONEY MANAGEMENT yang mantap, disiplin dan emosi anda
mestilah tip-top. Anda terus-menerus memperkayakan ilmu berkaitan forex, serta tidak
mudah berputus asa menajamkan skill trading anda. Nah… anda pasti berjaya
mengurangkan risiko trade anda secara drastik. Ganjarannya ialah:
Sentiasalah ingat hukum universal di mana “jika risikonya tinggi, pulangannya juga
tinggi @ high risk, high return”. Begitulah juga sebaliknya. Namun begitu, risiko
adalah sesuatu yang boleh dikawal. Rendahkanlah risiko forex trading dengan kaedah-
kaedah yang diajarkan di dalam TEKNIK FOREX SEBENAR. Nescaya anda pasti
berjaya dengan pelaburan “RISIKO RENDAH, TETAPI PULANGANNYA TINGGI”.
BAB 1:
PENGENALAN FOREX
TRADING
Selamat datang ke dunia kami, dunia FOREX TRADING. Dunia inilah yang
telah banyak membantu kami mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa.
Tanpa melengahkan masa lagi, marilah kita berkenalan dengan ENCIK FOREX.
Contoh mudah forex ialah apabila anda melancong ke luar negara, contohnya
US. Anda perlu menukarkan Ringgit Malaysia (RM) kepada US Dollar (USD) kerana
pekedai di sana tidak menerima bayaran dalam RM. Katakan USD 1.00 = RM 4.20, dan
anda ingin menukar RM 4,200, maka anda akan menerima USD 1,000 (RM 4,200 ÷ RM
4.20). Apa yang berlaku ialah, anda menJUAL RM untuk memBELI USD.
Secara ringkasnya, sebelum tahun 1990-an, pasaran forex hanya dibuka untuk
individu kaya, money changer, bank, dan institusi pelaburan sahaja. Ketika era
pertengahan 90-an, ia forex mula dibuka kepada orang ramai. Modal permulaan
yang dahulunya jutaan dollar, kini menjadi serendah $1.00!! Dengan perkembangan
teknologi gadget serta internet, kini forex trading boleh dilakukan secara ONLINE
sahaja, berbanding melalui kaunter dan telefon sebelum ini.
Oleh kerana forex semakin mendapat tempat di hati para pelabur, ONLINE
FOREX BROKER muncul umpama “cendawan tumbuh selepas hujan”. Persaingan
sihat antara broker telah banyak menguntungkan trader kerana:
Modal permulaan yang diperlukan menjadi semakin rendah
Proses membuka akaun, deposit dan withdraw menjadi lebih cepat
Kualiti Perkhidmatan Pelanggan yang bertambah baik
Spread menjadi semakin kecil, dan macam-macam lagi
aMATAWANG-MATAWANG UTAMAa
Anda TIDAK PERLU menganalisis matawang-matawang lain seperti ZAR, CZK, MXN,
DKK dan lain-lain. Fokuskan kepada 8 matawang di atas sahaja sudah memadai.
Terdapat 3 KATEGORI PAIRS iaitu:
Major Pairs
Major pairs adalah pairs popular yang selalu didagangkan, dan mempunyai USD
sebagai base @ quote. Contohnya GBP/USD, EUR/USD, USD/JPY dan USD/CHF.
Cross Pairs
Cross pairs tidak menggunakan USD sebagai base mahupun quote. Contoh cross
pairs yang popular ialah GBP/JPY, EUR/JPY, GBP/CHF dan EUR/GBP. Spread bagi
cross pairs adalah lebih tinggi dan pergerakannya juga lebih sukar untuk dijangka.
TEKNIK yang mampu menjana untung maksimum dengan risiko yang minimum
Forex tidak memerlukan masa yang banyak apabila anda sudah mahir, tetapi
pulangannya sangat lumayan berbanding dengan bekerja kuat sepanjang hari. Untuk
sampai ke tahap mahir, tentulah ia menuntut pengorbanan masa, tenaga dan wang.
Tetapi percayalah, IA SEMEMANGNYA BERBALOI!!!
BAB 2:
ASAS-ASAS FOREX
Topik ini akan menerangkan istilah-istilah asas dalam urusniaga forex yang
perlu anda fahami sebelum anda belajar mengenai teknik-teknik “KILLER” dalam forex.
APIPSA
Pips bermaksud nilai perpuluhan terkecil untuk sepasang matawang. 1 Pips adalah
bersamaan 0.00010. Bagi pairs yang mempunyai JPY sebagai Quote, 1 Pips = 0.010.
CONTOH: Jika harga USD/CHF TURUN dari 1.01000 kepada 1.00000, ini bermakna ia
telah TURUN sebanyak 100 Pips. (1.01000 – 1.00000 = 0.01000 @ 100 Pips)
TIPS: Bagi mengelakkan kekeliruan dalam mengira pips, abaikan sahaja decimal ke-5.
Jadi, daripada 1.01000, anda baca sebagai 1.0100 sahaja.
Jika position anda tepat, anda akan meraih UNTUNG @ PROFIT. Anda perlu CLOSE
POSITION anda, barulah keuntungan tersebut menjadi milik anda.
Suka kami ingatkan di sini, APABILA ANDA BUY, JANGAN TEKAN BUTANG SELL
UNTUK CLOSE POSITION. Sama juga dengan Sell. Jangan BUY pula untuk close
position. Tidak kira anda Buy @ Sell, akan terdapat satu butang CLOSE POSITION.
Kliklah pada butang tersebut dan Profit (atau Loss) akan menjadi milik anda.
CONTOH: ASK price GBP/USD = 1.4253, manakala BID = 1.4250. Apabila anda BUY,
anda akan Buy pada 1.4253. Sebaik sahaja position anda dibuka, anda akan dapati
harga semasa post anda ialah 1.4250 (harga Bid) dan anda berada dalam
keadaan RUGI sebanyak 3 Pips. Mengapakah ia terjadi sebegitu?
ASPREADA
Ini adalah disebabkan oleh SPREAD, iaitu PERBEZAAN DI ANTARA HARGA BID
DAN ASK. Merujuk kepada contoh di atas, spread bagi GBP/USD ialah 1.4253 – 1.4250
= 0.0003 @ 3 PIPS. Jika anda SELL pula, anda akan Sell pada harga Bid (1.4250),
tetapi Profit dikira berpandukan harga Ask (1.4253).
CONTOH: Anda Buy USD/CHF di 0.9850, dan 1 jam selepas itu harga naik ke 0.9900,
ini bermakna position anda telah UNTUNG 50 Pips (0.9900 – 0.9850 = 0.0050).
Untuk SELL pula, anda akan mendapat UNTUNG jika price TURUN, TETAPI anda
akan RUGI jika price NAIK.
CONTOH: Anda Sell AUD/USD di 0.6800, dan harga turun selepas 2 jam
kepada 0.6700. Ini beerti, anda sudah PROFIT 100 Pips (0.6800 – 0.6700 = 0.0100).
Sebaliknya, jika price terus MENINGKAT ke 0.6900, bermakna anda akan RUGI
SEBANYAK 100 PIPS.
ASCALPERA
Scalper merupakan jenis trader yang open dan close position dalam masa yang
singkat. Disebabkan oleh sifatnya yang berjangka pendek, scalper akan membuka
banyak post dengan harapan untuk mengaut keuntungan besar. Scalper biasanya terdiri
daripada orang yang suka menatap chart dan kerjanya asyik nak buka post sahaja.
TIME FRAME YANG BIASA DIGUNAKAN: M1, M5, M15 dan M30
ADAY TRADERA
Trader jenis ini akan open dan close position dalam hari yang sama. Ertinya, mereka
akan hold post mereka selama beberapa jam, tetapi tidak melebihi satu hari.
TIME FRAME YANG BIASA DIGUNAKAN: H1, H4 dan D1
ASWING TRADERA
Swing trader adalah lebih kurang sama dengan Day Trader, cuma mereka akan hold
position yang dibuka untuk jangkamasa yang lebih lama. Kebiasaannya, post mereka
akan ditutup selepas beberapa hari, tetapi tidak melebihi satu minggu.
TIME FRAME YANG BIASA DIGUNAKAN: H4, D1 dan W1
APOSITION TRADERA
Ini merupakan jenis trader paling otai dan penyabar. Post yang dibuka akan dipegang
sampai berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya.
TIME FRAME YANG BIASA DIGUNAKAN: D1, W1 dan MN (Monthly)
Jenis trader yang terbaik ialah XYZ TRADER. Ini kerana anda:
BAB 3:
ASAS - ASAS
TEKNIK FOREX SEBENAR
#1 - Trend Pasaran
#2 - Support and Resistance (SNR)
#3 - Candlestick Reversal Signals (CRS)
#4 - Trendline dan Channel
#5 - Chart Reversal Patterns
SUPPORT AND RESISTANCE (SNR) adalah konsep klasik yang mudah, tetapi
SANGAT-SANGAT BERKUASA!! Tanpa bantuan petunjuk yang lain pun, SNR sahaja
sudah memadai untuk memberikan anda profit yang lumayan.
RETRACEMENT RETRACEMENT
Jika anda perhatikan betul-betul, titik SNR inilah yang anda labelkan HH, HL, LH
dan LL di dalam ASAS #1 – TREND PASARAN. Perasan tak?
Untuk konteks DOWNTREND pun sama sahaja. Apabila dalam Uptrend, price
akan menuju ke arah Resistance manakala dalam Downtrend, price akan menuju ke
arah Support. Apabila Support telah berjaya dipecahkan (BREAKOUT), maka Support
tersebut akan menjadi Resistance pula @ SBR (SUPPORT BECOME RESISTANCE).
Setelah mempelajari asas Candlesticks (CS) di muka surat 33 - 40, kita akan
belajar pula mengenai petunjuk perubahan trend menggunakan Candlestick
Reversal Signals (CRS). Tetapi sebelum itu, kami akan terangkan mengenai…
Di sebalik setiap CRS yang terbentuk, ada cerita disebaliknya. Kami akan
terangkan apa yang menyebabkan sesuatu CRS itu terbentuk dan kenapa ia dikatakan
sebagai “Reversal Signal”. Dengan memahami pembentukan CRS, anda secara
automatik boleh faham apa yang sedang berlaku di dalam market. Lihat chart di bawah:
CS tersebut naik pada mulanya. BUYERS yang menguasai pasaran telah close
position mereka untuk “TAKE PROFIT”. Kemudian, SELLERS masuk market dan
menekan price untuk terus turun. Price ditekan sehinggalah ia close di kawasan Open
price. Lalu, terbentuklah CRS Shooting Star. Pada waktu ini, sellers sudahpun mula
menguasai pasaran dan terus-menerus menekan harga untuk terus turun.
Candlestick Reversal Signals (CRS) merupakan satu petanda awal yang price
akan membuat U-Turn. Ia sangat-sangat berkuasa!! Jadi, tanpa melengahkan masa,
mari kita lihat senarai CRS yang digunakan dalam TEKNIK FOREX SEBENAR:
Berikut merupakan beberapa corak chart yang biasa dilihat dan boleh dijadikan
panduan dalam trading kita. Kesemua pattern ini menunjukkan bahawa PERUBAHAN
TREND mungkin akan berlaku. SILA BERJAGA-JAGA jika anda ternampak corak-
corak sebegini. Terdapat 2 kategori reversal patterns, iaitu TRIANGLE dan DOUBLE.
AATRIANGLE (SEGITIGA)AA
BAB 4:
TEKNIK FOREX SEBENAR
DIDEDAHKAN!!
TF H1 Kehebatan Confluence
Sila Tunggu Candlestick Close Bagaimana Mengenalpasti
Terlebih Dahulu!!! Permulaan Perubahan Trend?
Waktu Terbaik Untuk Trade dan Bagaimana Nak Meminimumkan
Pairs Yang Mudah Nak Profit Kerugian dan Memaksimumkan
Gunakan Chart FxCitizen Keuntungan?
Sahaja Untuk Analisis! Tips Mengekori Pergerakan Price
Latih Tubi TEKNIK FOREX SEBENAR
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengaut ratusan pips dalam setiap trade anda!
PENAJAMAN ENTRY
MENGGUNAKAN TF H1
TF H1 (1 Hour) boleh digunakan untuk mendapatkan entry yang lebih tepat. Jika H4
anda lihat CS setiap 4 jam, TF H1 memerlukan anda melihat CS setiap 1 jam. Namun
begitu, bukanlah semua CS H1, tetapi hanya apabila market mula memasuki waktu
tertentu sahaja. TF H1 tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya kerana anda
mungkin akan terdedah kepada risiko terjerat dengan FALSE SIGNAL.
Seperti yang diterangkan di muka surat 31, market bergerak aktif di antara 4:00 Petang
– 12:00 Tengah Malam (waktu Malaysia) kerana ketika ini “IKAN JERUNG” iaitu
Market Euro dan US sedang dibuka. Kemuncak setiap hari ialah antara 8:00 Malam –
12:00 Tengah Malam kerana ketika itulah kedua-dua market ini dibuka serentak.
PAIRS XXX/YYY adalah pairs yang PALING MUDAH NAK PROFIT kerana:
KEHEBATAN CONFLUENCE
BAGAIMANA NAK
MEMINIMUMKAN KERUGIAN
DAN MEMAKSIMUMKAN
KEUNTUNGAN?
BAB 5:
PENGURUSAN KEWANGAN
DALAM FOREX
BALANCE / CAPITAL
Jumlah MODAL yang ada di dalam akaun trading anda.
EQUITY
Equity = BALANCE (+) PROFIT @ (-) LOSS position yang BELUM DITUTUP (juga
dikenali sebagai Floating Position). Equity menunjukkan berapakah baki modal
anda jika floating position ditutup serta-merta.
DRAWDOWN
Formula: [(Modal Asal – Modal Semasa) ÷ Modal Asal x 100]
Drawdown = Berapa peratusan modal anda yang telah habis akibat RUGI.
CONTOH: Modal permulaan anda ialah $1,000. Anda LOSS $500, jadi baki modal anda
tinggal $500. Maka, drawdown anda adalah 50% [($1,000 - $500] ÷ $1,000 x 100].
LEVERAGE
INI SANGAT-SANGAT PENTING!!
Leverage dalam bahasa mudahnya ialah PENGGANDA. Maksud sebenar dalam forex
ialah “Mengawal wang yang banyak dengan menggunakan wang yang sedikit”.
Katakan MODAL anda = $10,000 dan anda nak Buy EUR/USD sebanyak $10,000
menggunakan leverage 200:1. Broker anda memerlukan MARGIN (penjelasan ada di
sebelah) sebanyak $50 ($10,000 ÷ 200), atau 0.5% (1 ÷ 200) sahaja daripada nilai post
anda ($10,000 x 0.5% = $50).
Mungkin anda akan bertanya, “Position saya bernilai $10,000. Broker ambil $50, dari
mana datang $9,950 yang selebihnya?” Jawapan: Wang ini dipinjamkan oleh broker
kepada anda. Ianya seperti Pinjaman Rumah. Kita bayar Deposit (0.5%), selebihnya
bank bagi Loan (99.5%). Sebaik sahaja post anda ditutup, margin $50 anda akan
dipulangkan oleh broker, dan anda akan pulangkan $9,950 yang dipinjam serta-merta.
Sekiranya anda menggunakan leverage 100:1, margin yang diperlukan ialah $100
($10,000 ÷ 100) atau 1% daripada nilai post anda (1 ÷ 100 = 0.01 @ 1%). Sila rujuk
jadual di bawah untuk melihat jumlah margin yang diperlukan berdasarkan nisbah-
nisbah leverage yang biasanya ditawarkan oleh broker.
MARGIN CALL @ MC
INI SANGAT-SANGAT PENTING!!
Margin Call akan berlaku apabila EQUITY = MARGIN. Semua floating post anda
akan ditutup pada harga semasa, dan Balance anda akan tinggal MARGIN sahaja.
CONTOH: Modal anda $1,000. Anda BUY $10,000 GBP/USD menggunakan Margin
$100 (Leverage 100:1). Setiap pips bernilai $1, dan andaikan Spread = 3 pips. Akaun
anda akan kelihatan sebegini SEBAIK SAHAJA ANDA OPEN POSITION:
Price turun tak henti-henti sebanyak 897 pips. Anda berkeras tidak mahu menutup post
tersebut untuk menghentikan kerugian anda. Kini, akaun anda kelihatan seperti ini…
Sebaik sahaja sampai ke tahap EQUITY = MARGIN = $100, post anda akan ditutup
secara automatik dan anda Loss $900. Ini adalah disebabkan oleh MC, di mana
Margin Level telah mencecah 100%. Apa yang tinggal hanyalah Margin $100 itu tadi.
Satu lagi situasi di mana anda boleh MC ialah apabila anda membuka terlalu banyak
post dalam satu-satu masa. Katakan risk per trade = 3%, kalau 10 post dibuka
serentak dan kesemuanya loss, modal anda akan lebur 30% (3% x 10)!! Jadi, anda
perlu hadkan kerugian anda melalui penggunaan SL, dan jangan open terlalu
banyak post dalam satu-satu masa untuk mengelakkan MC. Ia boleh dicegah.
Apalah ertinya jika teknik kita profitable tetapi MM kita hancur. IA PERLULAH
SEIRING! Jadi, kita perlulah menggabungkan kehebatan TEKNIK FOREX SEBENAR
dengan kepakaran pengurusan modal kita melalui 4 LANGKAH berikut: (ebook ini
hanya menunjukkan Langkah Ke-3 sahaja)
Salah satu prinsip paling penting dalam forex ialah Target Profit MESTI sentiasa
melebihi Stop Loss, atau TP > SL. Anda mesti pilih trade yang berpotensi memberi
Untung 2 kali ganda daripada Risiko (RRR 1:2). Jika kita sambung contoh sebelum
ini, anda sudah tahu yang anda perlu mencari peluang trade yang mempunyai SL ≤ 50
pips. Sekarang, daripada senarai peluang trade yang SL maksimum 50 pips, anda pilih
trade yang berpotensi memberikan anda keuntungan 100 pips atau lebih.
Rasionalnya mudah. Bayangkan anda trade dengan SL > TP, katalah SL 30 pips dan
TP 10 pips. Jika anda Loss 1 kali sahaja, anda memerlukan 3 PROFIT BERTURUT-
TURUT untuk breakeven. Jika anda Loss 2 kali berturut-turut, lagi parah sebab anda
perlu PROFIT 6 KALI TANPA GAGAL untuk breakeven! Seperti yang telah disebutkan
sebelum ini, KITA TIDAK AKAN TAHU BILA KITA AKAN LOSS. Yang pastinya, kita
akan mengalami Loss. Oleh itu, sentiasalah berhati-hati setiap kali anda trade.
Cuba kita terbalikkan pula senario tersebut menjadi TP > SL. Anda enter trade dengan
TP 90 pips, dan SL 30 pips. Kalau anda Profit 1 kali, anda akan dapat menutup 3
Loss sebelumnya. Malah jika anda rugi 6 kali berturut-turut pun, anda hanya
memerlukan 2 profit berturut-turut untuk kembali ke modal asal. Ia jauh lebih mudah
berbanding trade dengan SL > TP. Jadi, sentiasalah ingat formula ini: TP > SL
BAB 6:
KAWALAN
EMOSI & PSIKOLOGI
DALAM FOREX
PERANG PSIKOLOGI!!!
Ya, kami nak ajak anda pergi berperang. Bukan dengan orang lain, tetapi
DENGAN DIRI ANDA SENDIRI!! Forex akan mencabar serta menyeksa minda anda.
Jadi, sebelum anda kecundang, biar kami rasionalkan pemikiran anda daripada
sekarang. Diharapkan dengan SESI BRAINWASH ini, anda akan lebih bersedia untuk
menghadapi situasi-situasi cabaran psikologi seperti di bawah:
“Bila dah enter post, rasa tak yakin pula haluan saya betul”
Ini akan berlaku jika analisis anda tidak mencukupi. Ambillah masa secukupnya untuk
membuat analisis dari semua sudut seperti yang telah diterangkan dalam TEKNIK
FOREX SEBENAR. Kemudian, enter post secara PENDING ORDERS SAHAJA. Anda
pasti akan berasa lebih yakin, kerana anda sudah buat analisis sebaik
mungkin sebelum anda trade. Jangan enter post secara spontan atau gatal
tangan!!
“Bila dah enter post, tiba-tiba price reverse beberapa puluh pips”
Anda sudah meletakkan SL bukan? SL perlu diletakkan sebelum anda enter post
berdasarkan analisis anda. Jika anda sudah membuat analisis secukupnya dan yakin
price tidak akan terkena SL anda, kenapa perlu gelisah? Kadangkala price tidak akan
terus mengikut haluan kita. Ia mungkin terlajak sedikit sebelum menjadi profit. Tak kira
price reverse berapa pips sekalipun, ingatlah bahawa ANDA MEMPUNYAI SL.
“Wah, pairs ni macam nak terbang / terjun je nie. Enter lot besar terus!!”
Dalam forex, TIADA YANG PASTI. Kebarangkalian PROFIT atau LOSS sentiasa ada.
Jangan sesekali mengambil risiko melampau, dan JANGAN OVERCONFIDENT!! Sila
trade mengikut jumlah modal yang anda ada dan ikutilah prinsip MM yang logik.
“Post saya tengah floating banyak profit. Jadi saya nak biar dia sampai
kena TP. Tapi malam tadi masa saya tidur boleh dia reverse dan hit SL
saya. Adui, sayangnya tak close dari awal...”
Market sentiasa berkata; TAKE IT OR LEAVE IT. Jika anda rasa profit tersebut sudah
cukup banyak @ capai target @ melebihi RRR 1:2, close terus post anda. Jangan biar,
kerana kalau ia berpatah balik, emosi anda pasti terganggu. Kalau anda rasa nak “let
the profit run” juga, gunakan teknik / kaedah yang diajar di muka surat 91 – 93.
BAB 7:
ISU-ISU SEMASA
DALAM FOREX